Umur 40 tapi abg tak nak kerja. Mak ayah halau dia keluar rumah, tukar kunci tapi abg buat muka tak malu

Umur abang aku dah 40 tahun tapi dia tak pernah bekerja. Hanya jadi biawak hidup semua ditanggung. Masalahnya dah la ditanggung, mak ayah aku selalu kena m4ki dengan dia. Makan tak basuh pinggan, k3ncing tak jirus, makan hak orang lain tak minta izin. Mak ayah aku pernah halau dia banyak kali..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan post aku. Aku anak bongsu yang masih belum kahwin dan masih tinggal bersama mak ayah aku. Aku dah bekerja tapi mak ayah tak bagi aku pindah selagi belum kahwin.

Aku ada seorang abang yang belum kahwin dan masih tinggal dengan bersama. Masalahnya, abang aku ni tak pernah bekerja. Ada lah kerja sementara untuk  beberapa hari tapi setakat tu je lah. Dah 40 tahun lebih masih hidup macam tu.

Bukannya mak ayah aku tak hantar sekolah sampai SPM. Sempurna akal dan fizikal. Pernah mak ayah aku bagi dia bisnes untuk uruskan tapi dia buat mak ayah aku rugi berpuluh – puluh ribu sebab dia tak boleh handle. Bisnes baru berjalan beberapa bulan je.

Apa salah nya terus terang kat mak ayah yang dia tak boleh buat, tak mampu tapi dia terus jual bisnes tu kat orang lain tanpa pengetahuan mak ayah aku. Duit tu? Korang fikir la masuk poket siapa. Kalau ada sifat hormat pada mak ayah tu boleh lah diterima akal.

Tapi, dia bermusuuh dengan mak ayah. Bersikap kurang ajar terhadap adik beradik yang lain. Tengkingan dan m4kian terhadap mak ayah tu perkara biasa bagi dia. Aku pelik dia tak takut d0sa langsung buat mak ayah aku macam tu sedangkan hidup pun masih kena tanggung.

Bukan m4kian biasa tau. Aku jamin kalau korang dengar apa yang zahir dari mulut dia, mesti korang nak tumbuuk muka dia. Mak ayah aku dah tua tapi dia langsung tak jaga hati diorang. Takde bukti dia hisap d4dah ke apa.

Tak pernah pula nampak dia ‘high’ ataupun aggr3ssive seperti tengah gian. Kecuali kalau mak ayah aku nak mula nasihat dia, dia akan meng4muk. Kiranya mak ayah aku adalah tr1gger dia meng4muk, bukan d4dah. Takda sesiapa yang boleh nasihat dia sebab dia akan meng4muk.

Memang jenis tak makan nasihat. Walau minta tolong sekalipun, dia akan pertikai. Kami selalu kant0ikan dia curi masuk bilik ahli keluarga. Tapi dia boleh lagi berlakon. Tahu – tahu duit hilang walau syiling sekalipun. Kalau ada suami jenis biawak hidup, boleh la mengadu Pejabat Agama ke apa.

Tapi ni ahli keluarga sendiri, macam mana kami nak buat? Pernah dihalau sebab ibubapa aku tak tahan dan dia lelaki so memang patut dia keluar. Tapi tetap muka tebal duduk sini. Banyak kali dah dihalau, kunci bertukar. Nak suruh pakcik, makcik sound?

Tengok muka pakcik makcik terus dia pegi tempat lain. Bila pakcik makcik pegi, reti pulak balik rumah. Tak mahu bertegur dengan mak ayah. Hidup dia dalam bilik je. Dia juga suka buat hal – hal kecik yang kami s4kit hati.

Makan tak basuh pinggan, k3ncing tak jirus, makan hak orang lain tak minta izin, kalau ada makanan atas meja memang tak ingat orang padahal yang masak tu siapa? Yang beli tu siapa? Nak tolong buat kerja rumah tu memang takde dalam kamus hidup dia.

Pernah ibu aku cakap nak pindah, tapi dia mesti akan ikut. Takde istilah malu dengan keluarga dalam hidup dia. Orang cakap pindah aje, jangan bagi dia masuk. Tapi aku jamin dia akan kecoh kat rumah baru pulak. Nak pindah pun kami bukannya berduit.

Sekarang ni pun masih ada masalah kewangan. Kami tak boleh buat apa. Kalau sekarang ni nak panggil polis, atas dasar apa? Nak hantar pemulihan? Pemulihan apa? Kalau budak – budak boleh la hantar Sekolah Henry Gurney.

Pernah mak ayah aku nak bawa dia jumpa Pakar Jiwa. Dia refuse untuk pergi. Bawa perubatan Islam, memang tak jalan. Aku sedar sem4kin umur meningkat, sem4kin aku rasa kesian dekat mak ayah aku. Aku dah faham betapa susahnya nak cari duit.

Apatah lagi nak sara keluarga. Aku betul – betul tak faham kenapa dia buat macam ni dekat mak ayah aku. Kalau tak suka tengok muka parents, pindah la. Tapi masih lagi nak jadi parasit. Ya memang masa kecil kami bukan dari keluarga yang bahagia dan sempurna.

Ada ke keluarga yang sempurna, perfect 100% dalam dunia ni? Tapi mak ayah aku tak pernah abaikan keperluan fizikal kami. Malah kami dapat lebih dari yang sepatutnya. Tak ada keluarga yang sempurna segalanya. Kenapa dia tak boleh terima?

Banyak je keluarga yang lagi teruk tapi anak mereka masih hormat ibubapa. Mak ayah aku pun bukan jenis d3ra anak. Mak ayah aku tak pernah melampaui batas dengan dia. Sebab ni lah mak ayah aku masih pegang aku, tak bagi aku pindah.

Sebab mereka nak ada teman. Mereka tak sanggup nak hidup bertiga dengan dia. Maaf aku cakap macam ni mungkin tr1gger pada keluarga yang ada masalah lagi teruk dari kami. Aku bukan nak banding – bandingkan. Tetapi masalah keluarga kami dulu tak teruk langsung.

Banyak lagi keluarga yang masalah tak boleh diterima akal macam bapa makan anak, ibubapa tak beri nafkah pada anak, penceraian yang tak aman, membesar di kaki jalan, ditangkap kerana d4dah, jen4yah dan sebagainya.

Kami buntu tak tahu nak buat apa. Aku betul – betul kesian dekat mak ayah aku. Kami bukan nak buang dia selama – lamanya. Kami masih sayang dia sebab dia ahli keluarga dan dia tak buat jen4yah. Kalau boleh kami nak dia berubah.

Tapi hati mak ayah aku dah pecah disebabkan sikap dia. Terima kasih banyak – banyak kepada yang sanggup baca sampai bawah. – Ummi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Indra Putra : Kene ada str4tegi, pindah. Ya, awak dah kata yang dia akan ikut. Tapi awak kene cuba pendekatan lain. Maknanya, awak yang pindah dulu. Make sure cari 1 rumah lain. Plan with parents. So, u pindahlah.

Rahsiakan alamat dan apa saja supaya dia tak bley trace. Pastu, dapatkan injunksi dari mahkamah supaya halang dia dari ganggu awak. So, bila dah smooth jer jalan cerita, ibu bapa menyusul. Dan pindah duduk dengan awak.

Pindah diam – diam jer. 2nd chance ke dia? Dia tak bagi 2nd chance ke diri dia. Kita jangan mandai – mandai nak bagi. Perubahan dalam diri dia. Kalau dia bebaI, keras hati dan takde adab, dia kene tanggung kesusahan dan kesengsaraan.

Biarkan dia jadi gelandangan. Supaya kenal sket erti hidup. Kalau sayangkan dialah. Dah nak kurung dalam jail, takde masalah. So, buat injunksi mahkamah atas alasan kacau ganggu atau ancaman fizikal dan mental. Rumah sekarang, tamatkan sewaan.

Pindahkan barang – barang by trip. Tinggalkan yang wajib – wajib jer. Biar dia hidup sendiri. Ini masalahnya kalau anak lelaki di manjakan. I believed so walaupun awak tak cerita. Tipikal keluarga Melayu, anak lelaki dirajakan.

Tak ajar ‘bekerja’. Walhal, masa mak ayah meninggaI nanti, akan menyusahkan bini jer. Prinsip saya mudah jer. Kalau sayang, ajar dia bahawa hidup ini tak semudah yg dia lalui. Nak makan, kene keje. Nak ada elektrik dan air, kene keje. Biarlah dia jadi gelandangan. Tak berubah juga, itu masalah dia.

Peah Peah : Aduh kesian mak ayah awak. Ada tak dia baik atau rapat dengan sesiapa. Sed4ra mara terdekat atau kawan dia atau sesiapa saja yg dia boleh kongsi cerita atau dia boleh luahkan perasaan. Ada benda ke yang dia tak puas hati??

Yang dipedam sekian lama.. Sebab dari cara dia buat per4ngai tu macam dia berd3ndam sesuatu. Ini dari pengalaman saya berurusan dengan mereka yang ada per4ngai lebih kurang macam ni. Atau mungkin dia ada kekurangan yang tidak didiagnos?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.