Aku pelik dapat mentua berkira. Duit pencen banyak tapi tak pernah belikan anak aku apa-apa. Mak aku jenis pemurah

Anak kami ni dah la cucu pertama untuk kedua beIah pihak. Tapi aku pelik keluarga mertua aku ni jenis lokek tau, dia jarang sangatlah atau boleh kira dia nak bagi atau belikan apa – apa untuk anak aku dan untuk kami pun. Sampai la sekarang anak aku dah sekolah dah pun, aku terfikir apa je dia bagi anak aku.

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama aku Shikin (bukan nama sebenar). Cerita aku ni aku tak tahu nak klasifikasi macam mana sebab aku tak pasti adakah ramai orang macam ni mertua aku je macam ni. Aku nak minta pendapat dan nasihat jugak apa yang perlu aku buat atau fikirkan.

Benda ni selalu mengganggu fikiran aku tau. Cerita dia bermula bila aku kahwin dengan suami aku, kami kahwin awal tau, masa umur kami dalam awal 20-an. Masa tu aku baru mula kerja lepas grad dan suami pula tengah intern sem akhir, jadi belum dapat kerja lagi.

Mak mertua aku sekarang ni, dulu mak suami aku la kan, dia usulkan untuk kami bertunang dulu. Aku pun setuju. Aku jenis aku memang akan usaha betul – betul kalau aku nak, jadi aku memang nak kahwinkan jadi aku pun cakap kat mak aku yang aku setuju kahwin hujung tahun tu jugak dan aku akan pakai duit aku yang arw4h ayah aku tinggalkan untuk bahagian aku.

Aku dapat rasakan mak ayah mertua aku pun terk3jut sebab terlalu awal tapi mereka tak cakap apa – apa mereka pun setuju, bertunanglah kami seperti yang dirancang. Lepas tu aku cepatkan cerita, dengan segala persiapan aku dan suami aku buat, kami pun selamat kahwin hujung tahun tu.

Semuanya okay, kami menyewa rumah dan kami gunakan duit kami untuk sediakan rumah yang seselesa mungkin untuk hidup berdua, starting la orang kata. Suami aku buat sikit – sikit pasang perabot kami beli dari ikea. Bila ada duit lebih kami tambah mesin basuh dan sebagainya.

Sampai la aku dapat berita aku mengandung, agak awal tapi kami terima sebagai rezeki. Aku buat checkup dekat KK biasa dan buat keputuusan untuk beranak dekat hospitaI swasta. Jadi aku dah mula checkup kat swasta pada minggu – minggu terakhir la.

Alhamdulillah, selamat aku pun beranak. Normal alhamdulillah. Macam mak – mak yang lainlah, aku nak susukan anak aku dan banyak lagi la plan kami untuk anak pertama kami ni. Selepas beberapa hari beranak, anak aku yang baru lahir tu macam badan dia suam – suam je.

Lepas tu bila nurse KK datang check dekat rumah dia bagitahu kena pergi hospitaI sebab baby baru lahir tak patut demam. Kami pun ke hospitaI. Masalah dari mertua ni semua bermula lepas aku beranak. Bermula isu ni bila ayah mertua aku cakap kat aku, “Tula haritu dah cakap patut baru lahir bagi formula je dulu kalau tak takde la budak ni demam, sebab tak cukup susu ni.”

Masa ni aku tak tahu nak rasa apa tapi aku sedih sangat. Ya lah baru pertama kali kan, kemudian anak aku dah keluar wad lepas beberapa hari dan dia ada demam kuning plak. Sejak kahwin memang kami akan selalu ke rumah mertua sebab tak jauh, jadi lepas beranak pun sama la kami ulang benda yang sama.

Macam – macam la yang mertua cakap kat aku yang bila fikir balik memang s4kit hati sedih bila dengar. Bila anak aku nangis kat rumah dia nanti dia cakap, “eee dulu kau kecik tak ada menangis macam tu, takut la ayah.”

Lepas tu bila suami aku dukung anak kami dia akan cakap, “dulu kau kecik ayah dukung kau lepas 2/3 bulan tau sebab takut la lah kecik sangat,” aku macam, habis memang emak jela kena jaga anak ye? Ok aku ni dengan suami aku kami berdua ialah yang pertama kahwin dekat dua – dua beIah la.

Jadi anak kami ni cucu pertama jugak untuk kedua beIah. Tapi yang lagi satu aku pelik ni keluarga mertua aku ni jenis lokek tau, dia jarang sangatlah atau boleh kira dia nak bagi atau belikan apa – apa untuk anak aku dan untuk kami pun.

Sampai la sekarang anak aku dah sekolah dah pun, aku terfikir apa je dia bagi anak aku. Takkan la pergi jalan jalan supermarket nampak apa – apa,kau tak teringat langsung kat cucu kan? Mak aku, makcik aku semua jenis murah hati ada je dia belikan untuk anak aku. Tapi ini tak.

Aku jadi confuse tak faham. Bila aku fikir – fikir balik. Aku teringat masa mula – mula kami nak tunang dulu. BeIah lelaki nak bagi kain untuk perempuan kira kain tu untuk dibuat baju nikah la, aku pergi beli sendiri dengan mak mertua.

Aku pun cakap takpe aku bayar, dia diam je dia setuju je aku bayar. Lepas tu masa kami buat majlis nak baju sama warna semua family rapat adik beradik, aku jugak bayarkan kain jahit dan upah jahit. Bila pergi bercuti mana – mana mereka akan kira macam tong – tong macam tu.

Padahal bukan orang tak ada duit, pesara kerajaan ya jenis yang banyak duit. Masa kahwin pun aku terk3jut bila dia ambil semua duit yang orang bagi masa majlis? Tapi kos majlis tu banyak habis dari duit kami iaitu duit arw4h ayah aku sebab kami buat majlis sekali.

Salah ke aku kalau fikir ni pelik? Atau ni normal sebenarnya tapi aku yang besar besar kan hal kecik? Memang berkira ke macam mana? Sampai sekarang anak aku biasa – biasa je dengan diorang tak rapat sangat pun sampai diorang rasa jugak kadang – kadang nak bawak budak ni tidur sekali naik kereta sekali tapi budak ni yang tak nak.

Pernah jugak diorang ajak – ajak ayam anak aku, ikut dia pergi bercuti tapi sambil cakap gelak – gelak, “nanti kalau malam menangis tu yang tak sanggup tu.” Hmm.. jadi dia cakap tak sanggup ke nak jaga cucu dia? Tapi bila tengok mak aku rapat dengan anak aku, dia akan perli cakap, “ya lah dia nak dekat nenek sana je kan, nenek sini mana nak.”

Dah tu mak aku jaga cucu tu dengan ikhlas. Aku tak faham. The word is BERKIRA. Bagi aku la. Benda ni mengganggu sangat sampai aku rasa akan mengungkit bila berg4duh dengan suami. Aku jadi tak puas hati. Issue asal lain tapi bila berkait dengan diorang aku rasa nak bangkitkan je isu ni. Apa patut aku buat ya? Sekian, yang bingung. – Shikin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aza Yati : Masalah confessor suka compare dan overthinking. Kalau taknak bayar barang hantaran tak payah lah offer untuk bayar, nih dah bayar smpai beranak pinak masih mengungkit bab hantaran. Pasal mertua tuh pesara ke, kaya raya ker, tuh duit diorang.

Nak tong – tong duit untuk bercuti ker, taknak ker takyah la komen sebab tuh duit diorang. Kotlah diorang ada benda nak beli ker. Kalau orang tua komen pasal anak dan kita tak setuju bagitau terus atau letgo masuk telinga kiri keluar telinga kanan, takyah simpan dalam hati.. almaklum cucu sulung.

Pastu bab nak bagi hadiah kat anak ke, tak ke lantaklah duit diorang. Janganlah mengharap semua orang sama macam family kita or makcik kita ker sebab semua orang berbeza. Sis kena bersyukur suami bertanggungjawab, family in laws bukan jenis t0xic, mengata sini sana, kawal anak menantu etc. Carilah yang baik untuk bersyukur, jangan mencongak yang buruk. Gudluck confessor.

Nuryn Ahmad : Adik.. banyak lagi isu besar dalam rumahtangga ni kalau nak bangkitkan. Benda macam ni terlalu kecil untuk diungkit – ungkit, untuk dis4kitkan hati suami tu. Tak perlu nak harapkan apa – apa dari orang lain.

Dan stop compare keluarga awak dan keluarga dia. Masing – masing dibesarkan dengan persekitaran yang tak sama. As long as keluarga mertua tu ok jer, tak kacau hidup awak, tak minta duit awak, should be ok. Jangan overthinking. Lebihkan memberi tanpa mengharap dibaIas benda yang sama. Hidup ni kena tenang – tenang tak perlu fikir hal orang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.