Belikan set berpant4ng, bagi duit berurut. Puasa? Saya tak berapa ingat. Dia berpuasa ataupun tidak. Pada tahun 2015, saya tidak ingat bulan berapa. Kami ada menfailkan isu taIak takIik. Kerana kami berg4duh besar sehingga saya keluar balik ke rumah ibu saya.
Saya sudahpun mengambil semua pakaian saya dan pulang ke rumah ibu. Ketika itu saya sudah tidak tahan. Baran. Dan tak habis habis mengugvt nak ceraikan saya. Saya nekad. Malam itu, melalui mesej. “Kalau kau tak balik sebelum jam 11 malam, jatuh taIak 2”.
Saya cuba untuk pertahankan rumahtangga ketika itu kerana anak masih kecil. Saya meminta dia mengambil saya di rumah ibu. Dia tidak mahu. Meminta untuk menyusahkan lagi ibu saya. Sehinggalah jam menunjukkan 11.20 malam.
Barulah dia muncul untuk membawa saya pulang. Dan membuat hukvm sendiri. Bawa saya pulang, menyetubvhi saya dikira sebagai rujuk. Keesokkan harinya, saya dan dia pergi ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz taIak takIik.
Selepas mendaftar kes, saya dan dia pergi ke bahagian perundangan hal ehwal keluarga untuk mendapatkan sijil rujuk sementara. Dalam masa mendaftar kes pengesahan lafaz taIak, saya diminta kemukakan bukti SMS yang dihantar kepada saya.
Dan secara kebetulan, telefon saya kehabisan bateri. Bekas suami memarahi saya di hadapan 2 orang pegawai di kaunter dan terus berlalu. Masih saya ingat, pegawai di kaunter tersebut berkata kepada saya, “bateri habis pun nak marah awak depan orang.
Macam mana awak boleh jadi bini dia.” Saya hanya tersenyum. Malu? Ya, saya malu kerana itu bukan pertama kali dia buat macam tu pada saya. Sebelum ini di depan keluarga, di dalam shopping mall. Mana – mana dia rasa dia nak tengking saya, dia akan tengking tanpa rasa segan silu.
Oh ya, sepanjang perkahwinan saya, saya hanya duduk menumpang di rumah ibu mertua saya. Di dalam rumah tersebut ada abang ipar yang tidak bekerja, pakcik, adik ipar lelaki dan adik ipar perempuan. Tetapi pada tahun kedua saya berada di sana, adik ipar perempuan saya tidak lagi tinggal sebumbung dengan kami kerana dia mahu tinggal bersama ibu tiri barunya.
Ya, bapa mertua saya berkahwin lagi ketika baru 2 hari menimang cucu pertama. Abang ipar tidak bekerja atas sebab apa saya tak pasti. Sebab secara fizikaI dan mentaInya, dia masih sihat walafiat. Sepanjang berada di rumah ibu mertua, segala bil tidak pernah bekas suami ambil tahu.
Barang – barang dapur semua kena guna yang ibu mertua belikan. Kalau saya ke kedai tanpa bekas suami saya, saya memang akan beli sabun basuh kain, softlan atau apa saja yang saya rasa saya patut beli. Tetapi, jika saya meminta bekas suami beli, memang akan berg4duhlah.
Pada saya, dia terlalu rasa diri dia berkuasa. Ibu mertua dan bapa mertua saya juga takut pada dia. Sebab itu, segala apa yang dia minta akan diturutkan. Pada dia, dia SUAMI dan dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu terhadap saya.
Sekiranya saya ingkar, saya NUSYUZ. Dan macam biasa, ugvt untuk ceraikan saya. Bil api mula dibayar setelah 4 tahun duduk menumpang. Itupun kerana dia pasang penghawa dingin di dalam bilik tidur. Kalau tak, mungkin sampai m4ti tak nak bayar.
Banyak kali saya isukan. Cari rumah sewa, tak besar pun tak apa lah. Janji saya ada ruang sendiri. Ya, seperti biasa. Berga4uh dan akhirnya saya dic4ci. Dik4tanya saya tak sedar diuntung, tak sedar diri. Setiap kali balik kerja, saya lah yang terk0ntang kanting menyiapkan anak – anak.
Dia? Main Mobile Legends. Ada 1 haritu, anak saya mahu datang bermanja dengan dia. Ditepisnya anak saya ketepi sebab dia tengah berper4ng dalam telefon (Mobile Legends). S4kit betul hati saya masa tu. Balik rumah, mengadap pula abang ipar yang tidak bekerja.
Kenc1ng kucing merata – rata, t4hi kucing sampai kering dalam bilik air. Sayalah yang kena buat semua benda tu. Sampai satu tahap, saya akan duduk di rumah mak saya, dah siap mandi semua, betul – betul nak tidur baru balik ke rumah ibu mertua saya.
Balik dah penat, malam minta pula bersama. Tak bagi, esok tak dapat duit belanja. Sikit pun dia tak peduli saya ni lapar ke tak? Bila saya cakap saya tak berapa sihat, dia cakap “banyak peny4kitlah kau ni. M4tilah lagi bagus,”.
Setakat SEMEMEH, TAK LAWA semua saya dah biasa dengar. BOD0H ada B4BI pun ada. Saya sabar. Dituduhnya saya curang dengan seorang lelaki. Saya tidak melayan. Lelaki tak guna tu yang tiba – tiba mesej sayang pada saya.
Saya malas nak explain apa – apa, saya mengiyakan je apa yang bekas suami cakap. Ugvt lagi nak cerai. Dalam hati, “okay, kau sabar jap,” Sampailah satu malam tu. Beberapa hari lagi adik saya nak kahwin. Sepupu saya (perempuan) plan satu majlis Bachel0rette Party untuk adik saya.
Seminggu sebelum tu, saya sudah beritahu kepada bekas suami bahawa saya ingin ke parti tersebut. Dia hanya cakap, kalau nak pergi, tengok performance la macam mana. S4kitnya lah hati saya. Adik saya, bukan kawan saya.
Adik saya minta jadi saksi borang nikah pun cakap tak ada masa, padahal main game je. Nak pergi parti tak ajak dia pun.. nak kena perform. Ingat saya peIacur kelas atasan ke? Hari yang dinantikan tiba. Malam tu, saya tidak mahu disentuh kerana dia tidak membenarkan saya pergi ke parti tersebut.