Muka isteri aku pucat sangat – sangat. Menangis tersedu – sedu jenis yang tak boleh nak nafas. Isteri aku mandi berjam – jam sampai merah – merah kulit dia sental. Siap sapu losyen apa bagai. Dia pack barang dia dan terus drive pergi rumah kawan dia..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku Zul dan aku nak bercerita sikit pasal rumahtangga aku. Disebabkan keb0dohan aku masa awal – awal kahwin, aku hampir ditinggalkan oleh isteri. Puncanya lipas. Aku dengan isteri aku boleh dik4takan dijodohkan oleh keluargalah.
Isteri aku memang jenis nerd sikit, bijak, pandai masak, cantik, alhamdulillah cukup segalanya bagi aku. Dia boleh dik4tegorikan sebagai intr0vert dan aku pula extrovert. Dia selalu panggil aku kanak – kanak Ribena sebab aku jenis riuh rendah kekeke.
Nak dijadikan cerita, isteri aku paling takut dengan makhluk Allah bernama lipas. Sebut saja nama lipas, dia geli gelaman sampai rasa nak munt4h. Selepas berkahwin, kitorang menyewa dulu rumah sebab rumah yang kitorang beli tak siap lagi.
Biasalah, nak kena renovate bagai ambil masa. Rumah sewa kitorang dekat dengan tempat kerja isteri aku. Selain tu dekat juga dengan pasar, supermarket jadi senanglah. Tapi memang ada isu lipas. Dekat rumah aku kan, kau sebut jea nama spray ke ubat, semua jenis ada isteri aku beli.
Kesukaan dia adalah spray Ridsect. Sekali spray terus kiokk! lolll. Masa awal – awal kahwin, aku memang suka prank isteri aku. Bila dia nampak lipas kat rumah, memang dia lari sambil jerit – jerit. Memang kerja akulah kena pastikan lipas tu diarw4hkan.
Aku selalu tangkap lipas lepas tu acah – acah nak baling kat isteri aku. Menggelupur dia lari tak cukup tanah. Selalunya dia merajuk kejap kemudian adalah adegan pukuI – pukuI manja. Aku pujuk – pujuk nanti oklah dia.
Ada satu hari tu, macam biasa aku tengah lepak main phone dekat ruang tamu. Isteri aku tengah masak. Sekali datanglah lipas ni melawat isteri aku kat dapur sambil terbang – terbang. Isteri aku apa lagi terjerit – jerit panggil aku.
Dengan pantasnya aku berlari dan berjaya menangkap lipas tu. Masa nie, aku acah – acah nak takutkan isteri aku. Tapi maIangnya kali nie memang betul – betul aku tercampak lipas tu kat isteri aku. Isteri aku memang jerit kaw kaw sambil terlompat – lompat.
Habis tunggang terbalik periuk kuali yang tengah masak kat dapur. Lipas tu pulak masuk kat dalam baju wife aku jadi boleh bayangkan tak tahap panik dia camne. Walaupun hanya beberapa minit je kejadian tu tapi rasa lama betul.
Kelam kabut aku sampai koyakkan baju isteri aku nak tangkap lipas tu. Isteri aku terduduk kat lantai menangis teresak – esak. Muka dia pucat sangat – sangat. Menangis tersedu – sedu jenis yang tak boleh nak nafas. Aku baru nak pujuk isteri aku tapi dia pukuI aku sekuatnya.
Buat pertama kali isteri aku lost control. Memang teruk aku kena beIasah sampai dia tarik rambut aku masa tu. Siap dim4ki – m4ki tapi dia tak mencarut. Aku terima je sebab dah memang salah aku. Aku ingatkan dia dah ok tapi lepas tu dia terus naik masuk bilik.
Aku bagi dia masa untuk bertenang dan aku bersihkan dapur. Memang terp4ksa buang semua. Isteri aku mandi berjam – jam sampai merah – merah kulit dia sental. Siap sapu losyen apa bagai. Dia pack barang dia dan terus drive weyh pergi rumah kawan dia (kawan perempuan, bujang).
Dia cakap dia tak boleh tengok muka aku lama – lama sebab dia rasa nak tumbuuk – tumbuuk. Aku macam tak boleh percaya dia merajuk sampai macam tu sekali. Isteri aku yang sweet bertukar jadi Hulk gara – gara lipas. Aku baru sedar yang kali ni aku dah melampua batas.
Aku izinkan dia duduk rumah kawan dia sampai dia betul – betul tenang. Kawan dia punyalah cuak bila nampak isteri aku datang bawak beg bagai. Bila dia tanya aku kenapa, aku cakap sebab aku terbaling lipas. Terkebil – kebil kawan isteri aku.
Aku suruh dia tolong tengokkan isteri aku. Balik rumah aku dah jem otak fikir pasal isu tadi. Dah hampir 7 bulan kitorang kahwin, memang tak sangka isteri aku capable nak beIasah aku macam Hulk. S4kit weyh. Esoknya, isteri aku masih merajuk lagi jadi aku tak kacau dia.
Aku pergi rumah mak ayah aku nak makan. Masa ni mak aku tanya mana wife aku. Aku pun bagitaulah isteri aku kat rumah kawan dia sebab marah kat aku. Aku cakap sebab aku terbaling lipas kat dia. Ayah aku yang tengah minum kopi tersedak – sedak dia.
Mak aku pun terkebil – kebil tengok aku. Dia tarik kerusi sebeIah aku dan suruh cerita. Lepas habis cerita, mak aku terus ambil segala jenis senduk kemudian ketuk – ketuk kepala aku. Kali kedua aku kena beIasah weyh. Ayah aku geleng – gelelng kepala, nampak dia sedih sebab dapat anak macam aku.
Ayah aku suruh aku masuk bilik sambil tenangkan mak aku. Mak aku ungkit segala jenis kesalahan aku buat dari kecik sampai sekarang. Ingatkan dah kahwin, ada akal tapi lagi menjadi – jadi bing4inya. Membazir susu mak selama ini.
Sedih aku, dahlah dari semalam tak makan. Malam sikit aku keluar bilik senyap – senyap nak cari makan kat dapur. Tapi kena tangkap dengan mak aku. Per4ngai dah macam lipas merayap – rayap kat dapur malam – malam tak buka lampu buat apa? Terk3jut aku kena sergah.
Agaknya macam nielah perasaan lipas tiap kali aku sergah dia masa dia merayap – rayap kat dapur. Mungkin lipas ni baIas d3ndam balik kat aku. Kifarah ke? Mak aku marah kejap ja. Dia panaskan lauk semua bagi aku makan.
Sambil tu aku dengarlah celoteh dia. Mak aku cakap masa aku kecik memang tahap nakal aku dah sampai satu kampung tau. Nama aku famous sebab mak aku jerit sampai satu kampung dengar. Mak aku sendiri pernah menangis banyak kali sebab str3ss dengan aku.
Nasib baik ayah jenis memahami mak jadi bila ayah balik rumah lepas habis kerja memang aku selalu kena smackdown. H4nger, selipar, paip semua aku dah rasa. Isteri aku mungkin dah lama pendam sekali dia meIetup dah jadi macam gunung berapi meIetus.
Mak aku pesan ada orang boleh terima prank ada orang jenis sensitif. Jadi berpada – pada kalau nak melawak pun. Prank ni orang – orang tak cerdik je buat. Nak tersedak aku makan nasi goreng tapi sebab lapar aku telan je.
Tiba – tiba aku flashback balik semua jenis prank aku buat kat isteri aku. Rasa b0doh pulak aku time tu. Kesian dia hmmm. Malam tu aku hantar mesej panjang lebar kat isteri aku minta maaf. Aku admit salah aku semua dan pujuk dia balik rumah.
Esok tu dia balik rumah tapi muka dia masih masam. Bengk4k mata dia. Aku terus peIuk dia minta maaf. Dia cakap awal – awal dia boleh terima prank aku tapi lama – lama dia penat. Penat sangat. Dah sampai tahap dia mula menyampah tengok muka aku.
Tr4uma dia dengan lipas bermula masa kecik. Abang – abang dia yang start suka tangkap lipas hidup – hidup then baling kat dia dengan adik – adik dia. K3jam betul abang – abang ipar aku (aku tak sengaja baIing so tak k3jam kan?).
Pernah sekali lipas tu tersangkut kat rambut dia. Dia berumur dalam 8/9 tahun masa tu. Dia punya takut sampai pengsan. Bila sedar dia geli sangat dengan rambut dia sampai ayah dia terp4ksa p0tong rambut dia jadi pendek.
Bila dah bekerja, baru dia start bela rambut panjang balik. Tak sangka aku tr4uma dia sampai macam tu sekali. Jujurnya dia cakap dia pernah terfikir nak tinggalkan aku kadang – kadang sebab str3ss. Allahu, baru tujuh bulan kahwin isteri aku dah str3ss.
Rupanya lama dia makan hati dengan per4ngai kurang cerdik aku. Maafkan aku, sayang. Abang janji tak buat lagi. Isteri aku mengadu sejak kebelakangan ni dia cepat penat. Badan rasa lesu dan memang rasa nak tidur je. Aku dah fikir bukan – bukan masa ni.
Bila aku prank dia lagiIah dia str3ss. Aku bawa dia pergi check up dan alhamdulillah good news rupanya. Wife aku mengandung 5 minggu dah. Bila mak aku dapat tau, membebel mak aku dekat aku. Kut – kut masa aku prank dia terjatuh ke apa, kesian baby dalam perut.
Aku memang betul – betul speechless masa ni. Wife aku dah jeling – jeling kat aku. Dengan kuasa 2 mak dan isteri aku, aku kena ketuk lagi dengan senduk mak aku. Mak aku siap cakap dia harap lepas dah kena ketuk ni berhubunglah sel – sel dalam otak aku.
Sejak dari hari tu, aku memang taubat habis nak prank apa kejadah semua. Sepanjang isteri aku mengandung aku kena bebel dengan dia. Tak tenang hidup aku disebabkan lipas ni. Macam – macam aku kena lalui. Aku harap korang janganlah jadi macam aku.
Nak prank ke bergurau biar berpada – pada. Sekarang ni aku dah nak dekat 7 tahun kahwin. Anak dah 2 orang. Sampai ke hari ni isteri aku ungkit pasal lipas walaupun dah pindah rumah baru. Korang doakan lah isteri aku lupa pasal isu lipas ni.
Ataupun cari jalan nak lupuskan keturunan lipas ni dari muka bumi. Habis duit aku bulan – bulan beli spray dan ubat lipas. Sekian… Suami yang anti lipas, Zul (bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Puan Hadra Abid : Aku punya takut lipas ni sejibik sejibon dengan wife ko. Bila baca confession ni pun rasa macam naik bulu tengkuk semua dok imejin. Syukurla dapat husband yang tak takut lipas dan tolong jadi penyelamat setiap kali dok hadap lipas ni.
Tak pernah merungut apatah lagi buat prank. Meh nak komen. Hari tu pernah tengah masak jugak kat dapur. Husband tengah makan keropok lekor satu tupperware tinggi sambil main fon kat ruang tamu. So aku sambil masak ni, sambil basuh pinggan kat dapur.
Ingat lagi, masa tu tengah masak rendang. Haha. Lepas basuh pinggan tu, aku angkat filter kat sinki tu, nak buang sisa – sisa makanan yang ditapis. Elok ja aku angkat filter tu, lipas keluar dari lubang sinki. Serious aku tak paham macamana dia boleh keluar dari lubang.
Lubang tu kan kecik – kecik lipas tu besar. Tapi dia berjaya keluar maybe sebab badan dia stretchable ke hape ke aku taktau. Laki aku pun susah nak percaya bila aku cerita lipas tu keluar dari situ. Tapi korang dapat bayangkan tak, lipas tu keluar dari situ time aku cabut filter tu.
Apa lagi, menjerit meraung lah aku sekuat hati macam jumpa h4ntu, sambil berlari tak cukup tanah dok jerit LIPASSSSSSSSSSSSSSS. Dahla masa tu pregnant, tak ingat berapa bulan. Laki aku datang kelam kabut berlari jugak dr ruang tamu masuk ke dapur sambil tanya kenapa kenapa lipas mana lipas.
Dah setel dia arw4hkan lipas tu, aku dok tarik napas la gi ruang tamu. Habis bersepahhhh tumpah semua keropok lekor atas lantai, dengan tupperware sekali jatuh dari meja. Hahahahaha mesti laki aku terk3jut dengar aku menjerit macam orang kena rasuk tadi.
Cerita lain, ni kat kampung. Kat kampung ni memang banyak lipas especially time kucing kitorang baru m4ti. Time kucing kitorang hidup lagi, takde berani lipas – lipas tu nak tunjuk muka. Bila takde je kucing, dia punya lenggang kangkung lipas tu, macam Belanda dapat tanah.
Macam TT punya rumah sewa la. So, sekali ni kat dapur. Tengah makan pisang goreng ramai – ramai ada abang, SIL, dan mak dia. Aku perasan msa tu SIL dengan mak dia dok bisik – bisik sambil pandang aku. Dok ngumpat aku ke ni. Hahaha.
SIL siap buat isyarat syhhhh pada mak dia means that jangan sampai aku dengar or tahu diorang tengah cakap pasal apa. Aku pun macam malas nak layan, makan jela pisang goreng tu. Then, abang aku datang macam kuis – kuis sesuatu kat badan aku.
Aku macam pelik la dia kuis apa. Rupanya lipas tu ada kat area bahu aku. Aku apa lagi, lipas kat sinki pun aku macam nak giIa, ni kan pula kat badan. Menggeletis la aku dekat situ dok jerit AAAA LIPASSS AAA LIPAAAASSSSS.
Boleh plak lipas tu jatuh termasuk dalam baju. Hahahahahahahahahaah tu aku cakap sejibik sejibon dengan wife TT. Tambah nyaring la suara aku jeritttttttt, abang aku plak dok libas – libas baju aku dengan harapan lipas tu jatuh kat bawah.
Tapi kan kaki lipas tu jenis berduri – duri gitu, memang taklahhhhh dia jatuh. So aku? Tunggu lagi? Jam itu juga aku bukak baju kat situ campak jauh – jauh then lari masuk bilik sambil jerit tak habissss. Tak pikir panjang dah lahai sebelum bukak baju tu sebab dok rasa kaki lipas tu tergesel – gesel kat badan.
Ni dok taip ni pun, rasa berdiri balik bulu – bulu tengkuk dok imejin balik.. Bertahun jugaklah kena bahan oleh abang dan SIL. Dorang m4ti – m4ti tak sangka aku sampai bukak baju sebab ada abang aku kottt kat situ.
Ohye SIL tadi tak bagi mak dia bagi aku tau ada lipas kat badan sebab dia tau dah kalau aku tau, memang itula yang akan jadi. So planning dia dengan abang aku which is husband dia, biar abang aku je yang kuis lipas tu then tangkap bagi m4ti. Tapi lain yang jadi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.