Suami di ICU masih hidup, mentua dah minta motor dan kereta. Dia cakap rindu sampai mimpi motor kereta suami aku

Selama ni suami aku yang jaga mak mertua tapi bila suami terlantar dekat ICU, mertua buat tak tahu tapi dia asyik tanya duit suami. Mak mertua mulakan langkah, dia minta motor suami, alasan dia mimpi motor anak dia, dia rindu dekat motor tu. Selang beberapa bulan, dia minta kereta pula, alasan yang sama..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Dulu aku hidup bahagia, gembira dengan suami dan anak, walaupun mertua (ibu mertua) tak berapa suka dekat aku, aku tetap layan dia baik. Sebab suami aku selalu pesan, besar pahala jaga orang tua ni.

Jadi aku anggap ni semua ujian aku. Sebab kami yang menjaga dan tinggal dengan mertua. Tapi apa yang orang lain nampak, aku ni menantu pemalas, degil dan tak hormat orang. Dalam pada kegembiraan aku satu keluarga tu, tiba – tiba suami terlibat dalam kemaIangan jalan raya dan merubah hidup aku dan anak – anak.

Selama dia di ICU dan wad harian, aku tak pernah tinggalkan dia. Anak – anak, aku minta tolong mak aku jaga di rumah. Suami aku mengalami severe head injuury erti kata lain pend4rahan di kepala dan dia dalam keadaan k0ma.

Waktu tu aku cuti lama untuk menjaga suami di rumah, alhamdulillah aku dapat boss yang sangat memahami keadaan aku. Aku bersyukur di kelilingi keluarga, kawan kawan dan kenalan yang baik – baik. Selepas beberapa bulan di rumah, suami aku menghadapi beberapa komplikasi yang memerIukan dia untuk duduk di hospitaI.

Seminggu sekali sahaja boleh datang melawat dan setiap kali tu lah aku ambil cuti dan bawa anak – anak aku dan keluarga untuk melawat suami. Keluarga sebeIah suami memang jarang sekali datang termasuk ibu dia. Seolah – olah mereka dah serah bulat – bulat tanggungjawab tu di bahu aku.

Tidak dinafikan ada seorang dua abang dia yang menghulur duit untuk anak – anak aku dan ada yang langsung tak hulur duit. Bagi aku tidak mengapa sebab aku masih boleh bekerja dan mampu untuk menyara anak – anak.

Waktu tu gaji suami pun alhamdulillah, masih berjalan dan cukup untuk kami anak beranak. Paling aku tak jangka, mertua aku, ya memang luarannya dia nampak baik, alim, rajin solat, mengaji dan selalu mengikuti kelas – kelas agama.

Tapi yang selalu dia tanya adalah duit. Memang aku terk3jut yelah, anak dia tengah terlantar s4kit, tapi duit yang dia persoalkan. Bukan sekali dua, tapi banyak kali dan setiap kali aku pulang ke rumah mertua, dia akan selalu persoalkan pakaian aku, barang kemas aku.

Dia tak tanya khabar anak – anak aku yang dia selalu tanya, baju baru ke? Seluar baru ke? Tudung baru ke? Gelang baru ke? Cincin baru ke? dan macam – macam lagi. Ikutkan hati, aku memang nak marah, tapi aku masih boleh bersabar lagi sebab aku selalu ingat pesan suami aku.

Adakalanya aku memang makan hati dengan sikap mertua aku. Mungkin dia takut duit anak lelaki dia habis dekat aku dan anak – anak. Setiap apa yang aku beli, aku tak usik gaji suami sebab gaji dia aku belikan keperluan dia di hospitaI.

Setiap pembayaran bil hospitaI dan lain – lain memang aku pakai duit suami sebab dia pernah beritahu kalau apa – apa terjadi pakai je duit dia. Waktu ni memang aku terasa kehilangan, patah sebeIah sayap yang selama ni tolong aku buat semua benda.

Aku redha dengan apa yang jadi pada suami aku. Tapi tu lah, dalam aku sibuk kan diri bekerja dan melawat suami seminggu sekali. Aku dengar cerita yang tak best pasal diri aku. Orang sampaikan dekat aku, yang dia dengar aku selalu tak pulang rumah mertua.

Kalau ikutkan, setiap minggu aku balik sana bawa anak – anak aku sekali. Tapi m4kin lama, m4kin dengar cerita yang aku pun taknak dengar. Lama aku bertahan. Aku kuat demi suami dan anak – anak. Setiap kali balik, tanya pasal duit.

Itu jelah yang ditanya.. khabar anak yang s4kit dan cucu – cucu langsung tak ditanya. Aku terkilan sangat sebab dulu waktu suami aku sihat dia jaga ibunya bagai menatang minyak yang penuh. Batuk sikit pun dihantar ke kIinik atau dibelikan ubat.

Kitorang nak pergi bercuti memang susah lah, sebab dia berat hati nak tinggalkan ibunya dan mertua pon taknak ikut. So memang tersepitlah kitorang nak pergi bercuti. Dulu waktu aku mengandung anak pertama, mertua saja melagakan aku dan suami.

Dia pernah bagitahu aku, yang suami aku cakap aku masak tak sedap. Aku terk3jut, sebab aku selalu pesan dekat suami kalau ada ape – ape yang kurang bagitahu je. Aku dan suami tak pernah selindung apa – apa hal. Bila aku dengar, memang aku makan hati tapi bila duduk berdua. Aku tanya suami aku, betul ke aku masak tak sedap?

Suami jawab, “ok je semua, kalau ade kurang, saya bagitahu macam sebelum ni,” dan aku pun bagitahu dia yang mak dia bagitahu aku yang dia cakap begini2. Dia cakap “eh takdela, sayang tak pernah cakap camtu, takpe sabar lah ye.”

Dari awal aku berkahwin, aku selalu minta mertua ajar aku resepi memasak cara dia, tapi apa yang dia cakap hanyalah, “ibu tak tahu lah ajar – ajar orang ni” ok lah, habis dekat sini. Selang beberapa minggu, biras aku balik tanya pasal resepi dan cara memasak. Dari a-z mertua ajar.

Yes, memang aku kerja biasa – biasa, gaji tak tinggi, setiap bulan tak bagi duit belanja berkepok – kepok dekat dia, tak macam menantu lain yang bagi banyak – banyak. Aku cuma banyakkan berdoa supaya mertua aku ni dilembutkan hatinya untuk terima aku dan anak – anak.

Rupanya memang dah tertulis ujian aku begini. Mertua aku mula minta motor suami aku atas alasan dia mimpi motor anak dia, dia rindu dekat motor tu. Dengan tanpa banyak soalan, aku pulang balik motor tu dekat mertua.

Selang beberapa bulan, kereta pulak yang ditanya dengan alasan yang sama, rindu nak naik. Bukan aku tak bagi naik, tapi tiap kali aku ajak, dia yang tak nak. Walaupun suami aku belum meninggaI tapi terasa macam dia dah takde sebab segala barang yang aku beli untuk suami dan suami beli untuk dia dah dipakai orang lain.

Tak mengapa, aku anggap tu semua amal jariah.. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun aku masih menunggu suami aku untuk sedar kembali sebab dia lah antara salah seorang sumber kekuatan aku.

Walau masih di hospitaI, aku tetap sentiasa datang melawat pada waktunya. Keluarga dia? Malas lah aku nak cerita panjang – panjang yang penting, dalam setahun tu adalah 2, 3 kali melawat senang kata tak lebih 5 kali lah.

Sedih tak agak – agak bila korang jadi suami aku? Hari berganti hari, keadaan suami aku sem4kin merosot. Berapa kali dah dia menghadapi waktu kritikal. Aku berdoa, bertawakal dan redha untuk segala apa kemungkinan. Aku harap suami aku tahu yang aku sentiasa ada dengan dia.

Setiap kali melawat, aku tak pernah lupa untuk bagi sokongan dan kata – kata semangat untuk dia. Anak – anak aku selalu menyanyi dan menghiburkan ayahnya walau pun tiada respon. Kami bahagia cara kami. Beberapa bulan lepas tu, doktor call beritahu keadaan suami aku sem4kin tenat, tunggu masa je untuk pergi tinggalkan aku dan anak – anak.

Waktu ni aku sedih, tapi aku redha melepaskannya. Aku pun tak sanggup tengok dia tersiksa terlantar bertahun – tahun macam tu. Semoga Allah ambil segala peny4kitnya dan diampunkan segala d0sa – d0sanya. Empat hari berper4ng dengan perasaan sendiri, ulang alik hospitaI dengan keadaan suami n4zak akhirnya suamiku tersayang menghadap Ilahi. Berehatlah dengan tenang suamiku.

Macam biasa, segala urusan aku lah yang uruskan. Jen4zah dibawa pulang ke kampung dia. Segala kos pembayaran, memang aku lah yang tanggung sebab sehari dua lepas jen4zah suami selamat dikebumikan, mertua hantar resit jumlah yang perlu dibayar. Tanpa banyak bunyi, aku bayar jelah.

Segala duit – duit sumbangan orang bagi semasa arw4h meninggaI memang 1 sen pun aku tak dapat. Aku tak tau lah duit tu digunakan untuk apa dan aku pun tak dapat apa – apa info pasal duit tu. Takpelah, aku malas nak panjangkan isu sebab keluarga dia pun bukan sembarangan orang, masing – masing pun bijak pandai tentang hukuum hakam.

Kalau aku bagitahu, risau pulak tak terima sebab aku ni bukan siapa – siapa. Aku hanya lah isteri yang sentiasa ada diwaktu susah senang suami dan ibu kepada anak – anak aku yang comel – comel. Dua minggu aku kehilangan arw4h suami, aku menguruskan wang kwsp, socso dan zakat.

Sebab ramai bagitahu aku untuk uruskan perkara di atas untuk memudahkan pembahagian faraid dan untuk anak – anak aku mendapat hak mereka. Rupanya arw4h dah siap – siap bahagikan bahagian setiap seorang.

Alhamdulillah tak rumit dan tak perlu difaraidkan lagi. Mertua aku macam biasa lah, pasal duit memang dia laju tanya walhal dia ni lebih daripada mampu tapi tak tahu lah tamak – tamak nak pergi mana. Nak dibawa masuk kubuur agaknya.

Tentu lah dia tanya bahagian aku dapat berapa dan anak – anak aku dapat berapa. Dia pun tak berpuas hati sebab aku dapat 50% bahagian aku, terus mencebik tarik muka. Waktu ni aku dah tak kisah, biar lah dia nak cakap ape sekali pun, hak aku dan anak – anak akan aku pertaahankan.

Sebab selama arw4h terlantar, dia tak pernah pun bagi aku duit untuk menyara cucu – cucu dia. Kalau ikutkan, dari awal aku hadap, aku hampir putuus asa dan hampir nak bvnvh diri dengan tekanan yang aku hadap, tapi alhamdulillah Allah masih kuatkan aku dan panjangkan usia aku untuk menjaga anak – anak aku.

Aku bersyukur di kelilingi insan – insan yang sangat baik dan faham aku. Terima kasih, tanpa korang siapa lah aku. Kalau ikutkan, banyak lagi aku nak cerita tapi cukup lah sekadar ini sahaja coretan aku. Semoga lepas ni aku berjumpa lagi dengan insan – insan yang baik.

Terima kasih buat arw4h suamiku yang terima baik buruk diriku dan sentiasa ada disaat aku memerIukan. Semoga diampunkan segala d0sa – d0sanya dan di tempatkan di kalangan orang beriman.. Al fatihah.. – Sayang (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Izza Rahim : Duit EPF kena faraid sebab harta arw4h walaupun dah letak nama masing – masing. Duit Socso tak perlu faraid. Untuk balu arw4h dan anak – anak sahaja. Duit sumbangan orang ramai selain digunakan untuk urusan pengebumian tak perlu faraid sebab duit sumbangan bukan dari harta arw4h.

Duit BR1M, BKM, STR sebab duit kerajaan, jika dikreditkan dalam akaun arw4h tak perlu faraid.(Ni saya dah tanya mufti negeri) sebab bukan harta arw4h. Untuk senang tt bawak semua ke urusan amanah Raya. Nanti akan kuar satu surat percentage dan jumlah yang kena dibagikan. Saya dah lalui semua ni.. bertabah yer.

Faz Li Dya Midd : “Rupanya arw4h dah siap – siap bahagikan bahagian setiap seorang. Alhamdulillah tak rumit dan tak perlu difaraidkan lagi.” Setau aku la, w4ris – w4ris faraid masih boleh c4bar pembahagian camtu. Sebab itu bukan wasiat, wasiat dalam Islam cuma 1/3 daripada keseluruhan harta untuk yang bukan w4ris.

MIL kau masih salah sorang w4ris faraid, 1/6 kot bahagian dia. Mungkin dia tak tau, kalau tak confirm dia c4bar dah. Seeloknya kau prepare je lah bahagian dia 1/6. Asingkan siap – siap untuk bagi dia dengan niatkan setel faraid.

At least kau terlepas daripada menjawab kat sana. Kau ada anak laki tak? Kalau takde bah4ya, sebab dah terbukak bahagian pak sed4ra plak. Tapi sebelum tu dapatkan pandangan lawyer dulu. Kot la bole ‘twist’ kat mana – mana jadi ‘kontra’. Moto keta yang dia sebat, kos pengebuumian, duit saraan balu dan anak – anak ke. Kot la lawyer ada pandangan bernas. Harta – harta sepencarian jangan lupa check sekali camna.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.