Dari semalam suami minta duit. Dari 10k sampai habis simpanan aku. Menangis suami minta ampun

Mula – mula suami minta sikit.. 10k pastu minta lagi dan lagi dan lagi sampai total simpanan aku la kiranya. Suami aku duk sebut banyak kali, percayakan abang, percayakan abang. Aku dah la tengah kerja dekat wad kec3masan, dengan macam – macam kes pes4kit. Aku tak pikir apa, terus transfer duit simpanan aku.. Semua!

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum wbt. Aku Tulip, seorang anak, isteri solehah (inshaAllah) dan baru jadi ibu pada baby 3 bulan yang saaangatttt comel. Aku perlu meluah sebab nak cerita pada sesiapa risau orang keliling kata apa pulak, so sini la tempatnya.

Aku tak pasti macam mana dugaan ni dapat pada kami suami isteri tapi doakan la aku untuk redha. Allah bagi aku suami yang saaangat baik, pada mata aku hampir sempurna. Nafkah zahir batin semua suami aku sediakan, aku cuma bekerja untuk diri sendiri je.

Memang duit suami aku untuk kehidupan kitorang, duit aku untuk simpanan sahaja dan kalau aku nak guna suka hati, yang tu no problem tapi suami aku memang ajar untuk berjimat dan menyimpan. Aku kerja sebagai doktor kerajaan tapi jujur cakap aku tak suka dengan kerja aku dan aku plan nak resign sebab mentaI aku tak boleh nak adapt dah.

So aku plan bila simpanan cukup, aku nak berhenti kerja dan jaga anak pastu kalau aku rasa nak kerja – kerja sikit, aku plan nak buat locum je. Pendek cerita, lagi dua bulan simpanan akan cukup dan memang tinggal nak hantar surat resign je.

Hari ni, Allah uji aku.. start semalam suami aku duk minta transfer duit pada dia. Dia kata abang nak dapatkan duit ni, dan aku percaya. Mula – mula dia minta sikit.. 10k pastu minta lagi dan lagi dan lagi sampai total habis simpanan aku la kiranya.

Suami aku duk sebut banyak kali, percayakan abang, percayakan abang. So aku bagi semua, memang habis la semua. Aku pulak tengah kerja time ni (aku kerja di bahagian kec3masan), dengan banyak pes4kit tak stabil lepas tu pes4kit duk bising demand macam – macam.

Aku malas nak pikir jadi aku transfer je semua. Balik kerja dengan tak makan daripada pagi sampai ke malam, aku balik dan terus masuk bilik. Entah kenapa, aku nampak suami aku sugul sangat muka dia. Aku tanya ape jadi and aku p4ksa cerita.

Suami aku terus meledak menangis, dan yes, kitorang kena sc4m. Total lost semua. Simpanan aku suami isteri habis semuanyaaaaa. Time tu jugak aku dan suami meraung – raung nangis dalam bilik. Ya Allah, duit yang aku kerja macam h4mba, habis macam tu je.

Duit untuk masa depan anak aku habis macam tu je. Patah hati aku tengok suami aku menangis minta ampun kat aku. Sekarang ni aku tengah duduk menyusu anak. Sedih aku tengok anak aku. Sorry sayang, ibu ayah b0doh sampai duit sayang hilang macam tu je.

Akikah anak aku bulan depan macam mana nak bayar? Nak balik kampung bulan depan macam mana nak bayar? Duit rumah ni akan datang macam mana nak bayar? Duit ibu ayah aku macam mana nak bagi? Perlu lagi ke aku kerja kat tempat yang sangat menyiksa aku ni? (Try minta tukar tak dilayan ) duit taska anak macam mana?

Jujur cakap, money was never a problem dalam hidup aku. Nak beli ape semua no hal.. plus gaji suami aku pun banyak jugak. Tapi sekarang simpanan semua lesap pastu nak pindah rumah bagai lagi ni huhu.. Macam – macam aku plan untuk simpanan aku tu tapi sekarang macam mana ye.

Aku sangat sangat terkilan benda ni jadi pada kami. Suami aku sangat baik tapi tersilap langkah. Aku minta tolong la doakan aku untuk redha. Nak sembahyang tak boleh la pulak. Aku risau sangat aku jadi isteri yang mengungkit nanti, atau dalam otak aku asyik terpikir – pikir benda ni huhu. Ya Allah, tanamkan redha ya Allah, dan bagilah petunjuk perlua apa aku buat lepas ni. – Tulip (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Sharena : Ujian untuk suami isteri. Doalah pada Allah untuk redhakan hati dan gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Rezeki tu bukan milik anda lagi. Fikir begitu ajelah. Duit tu jangan halalkan. Minta suami ganti tapi beri masa.

Jangan diminta – minta. Kalau dia betul rasa bersalah, pasti akan nampak effort untuk bayar. Sabar sikit lagi dalam beberapa bulan untuk kumpul balik duit gaji. Bagi stable sikit. Lepas tu buatla locum macam yang di plan. Locum pun kalau rajin masyuk je.

Fatehah Malik : Its ok. Aku pon penah jadi macam ni. Lepas ni simpan asb. Asb susah sikit nak keluarkan. Sebelum resign tu awak try dulu kIinik untuk locum, biasa doktor ed bila dia keluar dan masuk gp dia perform. Nak belajar scan tam susah sebab dah biasa buat fast scan. Kalau awak duk area lembah klang lagi banyak kIinik yang nak resident perempuan. Hugs for you.

Farah Nabilah : Nak redha.. awak kena pandang dan bersyukur dulu dengan apa yang ada. Awak masih diberi kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat suami isteri.  Anak pon sihat takde peny4kit kr0nik ke apa. Duit masih boleh dicari.

Yang semua benda yang tak boleh beli dengan duit tu awak masih dikurniakn nikmat. Jadi nikmat apa lagi yang awak nak dustakan. Dapat suami penyayang baik. Suami gaji pon besar. Ada orang hari – hari tido beralaskan d4rah sebab baru lepas kena pukuI suami.

Ada yang berhari tak makan. Anak minum air teh o je sebab takde duit nak beli susu. Ada duduk bawah jambatan. Selalu tak bagi makan dekat gelandagan dekat KL tu? Ada tu suami isteri Iumpuh takleh keje. Anak terp4ksa jaga berhenti sekolah.

Duit bulanan nantikan masih ada. Sekurangnya perut masih boleh kenyang. Boleh tido dalam rumah selesa selamat. Masih boleh berkasih sayang. Awak kerja hospitaI takkan tak nmpak ada yang mak – mak duk struggIe hidup m4ti anak.

Duit simpanan kita tu tak sepenuhnya hak kita. Kita mampu merancang Allah yang tentukan. Sekurangnya dua – dua masih ada keje sihat untuk bekerja. Duit boleh cari. Penat memang penat, sedih, selalu banyakkan sedekah dan bersyukur lama – lama nanti akan redha la.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?