Gaji bapak 3ribu tapi rumah kami macam rumah orang miskin. Bil api air sampai beribu, bila kena p0tong pergi meminjam

Pagi – pagi mama akan letak baju, seluar, spender, beg, kunci siap – siap. Lepas tu pergi kerja. Kalau ada benda tertinggal balik habis mama kena m4ki. Balik kerja duduk atas sofa main phone, makan mama sedia tepi meja. Lepas makan tinggal atas meja. Aku tak tahu macam mana mama boleh sabar.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Bunga, aku merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Dari kecil bapak aku jarang nak penuhi keinginan kami adik beradik. Walaupun dia bergaji banyak tapi hutang keliling pinggang.

Kami hidup serba kesempitan, walaupun bergaji besar. Sempat juga kami hidup tanpa kereta disebabkan hutang. Tetapi dia cuba penuhkan juga keperluan asas. Mak dengan bapak selalu berg4duh bab duit, katanya mak tak pandai berbelanja masa kecil, jarang sekali bapak bawa jalan ke pasaraya untuk membeli barang.

Semasa sekolah menengah aku cuba tidak menyusahkan keluarga aku, aku kumpul duit sikit – sikit untuk beli buku rujukan, ambil buku teks salin nota – nota penting. Sebab aku tahu apa yang aku nak jarang dipenuhi.

Alhamdulilah keputuusan peperiksaan aku sangat baik, aku gembira aku bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku suka, masuk ke asrama. Tapi sayang demi membantu adik – adik aku membesar dengan baik aku pilih sambung belajar di tempat yang lain.

Tempat yang aku belajar disediakan semua asrama, makan. Yuran dan keperluan masuk asrama semua aku tanggung sendiri. Aku takut menyusahkan bapa aku. Semasa belajar ada sekali aku mengadu dengan makcik aku yang aku kurang duit, maklumlah sabun mandi, sabun basuh baju, bahan untuk assingment semua pakai duit, duit yang abah bagi tak cukup sebulan.

Tak macam mana tah makcik aku bagitau mak dan bapak dapat tau. Dia call aku marah cakap kenapa minta orang, takpa nanti abah bagi duit biar kami kat rumah tak payah makan. Sayu hati aku dengar, mesti orang ingat aku anak yang mengada – ngada, buat pengetahuan semua gaji bapak aku RM3000.

Tapi disebabkan hutang jadi tak cukup. Aku jarang balik cuti, kalau cuti panjang saja aku balik, sebab nak jimat duit. Aku ada buat kerja sampingan, buat kerja katering dapat la tampung sikit. Alhamdulilah berkat kesabaran 4 tahun aku habis belajar.

Berat hati aku nak balik ke rumah kembali, aku serabut. Mana dengan keadaan rumah, mana dengan mak bapak aku selalu g4duh pasal duit. Aku praktikal dekat dengan area rumah selama 6 bulan. Maka di sini semuanya aku nampak per4ngai bapak aku.

Makan pakai semua mama sediakan. Dia hanya duduk main phone saja. Pagi – pagi mama akan letak baju, seluar, spender, beg, kunci siap – siap. Lepas tu pergi kerja. Kalau ada benda tertinggal balik habis mama kena m4ki.

Balik kerja duduk atas sofa main phone, makan mama sedia tepi meja. Makan – makan tinggal dalam singki kadang – kadang tinggal atas meja. Lepas tu mandi mama sediakan kain pelik4t. Macam manalah mak boleh sabar selama ni?

Duit belanja bagi sedikit bila minta lebih mula la bising – bising cakap boros padahal untuk anak bini, mesti akan cakap memang tadak duit kot. Weh, dia boleh pergi beli barang – barang yang tak berfaedah keluar makan dengan kengkawan.

Bapak aku hanya pandai cakap tapi apa pun tadak, bila sembang dengan orang dialah paling baik dan bagus, semua boleh buat. Padahal kat rumah sendiri mintak tengok lampu bilik air yang terpadam pun buat taktau ja.

Bil api air beribu – ribu tak reti nak bayar. Tangguh – tangguh sekali orang nak datang p0tong mula la kelangkabut, kena bayar bagi habis ye rakan – rakan pastu meminjam lagi. Bila aku dah start kerja, tolong la sikit – sikit belanja rumah beli keperluan beras, sos, hulur dekat mak .

Aku kalau nak makan mewah tak gamak kalau tak bawak balik. Kesian adik – adik aku. Rumah aku ni nampak macam rumah orang miskin sangat dah. Aku pelan – pelan kumpul duit untuk betulkan rumah. Bapak aku? Hutang dia dengan orang kebanyakan dah habis bila aku start kerja.

Aku ingat boleh la dia tolong aku simpan duit buat rumah yang nak rebah timpa bumi tu, pintu yang nak reban sebab anai – anai makan. Nak tau dia buat apa? Dia buat loan sis, ya personal loan untuk hobi dia. Aku spechless, dia senang sikit sebab aku dah start kerja.

Jadi tanggungan dia dah kurang, dia patut kumpul duit untuk keselesaan dia jugak, rumah sempit nak hidup 6 orang. Aku bukan mengeluh weh tapi disebabkan dia memang mampu nak buat semua tu sikit – sikit tapi dia pilih untuk tidak.

Weh aku letih dengar mak menakan aku dok bising – bising masa gathering cakap abah aku ni kedekut. Malu weh!!! Aku pernah tegur abah aku masa dia bising dekat mak aku, kau tahu dia buat apa? Dia cakap nak ceraikan mak aku beb, masa tu dah la bulan puasa.

Asalnya dia bising mak aku pasal mak aku buat kerja lambat dia suruh mak aku buat itu ini, dia h4ram tak tolong pun dok atas sofa keras main phone. Aku geram lama aku pendam aku luah la, tapi dia boleh uguut mak aku.

Pastu dia keluar rumah, menangis aku dengan adik aku. Bapak aku seorang yang sangat tak boleh tegur dia, bagi bapak aku dia adalah paling sempurna. Aku belum cakap bab kebersihan lagi. Dekat rumah orang bukan main tolong orang tu, bila balik rumah sendiri asyik kangkang ja.

Kalau cakap dia kerja? Habis aku? Ya memang dia besarkan aku tapi, aku stuggIe weh nak membesar. Aku kalau sambung belajar tempat yang aku nak maybe aku dah kerja hebat – hebat nak di bandingkan dengan sekarang sebab nak tolong adik – adik. Aku kesian dapat bapak yang kedekut untuk anak bini. Entah la bila nak berubah.. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen waarganet :

Noraziah Amdan : Mak awak tiptop layan bapak. Kalau bapak nak cerai sangat, beli jualan dia. Lepas ini bapak awak dah tua, akan bertemu jodoh dengan perempuan muda pemalas. Nak membebel pun takut. Maklum isteri muda, kalau bapak cerai, jadi janda, laku keras beb.

Lelaki bujang zaman sekarang lebih suka pilih janda. Bila dah cerai, mudah awak dan adik – adik mewahkan mak. 5 tahun nanti, bapak mesti melopong tengok hidup mak dah berubah, senang .

Nor Hidayah Awang : Kite takkan boleh tunggu manusia lain berubah. Jadi kite dulu kene berubah. Mak okay tak? Mak tak komplen ke? Kalau mak redha tak boleh buat ape la.. kalau mak sedia sama -sama nak berubah, bawak mak dok tempat lain korang – korang je. Biar bapaki kau bujang balik. Time tu dia tau la langit tinggi ke rendah. Spenda pon cari laa sendiri kalau ade yang berbasuh laa.

Peyus Yuz : Pengalaman aku, orang ini akan susah berubah. Rase kadang – kadang suka – suka jutuhkan hukuum tapi memang wujud. Sampai ke tua menyusahkan anak bini. Kalau da cerai dia cari lain yang dia bleh. Tumpangumpama Parasite.. menumpang untuk kesenangan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.