Mak s4kit akibat ketumbuhan dan kena lakukan pembedahan. Mak bagi kad ATM dekat ayah suruh simpan. Lepas pada tu ayah berubah. Ayah datang jumpa aku minta izin nak kahwin satu lagi dengan bekas kekasih yang dah jadi janda.
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku nak ceritakan kisah mak ayah aku. Aku harap cerita ni dapat jadi pengajaran kepada semua anak perempuan kat luar sana untuk sentiasa perhatikan tingkah laku mak ayah masing – masing.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang biasa, mak aku seorang cikgu, ayah pulak seorang ahli perniagaan. Ketika usia aku 16 tahun, mak aku disahkan mempunyai ketumbuhan pada bahagian otak dan perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera.
Bermula daripada sini, mak memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada ayah. Mak bagi ayah pegang kad atm dia dan mulai daripada hari itu juga, ayah mula berubah sikap. Ayah masih setia dengan mak, menjaga mak ketika mak s4kit, tapi di belakang mak, ayah mula berhubungan kembali dengan bekas kekasih dia yang telah jadi janda akibat kem4tian suaminya.
Ayah juga pada masa yang sama telah menyampaikan hasrat dia kepada aku untuk mengahwini bekas kekasih tersebut. Berani betul ye ayah aku minta izin dengan seorang anak untuk menduakan ibu kandungnya sendiri.
Pada ketika itu, 2 orang adik lelaki aku masih kecil. Aku menasihati ayah untuk lupakan hasrat tersebut dan hanya tumpukan pada kesembuhan mak dan membesarkan adik – adik. Dan aku juga pernah berkata kepada ayah, jika dia nak kahwin lagi satu, kami adik beradik memang tidak akan memaafkan dia.
Jadi, ayah telah melupakan hasrat murninya itu. Tetapi, dalam masa yang sama, ayah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita muda yang boleh dik4takan hampir dengan usia aku sendiri. Dan ayah pernah memberitahu aku tentang, anak – anak angkat dia ni.
Sekali lagi, aku mencemuh perbuatan ayah dan telah mem4ki hamun anak – anak angkat dia untuk tinggalkan ayah aku. Aku ingatkan langit akan cerah sehingga petang, tapi sangkaan aku jauh tersasar apabila tidak lama kemudian, aku mendapati ayah masih mempunyai hubungan dengan salah seorang daripada anak angkatnya sehingga sanggup membelanjakan wang ringgit.
Dan bagusnya, perempuan itu menjual cerita kepada ayah aku yang hidupnya sangat susah dan ayahnya tidak dapat menampung kos pembelajarannya. Semua ni sebab nak pancing duit dari ayah. Tetapi aku amat pelik, perempuan itu meminta ayah aku duit untuk membeli seluar jeans levi’s yang diidamkan sedangkan aku, tidak akan dapat layanan sebegitu.
Dan yang paling b0doh, ayah aku bagi duit kepada perempuan itu. Anda semua mungkin tertanya bagaimana aku mendapat tahu tentang semua aktiviti ayah aku bukan? Aku telah membaca semua mesej sms ayah dengan “anak angkat” tersebut.
Biasalah perempuan kan ada skill menyiasat. Lagipun aku kesian dekat mak yang s4kit kena tipu belakang ayah. Mak aku masih dalam proses untuk sembuh daripada ser4ngan angin ahmar yang dialaminya semasa pembedahan membuang ketumbuhan di dalam otak dia.
Jadi, aku tidak dapat memberitahu mak aku perkara tersebut kerana risau ia akan mengganggu proses dia untuk sembuh sepenuhnya. Jadi, solusinya kami adik beradik telah mem4ki hamun perempuan tersebut di telefon dan mengharapkan yang hubungan mereka tidak diteruskan.
Buat pengetahuan pembaca semua, mak aku seorang yang jimat cermat dan ayah aku seorang yang boros. Mak tidak akan membeli kain ela yang berharga lebih daripada RM 30 untuk 4 meter, dan ayah aku pula jenis membeli barang secara borong dan akhirnya akan terbazir begitu sahaja.
Ayah juga suka berhutang dan susah membayar hutang, bertukar kereta seolah – olah salin baju, membeli baju yang berharga ratusan ringgit. Dan semua itu, dia gunakan duit mak aku. Acap kali ayah menggunakan alasan kepada mak aku tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji pekerja kerana kilang tidak membayar duit kepada syarik4t dia.
Selalunya mak aku membenarkan ayah aku menggunakan duit daripada dalam akaun mak aku untuk tujuan pembayaran gaji pekerja – pekerja ayah. Malah setelah 16 tahun, masih tidak dapat mengagak pattern pembayaran gaji pekerja dia.
Jadi mana duit keuntungan syarik4t ayah aku? Ayah aku telah membelanjakan wangnya untuk ‘anak – anak angkat’ dia. S4kit hati bukan? Untuk keluarga kata takde duit, tapi habiskan duit dekat ‘anak – anak angkat’ Mak aku tidak tahu perkara ni.
Sehinggalah pada hari perkahwinan aku, anak angkat kesayangan ayah aku datang menghadiri kenduri aku, walaupun aku telah memberi amaran kepada ayah aku untuk tidak menjemput seorang pon anak angkat dia. Jadi, apabila ayah aku tidak mematuhi syarat aku, aku bongkarkan nombor telefon perempuan tersebut pada blog dan juga laman – laman Iucah sebagai baIas d3ndam.
Daripada situ, mak aku telah mendapat tahu aktiviti ayah aku, dan aku tidak pulang ke rumah lagi setelah berkahwin. Memandangkan ayah aku seorang penipu terbesar, dia dapat mengaburi mata mak aku, dan mak aku kembali percayakan ayah aku dan kad atm mak aku masih di tangan ayah aku.
Aku sebenarnya kecewa dengan tindakan mak yang langsung tidak fikirkan jangka masa panjang dan aku juga sangat kecewa dengan sikap ayah yang tidak berubah malah m4kin teruk. Kerana pada masa yang sama, ayah aku memburuk – burukkan mak kepada semua ahli keluarga ayah.
Jadi, aku berjauhan dengan keluarga dan jarang pulang ke rumah. Setelah 2 tahun aku berkahwin, kami dikurniakan dengan seorang anak perempuan, dan dari situ hubungan aku dengan mak ayah aku sem4kin baik dan aku anggap ayah telah berubah kerana ayah mula kenal tikar sembahyang, alunan alquran dan masjid.
Apabila usia anak aku menjangkau 4 tahun, aku mengambil keputuusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Jadi, pada awal aku berhenti kerja, aku minta izin suami untuk pulang ke rumah mak ayah untuk membantu mak yang kurang sihat, mak aku penghidap k3ncing manis dan sering letih selepas pulang mengajar dari sekolah, rumah mereka tidak terurus.
Tidak lama aku berada di rumah, aku nampak sikap ayah yang sering bergayut di telefon dan membahasakan dirinya ‘papa’ dan aku tahu dia bukan bercakap dengan adik beradik aku. Ayah juga sering menghadap komputer dan juga telefon untuk berbaIas whatsapp dan fb msg.
Aku mula curiga dengan sikap ayah walaupun ayah telah mengatakan yang dia tidak lagi membuat kerja – kerja lama beberapa kali kepada aku. Suatu hari, aku mengambil keputuusan untuk siasat. Jadi dalam diam, aku telah mengambil handphone ayah, dan melihat semua mesej whatsapp dan fb msg ayah aku dengan beberapa orang budak perempuan yang separuh daripada umur aku.
Mereka bercerita tentang perkara yang menjijikkan yang tak perlu aku terangkan dekat sini. Aku nak termunt4h apabila membaca kesemua mesej – mesej Iucah mereka. Tanpa lengah, aku telah memberitahu dan juga berikan bukti tentang perkara tersebut kepada mak dan mak telah memarahi ayah.
Ayah berang dan telah mem4ki hamun aku. Setelah mak aku mengambil kad atm dia semula dari ayah aku. Mak terus check akaun dalam bank, mak menjerit apabila mengetahui duit dalam akaun mak aku tinggal sikit sahaja, sedangkan mak aku tinggal setahun saja lagi untuk pencen.
Aku juga telah mendapat tahu bahawa ayah telah menggadaikan sebahagian besar kemas milik mak dan tidak menebusnya kembali. Aku sangat kecewa dengan sikap ayah kerana dalam koleksi emas yang telah digadaikan adalah rantai, loket, gelang, subang emas yang merupakan hadiah mak aku kepada aku telah lebur begitu sahaja.
Sekarang hubungan mak dan ayah tidak berapa baik, dan aku juga sudah tidak mahu bercakap dengan ayah. Aku tidak lagi tinggal di rumah mak ayah dan telah kembali ke pangkuan suami dan aku berhasrat untuk tidak lagi pulang ke rumah mak ayah aku.
Aku harap dengan kisah aku ini, perempuan muda yang baru nak kenal dunia, tolonglah jangan melayan lelaki yang sudah beristeri dan kepada pasangan yang telah lama berkahwin. Pastikan anda betul – betul kenal dengan pasangan anda, dan kepada semua pasangan yang ingin dan baru berkahwin.
Jangan terlalu percayakan pasangan anda, kalau boleh rahsiakan amaun gaji bersih anda, dan menabunglah untuk kemungkinan yang tidak dijangka. Aku doakan kalian semua bahagia disamping orang tersayang. Sekian. – The girl in pink hijab
Komen Warganet :
Yang Azlin : Sis jaga mama sis elok – elok. Mesti dia perIukan kawan untuk bersembang. Kalau boleh cuba jangan sentuh isu ayah sis tu. Sembang pasal lain. Kepada ladies kat luar tu. Jangan la layan laki orang. Macam mana bila korang yang kena camtu mesti meng4muk macam singa kann. Kalau takdak gheja sangat pergi amik anak yatim tolong jaga. Depa perIukan kasih sayang lebih daripada laki tua tu. Sorry kalau rasa kasar.
Ulfa Farafishah : Sis jangan la tinggal mak camtu ja. Mak sis tak bersalah. Sekarang pun ntah camna mak sis nak pencen nanti. Moga Allah mudahkan urusan sis.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.