Bila ibu pergi dapur aku keluar senyap-senyap. 6 orang polis datang serbu rumah dan tahan ibu. Aku nangis tepi longkang

Semuanya bermula dengan jiran yang suka bagi ibu makanan. Ibu pun selalu puji jiran warga asing. Per4ngai ibu m4kin pelik dan kemuncaknya bila jiran tu bagi ibu kain sari. Abi terus larang ibu ‘baik’ dengan jiran. Bila dia bagi makanan, kami bagi kucing makan. Tapi kucing pun tak nak makan..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sudi siarkan luahan aku. Tak siapa pernah sangka, ibu akan diuji dengan peny4kit ini. Mulanya hanya dengan memakan makanan yang diberi oleh jiran kami, seorang warga asing.

Sebelum – sebelum ni, tak pernah ibu macam ni. Ibu selalu memuji jiran sebeIah. Pelik kami melihat perubahan ibu. Kemuncaknya bila jiran beri ibu hadiah kain sari. Abi rasa tak sedap hati, jadi sejak dari hari tu abi larang ibu terima apa – apa pon dari jiran.

Semenjak tu, ibu jadi tidak tentu arah. Kata ibu, dia selalu mendengar dari rumah jiran, suara wanita kena d3ra, dia dengar jiran merancang mencuIik adik yang sekolah asrama dan macam – macam  lagi. Bayangkan, hari – hari ibu menangis. Rumah kami dah tak terurus.

Oh ye, sejak abi larang, kami masih terima jugak makanan untuk jaga hati jiran cuma kami bagi ke kucing. Tapi kucing pun tak nak makan, tak tau kenapa. Nasi arab dengan p0tongan ayam yang besar – besar lagi. Masa tu aku dan kakak baru mula kerja. Str3ss sangat.

Yela, siapa sanggup tengok ibu sendiri selalu menangis? Sebabkan ibu tak tahan dengar macam – macam, ibu selalu minta balik kampung. Bayangkan balik kerja, terus gerak balik. Lepas hantar ibu, balik semula ke rumah sebab esoknya kerja lagi.

Perjalanan pergi balik kampung hampir 8 jam lebih. Dalam sebulan 4 – 5 kali ulang alik dari kampung. Dipendekkan cerita, lepas berubat dekat darul syifa, ustaz sendiri sarankan ibu untuk berjumpa dengan doktor. Masa tula doktor diagnos ibu kena schiz0phrenia.

Kemuncak peny4kit ibu, bila dia bercakap sorang – sorang. Dia tak mengaku abi ni suami dia, ibu kata dia dah kahwin dengan jiran tu. Malam – malam ibu akan biarkan pintu rumah terbuka luas, kadang – kadang dia jerit marah dekat suara yang dia dengar.

Dia pernah pukuI abi tengah makan menggunakan iron board. Dia pernah cuba pukuI aku dengan getah paip tapi mujur abi sempat halang. Aku ingat kejadian malam tu, pakcik seolah – olah p4ksa bawa ibu berubat dengan seorang ustaz.

Abi terp4ksa turutkan. Sampai kat depan rumah ustaz, ibu mula meng4muk. Ustaz tu sendiri tak berani dekati ibu. Akhirnya ustaz cakap dia nak scan abi dulu. Masa tu, aku dan adik teman ibu kat luar. Tiba – tiba ibu jalan, aku cuba halang tapi ibu ugvt, kalau aku halang dia akan pukuI dengan batang kayu yang dia kutip.

Aku suruh adik panggil abi sementara aku ekori ibu. “Ibu, ibu, ibu nak pergi mana? Janganlah macam ni,” rayu aku. Aku takut. Kat tempat asing, tengah malam tepi jalan. Kalau apa – apa jadi pada kami berdua, pada siapa aku nak minta tolong?

Aku tak bawak HP, aku pegang tangan ibu, halang dia. Ibu pukuI – pukuI dengan kayu. “Kau jangan halang aku, nanti aku tolak kau masuk longkang!” Aku dah mula menangis. Sampai hati ibu. Tapi aku tau ibu tak sedar apa dia cakap.

Tiba – tiba abi muncul dengan kereta, puas pujuk ibu naik akhirnya mahu juga. Aku tak berhenti menangis lagi. Abi sangka ibu pukuI dengan kuat. Tak, ibu tak pukuI kuat. Aku hanya kecewa. Pagi tu, abi tekad masukkan ibu ke hospitaI.

Kene tahan pon takpe sebab ibu m4kin mengg4nas. Mula – mula hospitaI attendant datang dekat abi, nasihatkan hati – hati. Masa tu aku sorang dalam rumah. Ibu dah kunci pintu awal – awal masa abi keluar nak panggil dorang.

Tapi dorang cakap takpe bole handle. Bila ibu start meng4muk barulah dorang mengalah. Dorang minta bantuan polis. Ye, doktor ade keluarkan surat, jika ibu meng4muk boleh minta bantuan polis. Masa tu aku takut sangat, aku menyorok dalam bilik depan.

Ibu tengah marah – marah pergi ke dapur. Aku keluar senyap – senyap. Polis serbu dalam rumah, 6 orang lelaki. Aku dengar ibu menjerit minta tolong. Ibu marah – marah. Luluh hati aku dengar ibu menangis. Aku tak kuat nak berdiri, terjelopok tepi longkang sambil menangis.

Hanya mampu lihat ibu dibawa pergi oleh polis. Abi dekati aku. “Abi minta maaf sebab abi sayang ibu, abi terp4ksa buat macam ni.” Kosong. Aku rasa kosong sangat. Sampai dekat hospitaI, aku cari ibu. Dia tengah duduk di tempat menunggu, sebeIahnya ada polis berdiri.

Aku pergi dekat ibu. Tangannya bergulung dengan tuala. Di sebalik tuala tu, aku nampak gari! Ye, gari! Tak pernah terbayang dalam hidup aku ibu akan bergari. Aku lihat kakinya pula, tidak berkasut. Aku pandang ibu, air matanya mengalir.

Aku sapu dengan tangan, aku juga menangis. 2 tahun dah berlalu, walaupun 2 tahun aku tak kerja, walaupun lepas ibu ok sikit, abi pulak jatuh s4kit. Alhamdulillah, dua – dua dah sihat sekarang. Walaupun doktor cakap ibu terp4ksa berg4ntung kepada ubat sepanjang hidup tapi aku percaya kesembuhan itu kuasa Allah. Ubat hanya perantaraan.

Cuma aku terkilan. Masa arw4h nenek meninggaI, ibu baru beberapa minggu keluar dari hospitaI. Masa ibu dekati arw4h nenek untuk kucup kali terakhir, ibu tak dapat kawal em0si dan menangis terjelopok. Depan mata aku, sorang makcik buat isyarat giIa bila kawannya tanya ‘kenapa tu?’

Aku geram. Salahkah ibu sedih sebab orang tersayang meninggaI dunia? Dan bukan ibu minta pon peny4kit dia tu. Masa ibu dalam proses nak pulih, selain makan ubat, aku bagi ibu dengar ceramah – ceramah agama. Tiap malam pasangkan bacaan ayat suci al-quran.

Aku tak biarkan ibu seorang diri, termenung. Aku peIuk ibu hari – hari, aku cuba selami apa yang dia fikir. Di samping tu, doakan ibu hari – hari. Kadang – kadang aku sendiri tak kuat, str3ss. Pernah terfikir untuk pergi je dari dunia ni.

Orang mengata aku tak kahwin dan tak kerja. Kawan perlekehkan aku kononnya memilih kerja. Hakik4tnya, tiada siapa faham apa aku lalui. Memang ibu dah sihat tapi dia selalu cakap, “kakak tak payahlah kerja dan kahwin. Teman ibu kat rumah. Ibu sunyi”.

Ikutkan hati aku ok je. Aku taknak peny4kitnya datang kembali. Tapi aku ade komitmen pinjaman pelajaran. Aku malu ibu dan abi tolong bayarkan. Makan minum pon ditanggung lagi. Aku cuba pujuk hati. Takpe, ade hikmah semua ni.

Allah nak kasi sesuatu buat aku. Mungkin ini juga cara Allah ampunkan d0sa – d0sa aku. Satu aku minta, janganlah perlekehkan orang yang mengalami masalah kesihatan mentaI. Kita tak sedar dengan hanya satu perkataan memungkin dia terbunvh atau membunvh.

Aku selalu baca orang kata hati tisu, mengada, baIasan tuhan dan sebagainya. Ingatlah, masing – masing ade ujian tersendiri dan tak siapa minta sedemikian. Kalau tak mampu kata yang baik – baik, lebih elok diam dan doakan kebaikan. Pengalaman aku, sokongan moral dan kata – kata positif sangat diperIukan di samping doa mohon kesembuhan. Moga kita semua tabah hadapi ujian hidup.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.