Petang itu saya suruh isteri kemas segala pakaiannya dan pulang ke rumah mertua. Saya tanya pada mertua pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Saya tunjukkan segala bukti dan ketika itu anak saya keluar dari bilik..
#Foto sekadar hiasan. Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarik4t swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarik4t swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun.
Dialah buah hati saya dunia dan akhir4t. Kisah ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi – sembunyi perhatikan tingkah lakunya.
Saya lihat dia sem4kin gemar membawa handphonenya ke mana – mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam – macam. Saya cuba seIami apa yang dia aIami tetapi gagal.
Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu. SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walaupun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi.
KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup.
SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima.
Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat – cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”.
Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat – cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu di tempatnya. Perlahan – lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan. Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama – sama saya.
Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa – apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing – masing. Sebelum itu, saya bawa bersama view cam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.
PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali.
Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai. Saya perhatikan kereta tersebut meninggaIkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati – hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat.
Tiba – tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggiIannya dan hati saya h4ncur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya.
Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong. Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal.
Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka.
Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu.
Berd0sa saya pada hari itu kerana telah meninggaIkan solat Asar dan Maghrib semata – mata mencari kebenaran. Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.
Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka.
Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang. Saya mengambil keputvsan untuk berjalan menyusup ke tempat – tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai.
Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.
Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terk3jut bila mendapati mereka sedang membuat perkara yang terkutuk. Saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terp4ksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.
HATI SAYA H4NCUR LULUH pada ketika itu. Sy4itan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua – dua makhluk yang sedang berz1na itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka.
Saya sedar, tuhan menyebeIahi saya. Kebencian saya meluap – luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati – hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.
Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berd0sa itu.
Pada ketika itu saya terfikir, apakah d0sa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya. Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam.
Isteri saya terk3jut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara – perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyump4h sendirian, perempuan Iaknat!!.
Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah – olah tiada apa – apa yang berlaku. Dasar perempuan jaIang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.
Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya di dalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta untuk bersama Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi.
Manalah tahu jika ianya membuahkan ‘hasil’, sekurang – kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.
Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam thumbdrive menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebeIah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik.
Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya. Dia menyangkaI kata – kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang.
Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.
Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terp4ksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat.
Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kahwin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.
Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba – tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih.
Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh – boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa. Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya.
Saya peIuk anak saya, saya civm dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya. Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual.
Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis – habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam.
Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang – kadang tertawa kecil. Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka.
Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua – dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.
Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.
Mereka terk3jut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputvsan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali – kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berz1na dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh – sungguhnya sambil memeIuk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselingkoh orang lain.
Mertua saya bertanyakan soalan bertalu – talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil thumbdrive dan saya pasangkannya di television yang terletak di ruang tamu. Mertua saya mengucap tidak henti – henti setelah melihat apa yang ditayangkan di hadapan mata mereka.
Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang leka dengan cinta’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak – esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeIuknya kaki saya sambil meraung – raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Anak saya dan Mak Usunya tiba – tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeIuk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah d4danya.
Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung – raung di kaki saya.
Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terk3jut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeIiak akibat terk3jut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik.
Kedua – dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti – bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.
Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang – orang pejabat agama. Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya.
Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang – orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan suIit dengan perempuan lain. Mungkin itulah baIasan Allah kepadanya.
Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering.
Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar – benar makan hati dengan suami barunya yang diber4hikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan.
Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhir4t. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.