Aku tertarik dengan suami aku yang nampak ramah dan berbudi bahasa dengan orang tua. Malah kalau ada perempuan melintas dia segera tundukkan pandangan. Satu hari kisah tentang keluarganya masuk dalam rancangan BERSAMAMU. Aku nekad untuk terus mendekati dan melamar suami..
#Foto sekadar hiasan
Nama aku Salwa (nama pena) berumur 24 tahun dan berasal dari selatan tanah air. Aku berasal dari keluarga yang sederhana dan membesar dalam keadaan ibu bapa yang bercerai. Aku tinggal bersama ibu ku.
Aku kenal dengan suami ku sekarang ketika aku berumur 19 tahun dan dia berumur 20 tahun. Dia berasal dari keluarga yang miskin dan naif. Dia selalu berasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan orang. Aku mengenali dia ketika kami sama sama bekerja di sebuah hotel yang terletak di Terengganu.
Aku jatuh hati pada dia apabila melihat perwatakannya yang lain dari lelaki lain. Apabila dia nampak perempuan melintas di hadapannya dia akan segera menundukkan wajah, dan dengan orang tua dia sangat ramah dan berbudi bahasa. Aku tahu dia dari keluarga yang miskin setelah supervisor ku membuka cerita. Dia sepupu suamiku…
Pada penghujung tahun 2014 kisah kedaifan kehidupan mereka sekeluarga pernah disiarkan di dalam rancangan BERSAMAMU TV3. Aku buka youtube dan cari, ya benar. Rumahnya kecil, ayahnya s4kit, ibunya men0reh getah untuk menyara keluarga. Dia anak nombor tiga, kakaknya yang pertama menghidap aut1sm. Kakak yang kedua ketika itu bekerja di sebuah kedai baju.
Air mata aku menitis ketika adiknya yang berumur 12 tahun berkata teringin memakan KFC ketika ditanya oleh wartawan. Setelah aku tahu semua itu, aku cuba rapatkan diri dengannya, walaupun senyum ku tidak berbaIas, sapaan ku dipandang sepi, aku tetap berusaha, kerana aku tahu dia istimewa.
Pada penghujung tahun 2016, kami mula menjadi rapat setelah dia lali dengan perangaiku, dia melayan aku seperti kawan kawan, cakap antara mahu atau tidak. Tapi aku tetap berusaha semampu aku. Sehinggalah satu malam dia menghubungi aku dan meminta tolong untuk menghantarkan dia pulang ke kampung, kerana ayahnya sedang tenat. Dia berasal dari Pekan, Pahang.
Ketika sampai di kampung, ibunya melayanku dengan baik setelah dia menjelaskan segalanya tentang aku kepada keluarganya. Ibunya menjamu aku makan nasi putih bersama telur goreng, dan mereka sekeluarga hanya nasi berlaukkan ikan masin.
Adiknya yang paling kecil memandang sepi telur yang dihidangkan kepadaku, aku memberikan kepada dia. Aku tahu dia inginkan telur itu. Aku menyeka air mata yang mula menakung. Takut disedari mereka.
Aku pulang ke Terengganu tanpa dia, dan aku berasa sepi tanpa dia. Akhirnya aku menceritakan niatku yang sebenar, dan dia menolak mentah lamaranku. Mungkin aku seperti perigi yang mencari timba, tapi niat aku ikhlas, aku ingin mempersuamikan dia, dan aku ikhlas untuk membantu dia. Setiap kali hujung minggu aku sanggup memandu jauh ke kampung dia, untuk menghantar beras dan lauk, aku belikan mereka ayam, daging. Jamu mereka makan sepuas puasnya.
Akhirnya dia menerima lamaranku, dengan satu syarat, aku perlu mula berhijab, perlu menutup aur4t dan aku perlu beIajar baca al-Quran. Aku setuju dengan syarat dia yang mengajarku. Dia setuju. Aku mula dekatkan diri aku pada ALLAH. Aku mula Ionggarkan pakaian ku, dan aku mula buang semua perangai burukku. Dan aku reIa melakukan itu semua bukan kerana cinta tetapi lebih kepada Allah. Aku sebenarnya sudah lama ingin berubah, tetapi tiada siapa yang boleh membawaku untuk berubah. Dan Allah hadirkan dia membantu aku meraba di dalam kegelapan dan mencari sinar ketaqwaan.
Awal tahun 2018, kami diijabkabuIkan dalam suasana majlis yang sederhana. Seperti yang kami impikan, dan Alhamdulillah Allah itu maha besar, aku tinggal bersama keluarga mentuaku, dan rezeki tidak pernah berhenti bertamu di dalam keluarga kami, aku sedang hamil anak pertama, dan berkemungkinan kembar dua, alhamdulilah rezeki dari Allah. Ramai gadis di luar sana, takut untuk mengahwini seorang lelaki miskin kerana takut masa depan mereka susah, ya aku faham perasaan itu, tapi percayalah janji Allah itu benar.
Apabila kita mendirikan rumah tangga, rezeki dengan sendirinya akan mengalir dan kita perlu berusaha sebaik dan semampu kita. Kami tak pernah kebuIuran, Allah ada dengan kami. Rumah kami bukan lagi papan sekarang, sudah upgrade ke batu atas titik peIuh kami sekeluarga bekerja. Adik – beradik suamiku sekarang semua sudah bekerja, malah adik yang paling bongsu juga bekerja atas kemahuan sendiri. Ibu mertuaku masih di rumah menjaga abah yang sedang s4kit str0k.
Aku bersyukur kepada Allah, Allah hadirkan aku seorang lelaki yang miskin harta tetapi kaya jiwa. Assalamualaikum dan semoga semua yang membaca pengakuan ku ini akan berjaya di dunia dan akhir4t. Dan semoga dianugerahkan pasangan yang kaya jiwa dan boleh memimpin kita ke jalan Allah. Amin.
– Salwa
Komen Warganet :
Aaida Zakaria
Masa bercinta jalan kaki jer atau naik bas dan lrt. Dah bertunang, dapatlah beli motor. Bila dah kahwin, dapat rezeki kereta pulak. Alhamdulillah, sekarang setelah hampir 12 tahun, dah duduk rumah sendiri. Kecik pun tak kisahlah, janji rumah sendiri kan. Yang penting, kita kena yakin yang setiap rezeki tu sememangnya Allah SWT yang aturkan. Sentiasa bersedekah, berbuat baik sesama kita, insyaallah segalanya akan dipermudahkan.
Seketul Haura
Jangan tinggalkan lelaki yang miskin harta hanya kerana takut musn4h masa depan kau. Pengalaman aku sendiri, masa aku berkenalan dengan tunang aku ni, dia kerja hebat. Kemudian Allah uji dia diberhentikan kerja secara tiba tiba kerana ada orang dengki dengan dia. Bos termakan kata kata g3ng yang benci tunang aku dan akhirnya sebulan tunang aku tak kerja. Kemudian dia dapat keje jadi guard sekolah dengan gaji rm500. Dug4an lagi, dengan bos yang tak kisah tentang kebajikan pekerja, gaji lambat masuk.
Kadang bagi gaji kurang, sekali lagi reb4h. Tapi aku tak tinggalkan dia kerana aku percaya Allah ingin menguji. Alhamdulillah sekarang Allah telah mengubah sedikit nasib tunang aku dan sedikit demi sedikit kehidupan sem4kin senang berkat usaha dan doa dan tawakkal. Maka, jika jumpa yang beragama dan rajin berusaha maka jangan ditinggalkan tapi sabar..inshaallah.
Nik Nur Syafira
Alhamdulillah Tahniah. Jangan bila dah senang lupa dar4tan dan jangan bila lelaki yang berIagak senang tapi tak reti berusaha untuk mencari kesenangn. Kahwin dengan lelaki miskin tak apa tapi janganlah miskin adat dan akhIak. Semoga confessor sekeluarga terus diberkati dengan kesabaran jika diuji dan sentiasa dalam rahmatNya. Amin
Zuria Murniyati Zubairi
Tahniah confessor, betul wanita tak takut menikah dengan lelaki yang asalnya susah, tapi menakutkan kahwin dengan lelaki yang berIagak senang tapi tak reti nak berusaha memajukan diri. Semoga confessor dikurniakan sakinah bersama suami, doakan kami sama.
Siti Noor Aini
Cerita dia meruntun jiwa, semoga kita boleh contohi dia. Benar kaya jiwa mengatasi kaya harta, hidup yang sebenar itu hidupnya jiwa biar tiada rupa tiada harta mahupun pangkat. Dan jiwa yang hidup itu bukan jiwa yang dekat dengan dunia tetapi jiwa yang dekat dengan Rabbnya.