Bulan pertama mengajar, aku perasan per4ngai dua pelajar aku lain sikit. Seorang bagaikan dalam dunia dia. Suka mengigit jari dan duduk di penjuru kelas. Seorang lagi akan jerit macam h1steria, pukuI diri sendiri dan kacau kawan – kawan yang lain. Rupanya pengetua pun sedar tapi ibubapa tak nak mengaku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku berumur 25 tahun. Nama biarlah rahsia ye.. Aku hanya nak kongsi pengalaman aku selama aku bekerja di salah sebuah tadika islamic swasta pada tahun 2020. Walaupun kerja tak lama pun kerana aku sambung degree dalam bidang pendidikan tapi aku rasa pengalaman aku ni buat aku seronok dan bila tengok muka anak – anak buat aku lupa semua masalah aku.
Walaupun dah 2 tahun berlalu aku masih rindukan anak – anak aku tu. Aku gelarkan pelajar – pelajar aku sebagai anak – anak aku. Kerana di situ, kami semua sebagai teacher memang gelarkan pelajar sebagai sebagai anak. Untuk lebih rapat dan mesra dengan mereka.
Lingkungan usia anak biasanya umur 4 hingga 6 tahun. Yelah tadika kan dan ada juga daycare juga. Aku sebelum bekerja situ tak berapa pandai layan dan jaga kanak – kanak, yelaa aku tak ada adik, anak bongsu pulak tu. Aku mengajar kelas 6 tahun.
Kawan – kawan aku mengajar kelas 4 dan 5 tahun. Kami ajar anak – anak solat, menghafaz surah lazim, membaca bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Arab dan Jawi. Bayangkan umur 6 tahun dah pandai dan lancar baca semua ni.
Kalau ada anak – anak dapat award kembang kempis hidung gurunya nak bergambar sekali haha.. Tadika ini juga sangat menjaga aur4t guru. Menekankan pemakaian handsock dan stokin. Juga bersikap sopan dan jaga tingkah laku depan anak – anak.
Anak – anak kan akan lihat dan tiru apa yang mereka lihat. Kami sangat sayang semua anak kami, nak kata pukuI tu memang tak. Kalau terIampau degil kami acah – acah nak cubit je tapi tak pun. Aku tak boleh terima bila ada kes d3ra di tadika, taska dan pusat asuhan.
Budak – budak ni fragiIe dan inn0cent. Dia masih kecil dan masih boleh dibentuk akhlaknya. Aku mengajar 12 orang satu kelas. Anak 5 tahun dibahagikan kepada dua kelas. Dan aku mengajar tahun 5 kelas 1. Dalam bulan pertama mengajar, aku perasan per4ngai dua pelajar aku lain sikit.
Seorang bagaikan dalam dunia dia. Suka menggigit jari dan duduk di penjuru kelas. Seorang lagi akan jerit macam h1steria, pukuI diri sendiri dan pukuI kawan – kawan yang lain. Aku dapat rasa mereka berdua ni aut1stic. Dan aku berjumpa dengan pengetua.
Dan ya itulah pengetua katakan. Memang mereka berdua ada aut1sm. Tapi kedua – dua ibubapa anak ini tidak mengaku anak mereka ada aut1sm. Aku faham mereka nak anak mereka normal macam pelajar lain. Aku pun tidak bertanya kepada parents dan aku anggap ini tiket untuk aku dekat dengan Pencipta. Dan aku juga menjaga keselamatan anak – anak lain.
Mula – mula agak sukar nak handle, pengetua aku kata “selami hati dia, awak akan kenal anak awak walaupun makan sedikit masa.” Aku selalu berdoa Ya Allah beri aku kekuatan kenal anak – anak ini dan bantulah aku. Dan Alhamdulillah Allah Maha Baik, Allah permudahkan aku.
Salah seorang anak aut1sm aku ni, bila dia menjerit dan menangis dengan kuat, aku akan berjalan perlahan ke arah dia, peIuk dia sekejap dan usap d4da dia. Aku kata don’t cry, Allah is here. Dalam masa sebulan juga aku practice bila dia begitu.
Boleh kata sehari makan tiga empat kali dia akan jerit. Kawan – kawan aku yang lain akan terus panggil aku bila dia menjerit kerana mereka tak pandai handle anak aku. Lama – lama aku ajar dia dengan jarak jauh. Bila dia menjerit dan masukkan jari – jarinya dalam mulut dalam keadaan dia agak jauh tapi aku masih dapat lihat dia, dan dia lihat aku.
Aku pandang mata dia, usap d4da aku, aku gerakkan mulut kata “Allah” dan dia ikut. Serta merta dia akan berhenti menangis dan menjerit. Aku sentiasa masukkan tisu dalam poket dia. Bila dia tenang dia sendiri akan lap air liur dia yang berjurai.
Mulanya aku sendiri akan lap air liur dia. Dan mungkin dia lihat aku perlu juga handle anak lain dan dia belajar sendiri. Demi Allah, aku sayang dia dan anak – anak lain macam anak aku sendiri. Aku sekarang tengah type ini pun berlinang air mata sebab rindu sangat.
Aku tahu aku tak ada hak untuk tengok mereka membesar kerana aku hanya seorang guru. Namun, aku hanya boleh berdoa agar anak – anak aku menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa mereka. Ada suatu ketika, guru – guru memakai maskot dan berlakon suatu cerita dia hadapan pelajar – pelajar.
Anak – anak tak kenal mana satu guru dia. Tapi anak aku ni dia kenal aku dan terus peIuk aku. Teacher.. teacher.. Dia panggil aku. Aku suruh dia duduk dengan baik. Dan di pertengahan cerita, tiba – tiba dia menjerit dengan kuatnya.
Semua memandang dia.Aku tanggalkan topeng, pandang dia dan usap d4da aku. Dia ikut pergerakan aku dan senyap. Guru – guru lain pandang aku dan tanya macam mana aku boleh kawal dia. Aku cuma cakap yang aku kenal anak aku.
Bila tibanya pendemik 19, bermulalah fasa aku mengajar secara online. Mulanya agak risau adakah anak – anak boleh terima cara baru ni kan. Alhamdulillah bantuan ibu bapa sangat baik walaupun ada yang kerap tidak masuk kelas.
Dan ada juga waktu malam kami guru – guru video call anak – anak melalui WhatsApp untuk ajar membaca. Sewaktu mengajar online juga, anak aut1sm aku akan tiba – tiba juga menjerit sewaktu aku mengajar, dia kata nak teacher, nak teacher.
Aku nampak ibunya cuba juga nak menenangkan dia. Aku cakap “teacher ada di sini, teacher nampak kamu.. Tenang ya Allah ada,” sambil usap d4da aku. Dan sama juga kaedah dia akan ikut. Kadang – kadang anak lain aku tanya, “teacher, kenapa dengan Aiman (bukan nama sebenar) tu, asyik jerit je”
Tak lah, aiman tak sihat sikit. Awak semua jaga dia tau. Teacher sayang dia macam teacher sayang kamu semua. Jadi kamu semua pun kena sayang dia. Di suatu pagi (flashback sebelum pendemik), aku br3akfast di dapur. Manakala jadual pagi tu kawan – kawan lain perlu jemput anak – anak dekat pintu masuk.
Tiba – tiba aku nampak anak aku Aisyah pimpin tangan Aiman ke arah aku. Aiman nampak tersedu menangis. Aisyah kata “teacher, Aiman ni nangis.. Dia nak teacher” Aku keluar dari gate dapur. (Dapur kena berpagar takut budak – budak masuk) dia terus peIuk aku..
I miss you teacher. Oh my… Hati aku melting. Dan Aisyah ambil tisu lap muka Aiman. Dan dari situ, aku nampak lepas je Aiman menjerit anak – anak lain akan hulur tisu dan ada yang terus lap air liur Aiman tanpa rasa geli.
Betul laa, anak – anak akan tiru apa kita buat. Jika aku cuti, kawan – kawan aku yang ganti class aku tak pandai handle pelajar – pelajar aku, lagi – lagi bila Aiman tiba – tiba menjerit. Sampai kawan – kawan aku kata, ‘tolong laa jangan cuti.’
Aiman akan menjerit nak teacher bunga, nak teacher bunga.. (Bukan nama sebenar aku) Aiman pernah kata pada aku, dia nak aku masuk syurga. Dalam 10 nama dia baca, ada terselit nama aku. Tak tergambar perasaan aku masa itu.
Menangis aku peIuk dia. Aku kata nanti kalau Aiman masuk syurga tak nampak teacher, tanya Allah mana teacher ya. Teacher belum ada anak, tapi ingat teacher sayang kamu, kamu juga anak teacher. Waktu aku nak berhenti kerja, aku menangis.
Jiwa aku nak mendidik sangat besar, hingga aku buat keputvsan sambung degree dalam bidang pendidikan. Aku harap suatu hari aku nak jumpa mereka lagi. Nak mengajar mereka lagi. Insyaallah. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nik Nadia : Menangis saya baca, sebab anak saya pun aut1stic, dia sangat sayang tecer2 dia, dia akan sebut dan cakap nanti saya akan bawa mereka ikut saya pergi syurga. Anak saya verbal. Aut1sm kenal sapa yang ikhlas dengan mereka, ada masa dia tantrum juga, cikgu – cikgu yang sangat sabar dan cuba memahami keadaan dia semoga syurga milik kalian macam yang anak saya janjikan.
Alyah Maulat : Alhamdulillah seronoknya baca. Ikhlas betul cikgu bunga mengajar budak – budak tadika. Budak – budak akan ingat memori tersebut sebab dorang sayang cikgu dorang. Semoga lepas sambung belajar nanti akan ada rezeki untuk jadi pengajar lagi amin3.
Noor Asikin : Faham perasaan tt sebab saya pun pernah mengajar anak – anak pra-tadika swasta umur 4 – 6 tahun sebelum sambung belajar ke maktab perguruan dulu. Memang rindu sampai termimpi – mimpi nangis teringat yang comel – comel tu.
Bayangkan ada sorang anak laki umur 4 tahun. Kita mengajar, dia cuma nak melukis jerr. Pelajar lain yang baya dia boleh ikut lagi arahan kita. Nak marah pun susah sebab comey sangat. Anak tu sekarang mesti dah 24 – 26 tahun dah umurnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.