Suami aku mmg suka bagi ‘tumpang’ kereta free. Satu hari suami mesej, cakap takut sbb yang tumpang tu m4ngsa kemaIangan

Laki aku banyak keluar kawasan, jadi dekat highway utara selatan tu memang banyaklah kes tumpang menumpang ni. Dahla tak tong – tong minyak, tumpang buat muka toya pulak tu. Geram aku. Ada sekali masa suami aku keluar malam, tiba – tiba dia whatsapp cakap dia takut..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai! Aku ada beberapa cerita baik punyaa untuk dikongsi. Aku tahu ada beberapa page yang lebih sesuai di FB untuk cerita ni, tapi aku dah terbiasa dengan page ni, kalau admin approve cerita ni, ada la hiburan untuk pembaca.

Nama aku Mia, dah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Suami aku, Muhd, memang hijabnya terbuka. Jadi dia memang nampaklah makhluk – makhluk halus ni, kita bahasakan dorang ni jebon la ye. Anak aku yang baru setahun lebih pun boleh nampak.

Bagi aku, budak – budak kecik memang nampak tapi bila m4kin besar, hijabnya akan tertutup sendiri. Aku sangatlah berharap hijab anak aku tertutup sendiri satu hari nanti sebab aku tak nak nanti dia dah boleh bercakap dia bagitahu aku, “mommy mommy ada kakak muka buruk belakang mommy!”

Tidakkkk, bukan itu yang kita harapkan ye daripada anak yang tersayang. Haha. Ada beberapa cerita pendek – pendek yang aku nak share. Pertama, masa aku dengan laki aku baru kahwin. Aku, suami dan mak mertua pergi melawat sed4ra di Pekan Pencen.

Biasalah seronok jumpa sed4ra, dah lewat petang baru jumpa jalan pulang. Masuk highway dah dekat maghrib dah masa tu. Dalam kereta aku dengan suami di depan, mentua duduk di belakang. Sampai di satu tempat X, mentua aku suruh bukak bacaan yassin.

Aku dengan mentua ikut baca sekali. X memang tempat hotspot lah bagi jebon – jebon berkeliaran. Sampaiiiii je dekat tempat X, laki aku cakap ada sekor akak ponti bertenggek betul – betul depan cermin kereta menghadap aku. Sambil jegil – jegil mata dekat aku.

Marah benor nampak kak. Dia bertenggek sampailah sampai rumah lepas tu dia hilang. Bila laki aku cerita aku gelak jelah sebab bukan aku yang nampak. Dia lah tersiksa menahan mata, hahaha. Bila dia nampak benda – benda tu, dia takkan buat eye contact, kalau dia buat, jebon akan tau dia nampak, lagi sakan la dorang menyakat.

Cerita kedua, waktu pantang. Kami duduk dengan mak aku. Masa aku ngandung laki aku tanya banyak kali, rumah ni pernah pagar tak. Aku cakap tak. Lepas tu dia diam. Aku tanya kenapa, dia diam jugak. Dah beranak, aku pantang rumah mak aku lah.

Udahh anak tak tidor malam komeeeee. Merengek nangehhhh aje sepanjang malam. Dah barai sebulan tak tidor malam, baru laki aku bukak cerita, anak aku tak tidur sebab jebon kacau. Malam – malam akan ada ‘budak laki’ besar 4, 5 tahun macam tu, dia akan datang main dengan anak aku.

Dia lari – lari la satu rumah main – main. Dekat ruang tamu pulak ada orang tua. Dia tak kacau pun, dia duduk situ je. Bila dukung anak aku ke situ, dia agah – agah la anak aku. Terbeliak mata aku bila dia cerita. Awai awaitak nak kabor! Udah nak hujung pantang baru cerita.

Kami pun pergiIah berubat, buang jebon – jebon dan pagar rumah. Lepas tu anak aku pun tidur dengan lena macam dalam iklan mamy poko. Hehehe. Macam mana kami tau anak aku nampak? Sebab bila dia besar sikit, dah pandai lambai – lambai, dia lambai dekat si jebon.

Aku taulah sebab laki aku cerita. Hahaha. Mula – mula aku ingat anak aku sesaja la lambai – lambai. Yelah kan kita ajar anak kita melambai, jadi dia lambai jelah. Dalam kereta anak aku lambai – lambai, laki aku cakap, “ehhh tak payahlah lambai – lambai sangat”.

Aku tengoklah muka laki aku dengan penuh tanda tanya, dah kenapa. Pastu laki aku sambung, “takyahlah lambai – lambai yang dekat pokok tu”. Manusia mana nak duduk dekat pokok malam – malam oi. Anak aku manalah tau beza yang mana dunia sini, yang mana dunia sana.

Pernah kami singgah rumah sed4ra, masa nak mandikan anak aku. Dalam toilet anak aku pandang belakang laki aku pastu nangis – nangis. Pastu laki aku cakap, “Kami tumpang mandi jeee, tepi lah sikittt. Janganlah bagi takut Amin”.

Tahulah aku yang si jebon ni duk takut – takutkan anak aku. Kalau bab jebon – jebon ni menumpang laki aku banyak kali dah hadap. Dahla tak tong – tong minyak, tumpang buat muka toya pulak tu. Yihh geram aku. Laki aku banyak keluar kawasan, jadi dekat highway utara selatan tu memang banyaklah kes tumpang menumpang ni.

Ada sekali yang buat aku risau tu, laki aku keluar kawasan malam, masa dalam perjalanan tu dia whatsapp bagitau “ada benda tumpang, i takut”. Selalu jebon tumpang dia buat tak endah je, tapi kali ni dia takut. Aku cuaklah.

Rupanya yang menumpang kali tu rupanya macam m4ngsa eksiden, berlumuran d4rah tak nampak muka tapi isi isi muka terkopek sana sini. Bau jangan cakaplah. Mana laki aku tak cuak. Pernah sekali tu kami ikut jalan lama, malam – malam. Sunyi la jugak.

Aku takkan tanya on the spot ada benda tumpang ke tak. Aje giIer nak cerita pasal jebon depan dia. Maleh aque. Tapi kadang – kadang aku dapat rasa. Jadi dah sampai destinasi gedebuk gedebaq apa semua, aku tanya laki aku, “ada benda tumpang tak tadi?”.

Laki aku cakap ada. Aku tanya, “sekor?” Suami aku baIas, “dua. Dia dengan anak dia, kecik.” Aku tanya lagi, “dalam kereta ke, luar kereta? Nampak macam ada benda terbang sebeIah kereta side u tadi”, dia jawab, “atas bumbung, dorang macam melambai – lambai”. Huhuhuhu.

Macam mana aku boleh rasa? Entoh. But that is another story to tell. Rasa dah panjang sangat dah cerita ni. Harap korang terhibur. Thank you admin sudi baca, dan approve. – Mia ketang ketung (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Puan : Alhamdulillah. saya tak pernah nampak jebon – jebon semua tu walaupun kerap mimpi pelik – pelik termasuk mimpi jumpa macam – macam jenis h4ntu. Tapi ada sorang kawan lelaki (pangkat adik – adik saya), pernah tegur saya dulu.

Tanya salasilah keturunan saya dari mana. Bila saya cerita secara ringkas tiba – tiba dia kata. “saya tahu akak ni ada ‘penjaga’. Dah lama saya nak bagitau tapi takut akak tak percaya plak.” Lepas tu dengan nada tak terk3jut, saya tanya macam mana dia boleh tahu. Dia nampak ke?

Budak tu bagitau dia pernah nampak masa saya tengah buat kerja. ’Penjaga’ saya tu ikut je saya. Dia pun mulanya terk3jut tapi dia diam je tunggu masa yang sesuai nak tanya saya. Katanya kebetulan dia ada kelebihan hijab terbuka tu sejak kecil sampai sekarang (umur nak cecah 30an) dan dia pew4ris keturunan perpatih / minang (N9). Saya just senyum dan cakap. “Diam – diam sudah, yang tahu je tahu. Yang tak tahu, biar kan”

Airin Estrella : Teringat last year jam 1 pagi lalu hutan tebal dalam hiway menuju ke teluk intan. Tetiba je waze tukar suara z0mbi ’10 km away’ padahal tak pegang telefon pun, tak tukar setting apa – apa pun. Exit pun jauh lagi. Seram giIe dengar suara h4ntu malam – malam.

Gyna Anis : Alhamdulillah anak saya tutup hijab umo 4 tahun penat weii demam kena s4mpuk tu macam 2 – 3 bulan sekali kena. Tengah elok – elok jalan tengah hiway utara selatan tu tengah hari buta panas pukuI 1 kereta berat.

Aircond kena block tak rasa langsung macam ada orang tutup dengan bantal, anak terus demam. Rupanya h4ntu cina zaman dulu – dulu dengan anak dia tumpang dari perak ke perlis bawa dia jalan – jalan. Anak leh cakap ada mak dengan anak ajak main.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?