Dalam pantang 29 hari suami halau saya keluar rumah. Saya bawa anak sulung keluar kami tidur sebeIah 7eleven

Jadi seorang isteri yang tidak pernah dianggap isteri. Tak tahan asyik kena m4ki je.. Salah sikit kena halau, kena sumpah seranah. Saya nekad minta cerai, dan dengan senangnya dia lafazkan cerai taIak 3. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya selepas dicerai. Alhamdulillah Ya Allah..

#Foto sekadar hiasan. Lama dah nak share kisah sendiri. Kisah ni sewaktu saya bersama dengan bekas suami dulu. Caci m4ki memang makanan saya. H1na saya, siap panggil saya sampah. Waktu dalam pantang anak no.2, kerap saya dihalau rumah.

Seingat saya masa tu berpantang 14 hari dan 29 hari, keluarlah saya dari rumah bersama dengan anak sulung yang berusia 3 tahun. Kami tidur tepi jalan, depan 7e. Pernah berg4duh kemudian ditinggalkan tepi jalan. Macam – macam lagiIah, rasa dah taknak ingat dah sebab tu semua buat saya jadi s4kit.. S4kit mer0yan. Ye, s4kit mer0yan kawan – kawan.

Jadi seorang isteri yang tidak pernah dianggap isteri, yang tidak pernah rasa diIindungi, yang tidak pernah rasa disayangi, yang tidak pernah dibagi nafkah zahir. Nasib baik masa tu saya bekerja. Mampu untuk bayar sewa rumah dan bil lain – lain.

Tak tahan asyik kena m4ki je. Salah sikit kena halau, kena sumpah seranah. Saya nekad minta cerai, dan dengan senangnya dia lafazkan cerai taIak 3. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya selepas dicerai.

Alhamdulillah Ya Allah.. Aku bersyukur, Allah dengar DOA saya. Selalu saya doa, jika dia bukan jodohku, pisahkan aku dengan dia. Terus ambil phone call family di kampung. Esoknya bonda, kakak dan abang datang ambil saya.

Untuk pengetahuan, saya dah takde abah. Dari situ bermulalah episod duka saya berpisah dengan anak no.2 (nanti saya akan ceritakan kisahnya). Saya bercerai pada tahun 2011. Tahun 2017 Allah hadirkan insan yang sangat sayangkan saya dan anak – anak iaitu suami sekarang.

Terima Kasih Allah untuk anugerah terindah ini. Buat semua kawan – kawan yang sedang lalui apa yang saya pernah lalui dulu, jangan biarkan diri dis4kiti, dih1na, dic4ci. Bangun dan keluar, carilah kebahagiaan lain. Pandang muka anak – anak, mereka berhak bahagia.. Kita berhak bahagia. Isteri untuk dilindungi dan disayangi, bukan untuk dicaci dan dim4ki. Sayangi diri sendiri.. Ikhlas dari saya.

Sambungan.. Saya ceritakan tentang saya terpisah dengan anak nombor 2. Saya diceraikan pada 01 Feb 2011. Masa tu anak no.2 baru berusia 2 tahun 2 bulan(lahir dec 2008) yang sulung dah 6 tahun (lahir tahun 2005).

Bermula la kisah suka duka saya memegang title J. Lepas bercerai, anak sulong saya si kakak terus tinggal dengan bonda di kampung. Anak saya yang kedua (princess) tinggal dengan family bekas suami. Alasan dorang saya tak mampu jaga.

Ye, saya memang tak mampu nak jaga. Asbab bercerai, jiwa saya tambah kusut sampai saya berhenti kerja (masa tu saya kerja sebagai Assistant Lawyer) kusut dan serabut bila fikir masa depan anak – anak. Tapi saya bangkit balik, saya meniaga online, macam – macam kerja saya buat.

Dengan kemahiran yang ada, saya mengandam (MUA). Harapan saya cuma satu, bila dah ada duit, saya nak amik balik anak – anak tinggal dengan saya. Berbalik kepada part saya terpisah dengan princess. Memang bekas suami bagi saya jumpa anak, tapi tak boleh lama.

Nak ambil bawak balik kampung pun kena soal siasat dulu. Kadang – kadang sampai berg4duh sebab anak. Kesian si kakak, rindukan adik dia. Maafkan mummy kakak. Episod berg4duh berebut anak ni berlarutan sampai lah saya kahwin dengan suami sekarang.

2 minggu kahwin, saya ambil princess dengan niat nak dia duduk dengan saya sampai bila – bila. Tapi sangkaan saya meleset, bekas suami dalam diam ambil princess kat sekolah tanpa pengetahuan saya. Masa princess hilang (masa tu umur 9y) dunia saya gelap, jatuh terduduk.

Hari – hari menangis merintih rindukan anak. 7 bulan princess dilarikan dari saya. Bekas suami uguut saya, minta saya ubah hak penjagaan letak nama dia. Kalau tak, saya takkan dapat jumpa princess lagi sampai bila – bila.

Lama saya ambil masa untuk buat keputusan, tak larat nak keluar masuk mahkamah dan balai polis. Akhirnya saya akur untuk tukar hak penjagaan. Dari langsung saya tak dapat jumpa anak saya. Dalam masa sama, saya berDOA, Ya Allah Ya Tuhanku, kalau betul bukan rezekiku untuk menjaga anakku sendiri, Kau berikanlah aku zuriat yang lain untuk aku rawat Iuka di hati.

Alhamdulillah.. Dalam pada duk bersedih rindukan princess, Allah tiupkan malaik4t kecil ke dalam rahim saya. Saya ada 2 orang anak dengan suami sekarang. Lelaki 3y dan perempuan 4m. Oh ye.. Si kakak pun dah tinggal bersama dengan saya sekarang ni.

Kesian kakak, zaman kanak – kanak dia tak seindah kanak – kanak lain. Dia memang tak dapat kasih sayang seorang ayah di waktu kecil. Tapi kakak sangat memahami keadaan saya waktu tu, kakak seorang anak yang kuat dan tabah.

Tidak pernah sekali dia merungut akan nasib dia yang terp4ksa berjauhan dengan saya dan juga princess. Walaupun saya tahu, jauh di sudut hati dia, dia amat rindukan adiknya. Selalu saya cakap kat kakak.. Kakak sabar ye, mummy cari duit dulu, suatu hari nanti mummy pastikan kakak dan princess tinggal dengan mummy.

Kakak membesar dengan maktok (bonda) di kampung. Kakak anak yang baik.. Syukur Ya Allah.. Dengan bekas suami, saya ada perjanjian.. (termaktub dalam surat penjagaan) Hak penjagaan princess akan dapat kat saya bila princess berumur 15 tahun. Tak sabarnya. Doakan saya ye kawan – kawan. Moga penantian kami sekeluarga untuk bersama akan tercapai.. Aamiin.

Nota hati : Bekas suami saya bukan kaki pukuI. Tak pernah sekali dia naik tangan. Tapi kata – kata dia set4jam pis4u, r0bek teruk hati ni dengan kata – kata h1naan dia.. Saya tak kuat, lemah, tak mampu bertahan dengan cacian dan h1naan.

Terima kasih untuk semua kawan – kawan yang komen kat posting sebelum ni. Yang mendoakan kebahagiaan saya. Saya baca semua. Tapi tak mampu nak baIas satu – satu. Semoga doa yang sama juga berbalik buat kalian.

Komen Warganet :

NurAz Wan : Syukur alhamdulillah, hubby saya sangat menjaga setiap perkataan yang keluar dari mulutnya. Tapi ketika zaman kanak – kanak dan remaja, saya pernah juga menerima kata – kata kesat dari orang – orang tertentu.

Ada juga terdengar orang mengh1na seseorng dalam keluarga saya. Macam tu pun, saya tak boleh tahan dan mengelakkan diri dari berjumpa dan terserempak dengan orang mulut jahat ni. Jadi saya tak mampu bayangkan, kalau orang mulut laser duduk serumah. Tentu s4kit jiwa raga. Cuma, saya jenis yang pandai membaIas kalau orang mengh1na – h1na ni, boleh pulang balik buah keras.

عبدة الله : Pend3raan ada dua: 1) Guna tangan. 2) Guna lisan.. Ramai orang tidak merasa did3ra kerana tidak dipukuI. Tetapi hakik4tnya pend3raan lisan ini lebih meny4kitkan. Luuka ditubuh dapat dirawat (walaupun jika berlakunya tr4uma atau kec4catan agak sukar juga untuk dirawat).

Tapi Iuka di hati ni akan berbekas dalam dan menghadirkan peny4kit – peny4kit lain seperti s4kit mentaI bahkan boleh menggugat kesihatan badan juga. Hati – hati lah dengan perkataan dan jaga lisan.. Semoga Cik Puan bertabah dan terus sabar.. Ujian tanda Allah sayang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?