Isteri aku kena tinggal dengan mak ayah dia masa umur 15 tahun. Dia duduk dalam gelap, takut kena hantar rumah anak yatim

Aku dan isteri datang dari keluarga yang berpecah. Ayah aku biawak hidup kahwin dua. Setiap hari dengar mak ayah aku g4duh m4ki menc4rut. Isteri aku plak kena tinggal dengan mak ayah dia, masing – masing lari. Bila kami kahwin, kami takut nak ada anak. Bila jumpa pakar, dorang bagi jawapan straight forward..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Tahun 2023 merupakan tahun ke-5 aku dan isteri berkahwin kiranya 5 tahun ulangtahun perkahwinan kami. Secara jujurnya, kami berdua datang dari keluarga yang berpecah beIah, huru hara, cha0tic senang cerita dalam environment yang tak tenang.

Ayah aku kahwin dua. Ayah aku ni biawak hidup, tak kerja tapi aku tak tahu macam mana dia boleh dapat kahwin dua. Tapi keluarga aku memang huru hara, mak dengan ayah aku yang jenis setiap hari berg4duh, m4ki menc4rut.

Mak aku yang setiap hari lepaskan kemarahan dia dekat aku instead of ayah aku. Isteri aku pula dia lebih kurang sama situasi macam aku, mungkin lebih teruk. Masa umur dia 15 tahun, isteri aku ni kena tinggal dengan mak ayah dia.

Ayah dia lari, mak dia pun lari. Jadi, tinggallah dekat rumah seorang diri. Tapi agak bernasib baik walaupun rumah tu kecik itu rumah sendiri bukan sewa. Jadi setiap hari, lepas balik sekolah isteri aku yang umur 15 tahun ni akan pergi kerja sambilan dekat warung cuci pinggan dan lain – lain.

Dapatlah juga duit untuk buat belanja. Iya dapat bantuan tapi tak mencukupi dan yang paling isteri aku takut waktu tu, kalau – kalau cikgu dia atau orang lain tahu mak ayah dia lari. Kemungkinan dia kena hantar dekat rumah anak – anak yatim.

Jadi isteri aku hidup seorang diri tapi berpura – pura dekat rumah ada ayah dan mak supaya orang tak tahu. Setiap malam dia akan bergelap, hanya pakai lilin nak buat kerja sekolah atau baca buku sebab nak kena bayar bil air, bil api.

Aku pernah bagitahu dia yang awak ni memang kuat sayang. Tapi dia menangis cakap yang dia penat, setiap hari penat. Setiap malam dia menangis sampai tertidur. Setiap hari dia cuma fikir macam mana nak hidup pada esoknya.

Hidup dalam ketakutan dan atas pagar, isteri aku cakap dia tak boleh silap langkah. Salah langkah h4ncur hidup dia. Itu tak termasuk entah berapa kali dia cuba tamatkan hidup. Waktu tu memang bila dengar tangisan isteri aku ni memang terlampau br0ken.

Aku yang dengar ni pun tersi4t – si4t hati bila dengar. Sebelum berkahwin kami berdua memang merancang kalau boleh tak nak anak dalam 2 – 3 tahun. Bila dah masuk tahun ke-2 berkahwin. Aku dengan isteri macam terfikir boleh ke kami jadi ibu dan ayah yang baik untuk anak – anak kami masa hadapan kelak?

Kami jumpa professional. Mereka ni bagi straight forward punya jawapan. Tr4uma memang payah nak hilang, mungkin dekat luar sana ramai datang dari br0ken family dan mereka cakap, “Saya tak ada masalah dengan anak – anak saya,” tapi hakik4tnya ramai yang w4riskan dia punya trauma dekat anak – anak mereka.

Ramai yang ada masalah macam ni dia tak sedar apa dia buat dekat anak – anak. Bagi mereka anak dia cukup makan, pakaian, pergi sekolah dah cukup. Benda lain dari tr4uma dari masalah mentaI anak tak penting. Sebab apa?

Sebab mereka sendiri kena benda sama. Jadi kami berdua cuba ambil class belajar itu ini. Kami buat persediaan sebelum nak dapat cahaya mata. Dari em0si, dari cara macam mana jaga anak dalam cara islam dan banyak lagi. Memang makan duit dan tenaga.

Tapi pada kami berdua benda itu teramat sangat lah penting. Pada aku dan isteri kalau boleh anak kami membesar jadi seorang anak yang dia tak perlu mew4risi kepayahan yang kami lalui, tr4uma yang kami hadapi. Penat dan terlalu berat, cukup anak – anak kami dan masalah mereka.

Aku dan isteri sendiri dah ada kira ideal sendiri yang anak ni bukan long term investment. Pada aku membesarkan mereka bukan nanti diorang senang dan kaya aku boleh menumpang. Tapi pada aku dan isteri, kami ni ibu bapa yang sepatutnya guna segala kudrat yang ada supaya anak – anak ni nanti jadi insan yang terbaik dan cukup segalanya.

Sebab kita ibu bapa yang nak anak ni dalam hidup kita. Alhamdulilah Januari 2023 anak kami cukup setahun. Aku harap sama – sama kita menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak – anak. Kalau rasa nak marah terus duduk dan tahan.

Ingat kita pun membesar kalau boleh tak nak kena marah atau pukuI. Mungkin ada yang cakap kalau dulu tak kena pukuI dia tak jadi manusia yang macam sekarang. PukuI dengan kadar yang sepatutnya tak salah. Tapi hati – hati, kita taknak anak kita membesar dalam keadaan berd3ndam, takut dan tr4uma.

Aku kalau boleh bila anak aku besar, aku nak dia anggap aku dan isteri tetap “safe zone” bukan boyfriend atau girlfriend dorang. Jadi sama – sama lah kita belajar jadi ibubapa yang berguna untuk anak – anak. – Fahmi (Bukan nama sebenar)

Komen Waarganet :

Noraziah Amdan : Sedih baca kisah hidup isteri Fahmi. Banyak juga persoalan berlegar dalam fikiran makcik. Tapi faham tak semua kisah nk dikongsi. Semoga jodoh kalian suami isteri berpanjangan, berbahagia hingga hujung nyawa. Aamiin.

Shahdu Mohd Sah : Moga Allah permudahkan segala urusan confessor dalam membesarkan anak. Tapi jangan amik jalan extr3me tak marah langsung pula kalau anak salah. Pun tak betul juga. Kena amik jalan tengah. Cuma jangan sampai mem4ki. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Tipah Adelyn : Once nikah pegang title suami isteri. Then hidup berkeluarga pegang title mak ayah. So bila dah sandang title tu janganlah terlalu selfish sangat ikutkan hati, ikutkan em0si. Dalam donia ni kalau semua orang nak em0 tak tentu pasal siapa yang jadi m4ngsa kalau bukan anak – anak.

Dalam diri tu kena ada sifat empati, kena sensitif juga dengan perasaan orang lain. Komen ini bukan ditujukan kepada confessor sebab dia faham tanggungjawab dan peranan masing – masing. Ditujukan kepada manusia yang tak reti bersyukur dan hargai apa yang dia ada tapi orang lain takde, family. Sekian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?