Masa ayah s4kit, semua simpanan saya habis, isteri gadai barang kemas utk bantu keluarga. Bila ayah sihat, dia h1na aku

Saya tak minta duit ye, saya hanya nak pinjam motor ayah tapi kena macam ni. Sambil saya jalan balik tu memang sangat terguriis, menangis saya sambil jalan mengenangkan isteri dan anak – anak kat rumah tengah lapar. Saya jalan, jalan dan jalan hala ke rumah saya. Tengah malam baru saya sampai rumah..

#Foto sekadar hiasan. Kisah ini adalah luahan dari seorang anak, suami kepada seorang personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya. Assalamualaikum, tolong hide profile saya. Saya hanya nak buat sedikit luahan dan mungkin ada yang boleh bagi pendapat bagi yang ada pengalaman sama.

Saya dulu kerja di Selangor dan boleh dik4takan gaji memang boleh hiduplah dekat bandar membangun ni. Sudah  berkahwin dan ada anak – anak yang asih kecik lagi. Family kecil saya ni memang dari dulu hidup sendiri, maksudnya kami tak berapa bergaul sangat dengan orang termasuk ahli keluarga yang lain, kami banyak senyap dan buat hal masing – masing tapi kalau contact masih macam biasa lagi.

Sebabnya kami pernah ada pengalaman di mana kami diabaikan dan kena tindas dan dipulaukan oleh family sebab saya ni kahwin dengan orang biasa – biasa dan ada berbeza pendapat. Masalah bermula bila ayah saya ada peny4kit buah pinggang dah sampai stage 4.

Ayah s4kit lepas dia pencen dari kerja kerajaan. Lepas keluar je dah s4kit teruk. Pada mulanya saya hanya tolong gitu – gitu je, dari segi duit bulanan dan balik sebulan 2 kali dan kadang – kadang saya akan duduk lama di kampung alang – alang saya ni kerja dari rumah (WFH).

Nak tolong ape patut lah ceritanya, memang banyak berk0rban. Sampai satu tahap ayah saya kena masuk hospitaI sebab dah kr0nik sangat dan memandangkan pencen dia dah habis bayar hutang dan memang tak ada simpanan langsung untuk mak dan adik – adik untuk teruskan hidup.

Biasalah orang kerja kerajaan suka sangat nak beli kereta baru dan nak renovate rumah itu ini, tapi tak semualah, golongan macam ayah saya jelah. Jadi tup tap tup tap saya pun bawa family kecik saya ni balik kampung dan saya WFH dari sana.

Maka bermulalah episod saya tanggung sepenuhnya 2 keluarga dengan gaji yang saya sorang ni bekerja. Isteri memang tak kerja sebab saya dah bagitau siap – siap sebelum kahwin, kalau nak apa – apa bagitau je saya, saya akan tunaikan.

Dia hanya perlu duduk rumah goyang kaki. Alhamdulillah kemahuan dan kelengkapan anak isteri saya semua ok takde maslah. INI jawapan dari isteri saya sendiri bila saya tanye semua cukup ke tak. Komitmen yang sepatutnya ayah saya tanggung macam beli barang rumah, bayar bil – bil dan sebagainya saya yang ambil alih untuk bayar.

Dalam masa sama saya tanggung komitmen keluarga saya jugak. Sebelum ni saya tanggung bil telepon dan internet je tapi sekarang semuaa. Tapi  saya tak kesah sangat sebab saya tahu itu tanggungjawab saya sebagai seorang anak dan abang sulung dalam keluarga.

Selama lebih 3 bulan saya handle semua benda dan akhirnya sampai saya sendiri susah. Tapi saya punye mindset, duit boleh dicari tapi keluarga tiada galang ganti. Ya Allah, isteri saya merupakan wanita yang hebat, dia sampai pajak barang kemas dia termasuk cincin kahwin dia untuk bantu keluarga saya disaat yang getir.

Isteri ada cakap dekat saya, “saya dengan anak – anak dah cukup makan pakai, cukup sangat. Sekarang adalah masa untuk baIas jasa mak bapak walaupun tak seberapa sekali pun.” Masa ni saya sangat sedih sebab kami mula memang betul – betul dari bawah, lepas kahwin hanya duduk bilik sewa kongsi dengan orang sampai motor saya kena curi.

Alhamdulillah masa anak pertama, saya dapat beli kereta axia spec G yang memang kosong tapi sekurangnya dapat berteduh bila hujan, panas.  Saya sayang sangat dekat isteri. Kalau isteri saya baca ni, saya nak cakap yang saya sayang sangat dekat dia lebih dari segalanya.

Okay sambung, lepas ayah dah keluar dari hospitaI, dia dapat duit lumpsum macam duit koperasilah kiranya dari pada kerja kerajaan dia, memang banyak lah duit dia ketika tu. Bila semua dah tenang, ahli keluarga yang, saud4ra mara semua datang jenguk dekat rumah.

Senyum lah ayah sebab orang datang bagi duit sedekah pastu dapat pulak duit koperasi dia yang banyak tu. Masa ni saya masih lagi tanggung semua benda. Kesihatan ayah pun m4kin ok. Untuk pengetahuan, saya ambil keputusan pindah ke kampung sebab office benarkan saya untuk WFH dari kampung, yelah ulang alik banyak oooo duit lebur.

Jadi atas budi bicara dapatlah WFH kat kampung. Bila saya dah pindah sini kerja still go on macam biasa. Tapi akhirnya saya kena berhenti jugak kerja sebab office tiba – tiba kate tak boleh pulak wfh dekat kampung padahal dah dibenarkan dengan beberapa saksi yang ada waktu tu.

Saya memang dah serabut macam mana nak hidup, saya dah jem dan memang str3ss giIa. Saya pun redha dan hantar sebulan notis sebab terp4ksa. Saya ada banyak komitmen yang saya nak settle, kiranye baru nak bangun balik tapi terduduk balik saya.

Saya mula buat kerja part time dekat kampung, buatlah kerja – kerja kampung hantar sawit, kerja part time sana sini. Akhirnya saya burnout sebab kerja dari pagi sampai malam. Tekanan d4rah saya naik, sampai saya kena masuk wad 2 – 3 hari.

Ketika itu jugalah kereta dah kena tarik sebab tunggakan. Lagi jem kepala saya. Masa ni memang terduduk terciduk semua ada masa ni. Memang malam – malam hanya mampu menangis minta petunjuk dari Allah. Masa ni saya pergi kedai jalan kaki, pergi kerja jalan kaki memang berpeluh lenjun macam tengah mandi hujan.

Jadi saya berbincang dengan isteri, nak pinjam motor ayah nak buat pergi kerja dan buat beli barang – barang keperluan rumah. Duit dekat tangan pun tak banyak, nak naik grab tak mampu. Saya jalan kaki separuh jalan dan selebihnya baru naik grab, masa tu dekat tangan ada RM70.

Sebab saya buat macam ni ingat lepas dapat motor nak beli barang keperluan. Bila dah sampai rumah ayah, saya tanyelah ape yang patut tentang kesihatan dia semua, kemudian baru saya cakap nak pinjam motor nak buat pegi kerja.

Saya cakap saya tengah susah sikit sekarang ni dan tak nak guna kereta sebab minyak banyak walhal dah kena tarik dah. Ayah saya terus cakap, “kau ni memang menyusahkan akulah, aku ni dahlah takde duit (padahal ada duit koperasi), kau pulak nak guna barang aku.

Duit  simpanan kau mane hah??!! Tak habis – habis menyusahkan, kau ni memang tak pandai manage duit langsung.” dan ada lah lagi dia cakap dan masa tu saya menung sambil dengar ayah cakap itu ini. Ada kata – kata dia vang buat maruaah saya sangat tercaIar dan akhirnya saya keluar terus dari rumah tanpa toleh belakang dan bejalan balik rumah.

Saya tak minta duit ye, saya hanya nak pinjam motor tapi kena macam ni. Sambil saya jalan balik tu memang sangat terguriis, menangis saya sambil jalan mengenangkan isteri dan anak – anak kat rumah tengah lapar sebab barang kat rumah dah habis malam sebelum tu.

Jarak dari rumah saya ke rumah ayah ada lah dalam 15km saya berjalan. Memang sepanjang jalan saya menung dan air mata mengalir. Sebelum ni pernah jadi macam ni tapi saya rendahkan eg0 dan maafkan dia tapi kali ni sangat terguriis.

Tengah menaip ni pun air mata duk mengalir. Isteri saya maa tu asyik call saya berkali – kali sebab adik saya report dekat isteri kata ayah dengan saya berg4duh pe semua. Tapi nasib baik isteri kata dia lega sikit sebab dia track guna location google dekat phone saya incase jadi apa – apa.

Saya jalan, jalan dan jalan hala ke rumah saya dan singgah beli barang rumah, beras telur pampers anak – anak dan ada sayur-sayur sikit, saya bawak dan ada berhenti kejap sebab penat sangat. Tengah malam baru saya sampai rumah, isteri saya menangis mase saya balik dan esok tu saya cerita ape jadi.

Isteri memang sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Saya cakap, “takpelah pisang dah bebuah 2 kali dah pun, kita usaha mana mampu dulu.” Bermulalah saya minta bantuan zakat dan masjid terdekat, ada jugak minta bantuan DUN tapi sebab DUN saya pembangkang punya dan diorang pun takde peruntukan lagi, jadi tak dapat nak bantu sangat.

Saya teruskan hidup macam biasa, berjalan kaki cari duit nak bagi isteri dan anak – anak makan dalam masa sama saya usaha nak settlekan komitmen tapi tulah kerja kampung ni lagi – lagi saya takde kend3raan susah sikitlah.

Saya cuba ikhtiar mana mampu, selagi tuIang 4 ker4t ni ada saya cuba usaha. Ada jugak saya cuba contact influencer dengan artis – artis, MB – MB nak minta bantuan sebab saya burnout sangat tapi takde yang baIas. Saya redhalah sebab saya ingat pesan cikgu saya, “kita nak minta tolong doa pada Allah dulu, minta pada Allah lepas tu baru ikhtiar jumpa manusia – manusia.”

Saya pegang pesanan tu sampai sekarang. Saya terima keaadan ni tapi kadang – kadang saya rasa nak putuus asa dan nak hilang terus dari dunia ni, nak bawa isteri dan anak – anak sekali. Tapi bila pikir balik saya ni ada iman ada akal lagi, ‘jangan mengalah’ saya cakap dalam hati banyak kali.

Ada satu ketika, saya tengah masak dekat dapur tengah p0tong bahan nak masak, bila tengah mem0tong duk termenung, memang dalam kepala dah terniat nak putuus asa dan nak buat benda tu, tiba – tiba anak saya dua – dua orang datang peIuk kaki saya.

Tak ada angin apa, diorang peIuk kaki saya, masa tu memang tersedar. Terus saya peIuk diorang, mungkin anak – anak dapat rase ape yang saya rase. Saya ciuum anak banyak kali dan minta maaf banyak – banyak memang terduduk kejap saya dengan anak – anak kat dapur.

Isteri saya terk3jut tengok kami macam tu dan bila dia dapat baca situasi tu tanpa saya cakap apa – apa, dia pun menangis sama. Malam tu memang saya taubat solat hajat minta petunjuk semangat dan kuatkan iman saya.

Sampai sekarang kami dalam keadaan yang sama. Saya masih cuba kuatkan semangat nak teruskan kehidupan. Kalau Encik kongsikan cerita saya, minta yang baca tu ambil pengajaran yang baik dan pengajaran yang tak elok dari kisah saya ni untuk jadi iktibar. Mohon pembaca semua doakan family kecik saya ni dapat hadapi ujian ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?