Malam pertama suami dengan isteri baru, dia video call saja nak tunjuk aksi manjah isteri muda. Aku ketawa je

Lepas 6 bulan suami call bagitahu isteri manjah dia mengandung. Tapi suami tak happy, yelah umur dia dah 50 nak dapat baby lagi. Aku siap hantar cara nak salin pampers dan buat susu anak sebab dulu mana dia pernah peduli nak jaga anak. Aku dengan anak – anak seronok makan popcorn sambil tengok drama..

#Foto sekadar hiasan. Salam dari Mama J untuk anak – anak sekalian, mama ada terbaca mengenai confession “suamiku mer0yan selepas poIigami”. Bagi mama cerita tt ni cukup menarik. Lambang wanita kuat dan berdikari.

Ya. Memang wujud sejenis lelaki macam ni. Tapi depa akan mula mer0yan bila nampak bini pertama tak kisah hal depa. Meh mama nak cerita sikit mengenai pengalaman mama. Mama ni dah berumur lewat 50-an. Mama bekas pensyarah di salah satu universiti termuka ni Brunei.

Mama orang kuala kangsar. Ada 2 orang anak, 5 orang cucu. Waktu mama umur 19 tahun, mama kena p4ksa kawin dengan lelaki dari family yang w4rak. Jadi geng lebai – lebailah. Bukan nak kutuk geng – geng ni tapi memang dah banyak contoh depan mata, termasuk pengalaman sendiri nak mengadap geng – geng ni.

Tapi hikmah setiap ujian tu pasti ada. Asbab jugaklah mama kawin dengan pak lebai ni mama dapat ikut dia belajar ke USA. Pendekkan cerita, setelah 10 tahun berada di sana, mama berjaya genggam master. Tapi pak lebai tak pass sebab sibuk dengan aktiviti dakwah kat sana.

Jadi anak – anak sekalian fahamlah macamana jerih perih mama nak habiskan pengajian. Suami sendiri pun asyik behenti kerja disebabkan keluar berjih4d kononnya. Sampai anak bini dekat rumah tak makan. Bila kita komplen, dia boleh cakap.. Allah ada.. Allah bagi kita makan, bukannya manusia. Perghh menyirap mama bila dengar macam tu.

Tu tak kira lagi mama sampai tak boleh mekap langsung. Pakai bedak pun dia tak bagi. Kononnya cantik hanya untuk suami. Tapi bila kita keluar, meleret mata pak lebai tu tengok pempuan lain. Bini sendiri nak berhias dia tak bagi.

Lepas tu komplen muka mama kusamlah, busuk lah. Yelah, mama nak pakai minyak wangi sikit pun dia tak bagi. Tapi akhlak tu tak melambang ciri – ciri lelaki soleh. Lepas kami balik Malaysia. Pak lebai dapat kerja sebagai pembantu pegawai kat pejabat daerah.

Mama waktu tu dapat scholarship dekat UM sambung phd. Jadi kami terp4ksa PJJ. Anak letak kat mama suruh mama jaga. Maknanya pak lebai ni jadi bujang trang tang tang lah. Mulalah mata tu liar cari calon bini kedua. Bila mama dapat tahu, dia salahkan mama, kononnya mama ni belajar tinggi – tinggi sebab nak Iawan dia.

Sedangkan mama dapat tawaran tu pun sebab dioffer gaji sebagai pembantu penyelidik. Ibarat kerja jugaklah. Dia cakap perempuan tak boleh pandai – pandai. Kena jadi isteri solehah, mama waktu tu dari hati pedih tiba – tiba jadi kebal.

Tanya anak sulung, anak cakap biarkan je, tapi buat MOU. Nasib baik anak mama sorang ni memang budak law. Jadi dia yang karangkan penjanjian, siap depan pesuruhjaya sumpah, kami sign surat penjanjian. Dalam agreement, mama letak syarat, mama boleh pergi ke mana saja asalkan bekerja dan bawa anak – anak holiday.

Pak lebai tengah angau, dia sign je la surat tu. Para pembaca mesti tertanya – tanya kenapa mama tak mintak cerai. Satu, sebab mama tak rasa beban pun kalau dimadukan. Dua, pak lebai tak mau ceraikan, malas turun naik mahkamah.

Tiga, sokongan anak – anak padu. Kami lebih suka makan popcorn smbil lihat drama seterusnya hehe. Jadi kahwin la pak lebai dengan bini manjah. Uih muda trang tang tang.. sama umur dengan anak sulung. First night pak lebai kawin tu, boleh plak dia buat video call dengan mama nak tunjuk aksi manja bini manjah nii.

Mama siap ketawa dan cakap mama dapat tawaran pergi brunei. Jadi dia dah ada orang jaga, mama nak bawak anak – anak berhijrah brunei. Terk3jutlah pak lebai tu tapi dah dalam penjanjian kan, dia lepaskan jelah kami pegi.

Siap suruh sponsor tiket dia dengan bini manjahnya honeymoon di Brunei. Mama pun saja je tempah tiket untuk pasangan sejoli ni. Memang depa datang sungguh haha. Siap tumpang rumah mama ni nak berhoneymoon.

Mama tengok dah macam orang tua miang keladi. Pahamkan bila dah tua tiba – tiba jiwa muda. Macam tu lah per4ngai dia. Habis ja honeymoon depa balik KL. Lama jugak kami tak berhubung, adalah 6 bulan. Lepas tu pak lebai call mengadu bini manjah dia ngandung, jadi i ucap congratulation lah.

Tapi suara dia macam tak happy langsung. Rupanya dia dah tak nak anak. Yelah, umo waktu tu nak menghampiri 50 tahun. Tapi takkan la dia taktau, bini manjah dia tu manusia, bukannya patung. Jadi pandai – pandailah nak salin pampers anak malam – malam.

Mama siap hantar cara nak salin pampers dan buat susu anak sebab dia dulu mana pernah peduli nak jaga anak. Dipendekkan cerita, dah 11 tahun mama dimadukan. Mama pun dah balik kuala kangsar duduk dekat kampung. Anak – anak semua dah berjaya.

Mama hanya sibuk bercucuk tanam, ke usrah, pergi umrah setiap tahun dan holiday dengan anak – anak. Pak lebai?? Ni tengah tunggu anak ketiga dengan bini manjah nak lahir, pak lebai pun dah masuk 60 tahun. Tapi tulah terp4ksa bekerja jadi drebar taxi sebab pencen tak cukup.

Bila dia tengok kami holiday, mulalah mer0yan cakap biarkan dia sorang – sorang cari rezeki. Kami anak beranak gelak je tengok mesej – mesej mer0yan dia. Tapi setiap malam mama mesti mesej dia mohon ampun. Yelah, dia tetap suami kan.

Mama selalu tanya, kalau dah rasa terbeban dengan mama, mama boleh je dilepaskan. Sekurang – kurangnya dia tak berd0sa dengan mama sebab tak adil. Mama pun halalkan je yang mana tak cukup tu sebab Allah bagi rezeki dekat mama lebih banyak dan alhamdulillah bahagia dengan anak dan cucu – cucu.

Mama share ni sebab mama nak warning dekat golongan suami – suami di luar sana. Orang perempuan ni memang nampak jiwa dia lembut, menangis bila dicurangi. Tapi bila dia bangkit sekali, dia tak akan jatuh bawah dah.

Hati dia akan keras sekerasnya sampai kau buat apa sekalipun dekat dia, dia dah tak kisah. Cerita mama ni ambillah sebagai pedoman. Mama pun dah tua. Mama maafkan segala silap pak lebai dan bini manjahnya. Mama tak mau cerita apa yang depa buat dekat mama tapi anak – anak di luar sana pasti faham bukan mudah nak hadap madu yang dengki, s4kit hati tengok kita happy.

Walaupun dia dah dapat suami 24 jam depan mata dia. Mama nasihatkan isteri – isteri di luar sana, belajarlah berdikari, kalau suami tak curang sekalipun, mungkin Allah akan ambil dia dari kita. So isteri – isteri perlu ada back up plan dari mula.

Tengah – tengah suami sayang tu, pujuk dia ambil hibah. Kalau jadi apa – apa dekat dia, sekurangnya kamu dan anak – anak akan terbela nasib. Mama sekarang hidup aman damai, Allah bagi kedamaian hati ini sebagai hadiah dari peng0rbanan mama jerih perih, air mata dari usia muda hingga sekarang.

Apa yang mama share ni hanya 5% sahaja dari kisah hidup mama. Belum masuk lagi ipar duai dan mentua tapi biarlah kisah itu hanya mama sahaja simpan dalam hati. Kalau ada yang tanya macamana nak kecapi hati damai macam ni, percayalah bukan mudah untuk pupuk hati sampai jadi kental macam ni.

Ia lalui banyak process sehinggalah mama kumpul serpihan – serpihan hati berkecai ni gam balik dan sebab itulah jadi sem4kin kuat. Gam dengan gam gajah lagi bertambah kuat hehe. Mama doakan semoga anak – anak di luar sana diberi kebahagiaan dan kekal hingga ke syurga.

Bagi suami – suami, belajarlah bertanggungjawab kepada isteri dan anak. Jangan fikir isteri sanggup kompromi kongsi nafkah tu buatkan kamu rasa mampu nak kahwin lain. Cuba suruh dia stop bayar tengok, mampu tak kamu surv1ve sampai hujung bulan? Fikir – fikirkanlah ye.. Salam sayang, – Mama J (Bukan nama sebenar)

Komen Warganert :

Rashidah Ibrahim : Cekalnye mama J. Kagum sangat. Tapi tu lah kenapa ada sesetengah lelaki perasan dia mampu. Ada duit lebih katanya sebab tu nak berbini baru. Terlupa sungguh yang bini dia yang selama ni kongsi – kongsi bayar itu ini tiap – tiap bulan. Kalau tak kongsi ingat cukup duit dia nak kahwin lain. Tu pun tak sedar diri lagi.

Rozaimah Abd Wahab : Allah hu Akbar.. semuga Allah berikan ganjaran kebahagiaan yang abadi. Mahal sungguh pengalaman Puan. Sarat dengan pengajaran buat saya yang membacanya. Syukur Puan ada anak – anak yang menjadi saksi diari hidup mama mereka. Tahniah Puan. Anda wanita hebat, kental dan kebal.

Suzie Aziz : Entah lahhh. Bila orang berkahwin, kita pun berkahwin. Bila rasa susah hidup rumahtangga, kita lepas semua kat isteri. Malas nak pikir, malas nak campur. Janji dah bagi makan pakai. Bila isteri dah biasa hidup sendiri, dia pulak rasa macam tunggul. Macam drama citer fasha sandha bagi laki dia kawen tu, then laki dia mer0yan sebab fasha nampak happy dengan anak – anak dan tak kisah pasal laki dia tu. Gitu lahhh.. sebijik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.