Aku sorang je perempuan dekat tempat kerja, suami syak aku buat maksi4t dalam tandas. Jadi dia p4ksa aku berhenti kerja dan duduk rumah. Satu hari dia balik rumah diam – diam dan intai aku dekat tingkap. Dia masuk terus buka pintu dapur, dia nampak ada orang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, terima kasih andai artikel ini disiarkan. Aku gelarkan diri aku Reen jelah ye, umur aku 29 tahun sudah 4 tahun berkahwin, suami aku tua dari aku 7 tahun. Dalam perkahwinan ini aku pernah sekali bercerai tapi kami rujuk semula kerana mengenang kan rumah tangga yang masih baru, dan juga mungkin ada kekhilafan dari diri aku sendiri yang aku tak sedar.
Ohh ya, kami juga belum dikurniakan cahaya mata. Aku dan suami aku berkenalan melalui kawan baik aku iaitu anak saud4ra suami aku jugak. Selepas 3 tahun bercinta + bertunang kami pun berkawin. Di awal perkahwinan suami aku mintak untuk aku berhenti kerja, jadi aku turut kan jugak lah.
Walaupon masa tu aku memang sayangg sangat dengan tempat keje aku sebab bos baik, enviroment tak t0xic gaji pon ok lah untuk aku yang belajar setakat level spm ni. Aku rasa perkahwinan aku macam drama andainya takdir lakonan shukri yahya dan nina iskandar.
Suami aku sangat baik orangnya, tak pernah culas bab nafkah, pandai masak, rajin tolong aku urus kan rumah, sangat – sangat setia orangnya, penyayang jugak. Punca kami bercerai adalah suami aku yang terlalu kuat cemburu, selalu cakap aku ada laki lain, ini jugak menjadi punca aku berhenti kerjaa, sebab aku keje bahagian transport di mana aku saja satu – satunya perempuan di dalam ofis sebagai kerani.
Aku selalu mintak dengan suami aku, anggaplah aku ni perempuan yang baik – baik jangan anggap aku ni murahan. Sampai tahap dia pernah tuduh aku buat maksi4t dalam tandas. Luluh sangat hati aku, tapi aku sabar sebab aku memang tak buat dan aku tak takut, pernah jugak dik4tanya aku ni menggatal dengan laki – laki kat ofis, lillahi taala.
Aku berkerja di sana, yang ada no phone aku yang cuma, manager, exec, supervisor saja. Dan masing – masing pon sudah berkahwin, aku tak pernah terfikir nak menggatal dengan suami orang, aku masih ada maru4h, aku masih ingat mak bapak aku, aku ingat yang aku ni dah bersuami.
Aku pernah tukar no fon sebab dia tak percaya dengan aku, jangan kata no fon saja aku tukar sebab dia, sampai facebook, instagram, aku buat account baru dan dia pon tahu password, anytime boleh buka. Twitter, dia mintak aku deactive account, pon aku buat jugak, telegram pon aku tutup sebab dia.
Jalan – jalan untuk aku menduakan suami aku memang takde, dan sepanjang aku bercinta sampai lah menikah, dia saja laki yang satu – satunya aku ada. Jadi kesudahannya aku berhenti kerja sebab aku malas nak berg4duh, aku nak tenang saja.
Sangkaan aku salah, rupanya selepas berhenti kerja lagi teruk dia buat aku. Pernah sekali dia balik kerja tapi dia sorok – sorok tengok aku kat tingkap sebab dia ingat aku mungkin tengah video call atau apa – apa sahaja lah. Ada jugak dia baru balik kerja, masuk rumah dia terus buka pintu dapur, dia kata ade orang menyorok kat belakang, dan dia cakap aku bawa balik jantan.
Ya Allah s4kitnya hati, Allah saja yang tahu. Suami aku jugak tak izinkan aku pakai skin care, jadinya kulit muka aku memang kusam, minyak wangi? Lagi lahh, dia h4ramkan langsung aku pakai. Beli seluar dalam pon kena ikut kehendak dia.
Dia tak fikir keselesaan aku macam mana. Kita perempuan mesti kita tahu apa yang selesa dengan badan kita, dan banyak lagi yang di pernah buat kat aku, cuma klau aku list kan memang tersangat lah panjang. Kemuncak penceraian kami berlaku akibat suami aku tak balik ke rumah seminggu, puas aku mencari, di rumah mak mertua, tapi tak ada.
Aku dipersalahkan cukup – cukup oleh keluarga mertua, kata mereka. aku tiada adab dan tak hormat suami. Sedangkan bila dia marah dan m4ki hamun aku pon, aku diam tak berbaIas sikit pun. Di mananya aku tak hormat suami?
Sedangkan suami aku pukuI aku sampai lebam – lebam badan dan muka, aku takde baIas sikit pon. Suami aku m4ki h1na aku, cakap aku tak cantik, aku ni tak di ajar betul – betul dengan orang tua. Aku hanya diam, sebab kalau aku meIawan m4kin teruk jadinya.
Tapi sejam atau 2 jam selepas berg4duh, dia akan pujuk aku balik, dia akan rasa bersalah, sampai pukuI diri dia sendiri, h1ris pis4u kat tangan sendiri. Betul – betul aku cakap, lelaki macam Airil dalam cerita andainya takdir tu memang wujud.
Terlalu obses dengan isteri sendiri, tapi cara sayangnya tu salah dan meIampau, setia dan sayang, tapi kuat cemburu, kuat m4ki hamun, rajin naik tangan. Selepas hampir 9 bulan kami tidak sebumbung, aku dah berkerja, dan taIak juga telah jatuh masa tu, suami aku sangat bersungguh dalam pujuk aku semula, dia janji dia akan berubah, dia izin kan aku kerja, dia bayarkan deposit untuk kereta baru aku jugak.
Tapi janji tinggal janji, ulang semula. Seperti membaca buku yang sama, skrip yang sama. Aku sungguh menyesal sebab rujuk dengan dia, bukan setakat rujuk, menyesal jugak sebab kenal, dia saja satu – satunya jantan yang pernah naik tangan kat aku.
M4ki hamun aku teruk – teruk macam tu. Aku nak tulis apa yang dia m4ki aku pon luluh hati rasanya. Aku sungguh sayang sangat – sangat dengan suami aku, tapi aku benci perbuatannya terhadap aku selama ini. Dan aku jugak sangat – sangat malu sekiranya peceraian berlaku lagi, sesungguhnya aku dalam dilema, memikirkan perasaan orang tua aku.
Mesti malu kalau satu – satunya anak perempuan dia ni bercerai lagi. Dalam masa yang sama, aku jugak bersyukur sebab belum dikurniakan zuriat, mungkin ini hikmahnya, andai kata kalau aku bercerai sekali lagi, aku tahu apa yang akan jadi kalau aku rujuk semula, atau berhubung atas dasar anak.
Tapi bila semua ni akan berakhir?? Apa lagi yang aku mampu buat, aku sangat sayangkan suami aku, puas aku berdoa mintak Allah lembutkan hati dia, mintak sentiasa fikir yang aku perempuan yang baik. Perkahwinan aku sangat t0xic.
Aku sangat – sangat tertekan, aku cuma fikir, mungkin kalau aku m4ti atau aku bvnvh diri semua ni akan berakhir. Sungguh aku tak mampu hadap suami aku, aku tak mampu hadap mulut orang bercakap tentang penceraian aku lagi. Aku tak kuat, aku malu. – Reen (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurna NaFiz : Salam bahagia puan. Pada pendapat saya suami puan ada masalah psik0logi. Ada ciri nars1stic, paran0id pun ada, mood swing pun ada. Saya harap dia bukan seorang yang pernah mengambil / men4gih d4dah jenis meth4mphet4mine dalam hidupnya.
Tiada sesiapa yang boleh sahkan apa peny4kit mentaI sebenar dia melainkan mereka yang pakar dalam psiki4tri. Nak suruh bawa ke hospitaI untuk dapatkan rawatan psiki4tri pula rasanya seperti tidak mungkin untuk orang yang begini.
Tak pastilah jika dia mahu. Tapi peny4kit psik0logi yang tidak dirawat boleh menyebabkan timbulnya peny4kit mentaI yang lain juga. Jadi, berhati – hati selalu dengan keselamatan diri puan jika masih kekal sebumbung.
Perceraian kali kedua dengan orang yang sama mungkin secara tipikalnya dalam masyarakat kita ini memaIukan tetapi manfaatnya mungkin lebih besar. Manakala hidup dalam suasana sekarang sedikit sebanyak boleh menjejaskan kesihatan mentaI puan sendiri juga.
Jadi, Puan buatlah satu keputvsan yang boleh mengurangkan mud4rat pada diri puan. Maaf kalau pendapat 2 kupang saya tidak menepati keadaan semasa puan. Semoga berhujung bahagia.
Nadirah Dira : Teringat mak aku.. sanggup berlebam menangis hari – hari sebab takut cerai jadi janda. Lepas tu anak membesar pun dalam environment yang t0ksik. Tahniah bertahan. Lepas ni kalau ada anak jadi m4ngsa pukuI pun bertahan la ye selagi mampu.
Amirah Azmi : Kata – kata h1naan yang paling meny4kitkan adalah dari orang yang kita sayang. Pengh1naan itu akan buat kita hilang percaya diri dan rasa sangat terh1na. Jangan pedulikan apa yang orang lain akan kata pasal diri kita, s4kit dan siksa diri sendiri yang tanggung.
Buatlah sesuatu keputvsan demi kebaikan diri sendiri. Sampai bila mahu menyiksa diri dalam rumahtangga yang t0ksik, suami langsung tiada kepercayaan kepada isteri. Bila suami sudah sampai tahap sanggup naik tangan cukuplah bertahan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.