Saya hadiahkan isteri corset, smart watch beribu, kasut mahal tapi dia tak faham. Saya makan hati tengok badan isteri

Sebelum berkahwin lagi, fizikal isteri agak besar namun saya letak ke tepi kerana tertarik dengan akhlak dan agamanya. Setelah berkahwin dan beranak pinak, badan isteri semakin besar. Bila saya ajak jogging, dia tak minat. Dia hanya suka memasak dan main dengan anak – anak..

#Foto sekadar hiasan. Saya dan isteri sebaya, berusia pertengahan 30an. Kami telah berkahwin selama 8 tahun dan telah dikurniakan sepasang anak, lelaki dan perempuan masing – masing berusia 5 tahun dan setahun.

Alhamdulillah dikurniakan pekerjaan selesa, kami berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan di jabatan berlainan. Kami berkahwin atas dorongan kenalan keluarga. Bercinta pun selepas kahwin. Saya diperkenalkan dengan isteri setelah saya sendiri pernah putus tunang.

Bila dah berkahwin, rupa – rupanya isteri pun serupa, pernah putus tunang. Cerita lepas kami letak di belakang. Kami selesa dengan satu sama lain. Saya sendiri selesa dan merasa serasi dengan keluarga mertua. Keluarga mertua orang baik – baik dan dikenali masyarakat setempat dengan akhlak yang baik, dermawan, orang berada namun aktif dengan aktiviti – aktiviti sosiaI bantuan kemasyarakatan.

Sebelum berkahwin lagi, fizikaI isteri agak besar namun saya letak ke tepi kerana tertarik dengan akhlak dan agamanya. Lebih – lebih lagi latar belakang keluarganya yang baik. Di rumah, sebolehnya segala perbelanjaan saya lengkapkan sendiri tanpa melibatkan wang isteri.

Baik kelengkapan rumah dan dapur, lampin susu anak – anak dan kos pembantu rumah. Kereta termasuk kereta isteri pun saya tanggung semua kos penyelenggaraan, minyak dan lain – lain. Saya berpuas dapat memberi secukupnya untuk keluarga.

Overall, perkahwinan kami bahagia. Namun sejak kebelakangan ini, saya banyak makan hati dan pendam perasaan.

1. Soal kewangan.. Beberapa tahun lepas kami baru berpindah ke ibu kota kerana urusan kerja. Anak – anak kian membesar. Segala – gala perbelanjaan meningkat. Walaupun gaji sentiasa cukup – cukup, tapi dengan perbelanjaan bertambah, saya tak dapat menyimpan langsung.

Wang gaji semata – mata untuk keluarga, tempat tinggal, takaful keluarga, kereta dan orang tua, dan lain – lain. Walaupun mampu, kami tak berkereta mewah atau sakan travel macam rakan – rakan sekerja lain. Saya agak kecewa kerana isteri tak pernah offer meringankan beban kewangan. Latar belakang kami sedikit berbeza.

Saya dari keluarga sederhana, dia dari keluarga berada. Ibu bapanya tak dihulurkan wang oleh anak – anak kerana memang dah jauh di tangga T20. Sebaliknya dengan saya. Jarang – jarang sekali ketika keluar bersama, saya minta isteri tolong bayarkan bil.

Tapi itulah, kalau tak diminta memang takkan keluar wangnya. Ya, isteri tak ada komitmen lain selain rumah yang kami bayar bersama. Itu pun kadang – kadang tak hulur. Sebagai suami takkan saya nak tuntut pula. Selain pakaian anak – anak banyak dia yang belikan.

Yalah, seronok shopping baju cantik – cantik untuk anak – anak. Gaji kami lebih kurang setara walaupun isteri lebih sikit. Jarang – jarang saya terfikir.. isteri tak pernah buat kira – kira ke suaminya belanja berapa banyak setiap bulan? Jangan cakap pasal buat kerja tambahan, sebab saya sedang berkerja sambil sambung belajar. Bab wang, akhirnya saya kecil hati.

2. Soal fizikal tubuh badan dan kesihatan. Bukan mendabik d4da, zaman muda dulu seringkali perempuan yang approach saya. Seperti yang saya katakan, isteri pula fizikaInya agak besar. Saya tutup mata dan terima dia seadanya kerana diri dan akhlaknya.

Setelah berkahwin dan beranak pinak, badan isteri semakin besar. Saya pujuk hati, kata dia besar pun sebab mengandung dan melahirkan anak saya juga. Demi menjaga hati, tak pernah saya sebut di depannya perkataan besar, gemuk, obes.

Malah, saya hadiahkan beberapa pasang corset, fitness smart watch harga beribu dan high end jogging shoes yang confirm tak s4kit tumit kalau berlari. Semua ni dengan harapan isteri faham. Namun, bila nak ajak beriadah langsung tak berminat.

Dah malas bersenam, minta pakai corset pun katanya tak selesa dan banyak alasan. Bab kesihatan, dia dah pun k3ncing manis sejak mengandung. Pokoknya dia memang tak minat apa – apa aktiviti fizikal baik outdoor mahupun indoor gym.

Nak nasihat lebih – lebih? Dah nasihat dah pun malah dia pun orang educated dan serba tahu. Saya? Terp4ksa keluar jogging seorang diri. Tak nak keluar sebab nak jaga anak – anak di rumah? Pembantu rumah pun saya dah sediakan. Dia lebih seronok duduk di rumah memasak dan bermain dengan anak – anak. Akhirnya saya makan hati tengok badan isteri semakin membesar.

3. Layanan di tempat tidur. Tak boleh cerita panjang – panjang, tapi makin kerap dia menolak ajakan saya kebelakangan ni. Sebelum berkahwin, saya pernah baca hadith isteri dilaknat jika tolak ajakan suami. Saya rasa tak adil… benda simple kenapa isteri yang kena, tak boleh ke nak bertolak ansur.

Namun bila dah berkeluarga, baru saya sendiri rasa betapa s4kitnya em0si dan perasaan lelaki setelah ajakan tak dilunaskan berkali – kali. Isteri penat? Letih? Kerja – kerja rumah pun saya banyak membantu selain ada pembantu rumah.

Kalau hari biasa kita faham tapi kalau hujung minggu pun bil tertunggak, lama – lama s4kit jiwa. Nak salahkan saya pun, dah habis kebersihan dan kekemasan diri saya jaga. Di sebalik kekurangan – kekurangan isteri saya tetap sayang dan terima dia seadanya.

Saya pujuk hati, masih banyak kebaikannya berbanding kekurangannya. Namun bila suami dah pendam perasaan lama – lama, boleh tawar hati dan beng0ng juga jadinya! – Anon (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Siti Sharena Rusli : Dah 8 years bersama sepatutnya dah semakin transparent atr suami isteri tentang banyak fikir. Semua masalah yang ditulis berkaitan dengan komunikasi. Sila berterus terang. Susunlah ayat sebaik yang boleh. Masalah macam ni selalunya isteri yang hadap. Orang lelaki selalunya tak suka memendam atau berkias. Situasi ini seperti terbalik tapi penyelesaiannya tetap sama

Norain Noordin : Communication is key. Bukan communication is the key. Fahamkan ayat ni. Berterus teranglah encik sebelum terlambat. Bagi – bagi hint seperti corset, kasut jogging tu semua tak berkesan. Kena cakap. Cakappp- bak kata Ahmad Nisfu

Era Ameera : Apa yang saya nampak anda suami yang baik dan isteri anda bagus juga orangnya. Rumah bayar sama – sama. Baju anak dia belikan. Suka masak dan main dengan anak walaupun ada pembantu rumah. Anak baru 1 tahun, mungkin malam kerap terbangun menyusui anak. Tapi tak faham hasrat hati anda. Berterus terang jela takyah kias – kias. Slow talk lebih baik. Communicate.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?