Marah terp4ksa jaga mak ayah yang dianggap beban dan menghabis duit. Aku nampak sendiri depan mata anak dia camp4k plastik makanan dekat lantai. Dengan keadaan tangan yang kudung si emak datang cuba kutip makanan dengan muka. Aku datang untuk membantu, aku lihat wajah wanita itu masih mampu tersenyum..
#Foto sekadar hiasan
Salam semua. Actually, ini bukan lah confession, cuma aku just nak cerita sikit apa yang jadi di sekeliling aku, yang aku rasakan kita semua patut jadikan iktibar. Ada some part of the story disampaikan kepada aku, some part lagi aku yang saksikan sendiri.
Aku sangat jarang nak ambik tahu hal – hal yang berlaku dalam kehidupan saud4ra mara aku. Apatah lagi saud4ra mara yang jauh nih. Tapi apa yang terjadi dalam sebuah keluarga ni, boleh dik4takan berjaya jatuhkan air mata aku.
Aku anak tunggal. Mak ayah aku dah meninggaI. Jadi, aku sentiasa nasihatkan semua orang agar hargai mak ayah selagi mereka bernyawa. Sebab bila mereka dah tak ada, perasaan rindu yang aku rasa nih, hanya sekadar perasaan rindu saja. Aku tak ada cara nak tunjukkan perasaan rindu tuh, melainkan doa.
Kalau orang lain, mungkin masih dapat call, balik kampung jenguk mak ayah. Tapi aku, pendam rindu saja la. Bila dengar orang cerita pasal mak ayah masing – masing, aku senyum ja. Nak share cerita pon, mak ayah dah tak ada. Apa lagi yang boleh aku share, kan? So aku memang sangat anti dengan orang yang tak tahu hargai mak ayah masing – masing.
Aku ada dua pupu, mereka nih 4 beradik. 2 orang dah kawen, 2 orang lagi belum kawen. Yang dah kawen, duduk di rumah lain. Yang belum kawen, duduk 1 rumah dengan mak ayah. Mak ayah dua – dua dah pencen, dua – dua dah tua. Jadi memang tak boleh ditinggalkan sendirian. Kena ada orang jagakan. Ayah mereka masih lagi ok, maksud aku masih lagi boleh berjalan, boleh mandi pakai sendiri. Tapi si mak, dah hilang tangan dua – dua beIah, sebab accid3nt kena Ianggar van. Dah takdir.
Masalahnya sekarang nih, mereka 2 beradik yang duduk dengan mak ayah nih, layan mak ayah masing – masing macam sampah. Kenapa aku cakap macam sampah? Setiap kali waktu tengah hari (hari bekerja), 2 anak nih akan bergilir – gilir balik rumah untuk sediakan makan tengah hari untuk mak ayah mereka. Beli nasik bungkus saja pon di restoran. Bukannya kena masak pun. Apa yang jadi masalah sekarang, bila balik saja rumah, makanan yang dibeli dari restoran tuh dicamp4k macam tu saja atas lantai. Tanpa rasa beIas kasihan langsung. Kononnya si anak nih beng4ng sebab rawatan mak menelan kos yang tinggi. Str3ss sebab duit sentiasa tak cukup sehingga gaji seterusnya.
Ada 1 hari, aku pergi melawat sekejap. Kebetulan si ayah nak pergi solat jemaah Zuhur di surau. Mintak aku tengokkan isterinya sekejap. Aku pon tak kisah sangat, sebab aku ambik time off tengah hari tuh. So masa aku masuk bilik air ambik wuduk, aku dengar si anak balik ke rumah. Dalam hati aku, “Ohhh, nak hantar makanan kot.” Bila aku keluar dari bilik air, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, si anak camp4k makanan (nasik goreng 2 bungkus) atas lantai. Berterabur sikit atas lantai tuh.
Sambil bejalan nak keluar rumah, si anak cakap, “Korang ni menyusahkan hidup aku. Nak bayar duit kereta lagi, duit ubat kau lagi, nak melayan kerenah korang lagi. Kau ingat aku nih bank ke? Semuanya nak harapkan aku saja. Kau tu bukannya mak yang baik. Tau habiskan duit aku saja. Mintak macam – macam. Ayah pulak, macam aku beIa biawak hidup saja. Tak guna sesen pon.” Walaupun wanita depan mata aku tu bukan mak aku, tapi aku menangis bila benda macam tu jadi depan mata. Aku imagine, andai kata aku lah yang berkata macam tu pada mak aku, apa yang mak aku akan rasa agaknya? Allah…
Bila si anak keluar rumah, si mak bejalan ke arah makanan yang dah beterabur tu. Aku paham, mesti lapar, sebab pagi – pagi tak sempat siapkan sarapan. Makanan satu apa pon tak ada di rumah tuh. Itu la tujuannya aku ke rumah mereka. Aku bawak la sikit keperluan dapur apa yang perlu. Maksud aku, makanan yang at least mereka boleh kunyah – kunyah kalau lapar tunggu anak – anak bawak balik makanan berat. Sebak dad4 aku, Tuhan saja la yang tau. Macam mana si mak nak kutip makanan dengan tangan yang dah kudung tu? Dia sapu muka di lantai sebab nak satukan makanan yang berterabur tu. Tak gamak aku nak biarkan. Aku keluar, aku kutip makanan yang tumpah tu. Tapi muka si mak masih lagi boleh senyum.
Tak sampai 5 minit, si ayah pulak balik. Bila nampak aku tengah kutip – kutip makanan, teros si ayah ambik plastik dari tangan aku. Si ayah yang sambung kutip sambil baki – baki yang masih elok diletakkan dalam pinggan yang bersih. Lepas tu, si ayah suap si mak, berselang seli makannya. Aku yang tak tahan sebak. Aku lap dulu dengan sabun lantai tu. Takut pulak nanti tergeIincir licin dengan minyak – minyak. Lepas tu aku kemas rumah tu sikit – sikit. Habuk rambut banyak sebab rumah tak bersapu. Penyapu pon tak ada, macamana nak sapu. Lepas tu, aku mintak diri nak balik.
Beberapa hari lepas tuh, aku nampak di FB, si anak – anak tuh upload gambar bersama dengan si mak dan ayah. Kononnya, macam keluarga bahagia. Siap ada caption status yang indah lagi, “Mereka la dunia ku, mereka la syurga ku.” Allah saja yang tahu, pada masa tuh, aku rasa macam nak bakar saja si anak tuh hidup – hidup. Hip0kritnya mereka, Astagfirullah, macam munaf1k. Mungkin mereka tak tahu yang aku dah tahu mengenai perangai sebenar mereka. Jiran – jiran terdekat memang sentiasa sampaikan cerita pada aku. Dua tiga hari sekali mesti dengar suara anak – anak mem4ki hamun si mak ayah. Mengungkit balik semua duit ringgit yang terp4ksa dihabiskan untuk menjaga si mak ayah.
Mereka juga sering berkata, alasan mereka jadi begini disebabkan oleh didikan yang tidak telus oleh mak ayah. Dan sememangnya semasa usia muda, si mak dan ayah boleh dik4takan agak kurang bertanggungjawab. Namun pada aku itu bukan alasan untuk anak – anak bersikap kurang ajar dengan ibu bapa. Walau macam mana pun, ibu bapa dah besarkan mereka. Tak kan la you tak kenang budi langsung dengan apa yang mereka telah lakukan sebelum ini?
Mungkin aku yang tak pandai bercerita, thats why may be some of you akan cakap cerita aku nih macam no point. Tapi, apa yang aku nak sampaikan, bila sampai masa mak ayah korang tinggalkan korang di muka bumi nih, percayalah, masa itu lah kamu mula memasang angan – angan, “Kalau la mak ada, aku nak… Kalau la ayah ada, aku nak…”. Masa itu, semuanya pointIess. Masa itu, korang tak akan ingat lagi salah silap parents korang. Masa itu, korang cuma nak mereka ada dengan korang. And believe me, s4kit sangat masa tu. Sekian…
– Astria
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Ada yang bersimpati dengan apa yang berlaku dan menyelar tindakan dan cara si anak melayan orang tua mereka. Ada juga yang menganggap itu adalah hasil didikan mak ayah ketika waktu kecil. Apa – apa pun sebagai anak, dalam saat ibu bapa yang sudah uzur dan tidak mampu untuk meIawan, layanlah mereka sebaiknya.
Komen Warganet :
Miz Yanie
Tak perlu nak camp4k – camp4k nasi sampai mak yang kudung tangan kena guna muka nak urus sisa – sisa yang berterabur. Adui.. tak terbayang akal, sebak giIer. Jika ada salah silap ibu bapa itu, sekurang – kurangnya kenang sedikit susah payah mengandung, s4kit melahirkan, cari nafkah hidupkan dia sampai dah dewasa boleh hidup sendiri. Kau tak lahir kalau bukan sebab ibu bapa tu. Ya Allah. .sebak dad4. Semoga anak – anak itu diberi hidayah untuk berubah dan kedua ibu bapa itu diberi kesihatan, kebahagian, kegembiraan pada akhir sisa – sisa hidup yang ada.
Anie FayRose
Tak tahu kenapa, mungkin aku terlebih sensitif. Menangis aku baca sebab aku pun tak ada mak ayah dari kecil lagi. Tak pernah rasa pun kasih sayang mereka. Merata menumpang kasih dan menumpang teduh dengan orang. Betul kata confessor, apa pun perangai mak ayah terhadap kita, itu bukan tiket untuk kita layan mak ayah macam tu. Allahuakbar.. Ke mana perginya akal dan fikiran yang Allah kurniakan untuk mu wahai anak-anak. Tak ada sedikit pun kebaikan mak ayah yang kamu nak ingat? Hanya tau ungkit dan ungkit keburukan mereka.. Itu lah penyebab hidup kamu tak pernah senang.. Nauzubillahiminzalik..
Nor Arfa
Hanya bila mak ayah dia dah tak ada, masa tu Allah akan beri dia satu perasaan yang mana tak boleh nak move on dan akan terus menerus menyalahkan diri. Masa tu, dia hanya akan nampak mak ayah dia, nak minta maaf pun dah tak guna, tak boleh. Hanya akan rasa menangis dalam penyesalan.
Rose Biru NurNilam
Jika begitu teruk sekalipun perangai atau apa yg mak ayah buat. Siapa kita nak derh4ka pada mereka. Yang pertama sekali anak – anak kena buat atas dunia ni ialah berbuat baiklah kepada ibu bapa itu yang dituntut di sana nanti. D0sa mereka mak ayah itu antara mereka dengan Allah swt. Kita sebagai anak buat apa yang Allah suruh iaitu buat baiklah kepada ibu bapa. Walau jahat macam mana sekali pun, masa muda diorang. Apa yang kita buat pada mak ayah, kita akan dapat balik. Hidup ini berputar, maka doakanlah yang baik-baik pada kedua – dua mak ayah kita. Wallahu a’alam
Mierza Mieyja Haji Mahmood
Saya pun anak yatim piatu juga, hargailah kedua orang tua anda selagi ada hayat mereka. Macam mana buruk pun orang tua kita, kita hanya nak keredhaan mereka dalam dunia nie. Biarlah ALLAH S.W.T saja yang membaIas setiap perbuatan mereka.
Sebagaimana iman itu tidak dapat diwarisi maka tidak perlulah kita membaIas setiap perbuatan buruk mereka kepada kita. Semoga sentiasa yang terbaik untuk kita semua…Aamiin.