Aku kenal dengan suami tak lama, sebulan kenal terus bertunang. Sepanjang kahwin aku banyak makan hati sebab dia bukan lelaki yang r0mantik dan aku rasa dia tak sayang pun dekat aku. Aku pergi outstation dia langsung tak kol atau mesej tanya tentang aku. Sehinggalah aku disahkan s4kit k4nser…
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin. Ni kisah aku sendiri. Bukan fake akaun tapi tolong hide profile aku. Walaupun malu andai ada yang mengenali aku di sebalik luahan perasaan ni, sebab apa yg aku tulis ni adalah sebenar – sebenar diri aku. Tapi aku harap ia jadi iktibar pada orang lain. Aku adalah seorang isteri, ibu kepada 3 cahaya mata. Dalam alam rumahtangga memang tak dinafikan ada macam – macam ujian yang datang. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Suami aku ni jenis solat tak tinggal, selalu tanya aku dah solat ke belum? Datang dari keluarga yang warak. Aku kahwin dengan dia kenal tak lama. Sebulan kenal terus tunang, setahun kemudian kami kahwin. Kami tunang pun PJJ sebab dia bertugas di Borneo. Jadi ada la sekali dua aje jumpa tu pun sekejap.
Zaman kenal dulu mana ada smartphone, 3G, 4G LTE semua ni. Yang ade, SMS dan MMS, tu pun harganya mahal kalau kita hantar mesej. Aku suka dia sebab personaliti dia yang ada pegangan agama. Tapi lepas kahwin baru tau, dia jugak jenis yang tak caring, tak loving, dan dan sikapnya tak dapat di jangka. Selalu aku makan hati dan terasa hati dengan dia. Jenis yang kadang nak dengar cakap dia aje. Bila aku bertengk4r dengan dia, aku rasa marah sampaikan terdetik dalam hati, aku boleh hidup tanpa dia (Terdetik aje).
Kadang aku fikir dia tak pernah sayang aku. Ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada hari lahir mak dia, jadi memang senang nak ingat, tapi dalam group wasap dia boleh wish birthday mak tapi tak wish anniversary kahwin sendri. Tak wish tu tak ape lagi, tapi aku wish dalam whatsapp tapi tak reply. Kecik hati aku. Sampai aku padam balik apa yang aku wish tu. Dia ni memang tak sayang aku kot.
Lepas tu kalau aku terp4ksa berjauhan, outstation, dia jenis tak reti nak kol bini tanya dah makan ke, tanya khabar? Dah sampai mana ke? TAK ade langsung nak ambik berat walau kalau aku bawak anak – anak outstation skali pun, tak reti nak ambik tahu hal anak bini. Dulu kalau balik rumah keluarga mertua, jenis dia bila dah berkumpul adik beradik langsung tak peduli dengan aku, cuma lepas beberapa kali aku luahkan rasa tak puas hati (bertengk4r) aku baru le nampak perubahan dia. Jadi untuk pendekkan cerita aku rasa dia tak sayang aku, dan aku boleh hidup tanpa dia.
Tapi aku diuji Allah. Aku disahkan hidap k4nser payud4ra. Terduduk aku. Tapi aku anggap Allah uji sebab Allah sayang dan pasti ada hikmah disebaliknya. Aku jalani pembed4han buang salah satu payud4ra. Lepas pembedahan, aku jalani pula kim0terapi. Sepanjang aku jalani rawatan k4nser ni, selain keluarga, orang yang sentiasa bagi sokongan adalah SUAMI aku. Suami yang aku rasa tak sayang aku, tak ambik berat hal aku, suami yang selalu buat aku makan hati. Allahuakhbar. Hikmah di sebalik s4kit k4nser aku adalah Allah nak buka mata hati aku bahawa suami aku sebenarnya sangat sayangkan aku. Aku terkedu bila adik aku cerita.
Masa aku dalam dewan bed4h adik aku kol suami aku untuk tanya perkembangan aku, tapi masa tu suami aku diam lama. Bila suami aku jawab, masa tu suara dia ada getar. Suami aku tahan tangis dia. Kenapa dia menangis? Kerana risau dan sayangnya dia pada aku. Sepanjang aku dalam rawatan kim0terapi, badan aku lemah, selera tiada. Dia suami yang sentiasa jaga aku, mandikan aku. Layankan tekak aku. Apa sahaja yang aku rasa nak makan dicarinya sampai dapat. Sebab selera aku tak menentu akibat kim0terapi. Dia cari asalkan dia tahu aku makan sesuatu dari dibiarkan perut aku kosong.
Bila rambut aku mula gugur dia trim supaya aku selesa. Sampai aku malu nak berhadapan dengan dia bila fizikal aku dah buruk kuku dah hitam lidah pun hitam kepala dah botak tapi dia cakap aku tetap comel dan dia sentiasa melawak sebab nak bagi aku gelak. Aku cakap kat dia, aku dah tak sempurna. Br3ast pun dah takde satu. Tapi dia cakap, dia ok aje. Bukan isu pun pada dia. Anak – anak ke sekolah dia yang uruskan.
Rumahtangga dia yang kemas. Baju dia yang basuh. Masak dia yang masak dan kemas. Dia urut aku, dipicitkan kepala, dipicitkan kaki. Apa aje keperluan aku dia penuhi. Allahuakhbar. Selama ni aku tak nampak semua tu. Sebab hati aku dibutakan aku sendiri. Mungkin dia tak tunjuk dia sayang, dia tak tunjuk dia ambik berat, dia tak pamerkan dia r0mantik. tapi sebenarnya dia adalah suami terbaik aku.
Aku bersyukur Allah uji aku dengan k4nser kerana hikmahnya Allah telah buka mata hati aku untuk menghargai suami yang terbaik di sisi aku. Kalau sebelum ni aku kata aku boleh hidup tanpa dia tapi hari ini aku akui hidup aku hanya inginkan dia sebagai suami. Aku akan teruskan semangat juang aku Iawan k4nser ni. Aku nak hidup sihat supaya aku boleh membahagiakan suami. Menghargai diri dia sepenuh hati kerana Allah.
Doakan aku sembuh dan semoga rumahtangga aku sentiasa dalam redha Allah. Sesungguhnya aku adalah manusia yang tak sempurna. Aku harap, pada pasangan berumahtangga, kalau hal yang kecik jangan la dibesarkan. Bertolak ansur dan bersabar la. Sesungguhnya Allah hadirkan pelangi indah selepas hujan dan taufan.
Komen Warganet :
Rosy Razali : Kisah awak macam kisah saya bukan nak a1bkan sesiapa. Rumahtangga mana yang tak bergoIakkan, saya pernah diuji. tapi bila Allah berikan s4kit barulah sedar betapa besar nikmat Allah bagi. Alhamdulillah, kerana ujian Allah ni, m4kin mendekatkan kita dengan Allah. Syukur pada Allah..
Roswati Mohamed Addnan : Sebak sangat bila baca kisah puan ni, semoga segera sembuh. Teringat kata – kata sang suami suatu ketika dulu bila ditanya kenapa tak pernah dengar dia ucap sayang, katanya “sayang tak perlu diucap, tindak tanduk secara semulajadi yang lahirkan kasih sayang, itu lebih bermakna.”
Muhammad Adham : Suami yang tidak menunjukkan kasihnya (tidak r0mantik), sebenarnya adalah suami yang sangat baik. Depa selalunya sangat prihatin cuma tidak tahu meluahkan atau memperlihatkannya. Setiap manusia itu tidak sama, Alhamdulillah puan dapat melihat PERMATA yang terseIindung selepas puan diuji dengan br3ast c4ncer. Semoga puan kembali sembuh seperti sediakala dan berbahagia dengan suami puan sehingga ke akhir hayat.
Mekza ZA : Ala memang ramai orang bijak berkata – kata. Kita manusia pasti akan terasa kalau orang yang kita sayang tak hiraukan kita dan pada saat ujian Allah itu tiba saat itu baru boleh kita menilai. Sama macam saya sis, suami jenis tak reti nak r0mantik – r0mantik ni. Tapi saat saya s4kit dialah seorang insan yang pertama menitiskan air mata. Walaupun dia tak cakap dia sayang saya, saya tahu air mata itu boleh menjawab segalanya di atas persoalan yang selama ni saya tertanya – tanya. Dia suami yang bertanggungjawab dan baik cuma jenis pendiam dan tak reti nak r0mantik dan ucap kata – kata sayang. Semoga sis cepat sembuh ya..
Khatijah Cheram : Alhamdulillah, kita kenalah bersangka baik dengan suami. Orang lelaki ni bukannya semua r0mantik sangat termasuklah suami aku. Kami sekarang dah hampir 30 tahun kahwin, kalau hari – hari yang penting kalau aku yang tak ingatkan dia, memang ke lautlah jawabnya. Tapi sebenarnya diorang ni sayang pada isteri, cuma tak mahu nak tunjukkan sangat, diorang takut nanti mengada – ngada pula. Buat isteri – isteri semua janganlah terasa hati kalau dapat suami yang tak r0mantik, yang penting dia seorang yang bertanggungjawab dekat isteri dan anak – anak.
RaNia AuLia : Lelaki ni selagi Allah tak tarik nyawa isteri selagi tu dia layan kita macam tunggul. Bila dah s4kit, rambut dah gugur, kuku dah hitam baru nak ambil kisah. Kau bercinta bagai nak rak, langit dengan bumi sangup kau redah, apa pun yang halang segalanya sanggup asalkan orang yang kau sayang tu hari – hari ada depan mata. Bila dah sah ik4tan halal, kau buat bini kau cam lembu, buat macam tak wujud. Bila bini da separuh nyawa, baru kau nak tunjuk konon – konon menitis air mata kau, mulut aku menahan sabar rasa nak m4ki je dapat laki macam ni.