Suami aku tak jahat cuma dia seorang yang baran dan kaki pukuI

#Foto sekadar hiasan. Ya, aku sendiri masih terfikir. Inikah takdir? Setelah aku penj4rakan Suami yang bersamaku hampir 10 tahun. Inikah Takdir? Setelah aku buat keputusan membiarkan Anak Kecil ku (4 orang) membesar tanpa Bapa di sisi. Allah.. Ses4k dad4 aku. Aku Hanna, seorang isteri dan Ibu kepada 4 org anak yang masih kecil. Ya! Kecil sangat, di antara 1 tahun – 7 tahun ke semua mereka.

Rumah tangga aku 10 tahun lebih. Tetapi sepanjang itu aku diuji dengan masalah Baran suami. Ya, suamiku “Si Kaki PukuI”.

Aku dipukuI, dibant4i tanpa memikirkan masa. Di hadapan orang, di hadapan Anak, semasa hamil atau pant4ng. Tapi aku tak mampu berbuat apa kerana aku sendiri. Aku punya wang. Tapi aku tidak punya kekuatan untuk pergi. Aku juga mengaIami tekanan em0si yang sangat mengganggu kesihatan diri sendiri ditambah pula dengan keadaan anak yang masih kecil. Aku lemah.

Rumah tangga aku dan suami sejujurnya tiada masalah. Dia tidaK jahat. Dia tidak curang. Dia bertanggungjawab dan rajin dalam membantu aku kerja mahupun menjaga rumah dan anak – anak.

Tetapi semuanya hanya berpunca kerana sifat tidak percaya kepada Isteri. Suami aku tidak percayakan Isterinya.

Aku seorang menantu yang dibenci mentua. Kami hidup berasingan. Mentua sering memburukkan aku dan menga1bkan aku pada orang sekeliling. Tetapi hal ini tak dapat diterima Suami. Bagi dia, dia gagaI mendidik aku menjadi isteri kerana itu orang berkata buruk tentang aku.

Dan pukuI adalah cara aku diajar. Dipij4k, Dihent4k, Dicek1k dan Diher3t rambut itu adalah makanan aku selama perkahwinan kami.

Benar kata orang, Isteri adalah acuan dari Suami. Hari berganti hingga hari ini maka terbentuklah aku menjadi seorang yang makin keras, tawar hati dan meIawan (Bila dipukuI, Aku tumbvk kembali)

Tapi kami masih bersama. Kalau aku minta cerai separuh m4ti aku dikerjakan.

Tahun 2014, Suami cuba untuk berubah. Tetapi dengan cara menjauhkan diri dari keluarganya. Kami pergi kaunseIing Syariah. Kami lalui kehidupan bersama anak – anak tanpa pulang ke kampung selama beberapa tahun. Alhamdulillah memang berhasil.

Tetapi aku yang serba salah umpama dia memilih aku dan meninggaIkan keluarganya. Aku diIema.

Tahun 2016 aku disahkan hamil anak ke-4. Aku mem4ksa suami untuk kami pulang ke kampungnya. Jumpa Mak Abah minta ampun maaf. Dan sejak itu, bermulalah kembali detik hitam kehidupan aku. Pulang dari kampung, Suami mula memukuI kembali.

Aku pun tak mampu kawal kemarahan pabila mendengar kata – kata fitnah mentuaku. Api mula bertemu Api. Hinggakan Suami aku menyump4h aku susah bersalin masa itu.

Selepas lahirnya anak. Mentua datang ke rumah dengan angkuhnya mencadangkan untuk aku ik4t peranakan sebab asyik beranak. Mentua juga kata anak lelakinya semakin susah sejak berkahwin dengan aku dan makin miskin selepas aku bersalin. (Masa ini Suami aku dah setahun tidak berkerja)

Aku diamkan diri. Mereka pulang dan aku dipukuI dalam pant4ng kerana perkara biasa. Aku dah boleh agak.

Mak mentua kata suamiku jadi bod0h sekarang, dengar kata isteri, Bagai lembu ditusuk hidung. Isteri cuba menjadi ketua keluarga (kerana aku yang bekerja) , isteri kurang ajar dan tidak pandai menjaga anak dan suami.

Ok aku bosan. Tahun 2018 segalanya makin mencab4r sejak Suami aku disahkan s4kit. KegagaIan 0rgan dalaman. Mentua pula hanya menambah minyak dengan berkata bahawa s4kit Suami aku disebabkan aku bom0hkan dia untuk m4ti. Allah.. Saat ini kebencian seorang Suami jelas terpancar. Suami menjadi gan4s 3x ganda. Aku dipukuI bant4i hingga cuba dibunvh. Dia membawa aku ke pengamal perubatan untuk mendapat baIasan bom0hku katanya.

Anak – anak menjadi m4ngsa melihat keadaan yang makin gan4s. Sump4h. Aku tak tertahan. Anak aku berusia 6 tahun merayu meminta aku memanggil Polis. Mereka tak sanggup hidup bersama Bapa mereka. Dan kerana itu keputusan terakhir ini dibuat.

Ya aku dah nampak. Mereka sudah mula besar dan inginkan ‘Full-Stop’ atas kegan4san ini. Dan saat kisah ini ditulis. Suami aku masih di dalam reman atas 2 pertuduhan (1) Kegan4san RumahTangga (2) Kes PukuI.

Sekarang keluarga mentua hari hari mem4ksa aku untuk menarik kes pertuduhan atas anak mereka. Hinggakan mengugvt tidak akan mewalikan anak – anak perempuan aku pabila mereka dewasa.

Bagi aku mudah. Dari mereka kecil kalian tidak pernah mempeduli. Dan mengapa sekarang bercerita tentang mereka besar?

Aku masih belum ada kekuatan utk menarik kes. Aku juga failkan Fasakh untuk diceraikan.

Hingga hari ini aku tegaskan pada semua. Suami aku bukan orang jahat. Tetapi dia aIami tekanan yang meIampau. Dia perlukan rawatan dan bukan bom0h. Dia perlukan bimbingan agama (Kerana sejak dia s4kit dia marah pada Allah). Dia perlukan bantuan dari yang betul – betul mampu membantu. Bukan dari keluarganya yang hanya mer0sakkan kewarasan anak Sendiri.

Aku menulis bukan meminta simpati. Tapi aku menulis meminta doa kalian agar anak – anak aku diberi kekuatan untuk membesar tanpa Kasihnya seorang Ayah.

Aku hanya lakukan apa yang perlu. Pulangkan dia pada Ibu (Syurganya). Kerana dia hanyalah pinjaman buat aku.

Jelaskan bukan mudah kita ni menantu nak masuk dalam keluarga mentua. Jangan kata aku tak hulur ya. Beribu dah beri. Aku sendiri masih menyewa tetapi suami dah belikan mereka 2 biji rumah. Benda makin keruh sejak ada anak pertama, tiap kali Suami belikan aku atau anak apa apa mereka akan pertikaikan dan jadikan isu. Hingga tahap hal anak susu pampers semua aku tanggung. Beranak ke, Berurut ke, Sekolah anak ke segalanya aku tanggung kerana letih dijadikan isu aku hidup beIagak habiskan duit anak mereka. Habis berk0rban dah aku rasa bab duit ni.

Mesti semua tertanya tentan Mak dan Ayah aku kan? Aku dibesarkan dari keluarga yang agak ‘have – have’ kerana itulah aku terp4ksa bertahan. Kerana keluarga aku lebih fikirkan Nama Baik keluarga. Mereka juga sudah berpisah tempat tinggal tetapi bertahan atas sekeping kertas (Sijil Nikah) Demi Nama Baik. Kerana itu aku diam jadikan ini makanan hidupku.

Ya Allah, Jika ini jalan kehidupanku, Kau permudahkanlah. Bukakanlah hikmah dan rahmat buat aku dan anak – anak..

Aaminn..

– Hanna

Komen Warganet :

Nurul Hanis

Kalau sayangkan anak – anak jangan tarik report. Sapa nak jaga anak – anak puan kalau sesuatu berlaku pada puan? Anak – anak tak perlukan ayah mereka, mereka hanya perlukan puan dalam hidup mereka. Jangan berhubung langsung dengan keluarga mertua.

Kalau perlu sangat wajib dengan kehadiran peguam atau polis. Takut mereka apa – apa kan puan. Demi anak – anak puan. Please.

Abeawi Ali

Jangan ditarik balik kes ini kerana mend3ra isteri memang dibolehkan menutut perpisahan. Hakik4t perkahwinan adalah untuk hidup dalam kedamaian dan ketenteraman dengan berkasih sayang, tapi kalau dah jadi ner4ka dunia, dah tahu kesannya, buat apa lagi untuk reb4h pada tempat dan lubang yang sama.

“…. mem4ksa aku untuk menarik kes pertuduhan atas anak mereka. Hinggakan mengugut tidak akan mewalikan anak anak perempuan aku pabila mereka dewasa…” Ugvtan yang munasabah tapi sayang tak kuat. Wali hakimkan ada. Lagi pun tak payah difikirkan pasal wali ni, entah – entah mereka yang koj0l dulu.

Bangkitlah daripada keruntuhan dengan ketabahan yang luar biasa. SementeIah awak ada karier. Good luck!!

Siti Nurdiyana

Keputusan puan ni tepat, mohon jangan lembut hati dan tarik balik report. Orang yang kaki pukuI ni puan, susah nak berubah. Kalau puan lembut hati dan tarik balik report, puan rasa dia akan lepaskan puan macam tu je ke? Saya sokong tindakan puan, pulangkn semula dia pada ibu bapanya. Keraskan hati puan, keluarga mertua pun tak pernah berbuat baik pada puan kan. Biar diambil semula anaknya.

Kalau puan berbaik semula dengan suami, takkan ubah pun sikap mereka pada puan, malah lepas ni mungkin lebih teruk. Puan carilah kebahagiaan sendiri, pergi jauh dari mereka, cari ketenangan. Memaafkan boleh tapi tolong jangan beri peluang kedua ketiga dan seterusnya walaupun mereka merayu dan meIutut.

Zuraini Din

Kuatkan hati untuk teruskan kes ni. Betol dah tindakan awak tu. Lelaki kalau sekali dia dah naik tangan dia akan terus buat lagi. Kau Ada kerja, so nothing to worry. Kalau Kau berjaya dalam kes ni dan berjaya mintak fasakh, ko masih boleh mintak nafkah untuk anak – anak melalui mahkamah. Kalau suami tu tak mampu, famili dia kena tanggung. Biar padan muka depa. Geram betol aku orang yang jenis suka memukuI – mukuI nih.

ربيعة عدانن

Puan, kalau Sayang kan anak – anak puan.. biarkan suami dengan kehidupannya.. bimbang anak – anak membesar dalam keadaan did3ra mentaI, berdend4m bila dah besar atau paling meng3rikan, mengikut jejak langkah perangai bapaknya… jauhkanlah mereka niat untuk kebaikan.. umur panjang ,jika dah sembuh bapanya.. temukanlah semula..