Selepas kahwin isteri jadi pendiam. Kalau orang lain merungut isteri membebeI, rumah bising, tetapi bukan isteri aku. Mungkin ini yang membuatkan aku agak kebosanan hingga aku terjebak dengan perempuan lain. Tapi apa yang terjadi pada adik aku, buat aku tertamp4r..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku merupakan pegawai pegawai kerajaan bahagian pr0fessional. Aku rasa semua pembaca sedia maklum berapa sangat lah gaji kakitangan kerajaan gred 41. Isteri pula, bekerja di syarik4t oil and gas sebagai chief engineer.
Tak perlu aku maklumkan di sini berapa gaji isteri aku, cukup la aku katakan berganda – ganda lebih dari gaji aku. Waktu dulu kami sama – sama susah. Kami bermula dari bawah, tetapi rezeki isteri aku agak mencurah – curah selepas kahwin, berbeza dengan aku masih di gred yang sama.
Mungkin asbab d0sa yang aku lakukan pada dia. Aku tak nafikan, apabila isteri bergaji besar, hidup agak selesa, rumah besar, barang – barang bejenama, berkereta continental, makan pun mewah. Ya, aku tak mampu untuk semua itu, memang isteri aku yang banyak membayar kesemuanya.
Tetapi itulah orang kata, kebanyakan lelaki akan tetap mencari keseronokan lain biarpun isteri dah sempurna. Cuma nasib aku baik, Allah tutup d0sa aku dari pengetahuan isteri sampai sekarang. Cuma itula, Allah baIas dengan cara lain, rumah tangga adik perempuan aku yang huru hara hingga menyebabkan penceraian.
Suami adik aku mempunyai perempuan lain. Aku ibarat tertamp4r apabila adik perempuan aku berani meminta cerai dengan suaminya. Betullah kata orang, perempuan sekarang tidak heran atau takut pada penceraian. Walhal adik aku hanya kerani di jabatan kerajaan dan suaminya pula seorang chief akauntan di sebuah bank.
Waktu kerja isteri aku tidak la sesibuk mana, cuma terdapat waktu – waktu tertentu dia terp4ksa pulang lewat. Isteri aku sempurna dari segi banyak segi. Dia cantik, putih, bibir merah tanpa lipstik, tak gemuk dan tak pendek, pembersih, pengemas dan pandai urus anak – anak.
Alhamdullilah Allah kurniakan dua orang anak. Cuma satu saja yang aku perasan, dia memang jarang ketawa, paling kuat pun hanya senyum lebar nampak giginya yang putih. Amat jarang untuk lihat dia ketawa. Isteri aku dulu tak lah pendiam mana, kalau bergayut di telefon minimum 30 minit.
Tapi selepas kawin memang jadi pendiam. Pelik aku. Kalau orang lain merungut isteri membebel, rumah bising, tetapi bukan isteri aku. Rumah aku akan bising dengan suara tv, suara anak – anak. Mungkin ini yang membuatkan aku agak kebosanan.
Komunikasi kami sangat lah formal setiap hari, dialog yang sama setiap hari. Waktu pagi, dialog utama kami ‘hati – hati pergi kerja, jangan nakal – nakal, jaga diri, dah sampai call’. Bila dah sampai office, ‘dah sampai office, jangan lupa breakfast’.
Waktu lunch ‘tangkap gambar makanan, jemput makan, jangan lupa baca bismillah, makan dengan siapa?’ Waktu balik kerja, ‘otw balik rumah, hati drive, nak order makan apa hari ni’. Dah sampai rumah, ‘jom makan (makanan biasa aku beli), nak tengok cite apa, nak solat jap, nak madi jap.
Bila aku tanya isteri, ok kerja hari ni, ‘biasa je, ok saja macam biasa’. Dia pula tak pernah tanya kerja aku, dia memang selalu diam. Cakap pendek – pendek, kalau buat karangan aku rasa tak sampai satu muka surat. Boleh dikira berapa patah perkataan sahaja dia keluarkan dalam satu hari.
Aku jadi pelik macam mana dia boleh berjaya dalam kerjaya. Mungkin asbab dia pemurah dengan suami dan anak – anak, keluarga sendiri dan keluarga mertua, Allah murahkan rezeki dia. Aku pernah tegur dia kenapa diam saja tak cakap apa – apa?
Aku pulak disoalnya balik, nak cakap apa, takde benda nak cerita pun. Aduh… blank aku. Masalah ini lah yang membuatkan aku terjebak dengan perempuan lain hampir setahun, tetapi aku dah bertaubat dengan kejadian yang menimpa adik aku.
Memang aku buang terus no telefon yang aku pakai untuk perempuan tu. Tak sanggup aku kehilangan isteri dengan anak – anak aku. Jangan cakap aku sayang dia kerana duit dia, tidak sama sekali, aku berkahwin dengan dia semasa dia biasa – biasa sahaja.
Level kami sama. Cuma aku tak pasti bagaimana nak ubah isteri aku supaya menjadi seperti isteri orang lain yang kuat berleter. Dia sangat sempurna dari segala segi, cuma masalah dia adalah terlalu senyap. Jangan usulkan aku untuk bawa dia pergi bercuti dan buat k3jutan, aku tak pernah miss buat k3jutan untuk aniversary dan birthday dia.
Bercuti setahun sekali adalah minimum, tapi biasanya memang isteri aku la yang usulkan tempat untuk bercuti, tapi tu la, selepas bercuti kembali diam seperti biasa. Tolonglah aku bagi cadangan yang bernas. Aku takut aku lakukan kesilapan yang sama. Sekian… – Wan (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Wan Saliina Wan Mamat : Isteri dah tahu lama dah tu. Dia diam je tau. Jaga – jaga tuan, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Kerana isteri tuan pr0fesional dia pun bersikap pr0fesional. Hurmm, good luck tuan, pandai buat, pandai tanggung ya.
Noor Afidah Alias : Apa yang kita rasa pada orang, itulah diri kita sendiri. Contoh macam encik kata isteri encik pendiam. Sebenarnya encik yang pendiam. Jadi, kalau nak berubah, mulakan dengan diri sendiri dulu.
Cubala cerita benda – benda kat tempat kerja, benda yang nampak dalam fon, pasal cuaca ke. Mula – mula memang awkward, tapi ingat balik la masa mula – mula kenal dulu macam mana, borak pasal apa, cuba ulang balik.
Ada juga saya baca, kurang bersentuhan, buatkan hubungan jadi dingin. Ayat baiknya, bila nak je baru tarik bini tu duk rapat – rapat, tapi waktu biasa duk jauh – jauh. Eh. Sambil nonton TV, boleh duduk dekat – dekat, masa makan pun jangan duduk berdepan, duduk la sebeIah – sebeIah.
Buat la adegan bergeser tangan ke, nak ambil lauk terambil lauk yang sama ke. Selain tu, FYI, bantal paling best adalah lengan / d4da suami. Bau ketiak suami pula boleh kurangkan str3ss isteri, kalau wangi la.
Kalau busuk, buat menambahkan str3ss pula nanti. Dan last. PeIuk isteri sebelum pergi kerja, beberapa saat je. Balik kerja benda pertama cari dahi isteri, civm dulu. Good luck. Jangan bagi alasan sibuk jaga anak eh, kalau bini sibuk jaga anak, layan anak time makan, time tengok TV, walaupun masa nak tido pun anak duk tengah, tu namanya encik tak tolong bini jaga anak la tu.
Siapa tak diam kalau macam tu. Kemurungan lagi adalah. Kadang kita rasa masalahnya adalah diam, tak bercakap. Tapi sebenarnya distance, jarak yang buatkan kita berasa jauh di hati walau dekat di depan mata.
Deedee Nas : Biasa yang suka curang ni walaupun a1b dia tertutup, dia susah nak hidup tenang. Sejauh mana curang u tu? Teruk sangat ke? Agak – agak dia jadi pendiam sebab apa ya? Mesti dia dah tau suami tu ada perempuan lain, cuma dia nak hairan apa kan?
Dia ada segalanya, sementara tu suami dia pula di bawah level dia? Besaok – besok kalau cerai pun dia kisah apa. Kerja bagus, gaji besar, ramai lagi lelaki hebat – hebat, kerja bagus berpangkat tinggi gaji pun mahsyuk wehhh. U pula? Dah la kerja so so ja, ada hati nak jadi pIayboy. Kaya sangat ke? Entah – entah rupa pun so so ja, lagi la isteri tak hairan.
Hazirah Hj Hamzah : Kalau isteri kuat berIeter nanti macam mana pulak? Mampu ke hadap? Kalau dia diam, awaklah banyak cakap. Banyak tanya dia. Ambil berat pasal dia. Tanya la benda remeh pun. Dah makan ke belum?
Kerja di mana hari ni? Makan apa hari ni? Lama – lama mungkin dia akan bercakap banyak. Ataupun sebenarnya dia tau awak pernah curang. Hati dia s4kit. Dia pula wanita bijak buat silent tr3atment. Silent tr3atment lagi s4kit dari membebeI – bebeI sebenarnya.
Memang perempuan sekarang tak heran pun kalau bercerai sebab dah ramai pandai berdikari dan bawa diri. Jangan buat pasal je. Buat pasal tunggu je la apa yg isteri bijak akan lakukan.
Miraiiee Kiroro : Boleh jadi encik sendiri pon membosankan si isteri tanpa sedar. Buat rutin baru dalam hubungan encik dengan isteri. Ajak sembang, dia bagi jawapan pendek, encik tanya lagi mintak dia huraikan.
Biar kita nampak ‘bod0h’ sekejap tak ape untuk biasakan dia respon seperti yang kita nak. Kadang mungkin si isteri risau suami penat dengan kerja sebab dia cuba letak situasi suasana kerja dia yang semua orang tau memang penat dan busy.
Jadi encik kena pandai main peranan, fahami isteri dan cuba cari punca kenapa m4kin berkurang bilangan patah perkataan isteri encik. Kalau ikutkan sebelum berkahwin elok cakap banyak, mungkin asbab str3ss kerja atau bebanan isteri yang bertambah dek kena ambik sebahagian role suami dalam menampung keperluan nafkah keluarga.
Kena banyakkan komunikasi dan itu kena bermula dari encik dahulu sekiranya mahu perubahan. Kadang kita susah nak akui silap sendiri dengan jadikan alasan isteri pendiam untuk kita cari keseronokkan dengan perempuan lain.
Encik Gagak : Wahai confessor rumah kau tak ada sakinah mawaadah warahmah. Kosong. Ada harta pun, rasa macam kosong. Allah cabut apa yang kau nak. Supaya kau dapat dekatkan diri dengan Allah. Bangun pagi solat taubat, mohon keampunan.
Civm pipi isteri. Buat sarapan untuk isteri dan anak – anak. Buat sampai 40 hari. Tengok apa jadi dengan mood isteri kau. Tak reti masak. Belajar. Jangan banyak alasan. Biar nampak ada usaha kau nak berubah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.