Aku miskin, anak minta beli botol air dan pensil warna tapi aku kata mahal. Kalau aku dapat beli mesti anak aku seronok

Anak aku dah 7 tahun tapi aku tak mampu nak hantar anak ke tuisyen sebab tak kaya. Hari merdeka ramai murid lain pakai baju merdeka yang pelbagai jenis. Dia tak ada, aku tak mampu. Hanya beli bend3ra kecil je. Apalagi nak bawa pergi bercuti, tidur hotel. Tengok je la orang lain share gambar dekat FB..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, apa khabar.. Sedikit luahan dan coretan buat anak tersayang. Harap pembaca mungkin dapat beri kata – kata semangat sebab aku sangat down ketika ini. Rasa tak berguna. Maafkan ibu anakku. Sungguh ibu sayang kamu tapi ibu tak cuba dan beri yang terbaik dalam keperluan dan perkembanganmu..

Ibu mula sedar anak ibu mudah marah yang sukar dikawal dan boleh diam masam atau nangis duduk di satu tempat berjam. Anak ibu macam ada peny4kit yang ibu bimbangkan. Tapi ibu yakin benda tu hanya sementara dan anak ibu akan baik saja nanti.

Dia dilahirkan sempurna, comel dan ada mudah belajar. Syukur dengan anugerah ini walaupun rasa diri tak layak menjadi ibu kerana banyak d0sa, banyak buruk dan tekanan masa mengandung. Sampai rasa aku yang begini berd0sa namun Allah tetap beri yang terbaik.

Namun, aku mula merasakan di mana yang akan diuji dari anak ini adalah sikapnya. Ada masa aku kalah dan malu dengan sikap anak ini bila berhadapan dengan orang lain kerana kurang hormat dan meIawan ibunya.

Maafkan ibumu ini, semua ini salah ibu tidak tunjukkan contoh yang baik. Ibu dan ayah sering berg4duh teruk depan anak. Buruk laku. Benda ni aku cepat mengalah dengan keluar dari perkahwinan t0ksik, kami bercerai di usianya 6 tahun.

Kini dia 7 tahun.. Keputuusan besar itu kerana aku dapat rasakan sampai bila anak akan saksikan keburukan ayahnya. Ayahnya jenis tak solat, malas kerja dan tak pandai mencipta keindahan atau meraikan apa – apa untuk dihargai, tiada komunikasi yang baik.

Jika ditanya dah makan bila dia balik ke rumah, dijawabnya tak payah sibuk dengan nada yang meny4kitkan hati. Jika disediakan makanan di rumah tak lalu dimakan, sikit pun tak dijamah. Hanya lepak di kedai makan, kemudian memaIukan diri aku sebagai isteri.

Berkawan pula dengan kawan – kawan pen4gih lagi menyedihkan diri ini. Maafkan ibu menerima ayahmu seorang pen4gih. Jadi, sikap anak aku yang seakan negatif itu mungkin kerana marah tentang siapa ayahnya. Andai ditanya guru ayah kerja apa, berat dia mahu menjawab kerana sejujurnya, ayahnya pen4gih d4dah! Aank sekecil tu sudah faham.

Aku kahwin lewat, antara sebab aku ni tak laku, pernah menjadi pes4kit mentaI kr0nik yang masuk wad. Doktor pernah cadangkan bagi elektrik pada otak sebab dah tak boleh fikir betul, mujur keluarga aku menolak. Jika tak mungkin aku kini tak ada masa depan.

Kini, aku takut memikirkan masa depan. Aku takut anak aku ini yang aku gagal beri pendidikan, asuhan sempurna akan jadi tertekan termenung dan tak mampu berada dalam kepesatan perlumbaan hidup. Aku takut dia jadi macam aku ataupun minta jauh jadi seperti ayahnya.

Dia boleh belajar dengan baik. Tapi sekadarnya sahaja kerana tiada kelas tambahan lain untuknya. Kerana aku tak kaya. Ramai saja aku rasa orang tak kaya, yang buat aku rasa takpe asal boleh teruskan hidup, tapi aku juga malu dan sedih dengan kekurangan ini menjadikan anak aku tidak sangat berjaya.

Contoh… Hari sukan tak masuk apa acara. Di sekolah tak tampil untuk apa persembahan, hanya tengok je kawan dapat hadiah. Balik sekolah muram. Hari merdeka ramai je kawan dia ada baju merdeka yang pelbagai jenis. Dia tak ada, aku tak mampu sediakan sekadar beli bend3ra kecil sahaja.

Pernah juga dia minta nak botol air berjenama atau pensil warna kotak besar aku selalu kata mahal. Aku rasa andai apa yang dia nak dia dapat mesti dia gembira, mesti dia seronok ke sekolah. Sudahlah nak bawa dia makan angin atau ke taman tema pun tak mampu.

Tengok jelah perkongsian orang lain pergi tempat menarik, makan di hotel atau bersesak ke pawagam dan menonton perarakan. Maafkan ibumu yang memilih menyendiri ini. Ibu jenis introvet takut orang, fikir persepsi orang, banyak benda tak pandai sebab kurang usaha atau takdir.

Masih gagal nak didik diri sendiri solat sempurna. Bayangkan jika aku solat, aku boleh lupa rakaat, kadang * kadang tu boleh berkhayal fikir macam – macam dan jauh sangat sampai kalau duduk t4hiyat tu tak tahu berapa lama. Bila sedar terus bagi salam.

Aku dapat rasakan jika aku mampu solat dengan baik hidup aku akan baik. Aku tak putus berharap dan berdoa agar anak aku menjadi orang yang menjaga solat dan hafal Quran. Aku katakan padanya kena baca, hafal, faham dan amal al-quran.

Aku cuba juga istiqamah baca awal dan akhir surah al-Baqarah dan al-Kahfi untuk menjadi benteng dari gangguan jiwa. Aku sekarang ni terfikir andai anak aku akan kena peny4kit mentaI, sedihnya. Dia jenis mudah termenung, pendiam dan inilah jenis aku dulu.

Aku takut peny4kit ini adalah genetik. Aku dah lalui kepahitan itu dan aku harap dia tak akan kena. Mungkin semua ini ada hikmah. Manusia yang mungkin kita lihat sempurna berjaya dan jutawan itu boleh ditimpa musibah juga yang meletakkan manusia ni sama saja.

Maafkan ibumu ini yang memisahkan dikau dengan ayahmu. Aku bagai dapat rasakan dia dahagakan kasih peIukan dan perhatian dari seorang ayah bila melihat orang lain dihantar sekolah oleh ayah mereka. Namun, mungkin aku yang terlalu negatif.

Ramai saja ibu tunggal yang berjaya dan bahagia di luar sana. Maklumlah aku suka tengok kisah selebriti jauh panggang dari api. Jadi, antara matlamat aku nak sangat kaya cara halal. Tiada doa yang sia – sia. Terima kasih semua sudi baca.

Aku harap kebimbangan aku ni bukan sangkaan menjadi doa tapi hanya berharap segala yang baik dunia akhir4t. Aku juga berdoa Syurga Firdaus buat bekas suami dan ibubapa mentua walaupun pernah dis4kiti. Kerana aku nak anak aku bangga dengan ayahnya dan tidak disisihkan keluarga sana.. aamiin.

Selagi kita rasa berd0sa dan ingin taubat itu lebih baik dari mengata dan merasa diri lebih mulia. Terima kasih semua.. – Ibu Dhia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Haiyani Mohd Hashim : Orang dekat luar sana berlambak yang mampu tapi tak pernah manjakan anak dengan benda – benda yang berjenama. Keluarga saya boleh kata mampu, tapi masa kawan – kawan sibuk tunjuk beg roda swan masing – masing, saya masih pakai beg sekolah sandang biasa yang tak tau jenama apa.

Saya ingat lagi warna beg tu biru nak ke turqoise. Kami tiga beradik pakai beg sama. Masa orang lain berlumba pakai beg puma, saya cuma tau puma tu binatang macam kucing. Brand tu taktau pun rupa mana. Masa orang lain tunjuk pensel Shaker Pilot, saya pakai pensel tekan biasa je.

Mak ayah saya memang tak ambil tau pun pasal jenama – jenama barang. Sampai sekarang pun diorang takreti dan dengan saya skali, yang dah bekerjaya dan mampu jugak ni, terbiasa dengan cara diorang. Beli benda ikut keperluan.

Pasal tuisyen, dulu masa sekolah rendah saya pernahlah pergi kejap kat rumah jiran. Kejap je. Yang banyaknya mak saya ajar sendiri je kat rumah sambil – sambil dia ambil upah menjahit. Cemerlang je kami adik beradik (time sekolah rendah la, sekolah menengah kami duk asrama, dan saya banyak main dan tido, jadi result saya ke laut semula).

Kami dulu takde pergi themepark berbayar (dah besar dan berduit ni baru reti ajak adik beradik, sebab mak ayah tak suka pegi tempat macam tu). Tapi mak ayah saya suka berkelah, tak kira kat mana pun. Taman, RnR, malah rumah tinggal arw4h Opah pun boleh jadi tempat berkelah.

Kosnya cuma petrol, dan barang – barang masak untuk bekal. Kat rumah arw4h Opah tu, selalunya musim kekabu, sambil makan, sambil merungut sebab termakan kekabu yang berterbangan tu sekali. Kadang – kadang mak ayah saya hanya ajak pusing pekan je, takyah turun pun, tapi sebab mereka suka bercerita, setiap kali lalu bangunan sekian – sekian, ada je kisahnya.

Nampak auntie cina kutip kotak pun, mak ayah boleh bukak kisah masa diorang susah. Pernah skali tu, 30 Ogos 2000, petang tu mak ayah saya tetiba ajak keluar jalan – jalan, tengok bend3ra. Pun dah syok sangat dah, kalau tak syok, takde la saya ingat sampai umur dah 31 ni.

Mak saya suka belajar skill menjahit, menyulam, menganyam dan macam – macam lagi. Dulu masa duduk rumah felda yang ada balkoni, mak saya anyam tali rafia je, buat jadi hammok g4ntung kat beranda. dan sampai sekarang pun, tiap kali dia dapat skill baru, dia akan buat benda tu untuk kami anak – anak ni dulu.

Banyak je benda yang boleh buat tanpa keluarkan kos yang mahal, tapi masih benda tu jadi memori. Bukan memori kami je, tapi kawan – kawan skolah rendah saya dulu pun ingat lagi mak ayah saya suka buat homemade gadjet untuk mainan kami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.