Mak mertua sengaja buat makan – makan jemput suami, dia dah cakap tak nak aku datang. Mak mertua jemput Rossa sekali. Seronok sakan tengok dorang tengah makan. Rossa tengah pangku anak aku sambil suap makan. Suami aku duduk sebeIah Rossa dah macam keluarga bahagia. Nampak aku semua terkedu..
#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera kepada semua pembaca. Sebelum ni aku ada share tentang cara aku ajar suami hidup cara aku. Aku ada kongsi yang aku turut ada c4baran dengan sikap keluarga beIah suami. Aku akui semasa awal – awal berkahwin, aku str3ss sebab baru nak menyesuaikan diri sebagai isteri dan ibu.
Lama kelamaan, aku tak kisah berk0rban demi suami dan anak – anak asalkan keluarga aku bahagia. Tapi apa yang aku dapat sebagai baIasan? Aku akan sambung kisah aku mengenai kehadiran orang ketiga dan isu adik ipar biras.
Isu ni agak complicated sebab berkait dengan beberapa orang dan banyak insiden berlaku pada masa yang sama. Jadi aku cuba untuk ringkaskan supaya pembaca boleh follow. Semasa anak ketiga nak berumur 2 tahun, suami aku kena PJJ buat kali kedua tapi kali ini di Johor.
Aku nak ikut suami tapi dia tak izinkan sebab fikirkan anak – anak. Susah nak tukar – tukar sekolah lagipun anak ketiga selalu s4kit. Ingat lagi mengenai sepupu suami yang patut berkahwin dengan aku? Aku namakan dia sebagai Shah.
Aku terputuus hubungan dengan dia selepas aku berkahwin tapi kami mula berkenalan semula kerana anak ketiga. Selepas suami ke Johor, anak ketiga baru melepasi umur 2 tahun jadi doktor refer aku kepada Shah untuk diiet anak ketiga.
Shah merupakan pakar nutrisi kanak – kanak. Disebabkan aku dah memang kenal dia, jadi aku fikirkan senanglah kalau aku nak berurusan terus dengan Shah. Aku memang sentiasa call dan update suami pasal hal anak – anak.
Shah memang bagus dan alhamdulillah anak ketiga m4kin sihat. Suami diam je tak cakap apa – apa bila aku sebut nama Shah. Mak mertua pula akan datang ke rumah sebab nak tengok cucu – cucu dia sambil tu cari pasal dengan aku.
Adik pertama suami, Saiful pun dah berkahwin. Dia ada satu anak sama umur dengan anak ketiga aku. Isteri Saiful, Sarah akan ikut juga mak mertua datang rumah aku. Dia pun sama meny4kitkan hati sama dengan mak mertua.
Sindir – sindir dan cuba nak nasihatkan aku pasal anak padahal dia kerja jual beauty produk online. Dia s4kit hati sebab aku tak pernah beli produk dia. Aku memang pangkah habis produk sampah camni. Sarah akan menambah rencah bagi mak mertua m4kin benci aku.
Tak cukup dengan tu, Saiful pun akan mengadu dekat suami kononnya aku tak hormat isteri dia lah aku kurang ajar lah sombong. Bila suami call, aku terus cakap dengan suami minta dia nasihatkan mak dia untuk tak datang rumah.
Kalau suami ada baru mak mertua boleh datang. Suami aku cakap nanti dia akan slow talk dengan mak dan adik dia. Berbalik kepada Shah, mak aku memang suka Shah jadi mak aku selalu ajak dia datang rumah mak. Keluarga Shah semua di kampung.
Mak aku sekarang nak jodohkan Shah dengan adik perempuan aku, Lia. Lia pun sama dengan aku fokus kerja langsung tak fikir part kahwin. Dia bekerja kat makmal dalam hospitaI tapi tak sama dengan Shah. Aku tengok Shah dengan Lia ada chemistry.
Tapi dorang masih diperingkat mengenal hati budi. Nothing serious yet. Perkara ini hanya keluarga aku yang tahu malah dekat suami pun aku tak bagitau. Aku tak tahu yang mak mertua dan Sarah rupanya perhatikan aku konon – konon rapat dengan Shah dan mula menabur fitnah.
Mak mertua selalu call suami dan cakap macam – macam benda tak elok pasal aku dengan Shah. Patutlah aku rasa sesuatu je bila aku update suami pasal anak ketiga dan kadang – kadang mention nama Shah. Dia diam je tapi naluri aku boleh rasa ada yang tak kena.
Mak mertua aku bila datang rumah tiba – tiba suka cakap pasal Rossa. Aku dah macam siapa pula Rossa ni? Rossa merupakan calon pertama yang mak mertua merisik nak bagi kahwin dengan suami. Keluarga Rossa memang kaya jadi macam – macamlah dorang mintak.
Suami pun baru awal – awal bekerja ketika itu jadi dia tersepit. Dia cuba minta masa nak kumpul duit sebab dia pun suka Rossa tapi Rossa akhirnya kahwin dengan mamat lain. Keluarga Rossa memang jenis memilih sangat dan kalau boleh nak cari menantu yang setaraf.
Rossa berkahwin tak sampai setahun pastu cerai sebab suami dia baran kaki pukuI. Memang terk3jut aku bila mak mertua cerita sebab aku langsung tak tahu pasal Rossa. Suami pun tak pernah sesekali bercerita pasal Rossa dengan aku.
Mak mertua prov0ke aku cakap kesian Rossa sekarang ni masih tak berkahwin. Cantik kaya tapi masih tak berpunya. Mungkin jodoh dia dengan orang lain. Aku malas nak layan tapi hati aku dah mula fikir macam – macam.
Aku serba salah nak tanya suami. Aku solat doa banyak – banyak supaya Allah SWT pelihara perkahwinan aku. Tapi sangkaan aku sungguh meleset. Naluri isteri memang selalunya betul. Aku cuba selidik pasal Rossa. Aku ajak Sarah datang rumah aku.
Aku cakap baik – baik, masak makanan yang dia suka dan slowly aku try dapatkan info dari dia. Sarah ni jenis sengal – sengal ubi. Info yang aku dapat, Rossa ni memang kaya. Keluarga dia ada business sana sini cukup tujuh keturunan makan.
Aku tak pasti Rossa kerja apa tapi yang aku pasti mak mertua aku dalangnya. Dia masih berbaik dengan Rossa dan selalu bagitau suami aku kesian PJJ sorang – sorang. Adik kedua suami, Sazlan dapat kerja dengan company ayah Rossa.
Bila mak Rossa mengadu anak dia masih tr4uma nak kahwin, maka mak mertua aku mula cucuk jarum. Sarah pun berbaik dengan Rossa sambil jual produk sampah dia. Suami aku tak main sosiaI media jadi aku cuba korek sendiri.
Terp4ksalah aku add Sarah kat IG pura – pura nak beli produk sampah dia. Sarah kawan dengan Rossa dan profil dia public. H4ncur hati aku bila nampak Rossa ada update dekat IG gambar dia dengan suami tengah makan dengan caption meeting old friend makes heart flutter. Rasanya apa maksud dia?
Aku kumpul semua bukti. Ada beberapa gambar yang Rossa update. S4kit hati aku bila aku tengok Sarah ni pun ada like gambar – gambar tu. Aku hanya luahkan perasaan dekat kakak aku, Lili sebab aku tak tahan sangat. Lili dah berkahwin jadi dia faham perasaan aku.
Lili suruh aku bersabar dan bincang elok – elok bila suami pulang. Aku tunggu suami balik minggu tu. Bila dia balik esoknya dia kata dia kata dia nak ke rumah mak dia. Aku macam ok fine. Suami gi rumah mak dia dengan anak – anak.
Masa ni, anak sulung call aku guna phone suami. Dia call sebab tanya pasal mainan dia dekat rumah. Aku macam pelik kenapa dia tanya tiba – tiba. Tup tap anak sulung bagitau yang dorang makan sekali dia sebut nama aunty Rossa.
Anak sulung cakap aunty Rossa baik sebab nak belikan mainan. Allahuakbar, tergamam aku dengar. Aku terus drive ke rumah mak mertua. Jarak tak sampai 15 minit pun. Rupanya mak mertua sengaja buat makan – makan jemput suami sahaja sebab awal – awal dia dah cakap tak nak aku datang.
Mak mertua ada jemput Rossa sekali. Seronok sakan tengok dorang tengah makan – makan. Rossa tengah pangku anak ketiga sambil suap – suap dia makan. Suami aku? Well dia kat sebeIah Rossa. Such a happy family. Bila nampak aku, masing – masing terkedu.
Aku terus tanya suami aku perempuan ni siapa? Suami aku terus bangun dan cuba nak pegang tangan aku. Aku tepis tangan dia suruh dia jawab. Aku ada print gambar dia dengan Rossa, aku campak kat muka dia. Aku tanya dia lagi perempuan ni isteri kedua ke atau perempuan simpanan dia.
Suami aku terk3jut tengok gambar – gambar tu dan terdiam. Dia boleh marah aku sebab tuduh Rossa macam – macam. Ayah mertua aku bawa anak – anak masuk bilik. Mak mertua aku sumpah aku tak tahu hati dia diperbuat dari apa sebab dia terus mencelah dan bagitau kenapa aku nak sibuk?
Ini antara suami dan Rossa. Aku memang isteri tak guna sebab bagi suami PJJ sorang – sorang. Aku pun bukan betul sangat sebab melayan Shah. Mak mertua cakap dia ada bukti semua sambil pandang Sarah. Sarah pun suka angguk kepala.
Mak mertua cakap suami aku tahu pasal benda ni. Masa ni aku dah hampir nak pitam. Aku pandang muka suami dan nampak dia serba salah. Menangis hist3ria aku dekat sana. Aku tanya dia percaya ke apa mak dia cakap?
Kenapa dia tak pernah tanya aku apa – apa? Aku tanya dia bertubi – tubi apa hubungan dia dengan Rossa. Suami aku cakap Rossa tr4uma dengan perkahiwnan yang dulu sekarng dia hanya bagi sokongan je. Aku tanya balik sokongan sebagai apa?
Suami diam lagi. Mak mertua aku tak habis memekak senaraikan semua buruk aku. Aku tenung Rossa dan dia boleh suruh aku tolong faham dia. Dia bagitau dengan suami aku, dia rasa kuat dan saling melengkapi. Suami aku lagi tenang dengan dia.
Semuanya teratur, cantik dan indah. Malah suami aku terk3jut bila Rossa cakap macam tu. Aku gelak walaupun air mata masih bercucuran. Aku dah hampir nak pitam balik. Suami aku nak datang kat aku tapi aku jerit kat dia.
Jijik betul aku tengok muka dia. Sazlan, adik kedua suami tolong support aku sebab lutut aku dah menggigil – gigil. Aku tarik nafas dan cakap kau kan Rossa kau jumpa balik suami aku ni selepas bertahun. Kau jumpa suami bila hidup dia dah stabil.
Kau nampak dia dah naik pangkat, gaji masyuk, dia kemas smart, matang dan sedap mata memandang. Tapi kau tahu tak macam mana suami aku boleh sampai ke tahap ni. Aku je kenal macam mana suami aku masa awal – awal berkahwin dulu.
Aku jaga dia elok – elok, layan zahir batin dia, lahirkan anak – anak dia, jaga rumah jaga anak – anak semua ikut cara dia nak. Aku berk0rban berhenti kerja uruskan anak – anak dan rumah. Dia selalu outstation, PJJ dan aku tak pernah sekalipun mengeluh.
Aku jadi berdikari macam dia nak jadi dia boleh tenang kerja tak perlu serabut. Ramai kawan sekerja dia ada isu dengan keluarga bila PJJ sebab isteri tak boleh nak handle. Suami aku rilek je sebab aku mampu. Penat s4kit aku semua aku tolak tepi demi suami dan anak – anak.
Shah tu hanya seorang yang aku respect sebab ilmu dia. Jodoh aku bukan dengan dia dan aku redha berkahwin dengan suami. Demi Allah, aku tak pernah curang. Mak mertua cakap aku curang dalam rumah aku tarikh sekian – sekian, boleh check CCTV kalau nak.
Shah tak pernah datang rumah aku. Dia hanya ke rumah mak aku dan dia sebenarnya ada hati dengan adik aku. Dorang dalam proses nak bertunang dah pun. Isu aku dan Shah dah lepas. Kitorang masing – masing dah letak fullstop and move on.
Kali ni, aku dah duduk kat lantai sebab tak mampu nak berdiri. Suami dah datang nak pegang aku tapi aku memang tolak dia. Mungkin aku ada terpukuI dia ke apa ntahlah aku tengah em0si time tu. Sampai hati dia. Aku cakap tak apa, buatlah apa dia nak dengan Rossa.
Anak – anak pun aku bagi semua kat dia since aku kan isteri tak guna. Otak aku dah tak mampu nak berfikir dengan jelas. Aku nampak pis4u garfu atas meja makan dan pikir bukan bukan dah. Aku minta Sazlan hantar aku balik.
Sazlan ni tak macam Saiful, dia memang baik dengan aku dan anak – anak. Dia masih study lagi. Dia sorang je support aku dan siap menangis sekali. Aku balik rumah dan terus pack barang aku. Aku suruh Sazlan sampaikan pesan kat suami aku yang aku nak bersendirian buat masa ni.
Aku tak nak dia atau siapa – siapa kacau aku. Aku drive ke rumah Lili. Lili duduk jauh dari kitorang tapi masih di Selangor. Aku asyik terbayang benda bukan – bukan jadi aku takut nak jumpa suami ke anak – anak atau sesiapa.
Suami Lili izinkan aku tumpang rumah dia sampai aku betul – betul ok. Abang ipar aku memang baik. Lili tak bagitau dengan mak aku pasal benda ni. Dia nak aku betul – betul bertenang, I really need time and space for now.
Bila aku taip, bercucuran balik air mata aku. Banyak kali aku stop dan taip tapi dah panjangkan dah sampai limit. Minta maaf yea aku sambung part ketiga nanti. Aku baca komen untuk confession pertama ramai yang menyuruh aku bersyukur dapat suami mithali, aku kena belajar give and take dan macam – macam. Ntahlah bila benda camni berlaku masih salah aku lagi ke? Memang isteri – isteri kena hadapi dugaan camni ke bila berkahwin?
Sambungan.. Salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih banyak – banyak admin kerana menyiarkan confessions aku. Moga admin sentiasa dirahm4ti dan berada dalam lindungan Allah SWT. Pertama kali, aku minta maaf kerana confession aku dah sampai 3.
Sebab aku tak nak cerita keburukan suami terus, ada juga kebaikan dia. Aku dah lama taip confession nie sampai berpage – page tapi baru ada keberanian nak post. Insiden ini baru berlaku hujung tahun lepas. Aku sambung ye apa yang berlaku seterusnya.
Abang ipar aku menyangkakan yang aku berg4duh biasa dengan suami tapi bila kakak aku bagitau yang aku dituduh curang dengan Shah, abang ipar aku marah. Dia berkawan baik dengan Shah dan ini isu besar melibatkan aib.
Abang ipar aku minta izin aku untuk settlekan isu ini. Dia ada berhubung dengan Shah dan seperti yang dijangkakan, Shah meng4muk. Shah walaupun cousin suami aku tetapi hubungan diorang dingin disebabkan mak mertua aku.
Mak mertua aku pernah berg4duh dengan mak Shah semasa di kampung jadi memang tak bertegur sapa. Mak mertua aku ni memang terkenal di kampung sebab cari pasal hampir dengan setiap orang. Selepas beberapa hari, mak dan adik – adik aku pun tahu pasal perkara ini.
Mak minta aku balik rumah mak. Mak aku support Shah suruh buat report polis sebab memang kali ni mak mertua aku dah melampau sangat. Dia tak fikir apa impak dia terhadap kitorang. Suami aku cuba hubungi aku setiap hari.
Aku tak layan semua call dan mesej dia. Dia ada call adik – adik aku juga tapi diorang pesan kat dia untuk bagi masa dan ruang dekat aku. Suami nak datang jumpa mak aku tapi mak aku masih marah jadi dia tak izinkan datang rumah.
Selepas beberapa hari, Sazlan datang pujuk aku tolong tengokkan anak – anak sebab anak sulung dengar perg4duhan kami dan dia tr4uma. Allahuakbar, aku suruh Sazlan hantar anak – anak semua ke rumah mak aku. Anak sulung aku menangis – nangis sampai demam.
Dia takut aku akan tinggalkan dia, adik – adik dia dan suami. Dia merayu aku pulang rumah. Dia berjanji akan dengar cakap aku. Sekuat mana sekeras mana aku buat hati aku, tapi aku tak mampu nak membatu depan anak – anak. They are my strength and weakness.
Aku pujuk anak sulung cakap yang aku tak sihat. Aku duduk rumah nenek sementara. Aku minta maaf dengan anak – anak sebab terheret diorang sekali dalam isu ni. Aku cakap aku marah ayah dia sebab benda ni biasalah g4duh antara suami isteri.
Kali ini ibu dengan ayah akan duduk asing sekejap. Ayah kena time out duduk sorang – sorang. Anak sulung dah besar jadi aku tak nak tipu dia. Aku explain elok – elok bagi dia faham. Suami aku terp4ksa ke Johor semula. Dia pesan kat anak sulung yang dia sayangkan aku dan anak – anak.
Dia tak akan tinggalkan kitorang tak kisah apa jadi. Bila dia pulang nanti dia akan settlekan isu ni. Dipendekkan cerita, Shah buat report polis terhadap mak mertua dan Sarah. Dia juga ambik lawyer dan hantar notis untuk saman fitnah. Masa ni suami kat Johor.
Bila dapat surat saman fitnah, baru mak mertua aku takut. Dia menangis merayu pastu cuba untuk salahkan Sarah. Mak mertua dan Sarah berg4duh teruk sampaikan main c4kar – c4kar. Sazlan yang bagitau kat aku. Masing – masing cuak bila kena panggil polis.
Shah juga ada report pasal apa mak mertua buat kat mak dia sebelum ni. Isu ni aku tak ulas kat sini. Sazlan sanggup jadi saksi kitorang untuk kes fitnah. Ayah mertua aku akhirnya baru ada akal datang berjumpa dengan aku dan Shah untuk minta maaf.
Bila dia nak berlutut, aku dan Shah rasa tak selesa. Bayangkan ayah korang kat tempat tu. Dia berjanji yang dia akan suruh isteri dia minta maaf dan tak akan kacau kitorang lagi. Suami pun ada berhubung dengan abang ipar dan Shah.
Dia minta maaf atas segala yang terjadi dan minta peluang untuk berjumpa jernihkan keadaan. Suami ada datang rumah mak tapi aku dah keluar dengan adik aku. Dia berjumpa dengan mak, abang ipar, Shah dan keluarga Shah.
Basically dia minta maaf dan memohon untuk diberikan peluang kedua. Dia mengakui yang awal – awal dia kesian kat Rossa. Bila Rossa contact dia semula, dia excited nak jumpa balik dia. Rossa memang banyak cerita kisah sedih tr4uma dia jadi suami m4kin cepat kesian.
Dia ada beberapa kali makan dengan Rossa sebab Rossa yang p4ksa. Pasal gambar yang Rossa post, suami tak tahu. Demi Allah, dia bersumpah yang dia hanya call mesej Rossa dan makan – makan tapi tak pernah lebih dari tu.
Dia pun confuse dengan perasaan dia ketika itu. Dia memang nak jadi hero konon – konon nak support Rossa go through the tr4uma tapi dia lupa yang dia ada isteri anak. Bila dah jadi camni, baru dia tersedar. Suami ada berdepan Rossa sebab dia pun terk3jut Rossa berani cakap camtu.
Rossa menangis cakap kenapa sekarang suami tak nak kat dia. Suami pun dah puas jelaskan yang dia tak akan tinggalkan anak bini atau kahwin dengan Rossa. Dia minta Rossa untuk hentikan semuanya. Rossa masih tak boleh move on tapi suami aku dah berhenti berhubung dengan dia.
Suami juga dapat tekanan dari mak Rossa. Dia macam cuba nak p4ksa suami kahwin dengan dia sebab cara Rossa bercerita macam suami salah. Dia siap suruh suami ceraikan saja aku sebab Rossa tak nak bermadu.
Astaghfirullah, sebagai seorang wanita, isteri dan ibu, sampai hati dia sokong anak dia jah4namkan rumahtangga orang lain asalkan anak dia bahagia. Dia fikir duit boleh beli semua. Suami jumpa keluarga dia explain elok – elok untuk kali yang terkahir kemudian dia terus tak berhubung lagi dah.
Masa suami dapat call dari mak dia pasal aku konon – konon berhubung balik dengan Shah, dia tak percaya tapi jauh di sudut hati dia dah mula bersangka macam – macam. Dia akui dia cemburu dengan Shah, bila mak mertua mula cucuk – cucuk, dia hilang pertimbangan.
Dia tahu antara aku dan Shah takde apa – apa tapi eg0 dia mengatasi segalanya. Shah cakap dia akan tarik balik saman tapi dia nak mak mertua minta maaf depan semua keluarga dan sed4ra yang dia dah tabur fitnah. Suami aku bersetuju sebab dia pun tahu mak dia dah betul – betul melampau tapi sebagai anak tak akan dia nak hantar mak dia masuk penjara. This will be her last warning.
Bila aku balik, mak aku panggil bercerita semua. Aku sebenarnya dah tak tahu nak rasa atau fikir apa. Aku memang nak cerai dan hidup sendiri tapi anak – anak ni lah yang membuatkan aku tewas dengan perasaan sendiri.
Anak – anak sampai mengigau malam – malam menangis sebab diorang ingatkan aku atau suami akan tinggalkan diorang. Aku rasa diri aku sebagai ibu yang tak guna pisahkan anak – anak dengan ayah mereka. Mak aku tak putuus – putuus nasihatkan aku dugaan wanita selepas berkahwin tak sama dengan lelaki.
Mak aku pun selalu berg4duh dengan arw4h ayah. Masa tengah berg4duhlah ayah meninggaI dunia. Bila ayah dah tak ada, baru mak terasa kehilangannya. Kalau boleh putar masa, mak aku nak betulkan balik semua tapi apakan daya.
Mak suruh aku ambil seberapa masa yang perlu tapi fikir masak – masak. Bila datang ujian, barulah kita boleh menilai hati perasaan masing – masing. Suami mengakui salah dia, minta maaf dan sedang berusaha untuk memperbaiki diri dia. Demi anak – anak, berikan dia peluang kedua.
Sepanjang suami di Johor, dia tak lupa call mesej tapi aku tak respond. Aku baca mesej dia penuh dengan kekesalan. Dia terlalai seketika bila diuji orang ketiga. Dia nak minta maaf dengan aku depan – depan. Bila dia video call, anak – anak je akan bercakap.
Dah susut badan dia, berjambang dengan uban, nampak serabai. Aku tengok raut wajah nampaklah dia pun tersiksa juga. Aku solat mohon petunjuk dari Allah SWT dan berdoa hari – hari. Aku takut kalau aku tersilap buat keputuusan kerana ikutkan perasaan.
Aku dah tinggal balik kat rumah kitorang. Awal – awal aku masuk rumah, habis tunggang langgang rumah. Makan masa juga aku nak bersihkan balik rumah. Bila suami balik, dia terus minta maaf sambil menangis. Aku cuba nak keraskan hati tapi akhirnya aku pun menangis.
Lama kitorang sembang malam tu. Suami aku ulang semula apa yang dia bagitau kepada mak aku. Dia memang tak mampu nak hidup tanpa aku atau anak – anak. Aku maafkan dia tapi aku masih tr4uma. Aku minta masa dengan dia sebab Iuka di hati masih berd4rah.
Kitorang punya keutamaan adalah anak – anak. Anak sulung sangat – sangat terkesan akibat isu ni jadi kitorang nak pulihkan dia dulu. Mak mertua aku dan Sarah akhirnya minta maaf kat aku dengan Shah depan keluarga dan beberapa saud4ra mara rapat dia.
Shah dan keluarga dia memang tegas dengan mak mertua. Diorang siap rekod dan bagi last warning. Shah ada mainkan rakaman CCTV untuk tunjuk yang dia tak pernah ke rumah aku pada hari yang mak mertua cakap kononnya aku bersama – sama dengan dia dalam rumah aku.
Shah tunjuk bukti dia kat hospitaI. Perjumpaan ni berlaku kat rumah mak mertua. Mak mertua terus masuk bilik dengan alasan s4kit kepala selepas minta maaf. Aku rasa dia dengan Sarah tak ikhlas pun tapi perkara ni memang jadi pengajaran dekat dorang. Ayah mertua diam membisu.
Selang beberapa hari, adik suami, Saiful pun minta maaf dengan aku sebab banyak termakan hasutan Sarah dan mak dia. Aku maafkan dia tapi aku tak akan lupakan apa yang diorang buat. Selepas insiden tersebut, Saiful lafaz cerai kat Sarah awal tahun ni.
Diorang memang dah lama ada masalah tapi isu ni tr1gger Saiful. Sarah sebenarnya pernah kant0i mesej – mesej dengan client lelaki dia dan Saiful pun pernah warning dia sebelum ni. Patutlah dia boleh fitnah aku sebab dia yang tak betul sebenarnya.
Kes diorang masih berjalan ntahlah agak rumit juga tapi aku tak masuk campur. Sazlan pun dah keluar rumah mak dia. Disebabkan insiden ni, dia tak selesa duduk rumah. Dia balik sekali sekala. Dia pun tengah dalam proses apply kerja lain.
Perkahwinan Shah dan adik aku, Lia ditunda ke tahun hadapan. Shah pun terkesan sebab mulut orang kan mana boleh tutup. Shah cakap biar isu ni redha baru dia nak kahwin. Sedikit sebanyak dia pun terkesan, nasib baik Lia jenis kuat.
Berbalik kepada aku dan suami, kami berbincang untuk pastikan masing – masing tak terbeban dan adil dengan pasangan. Suami aku sekarang kena PJJ di Johor sebab ada short staff. Dia masih kena balik kerja kat Selangor.
Dia ada berbincang dengan boss dia dan boss dia cakap suami kena PJJ sekurangnya untuk 2 tahun lagi. Tapi nak maintain kat Selangor memang tak boleh buat masa ni. Option lain adalah ke Sarawak atau negara lain. LagiIah jauh.
Akhirnya, suami cakap dia transfer terus ke Johor untuk take over kekosongan staff tu. Kalau dia lulus exam company next year, dia boleh naik pangkat dan mungkin masa tu dia boleh transfer balik ke Selangor. Kali ni suami suruh aku dan anak – anak ikut dia ke Johor.
Dia dah serik PJJ dan dia pun masih was – was dengan mak dia. Mak mertua aku masih marah dengan suami. Dia macam tak boleh nak terima bila suami betul – betul marah dia dan support aku. Suami cakap dengan mak dia yang dia sangat kecewa dengan mak.
Dia pun hampir melakukan d0sa besar sebab secara tak sedar terhanyut dengan fitnah mak dia. Bila suami cakap dia akan bawa kitorang ke Johor, mak mertua diam. Dia tak mampu nak buat apa – apa dah. Satu persatu anak dia tinggalkan dia.
Rumahtangga anak kedua dia, Saiful pun berantakan hasil dari mak mertua aku brainwash Sarah. Diorang nak kenakan aku tapi akhirnya Sarah yang diceraikan. Jujurnya, sampai sekarang aku tak boleh nak hadam apa mak mertua aku buat.
Dan macam mana ayah mertua aku langsung tak tegas ke atau bimbing isteri dia. Malah, dia guna cara selamat dengan berdiam diri. Ntahlah nak cakap apa. Aku harap diorang insaf. Mak aku ikut kitorang pindah Johor sebab nak tolong tengokkan anak – anak.
Suami aku izinkan aku kerja locum. Aku bekerja ikut hours dan selalunya cover weekend sama ada Sabtu atau Ahad. Suami cuti Sabtu Ahad. Aku kerja suka – suka je bukan nak kejar duit. Sekurangnya ada sesuatu yang buat aku tak kemurungan.
Aku join budak – budak kat kIinik aku kerja buat zumba ke run. Aku ada kawan sekolah dan kolej di Johor jadi kitorang just lepak borak – borak, kadang – kadang bawa anak semua. Dan suami tak pernah cakap no so far. Dia akan siap hantar dan ambil aku.
Beberapa hari sebelum nak puasa hari tu, mak aku balik semula rumah. Lili mengandung jadi mak aku nak tolong tengokkan Lili dan adik – adik aku sekali. Mak aku nak bagi privacy kat kitorang. Masa nak masuk puasa, aku terbayang – bayang apa yang berlaku tahun lepas.
Aku jadi em0si balik. Sayu hati aku tengok anak sulung terawih dengan ayah dia. Tahun lepas, disebabkan suami PJJ, dia tak dapat nak terawih sama – sama. Dia selalu sedih tengok kawan – kawan dia terawih dengan ayah diorang.
Kali ni, seronok anak – anak dapat luangkan masa dengan suami. To think that we almost lost everything this year, aku jadi sebak sangat – sangat. Lili selalu nasihatkan aku adat berumahtangga nie, bila kau dah mengatasi ujian yang perit dan mampu untuk sama – sama minta maaf dan berjuaang untuk terus kekal bersama, hubungan tu akan jadi lagi kuat.
Rossa masih mengganggu hidup kami tapi kali ni suami dah bijak dan terus block dia. Aku pun dah mesej dia untuk stop all the nonsenses. Buat masa ni dia dah stop. Bila tengok kes artis perempuan dengan suami dia yang pengarah tu, aku terfikir mungkin aku boleh saman Rossa sebab kacau rumahtangga orang.
Aku cuba berlapang d4da di bulan penuh mulia ni untuk terima suami sepenuhnya. Aku tahu suami pun sedang cuba juga. Anak – anaklah faktor penguat hubungan kitorang. Aku pilih untuk maafkan suami dan percaya pada dia.
Aku beri dia peluang kedua sebab aku nampak kesungguhan dia dan petunjuk dari doa aku. Sekarang kitorang dah duduk sama, jauh dari mak mertua dan segala kekusutan dah dijernihkan jadi aku berharap kami boleh kuat sama – sama untuk menghadapi dugaan – dugaan akan datang.
Kepada pembaca sekalian, terima kasih banyak – banyak atas kata – kata semangat, nasihat dan doa kalian. Terharu aku baca sampai berair mata. Maafkan aku jika kisah aku ni buat ada yang nak tercarut masa tengah puasa atau ada yang menangis sekali.
Aku minta tips bukan saja – saja tapi sebab aku dan suami memang tengah berusaha untuk perbaiki hubungan kami. Mungkin ada tips atau nasihat kalian yang berguna. Aku berharap jika ada mak mertua yang membaca kisah aku ni, tolonglah jangan menganiaaya menantu.
Anda pun seorang wanita dan isteri, kalau tak nak support menantu tak apa tapi janganlah jah4namkan rumahtangga dia. Di bulan Ramadhan ni, aku berdoa kita semua yang sedang diuji dapat mencari sinar kebahagiaan masing – masing. Doakan sekali untuk keluarga aku wahai pembaca yang budiman. Salam Ramadan Al Mubarak!
P/s : Btw, bazaar Ramadan mana yang best kat Johor yea, tolong komen sekali haha. – Lizie (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.