Aku nak nangis bila suami cakap nak berbuka rumah mertua. Aku dah terbayang azab jadi menantu perempuan

Dari proses menyiang, menyuci, memasak sampai la ke mencuci pinggan mangkuk, itu semua kerja menantu perempuan yang buat. Mentang – mentanglah aku takde anak lagi, semua aku yang buat. Takde alasan. Dorang suruh masak lauk simple, lauk simple maksudnya paling kurang 3 jenis lauk..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hi semua. Sebelum mula puasa ni, aku nak buat luahan la sikit. Dah start puasa, takut rasa lagi serba salah pula nak luahkan diri aku yang bermasalah ni. Apa yang membuatkan aku tr1gger kembali perasaan yang aku sendiri tak tau nak jelaskan macam mana.

Beberapa hari lepas, aku berbual kosong dengan suami aku. Borak – borak gurau senda pillow talk gitu sebelum tidur. Tiba – tiba suami aku cakap yang kami perlu balik ke kampung pada tarikh sekian – sekian (pada bulan puasa) kerana ingin menyambut hari lahir ibu dan ayahnya

(Aku tak nak mention yang mana satu. Takut suami aku baca dapat hidu pula aku luahkan dekat sini) huhu. Aku menjawab “Ok” sambil senyum. Lepas tu suami aku cakap nak masak sendiri untuk makan bersama semua keluarganya termasuk adik beradik, ipar duai semua lah.

Sengaja aku bertanya, “Siapa yang masak nanti?” Suami aku cakap, “Awak lah yang kena tolong mak masak” Entah kenapa mulut aku laju je baIas, “Kenapa saya pula kena tolong. Awak dan adik beradik la kena turun padang” sambil buat nada bergurau.

Suami aku senyum je dan berkata “Selalunya kaum hawa yang turun padang memasak. Lagi pun masak simple je. Awak play the role je”. (Adik beradik suami aku 3 – 3 lelaki). Aku tau definisi masak simple tu macam mana bagi family dorang.

‘Simple’ nya tu, sekurang – kurangnya 3 jenis lauk tau. Terus p0tong mood aku. Aku memang problem4tic. Secara jujurnya aku memang tak suka masak. Tapi tu bukan bermakna aku tak pernah masak. Entah la, aku just tak suka membanting tuIang dari pagi sampai malam.

Dengan bertudungnya lagi. Lagi – lagi masuk bulan puasa, lagi lah kena turun padang tolong masakkan sahur. Lepas tu masak untuk berbuka lagi. Bukan untuk 4 – 5 orang. Hampir 10 orang. Secara jujurnya aku memang tak enjoy kalau tinggal di rumah mertua walaupun sehari je.

Aku pernah je cuba nak duduk relax tengok tv di rumah mertua (buat macam rumah sendiri), tapi tak boleh. Ada je ekor mata yang senyap – senyap memerhati. Aku takde anak lagi. Jadi, orang akan fikir aku takde alasan untuk penat.

Walaupun Isnin – Jumaat full schedule sampai makan pun tak sempat, tapi setiap hari lepas kerja aku memang akan cuba juga untuk memasak walaupun hanya goreng ayam je. Kalau tak sempat sangat baru lah aku akan order Grab.

Jadi, sabtu – ahad aku perIukan masa nak rileks, chill – chill, nak keluar jalan – jalan. Tapi selalunya sabtu ahad aku pun terganggu dek hal kerja. Kadang – kadang je balik kampung. 2 kali sebulan pun aku rasa macam kerap.

Mungkin sebab bila balik kampung memang tak henti buat kerja rumah. Lepas tu nak kena hadap kena pergi setiap jemputan kenduri walaupun takde kaitan dengan aku. Nak tolak pun tak boleh. Lepas tu nak duduk bilik? Jangan harap.

Bukan la tak boleh. Kalau duduk lama sangat, nanti adalah pertanyaan kenapa aku duduk je dalam bilik, walaupun adala sejam dua je. Bila terfikirkan open house raya, terus rasa nak menangis je rasanya. Menu apa pula la yang perlu masak. Yang masaknya kaum hawa. Yang cuci pinggannya kaum hawa.

Kalau ummi ayah aku nak buat open house, senang sikit aku arahkan, guna pinggan plastik je. Belum masuk lagi part introvert aku. Kalau boleh, aku rasa nak putarkan semula masa. Nak kembali zaman kanak – kanak. Kiranya nak dapatkan keyakinan petah bercakap dari seawal usia yang boleh.

Bila dah masuk penghujung usia 20-an ni, terasa dah terlambat. Dengan biras dan sesetengah saud4ra mara pun aku hanya banyak senyum ataupun sekadar menegur je. Nak cakap lebih – lebih memang tak tau nak bualkan topik apa.

Suami aku pernah banyak kali tegur aku supaya bergaul dengan saud4ra mara dia, sampaikan kami pernah berg4duh sebab pernah sekali tu aku hanya makan seorang diri semasa di kenduri sepupunya. Nak buat macam mana, dah situ je tempat duduk yang kosong, aku makan jela sorang – sorang.

Lagipun bukan sorang, adela orang lain, cuma disebabkan bukan dalam kalangan saud4ra mara yang kenal, aku dianggap makan seorang diri. Selepas tu aku dianggap tak suka saud4ra maranya sebab kurang bergaul. Aku dah banyak kali cuba, tapi aku rasa macam memaIukan diri sendiri. Nampak macam “try hard” sangat.

Kadang – kadang aku menangis seorang diri sebab rasa b0dohnya diri aku dah tua bangka pun tak reti nak bergaul. Kalau hal yang berkaitan dengan kerja, aku ok je kalau perlu buat presentation dan sebagainya. Cumanya di dunia luar ni, aku selective sikit kot. Atau aku memang bermasalah.

Kalau lah aku boleh putarkan masa, aku tak nak jadi introvert dan pemalas macam ni. Aku memang problem… – Mimie (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum, hi semua. Haha, nak tergelak aku baca comment sorang – sorang. Ada yang kata pasangan muda tau cari salah keluarga mertua lah, overthinking, mengada – ngada dan ada yang kata sampai bila nak merajakan lelaki?

Apa – apa pun terima kasih atas comment. Cuma tujuan aku meluahkan pada confession yang lepas ialah:

1. Aku takde anak lagi. Kalau aku cakap aku mentaIIy and physicaIIy exhausted atas faktor kerja dan lain – lain pun orang susah nak percaya. Sebab takde tanggungjawab jaga anak lagi. Ibarat must4hil lah untuk penat.

2. Kalau ada majlis di rumah mertua aku, tak kisah lah rumah terbuka ke, sambutan hari jadi ke, yang beli barang mentah dan lain – lain adalah mak mertua. Selalunya abang ipar aku hanya akan bawa mak mertua aku ke pasar.

3. Dari proses menyiang, menyuci, memasak sampai la ke mencuci pinggan mangkuk, itu semua kerja menantu perempuan yang buat.

4. Lelaki? Bermain dengan anak saud4ra masing – masing, tengokkan anak, tengok tv, keluar dengan member. Paling tak pun, menyapu dan susun atur kerusi meja sebab nak buat majlis kan, Kena ada ruang yang besar sedikit.

Memandangkan aku seorang je belum ada anak lagi, takde point untuk lari kejap kononnya nak tengokkan anak atau pun bagi susu. Aku bukanlah nak kutuk keluarga mertua aku. Tapi bila dah pendam makan bertahun, aku rasa macam nak menangis je bila suami aku kata nak balik kampung (rumah dia).

Aku pernah je luahkan dekat suami aku, dengan harapan dia faham la juga kenapa aku berperasaan bergitu. Tapi hampeh.. Dia kata sekali tu je penat dan bak kata dia, aku perlu memainkan peranan sebagai menantu. Hmm.. fine..

Di rumah family aku, ummi dan bapak aku layan menantu tiptop. Baik perempuan mahupun lelaki. Aku bukan nak puji melebih. Tapi itulah hakik4t. Sepanjang kami kahwin, suami aku tak pernah pun buat apa – apa kerja rumah.

Dia bebas nak keluar melepak minum – minum sekejap dengan member, tidur, tengok tv, kiranya takde peraturan lah. Ummi aku siap marah aku lagi kalau aku tak sendukkan nasi ke pinggan suami aku dan ambilkan air untuk dia. Hahaha…

Sama juga kakak ipar aku, dia ada je tolong memasak. Tapi tu pun sebab dia nak tolong sendiri. Ummi aku siap kata dekat dia tak payah tolong. Bila dia berkeras untuk membantu, ummi aku minta dia p0tongkan bahan menumis. Basuh pinggan pun, kami basuh pinggan mangkuk sendiri.

Part suami aku pula, bapak aku pernah mengajak suami aku teman dia ke kebun. Sekadar nak membaja dan menyiram tanaman. Pernah je aku minta izin dari suami aku untuk keluar minum petang dengan kawan perempuan aku memandangkan dah lama tak jumpa, dan kebetulan pada ketika itu, turn di rumah mertua aku.

Tapi, suami aku tak izinkan. Dia tak suka aku ke mana – mana yang bukan dengan dia semasa di rumahnya. Kalau semasa giliran di rumah aku, dia tak kisah. Memandangkan aku kerap balik ke kampung suami aku, walaupun 2 kali sebulan JE, aku rasa dah terlalu lama dah tu.

Mungkin atas sebab aku yang problem. Jujurnya, aku SANGAT suka raya semasa PKP. Aku TAK rasa rindu langsung nak berper4ng di dapur, rindu keriuhan suasana malam raya dan lain – lain. TIDAK sama sekali. Nampak k3jam, tapi tu hakik4tnya.

Yang aku rindu is waktu berkumpul berbual beramai – ramai je (both family aku dan in law). Walaupun raya berdua je semasa PKP, aku happy sangat. Tak tau kenapa. Dapat drive thru beli air Starbucks, makan dalam mall pun seronok dah.

Dan masa tu stok barang segar untuk raya agak limited dan disebabkan boleh travel berapa KM je aku dah lupa. Nak dapatkan lemang, daging segar dan lain – lain agak sukar. End up aku buat keputuusan untuk order ketupat dan daging masak hitam je.

Itu pun mak mertua aku berubah air muka (video call raya pertama) sebab tak masak. Haha… Mengenai intr0vert tu, ya ada betulnya comment yang dihantar oleh kalian. Mungkin atas faktor kerja, industri yang berbeza, takde common topics yang boleh buat bincang.

Maklumlah kebanyakan orang di sekeliling aku golongan professional, pegawai kerajaan, bussinessman yang berjaya. Aku kerja biasa je. Dan kalau boleh memang suami aku tak galakkan aku ikut ke mana dia duduk walaupun aku hanya mendengar dan menyampuk sikit – sikit je.

Dia nak aku menyelit dekat mak saud4ra dan sepupunya untuk menyembang. Tapi pada akhirnya, aku rasa yang aku dah memaIukan diri sendiri sebab buntu topik apa nak cakap. Haha.. Agaknya perlu membawang baru rancak kot? Entah la…

Kepada adik – adik semua yang baru nak kahwin tu, boleh la selidik dulu budaya bakal mertua masing – masing. Bukan apa, takut nanti terbuat luahan pula dekat sini. Hehehe.. Ok. Babai.. – Mimie (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet

Nurul Huda Hadi : Tak malu ke minta menantu masak, sedangkan anak sendiri / adik beradik sendiri tak buat. Kalau nak buat makan – makan yang kat rumah, buat lah pot luck. Semua masak / beli sendiri – sendiri. Bawa ke rumah induk.

My mom n mom in law tak pernah harapkan menantu over buat kerja rumah. Kalau anak sendiri takpe lah disuruh – suruh. Saya rasa ok kalau sama – sama buat tapi kalau orang lain taknak buat, takkan kita nak buat (masak atau basuh pinggan) untuk orang lain nak makan. Sama – sama kerja, sama – sama happy. Bukan sorang je one man show.

Ainaa Farhanaa : Simple rule, umah mak kau adalah tanggungjawab kau buat keje, umah mak aku, aku buat keje. Dah kalau dua – dua rumah asik pompuan je wat keje wahh senang jadi lelaki. Lebih baik kau jadi rumput ada jugak function boleh aku pijak – pijak. Begitulah analogi yang boleh disampaikan, ubah la sikit – sikit jangan nampak kasar.

Nazirah Jamaluddin : Teruk toi pemikiran laki tu.. ada ke patut nak suruh bini macam – macam, konon nak bini tu nampak perfect. Lain kali suruh je sis buat yang sama kat rumah makpak sis. Baru dia rasa perasaan disuruh – suruh tu camna. Kalau kita explain dia tak faham. Kalau dia bising kata la balik kenapa suruh saya buat macam – macam. Ingat seronok ke dip4ksa – p4ksa.. Haa gitew..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?