Aku kena stroke masa pantang, mentua ikat kaki aku dengan anak lesung, air tak boleh minum, tak boleh tidur siang

Aku nangis mengadu kat suami. Suami aku call mak dia, lepas tu aku kena marah dengan mentua. Hp aku kena r4mpas. Aku terputus hubungan. Bila nurse KK datang rumah, mak mentua akan duduk sekali supaya aku tak kant0ikan kerja jahat dia. Hinggalah satu hari aku tak sedarkan diri selama 3 hari..

#Foto sekadar hiasan. Aku kongsi cerita ni tapi korang jangan serius sangat ek, ambil je ikhtibar mana yang patut. Benda yang tak patut korang jangan follow. Ni pengalaman hidup aku, memang tak sama laa perjalanan kehidupan hidup aku dengan orang lain. Nak kata drama swasta, katalah.

Hakak tak kesah! Masa menaip pun aku pening – pening lagi ha. Aku dah takde mak ayah. Bila kahwin, adik – beradik pun jauh. Jadi masa bersalin anak pertama mak mentua yang jaga aku masa pantang. Kena cakap alhamdulillah tau, mak mentua jaga sebab laki aku boleh cuti seminggu je untuk jaga aku.

Jadi aku dihantar berpantang ke kampung mentua. Kira aku bersalin kat tanah air laki aku la. Masa suami ada, aku ok. Jadi tak okay bila suami dah balik kerja. Memang mimpi paling ngeri. Mak mentua bertukar watak jadi mak tiri cinderella.

Aku berpantang dalam keadaan yang tak menentu. Makan tak tentu arah, aku kena masak bubur sendiri. Dengan s4kit beranak tak habis lagi. Anak pun aku kene uruskan sendiri. Anak j4undis nak kena ambil d4rah kat KK.

Aduh str3ss!!! Serik la!!!! Tapi mentua dalam dia tak pedulikan aku tu, dia suruh aku pantang cara dia. Contohnya ik4t anak batu lesung kat kaki aku. (Whattt!!!) Dia kata bagi kaki aku rapat, dan tak bagi tidur mengiring sat gi poen aku senget dia kata.

Tak boleh tidur siang. Dah tu malam dah berjaga, siang tak tidur. Aku ni apa?? Z0mbie pon tau nak tidur siang, malam berjaga. Ye, memang giIer. Bab pantang yang merepek tu dia jaga betul aku. Tak bagi aku minum air.

Aku nangis mengadu kat suami, aku nak suami. Suami aku call mak dia, lepas tu aku kena marah dengan mentua. Hp aku kena rampas. Aku terputus hubungan dengan dunia luar. Anak pertama, takde pengalaman kena macam tu memang buat aku hilang akal.

Bila nurse datang rumah, mak mentua lepak sama, jadi aku takde kesempatan nak curahkan perasaan. Aku mengadu dekat kakak aku yang duduk jauh nun di utara sana guna telefon rumah. Kant0i dengan mentua dia meng4mok, telefon tu dia cabut simpan dalam bilik dia.

Aku tak larat nak cerita details tapi apa yang berlaku sebelum sempat akak aku nak datang ambik aku, aku kena d4rah tinggi sampai tak sedarkan diri. Mulanya aku s4kit kepala yang teruk, sebab aku berpantang sendiri takde orang bantu.

Mak mentua buat dek jer bengkak susu sampai demam. Anak plak kerja menangis sebab aku tak mampu nak uruskan anak sendiri. Diri sendiri pun tak terdaya. Mak mentua marah – marah bukan nak tolong jaga anak kata anak aku kuat menangis.

Laki aku plak tak nak mendengar, percaya sangat kat mak dia, konon mak dia jaga aku elok. Aku tak sabar nak tunggu hari jumaat tunggu suami balik jenguk aku. Aku k0yak teruk!!! Aku mandi je air sejuk sebab pantang sendiri.

Sebabkan aku lasak – lasak, Iuka jahitan poen aku terbuka rupanya. Patutlaaa s4kit macam malaik4t m4ut nak cabut nyawa aku. Gerak sikit jer s4kit!!! Hari aku pengsan tu mula dengan s4kit d4da sukar nak bernafas. Kaki dah mula bengk4k.

Aku ibu muda mana nak tau kena tinggikan kaki dengan bantal. Sedar – sedar je kat hospitaI. Pandangan aku kabur, aku kena minor str0k. Jadi tuan – tuan dan puan – puan, semasa berpantang dalam proses recovery lepas bersalin tu amatlah kritikaI bagi ibu lepas bersalin, jangan pandang ringan.

Aku str3ss dengan Iuka di bawah jahit luar dalam, hormon upside down, mula – mula str3ss susu tak keluar. Lepas tu str3ss susu melimpah ruah sampai s4kit urat belik4t, nenen jadi keras macam batu. Nak angkat tangan pun s4kit sampai demam – demam. Tolonglah hargai wanita. Please!!!

Aku tak sedar diri 3 hari. Memang kritikaI, tapi hayat aku panjang lagi. Lama juga warded adalah 8 hari untuk pantau tekanan d4rah. Akak aku minta izin nak jaga aku, bawa balik kampung. Alhamdulillah, aku dijaga dengan baik.

Bawa urut, macam – macam akak aku usahakan. Terima kasih kak. Mentua aku buat muka tak puas hati. Mak mentua aku cakap pompuan afrika tu takde spitaI semua boleh jer hidup. Lepas beranak balik rumah jalan kaki jer kata dia, ‘Yang ko mengada sangat kenapa???’

Sebabkan masa tu aku lemah lagi, aku jawab jer dalam hati, masalahnya aku keturunan makan belacan bukannya dari uganda ka, afrika ka! Wakanda tu lain la. Sedap jer ek kalau menyandang jawatan mak mentua ni nak hamburkan kata – kata ikut dan dia jer. Allahuakbar takbir!!! Aku dalam hati.

Akak aku dengar, terus akak aku meng4muk. Dengan laki aku kena bahasa dengan akak aku. Mulanya mereka dan keluarga mereka tak bagi bawa balik baby sekali, dah akak aku berkeras juga, suami aku lepaskan. Ni bukan cerita tamil ye, aku yang hadap drama gini.

Tapi sebab akak aku ada, memang aku bagi dia settlekan je Aku masih lemah lagi masa tu. Jadi di sinilah bermulanya lagi t0xic hubungan kami laki bini. Aku tak larat nak cita bab ni, aku ringkaskan je la ek. Sekarang ni aku dah ada anak 3, tapi dengan suami pertama aku dah cerai.

Ye, kami bercerai lepas aku kena ser4ngan str0k kali ke-2 yang menyebabkan aku tak berupaya menguruskan diri sendiri dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kan dalam masyarakat kita isteri tu kena sempurna, kerja rumah kena buat layan suami, ngasuh anak semua kena tapau sekali walaupun kita juga kerja bantu sumbangan untuk ekonomi keluarga.

La ni aku dah kahwin baru, setakat ni alhamdulillah suami banyak bagi moral support dan banyak bantu dalam urusan rumah tangga, kami sama – sama. Syukur alhamdulillah dia terima anak – anak aku layan macam anak sendiri.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk suamiku dalam menjalankan amanah Allah beri, luaskan pintu rezeki buat suamiku yang menerima diri ini seadanya banyak kekurangan. – Kiah (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

E En Zek : Dah masuk tahun 2023. Wanita – wanita sana, kalau ada niat nak kahwin, tolonglah lengkapkan diri dengan ilmu untuk berumahtangga. Bersalin ni tanggungjawab bersama suami isteri. Bukan serah kat pak mak anda.

Tak ada lagi alasan “kami ibu muda, anak pertama, tak ada pengalaman bla bla bla…”. Bila dah menikah, pasang str4tegi dengan doa supaya dipermudahkan. Sekurang – kurangnya ada strategi kalau nak beranak, tok laki cuti sikit, dah tahu untuk urus isteri dan anak macam mana.

Bukan serah balik kat mak pak suruh jaga waima mentua. Ilmu rumah tangga bukan sekadar sembang pasal majlis kahwin. Drama TV tu scripted je. Anak – anak saya, selagi si lelaki tak ada rumah (sewa pun takpe) untuk prep kahwin, jangan sembang nak merisik anak orang. Anak perempuan, selagi blur – blur sembang pasal penjagaan kesihatan wanita termasuk lepas bersalin, jangan gebang nak berlaki. This is about you. Not others

E Shopius Shopius : Pengalaman saya plak anak no.1 dan no.2 berpantang dengan mak mertua. Bab mandikan anak walaupun s4kit – s4kit pun buat sendiri. Berurut semua saya uruskan sendiri. Masa anak teriak saya panik jugak sebab tak biasa handle anak baru lahir (..utk anak no.1).

Bila anak nangis non-stop katanya anak ada gangguan, dalam pantang macam – macam saya berubat untuk tak nak anak menangis, laki plak balik 2 kali sebulan. Mak mertua hanya sediakan makan je, kalau kau lapar nak kudap – kudap memang dia tak sediakan.

Sebab saya dalam pantang memang sejenis lapar sokmo. Tapi, beranak no.3 dalam PKP saya buat sendiri, alhamdulillah puas hati. Takde tekanan dari mak mertua pot pet komplain anak kita nangis. Nak bangun pukuI berapa takpe, takde orang ketuk – ketuk bilik. Bagi saya, baik pantang sendiri tapi start tahu pregnant buat saving untuk hire CL atau arrange mak bidan datang berurut.

Watashi Anor : Sebenarnya mertua tu pernah jadi menantu yang kena ani4ya masa dulu sebab mertua kepada mertua dia pernah kena d3ra oleh mertua dia juga sebab tu la mertua – mertua tu dulu macam nak baIas d3ndam agaknya la pening juga saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?