Suami nak lafaz cerai jika tak mahu ‘bersama’ masa tempoh 21 hari berpantang

Setibanya di pejabat. Saya mesej, “I can’t do this anymore,” Dia reply, “ Kalau kau pergi jugak bachel0rette party adik kau dengan sepupu and the gang, jatuh taIak 3,”. Ya, saya menangis. Rumahtangga saya dipertaruhkan dengan parti adik sendiri.

Malam itu, saya nekad. Jatuhlah taIak 10 sekalipun. Saya tetap akan pergi. Kerana segala perbuatan dia cukup menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghargai saya. Ketika dalam perjalanan ke parti, bekas suami berkali kali menelefon, tetapi saya tidak angkat.

Ya, saya sengaja. Dan dia menelefon adik lelaki saya yang ketika itu ada bersama, adik lelaki saya memberikan panggiIan itu kepada saya. Menangis teresak – esak. Siap tanya, kenapa buat macam ni. Ugvt lagi, kalau tak balik, nak bawa lari anak – anak saya.

Memang saya takkan balik. Parti tamat. Saya pulang ke rumah ibu saya. Keesokkan harinya, saya cuba untuk berfikir sebentar. Sah ke taIak takIik dalam mesej? Dia mengajak saya ke pejabat agama. Ustazah tersebut memberitahu bahawa itu berg4ntung kepada niat.

Dia menafikannya. Saya tergamam, tidak tahu mahu buat apa. Saya ikut dia pulang ke rumah. Dan.. sejak malam itu sehinggalah ke malam terakhir, tidak pernah sekalipun dia lepaskan peluang untuk tidak menyentuh saya.

Saya nak atau tak, tidak langsung dia peduli. Akhirnya, saya berjumpa dan kongsi masalah saya pada rakan sekerja saya, seorang lelaki. “You deserve better than this. Tak perlu fikir anak kecil lagi. Fikir diri sendiri yang lama dah siksa,”.

Ya, dialah lelaki yang saya pilih selepas suami saya. Kenapa? Ketika bekas suami saya tidak memberikan duit belanja makan, dia yang membelikan makanan. Entah dari mana perasaan masing – masing timbul. Dan isu lelaki ini, menjadi subjek dan target utama bekas suami.

Canang pada semua orang saya curang. Ya, saya curang. Tetapi ketika rumahtangga saya sudah retak menanti beIah. Hanya saya yang tahu keretakkan itu boleh dibaiki atau tidak. Lelaki itu tidak memberi janji manis ataupun menghasut. Saya sendiri yang pilih jalan hidup saya.

Lelaki itu sedikit pun tidak ada kena mengena dengan punca penceraian saya. Sekurang – kurangnya, saya mengaku bahawa saya curang. Dia? Belum sampai setahun pun dah berkahwin dengan orang lain. Ada saya meminta duit pendaftaran tahunan sekolah anak – anak saya yang berjumlah RM3200.00.

Saya minta RM 1,600.00 dari dia. Alasan masih sama. Tak mampu beri RM 1,600.00. Cuma mampu RM 1,200.00. Ok. Saya diam. Yang buat saya terkilan. Aqiqah anak masih tak buat. Yuran sekolah anak, tak mampu bagi, tapi kenduri kahwin boleh buat besar – besar?

Bulanan cuma beri RM300 untuk dua orang anak. Lebih, tak mampu. Saya berdoa supaya satu hari nanti dia memang tak mampu berbuat apa apa lagi. Itu sahaja cerita saya. Sekian, terima kasih. – Zaza

Komen Warganet :

Meesz Deena : Saya berpendapat duit kenduri dekat dewan tu pakai duit bini baru. Biar dia tahu langit tinggi rendah. Saya tak sangka masih ramai (ada) lelaki yang pandang perempuan sebagai objek s3ks semata. Dengan tak puasa, solat macam mana??

Kat mana kita boleh dapat pembeIaan selepas apa kita k0rbankan ? Jaga anak, layan nafsu, habiskan duit semata – mata beIa biawak hidup. Alhamdulillah awak tak salah pilih. Kalau saya kat tempat awak pun saya akan buat yang sama. Semoga hubungan yang baru ni sampai syurga. Amin…

Ain Fathihah Fhm : Sendiri silap langkah. Betullah, masa nak kahwin tu masing – masing sangat muda, belum mat4ng dan memang belum masanya untuk berkahwin. Tahniah sebab awak buat keputvsan yang bijak untuk keluar dari perkahwinan sebegitu.

Nurul Najwa Abd Karim : Menikah sebab nak melepaskan nafsu jer. Kalau carik luar kang HAR4M. Jalan selamat menikah jela. Semua family tanggungkan. Tak jalan tanggungjawab sebagai suami takpe. Isteri tak boleh, jatuh har4m bila tolak kehendak suami. MeIuat.

Denia Eyenie : Bagus jygak cerita mcm ni. Atleast remaja – remaja sekarang sedar. Perkahwinan memang penuh dengan tanggungjawab. Kalau suami bekerja dan gaji murah tapi masih adea rasa tanggungjawab dan komited dengan family. Itu ok. Susah kalau suami jenis macam tt ni.

Marsya Aireen Hezry : Sis kuat. Alhamdulillah terpilih untuk lalui ujian walaupun sangat meny4kitkan. Bukan semua orang dapat merasai ujian yang Allah beri. Sis terpilih dan bersyukurlah kerana selepas kejadian sis akan lebih kuat lebih tabah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.