Akak akan hantar anak tak bermandi penuh t4ik, balik kalau anak dia busuk tak mandi sebab ibu s4kit lutut mulalah mukanya masam mencuka. Dah la cerewet, baju anak tak boleh basuh pakai mesin, kena pakai tangan. Pernah sekali dia tempik ibu depan kawan – kawan ibu sebab..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku menulis ni bukan sebab aku mahu membuka a1b keluarga aku, lagipun korang tak tau siapa aku. Tapi aku sebagai anak yang selalu berada di samping ibu ayah aku dah tak sanggup lagi tengok akak aku mempergunakan lagi ibu ayah aku sebagai penjaga anak dorang.
Biar aku jelaskan watak akak aku sebelum dan selepas kahwin. Akak aku sebelum kahwin lagi memang pemalas. Penyapu, periuk memang boleh dibilang berapa kali akak aku pegang. Aku selalu berg4duh dengan akak aku tengok sifat pemalasnya mengalahkan orang Iumpuh.
Tidur bangun tengahari, bangun je terus cari makan. Lepas kahwin semuanya berubah 360 darjah, sehinggakan mak aku menangis tengok akak aku bangun 4:30 pagi semata untuk masak sarapan untuk suaminya. Ye mak aku menangis.
Bukan sebab kesian tengok anak dia bangun pagi, tapi mak aku menangis sebab sepanjang hidupnya tak pernah lagi akak aku melayan begitu pada ibu dan ayah aku. Kisah sebetulnya bermula selepas akak aku mengandung dan bersalin.
Segala tanggungjawab diserahkan kepada ibu aku yang umurnya boleh dik4tegorikan warga emas. Segala makan minum urusan beli makanan (tak pernah hulur duit pada ibu aku) semuanya ibu ayah aku yang uruskan. Suaminya? Biarlah.. Dia lebih sayang suaminya berbanding ibu ayah aku.
Sepanjang tempoh berpant4ng tak pernah aku lihat suaminya menolong apetah lagi tidur di sisi isteri dalam pant4ng. Yang setia di sisi ibu dan ayah aku yang bergilir menjaga anaknya di tengah malam dikala anaknya merengek tak mau baring.
Aku? Tak mampu aku nak baring lihat ibu ayahku kehulu kehilir dengan anak buahku. Aku, ibu dan ayah boleh dik4takan tidak tidur dengan baik sepanjang akak aku berpantang. Sebelum akak aku bangun subuh, ibuku sudah pun bangun menyediakan segala keperluan dia.
Suami dia? Hanya datang sekejap sekadar menjenguk akak aku da balik rumah sebelum magrib. Akak aku takut hantar anak dia ke taska, jadi siapa yang menjaga anak buah aku? Ibu akulah. Akak akan bayar pada ibu RM200 setiap bulan.
Ibu aku tak nak duit tu, tapi aku hasut ibu suruh ambil. Kalau tak nak duit tu nanti ibu aku boleh guna untuk beli makanan untuk anak – anaknya. Lagi pun dia memang tak pernah bagi duit untuk makan minum anak dia pada ibu aku. Ibu aku setuju untuk ambil.
Akak aku hantar anak tak bermandi penuh t4ik, balik kalau anak dia busuk tak mandi (ibuku tak larat, s4kit lutut) mulalah mukanya masam mencuka. Tak ubah macam orang gaji kan? Kebiasaanya akulah yang akan menguruskan anaknya, tapi kadang – kadang aku penat juga sebab aku masih bersekolah.
Balik sekolah aku perlu uruskan anak dia. Kekadang aku penat dengan rutin macam ni. Aku macam janda tak berlaki je rasa uruskan anak orang. Tapi bila fikir balik ibu aku ayah aku aku lupakan hasrat aku untuk berehat.
Baju, makan anak buah aku semuanya ibu aku yang uruskan. Dari basuh sampailah masak. Akak aku ni cerewet orangnya. Basuh baju tak boleh guna mesin basuh, mesti guna pakai tangan. Nanti baju anaknya rosak.
Pernah sekali ibu aku beri anak dia nestum, dia tempik ibu aku di depan kawan ibu aku. Ya, aku tahu benda tu salah. Tapi ibu aku tak tahu bayi bawah 6 bulan ke bawah tak boleh diberi nestum. Apa salahnya cakap bebaik, ibu aku terima dengan hati terbuka.
Zaman ibu dan zaman akak aku lain. Kalau ada perkara yang berbeza perlu dijelaskan dengan baik supaya ibuku faham. Meruntun jiwa aku tengok ibu aku sekali lagi menangis sebab ditempik dengan akak aku. Sekarang akak aku dah mempunyai dua orang anak, macam biasa segalanya ibu aku uruskan.
Dia menghantar anaknya yang tak mandi ber4k penuh. Kali ni dua orang pula yang perlu diuruskan. Jujur aku katakan aku pernah berdoa Tuhan manduIkan saja akak aku supaya dia tak menyusahkan ibu ayah aku. Kalau dia ada di rumah ibu aku, segala kerja atau benda yang hendak dicapai dia akan mengarah – arahkan kami (adik bradik) untuk uruskan.
Pernah sekali anaknya ber4k, t4iknya dah kering dia buat tak tahu je dan suruh orang lain bersihkan anak dia. Makan, minum, mandi semuanya disuruh orang lain buat. Memang kami adik beradik nampak macam bod0h bila buat semuanya apa yang disuruh, tapi difikirkan ibu dan ayah yang akhirnya akan disuruh, lebih baik kami buat kan?
Tegur? Dah. Berbuih mulut aku nasihat secara baik dan kasar. Namun, ibu aku yang jadi m4ngsa dengan sifat amarah dia. Ibu aku pun da aku tegur tapi tulah semuanya macam mencurah air ke daun keladi. Sekarang akak aku yang ketiga mengandung, dan dia memberi cadangan ‘kau letak je anak kau seminggu biar ibu jaga, hujung minggu kau ambiklah’ tak ke menyirap dengarnya tu.
Aku dah siap – siap bagi amaran kat akak aku yang ketiga tu. Kalau nak jadi anak derh4ka cubalah menyusahkan ibu aku lagi. Akak aku ni dia boleh fikir sebenarnya yang ibu aku tak larat penat jaga anak dia, sebab ibu aku selalu mengadu s4kit – s4kit badan.
Tapi dia buah dek je untuk melepaskan sesak hidupnya. Aku selalu cakap pada dia, harini kau buat macam ni kat ibu, kau tunggu hari kau nanti. Mulalah dia tak menegur aku sebulan, sedangkan aku yang hari – hari menyental t4ik anak dia. Kadang – kadang aku rasa macam akak aku ni tak pernah je anggap ibu aku, ibunya. Em.. Tolong doakan akak aku berubah ya, hati dan akalnya sekali. – Bedah
Komen warganet :
Nasuha Salehhon : Sebenarnya, kesian kat anak – anak kakak dia ni. Percayalah, dorang akan lagi sayang kat atok nenek makcik dorang sebab yang jaga ber4k cebok mandi makan semua orang lain, bukan mak sendiri.
Masa mandi time cuci ber4k anak salin baju tu semua la yang buat bonding mak ayah dengan anak erat. MaIangnya kakak awak terlepas moment – moment tu. Jangan menyesal kemudian hari dah ler..
Hira Cokat : Kakak dia bangun 4.30 pagi untuk masak sarapan suami dia tapi basuh t4ik anak dia, tak boleh pulak. Sebenarnya kakak dia boleh je buat kerja rumah semua. Mak bapak dia layan anak dia macam tuan masa dia anak dar4 lepas tu nangis tengok anak dia tak layan mereka seperti mana kakak dia layan suaminya. Salah ibu bapa confessor le. Macam mana confessor boleh buat kerja semua tapi kakak dia spoiI brat.
Azlina Abdul Aziz : Aihhhh… dari kecik sampai ke tua dah beranak pinak tak habis – habis menyusahkan hidup mak bapa. Bod0h piang! Tak ada rasa kasihan pada mak pak sendiri. Tak ada rasa tanggungjawab. Ko sedap – sedap kahwin beranak pinak senang – senang hantar anak pada mak pak jaga cucu.
Dahla dulu jaga kau sampai ke besar ni sambung jaga cucu pula. Mak pak tu dah tua tak sihat bagiIah dia relaks. Bagi ruang untuk dorang beribadah dengan tenang dan lancar. Ni asik menghadap t4ik anak kau aje. Bang4nglah kau ni!
Nurul Afifi : Kalau Kakak kau tu Kakak aku. Aku rasa lah ke lCU lah dia kena mulut petir aku ni. Tak pun jadi giIa dok Tanjung Rambutan! Eiii menyirap. Kau Bedahhhhh suruh Mak Bapak kau tu tegas sikittt. Jangan nak takut ke kesian ke.
Ada anak menyusahkan pula. Masa kecik – kecik tak nak m4ti Kakak kau ni Tapi kan Bedahhhhh. Allah akan baIas atas dunia terus secara cash anak – anak yang derh4ka kat Mak Bapak ni. Kau tunggu je laa. Tak lambat tapi cepat je baIasan tu sampai
Fadzillah Arifin : Benda ni akan berbalik, kena kat kepala dia sendiri. Satu hari nanti bila mak ko dah tak ade, dan dia kena jaga anak dia sendiri, tak must4hil anak dia akan buat benda yang sama dekat dia. Waktu tu bagitahu dekat kat kak hang, itulah dulu hang buat kat mak, sekarang anak hang buat kat hang pulak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.