Mira merayu nak menumpang rupanya dia bawa tunang sekali. 1 hari aku tertinggal HP, masuk rumah aku dengar bunyi sesuatu

Kemuncak hal ini, adalah pagi ini, aku dah keluar pun sampai kereta kat bawah, lepas tu aku terlupa bawak handphone, aku naik balik rumah, ambik handphone dalam bilik. Bila keluar je ambil handphone, aku terdengar macam bunyi ketik. Allah! Aku ambil semua gambar – gambar bukti..

#Foto sekadar hiasan. Salam buat semua pembaca. Saya harap sangat confession saya akan disiarkan kali ini. Untuk minta pandangan, komen semua netizen. Aku perempuan berusia dalam pertengahan 20-an dan bekerja di ibu kota, masih bujang.

Aku menyewa keseorangan dan memang aku tidak mahu pun cari housemate ke roomate ke sebab aku takut jumpa yang sejenis menyemak kepala. Ye la kat KL ni macam – macam orang per4ngai pelik – pelik. Memang aku mampu nak menyewa seorang pun.

Family ada, tinggal pun berdekatan rumah, jadi tiada masalah pun. Kadang- kadang mak aku akan datang rumah seminggu sekali. Kenapa aku pindah? Sebab nak selesa. Aku ada 6 orang adik – beradik, 3 laki, 3 perempuan, dan aku merupakan anak sulung.

Faham – faham je la dengan rumah 2 bilik, aku tak selesa pun, sebab tu la aku pindah. Ceritanya bermula, apabila rakan sekerja aku call aku, dia tanya samada rumah aku ada bilik kosong atau tak? Aku namakan dia Mira. Mira ni seorang yang sangat bergaya dan up to date, sejenis pandai melawa, dah 3 tahun aku kenal dia.

Dia minta tolong kalau boleh nak sewa satu bilik dan dia nak kahwin lagi 3 bulan dari sekarang maksudnya bulan 7 akad nikahnya dan resepsi. Ya, sekarang Mira sedang siapkan urusan pernikahan mereka. Aku terpikir kejap, berbeIah bahagi, tapi kesian nak kahwin duit pun tak cukup nak renew contract rumah lama.

Ye aku pun la membenarkan kawan aku ni, tinggal dan bayar sewa bilik itu. Tak sangka rupanya dia nak sewa duduk dengan tunang dia sekali. Demn it! Aku nak tarik balik tak boleh dah . Dan rakan sekerja yang lain taktau pun dia pindah ke rumah aku dan aku pulak sejenis malas nak bercerita.

Dia kerja dekat tingkat atas aku pulak tingkat bawah. Kenapa mereka tak cari rumah lain, sebab mereka ada kucing seekor. Mana ada orang nak bagi sewa ada pets kan. Dan ya aku terasa berd0sa sangat membenarkan mereka tinggal bersama dan setiap kali solat aku terpikir, solat aku diterima tak?

Ye la aku pun bukan baik sangat, pend0sakan mesti la nak solat diterima. Membenarkan maksi4t, aku betul – betul menyesal bawak mereka ni masuk. Menyesal sangat! Dan sekarang ni dah beberapa bulan mereka tinggal di sini.

Ceritanya bermula apabila mereka ini sangat – sangat la bersepah dan pengotor! Kau bayangkan la mereka ni boleh tidur dengan kucing dan pakej t4hinya sekali. Laki dia pulak lagi takde akal nak m4mpus buang sampah merata – rata.

Seminggu sekali bawak keluar pinggan yang berkulat dan campak atas singki. Dah campak atas singki biar macam tu je pastu bila laki tu ada mood baru basuh kalau tak? Haihhh aku la ni tolong basuhkan sebab aku tak suka tengok singki penuh macam tu.

Dah campak tak basuh betul – betul yang berkulat dia letak bawah singki. Sapa yang kutip basuh periuk berulat tu? Aku la. Aku pun perasan Mira ni la yang selalu buang sampah. Mira ni la selalu pert4hankan sangat per4ngai tunang dia tu.

Setiap kali hujung minggu, mereka keluar tiada di rumah dan tinggalkan rumah dalam keadaan bersepah dan berselerak. Urusan nikah kahwin bulan 7 ni buatkan mereka tiada di rumah setiap kali hujung minggu. Aku sabar lagi, aku pulak sejenis tak boleh tengok benda sepah- sepah ni aku kemas dan aku niat takpelah sebab mereka sibuk.

Aku mulalah tegur per4ngai mereka ni. Korang kalau nak keluar rumah, boleh tak kita kemas rumah sama – sama dulu? Jawapan mereka, aku tengok rumah ni takde la sepah mana pun. Jawapan mereka tu buat aku terkesima dan otak aku tak boleh proses jawapan tu.

Kemudian, siap cakap, kau ni tegur itu-ini, kitorang dah la serabut nak kahwin. Tunggu la selesai dulu hal kitorang. Oi cik kak, ni la sebahagian urusan rumahtangga yang kau kena hadap nanti. Yang si laki tu pun tambah, apa la kau ni tak reti timing ke nak tegur. Hurm. Kecewa aku.

Nak tambah lagi laki tu pakai kasut dalam rumah sampai dalam bilik, korek telinga campak je putik kapas kat hall tv. Abu r0kok puntung r0kok bersepah- sepah dalam bilik air. Stokin pun campak je depan tv. Ya Allah gelinya aku, nak kemas pun.

Tin minuman depan tv sepah – sepah berguling – guling. Aku str3ss!!! Bila aku tegur, M cakap yang dia sentap sangat. Laaa, dah tu aku bukan tengking pun, aku cakap baik – baik siap cakap sorry lagi. Kalau sejenis tak boleh tegur, kau pindah la duduk sendiri.

Setiap kali tegur mereka akan perli aku di status facebook dan memerli aku macam – macam, kata aku loser, takde boyfriend, anak d4ra tak laku. Bukan tak laku, tapi aku serik dengan sikap lelaki, aku sangat memilih. Bukan hent4m sembrono je nak kahwin.

Kalau kahwin kena tanggung biawak hidup, buat apa? Kalau kahwin berendam air mata buat apa? Kalau kahwin laki pen4gih d4dah buat apa? Macam mana anak aku nanti? Elok ke per4ngai dia? Nak jadi seorang suami kena bersedia jadi seorang ayah yang baik.

Aku kahwin nak bahagia dan aku nak seorang suami yang sama – sama perbaiki diri. Buat masa ni, Baik aku tanggung mak aku and adik – adik aku dulu buat masa ni. Pahala pun dapat! Dan ini bukan kerja aku pun, kerja Allah, di luar kawalan aku.

Bab jodoh telah berusaha, dan putuus tunang di tengah jalan. Cakap la apa nak cakap . Mereka jadikan hal ini untuk kutuk aku macam – macam. Kutuk la h1na la. Allah tu Maha Kuasa Maha Besar. Oh ya lupa nak bagitau ni rumah aku yang mereka pindah ni adalah rumah kelima dorang.

Aku taktau apa jadi rumah – rumah yang mereka duduk tu apa jadi, siap kena letak polis report depan rumah, air api pun kena tuan rumah p0tongkan. Dia ada cerita dekat aku dulu, tapi aku malas ambik port. Ha ni salah, kalau nak bagi orang sewa siasat selidik dulu kenapa.

Dan kemuncak hal ini, adalah pagi ini, aku dah keluar pun sampai kereta kat bawah, lepas tu aku terlupa bawak handphone, aku naik balik rumah, ambik handphone dalam bilik. Bila keluar je ambil handphone, aku terdengar macam bunyi ketik.

Allah! Plug seterika tak tutup, plug handphone tak tutup. Dan kali ini betul – betul angin, aku whatsapp mereka dalam group whatssap rumah, aku ambik gambar tanya sapa punya keja ni? Kalau rumah meIetup, korang nak bertanggungjawab ke.

Masing – masing sepi dalam group tu tak reply. Oh ya bil api rumah aku, memang naik mend4dak sejak adanya sikap mereka yang pergi kerja tak reti tutup lampu, tutup kipas pergi kerja, tutup plug handphone. Biarkan macam tu je.

Betapa str3ssnya aku. Lebih dari itu kadang – kadang bilik air luar tu, kotor. Bila aku tanya dah bersihkan ke, mereka cakap dah. Tiada perbezaan pun. Aku ni bukan la tahap OCD kebersihan. Jamban tu tonyoh la dengan berus dah berkeladak berapa lama.

Hal kebersihan dah. Ni lagi 1 hal hari – hari g4duh terjerit – jerit sampaikan bila aku nak turun lif pagi nak pergi kerja tu, jiran – jiran tanya kat aku. Aku macam, err minta maaf la ye. Aku pulak minta maaf bagi pihak mereka!

Penat! Balik tu aku tanya la si Mira ni kenapa semalam? Dia cakap dia g4duh dengan laki tu sebab laki tu hisap sy4bu! OMG! 1 hal lagi! Aku dah terbayangkan polis nark0tik nak datang angkut aku lagi . Oh no! Aku taktau nak buat apa. Aku blank.

Sumpah aku taktau tunang dia tu hisap benda tu. Patut la pengotor. D4dahkan sampah masyarakat. Orang yang berd4dah pun sampah la! Takde akal. Maka dengan itu, aku menggunakan kuasa vet0 aku untuk mereka pindah keluar dari rumah aku.

Tapi mereka anggap aku zaIim sebab buat macam ni pada mereka yang nak kahwin tak lama lagi. Bukan zaIim, tapi kalau dah takde adab, budi bicara, sejenis tak boleh tegur, buat macam rumah sendiri sepahnye, kotornye sila la duduk dengan monyet di hutan.

Dan lagi satu, si lelaki tersebut berd4dah. Zero tolerance untuk orang berd4dah. Mereka masuk pun sebab aku niat nak tolong, ini tidak, eg0nya tinggi melangit! Hutang deposit pun mereka tak habis bayar lagi kat aku. Tapi di pihak mereka sana, mereka twist the fact, putar belit cerita.

Dah la masuk bersedudukan, tu pun nak play v1ctim. Tak sedar punya orang. Sekarang ni bertebaran la cerita di pihak sana aku tak berhati perut. Sudah pun sampai ke pengetahuan tuan rumah. Segala perbualan dengan tuan rumah, whatssap semua di tangan aku.

Aku boleh keluarkan bukti ni bila – bila masa aku nak. Untuk orang yang berakal, kebersihan dan kekemasan rumah ni adalah tanggungjawab diri masing – masing. Rumahku, syurgaku. Pernah dengar kebersihan tu sebahagian daripada iman?

Doa orang terni4ya ni makbul. Tapi mereka berkelakuan seperti mereka lah m4ngsa. Pengajaran lepas ni selidik la bakal penyewa. Kepada tuan rumah atau agent nak datang buat spotcheck kebersihan secara berkala pun dialu – aIukan. Ye la rumah kita beli, kita nak la bersih . Netizen, tinggalkan la pandangan di bahagian komen. Aku memang minta mereka keluar sebab pengotor, bersepah and ada d4dah. ZaIim ke aku? – Orked Purple

Komen W4rganet :

Fav Akira : Tukar lock grill and pintu.. informed management / security that rumah tu awak sorang jer duduk. This is for your safety. Informed owner the real story. Informed your family and best friends too.. Just in case if anything happened to you, they know who to check first. Apa yang awak buat sangat betul. Jangan biarkan orang amik kesempatan macam ni.. zaman ni bukan macam 10 or 20 years ago.

Khairun Nazihah Binti Hairudin : Patutnya masa mula – mula dapat tau nak bawak masuk lelaki kau kena tegah. Duduk serumah dengan lelaki, stranger lagi. Selesa ke kau walaupun dia pembersih? Terbatas segala pergerakan dalam rumah. Apa – apa pun, tindakan kau halau diorang tu tersangatlah betul. Sila halau sebelum mereka bermaharajaIela dalam rumah kau.

Makcik Senah : Aku pernah jumpe housemate pengotor macamni. Adik aku menyewa bilik dekat satu rumah ni. Dia cakap dia str3ss housemate pengotor. Then, kebetulan satu hari aku hantar dia balik ke rumah sewa, so aku saje nak masuk nak tengok sejauh mane pengotornya housemate dia.

Sumpah memang pengotor.. tandas berkeladak kuning berkulit plus bau h4ncing. Dapur banjir air lembah dengan pingan mangkuk berkulat. Sampah bersepah – sepah.. Yang tak boleh tahan perempuan pengotor.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?