30 tahun yang lalu saya dan suami telah mengambil anak angkat sebab saya tak mampu nak mengandung atas faktior kesihatan. Ketika itu, dialah nyawa dan penyeri hidup kami. Kami sediakan segalanya untuk dia tanpa kurang sedikit pun. Hinggalah selapas habis belajar di Universiti, dia mahu mencari keluarga kandungnya semula…
#Foto sekadar hiasan. Saya cuma nak berkongsi rasa dan cerita sahaja dengan semua warga facebook. Ini adalah kisah hidup saya dan bukan kisah rekaan. Tiga puluhan tahun yang lalu, saya dan suami telah mengambil anak angkat perempuan, dan kami namakan Ana (bukan nama sebenar). Kami sangat sayangkan Ana. Dialah nyawa kami, dialah penyeri hidup kami. Semua keperluan Ana memang kami berikan secukupnya, rasanya tak ada satu pun yang terkurang. Saya dan suami sama – sama bekerja sebagai guru.
Kehidupan kami sangat bahagia. Saya memang tak ada rezeki untuk mengandung atas faktor kesihatan. Kehadiran Ana cukup membahagiakan. Walaupun kami mengambil Ana sebagai anak angkat yang sah, tetapi kami tak pernah memutvskan hubungan Ana dengan keluarga kandungnya. Ana adalah anak ke 8 dari 10 adik beradik.
Keadaan itu berubah apabila bapa kandung Ana dipindahkan kerja ke kawasan pendalaman Sabah. Bapa kandungnya bekerja sebagai polis. Sejak dari itu, kami cuma dapat menghubungi keluarga kandungnya melalui telepon. Tak tak lama selepas itu, nombor telepon mereka tak dapat dihubungi. Jadi memang kami tak dapat hubungi keluarga kandung Ana. Dipendekkan cerita, suami saya telah meninggaI dunia ketika Ana masih menuntut di universiti. Payah betul rasanya untuk berdiri seorang diri. Dugaaan demi dugaan datang meIanda. Tamat saja belajar di universiti, Ana menyuarakan pendapatnya untuk mencari balik keluarga kandungnya di Sabah. Saya tak ada haIangan, malah menyokong dan menolong Ana mencari keluarganya. Lama juga kami mencari, akhirnya keluarga kandungnya dijumpai. Rupa – rupanya mereka telah berpindah ke kawasan lain dan bapa kandungnya juga telah lama meninggaI dunia.
Ana memberitahu bahawa dia teringin nak tinggal bersama mak kandungnya. Saya tak menghaIang, dengan harapan dia akan menjenguk saya juga. Dengan harapan dia masih menganggap saya maknya. Tapi m4kin lama m4kin berubah sikap Ana. Dia dah mula menutup telefon kalau saya nak bercakap dengannya. Saya s4kit pun dia tak jenguk. Keadaan bertambah teruk sehingga dia memberitahu bahawa dia memilih untuk menjaga mak kandungnya berbanding saya yang menjaganya sejak kecil. Ana cuma mengucapkan terima kasih sahaja kepada saya, kerana menjaga dan memberikan kehidupan yang sempurna kepadanya.
Untuk pengetahuan Ana, mak tak marah bila Ana tak nak jaga mak. Mak juga tak berdend4m, cuma mak doakan Ana bahagia dunia dan akhir4t. Satu ja, kalau Ana ada masa, jenguklah mak sayang, mak sangat merindui mu nak. Dah puas mak call Ana , tapi tak pernah Ana angkat telepon. Dah banyak mesej yang mak hantar, tapi satu pun tak dibaIas. Akhir kata, terima kasih semua pembaca, kerana dah kurang sedikit beban di hati saya bila saya meluahkan perasaan.
Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata turut berasa sedih dan simpati atas apa yang menimpa penulis. Semoga dengan penulisan dan luahan yang ditulis, Ana dapat membaca dan menghubungi semula penulis yang sangat merinduinya.
Walaupun hanya ibu angkat tetapi, dia telah memberikan sepenuh kasih sayang dan kesenangan buat anak yang dianggap seperti anak kandung sendiri. Tak salah ingin berbakti kepada ibu kandung tapi ingat dan kenanglah jasa ibu angkat yang selama ini membesarkannya dari kecil hingga berjaya ke menara gading.
Komen Warganet :
Liza Naim : Sabar la kak, ini la dugaan allah buat akak insan yang terlalu baik. Andai kebaikan akak tidak di baIas di dunia inshaAllah pahala besar menanti akak di sana.. Kepada Ana kenang la walau sedikit jasa mak angkat yang telah membesar dan memberi pendidikan dengan penuh kasih sayang….
Ilyanis Firdaus : Kacang lupakan kulit betul. Bila dah lepas universiti, dah ada kerja lupakan mak angkat. Tak rasa mak angkat nak awak bayar balik pun, sekadar nak menumpang kasih. Anjing jalanan yang kita bagi makan jarang – jarang pun boleh kenal orang yang berkongsi rezeki dengan depa. Mengalir airmata membacanya, inikah baIasan membesarkanmu wahai manusia, tegarnya hati dia.
Sziyusni Ab Ghani : Kesiannya puan, saya boleh rasa kasih dan rindu puan pada anak angkat puan. Moga Allah buka pintu hatinya untuk sedar diri. Jika benar nak jaga ibu kandung, apa salahnya sesekali jenguk dan telefon puan. Tiada ke rasa kasih mu sebagai seorang anak wahai Ana. Harap puan sabar dan banyakkan doa. Allah maha mendengar. Sedih sangat saya baca kisah puan ni. Moga Allah beri puan kesihatan dan kebahagian. Amin
Widuri Manja : Sian puan, walaupun anak angkat tapi mesti kasih sayang puan dan arw4h suami curahkan pada Ana tiada sempadankan. Saya faham sebab saya pun beIa anak angkat, saya faham bagaimana kita cuba beri terbaik pada anak ini sebab takut di akhir4t nanti kita akan disoal pasal amanah yang kita jaga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan kehidupan puan. Sentiasa berdoa agar dilembutkan hati Ana supaya dapat menziarah puan..
Nor Asma : Saya pon anak angkat, dari kecik mak dan arw4h abah beIa sampai saya dah besar macam sekarang. Saya selalu balik rumah mak ayah kandung tapi sekali – kali tak pernah tinggalkan mak angkat yang dah bergeIar ibu tunggal. Nak ke mana saya pasti akan bawak mak angkat sekali dengan mak kandung. Masa raya balik rumah bergilir – gilir. Susah nak lupakan insan yang banyak berjasa. Saya mungkin tak mampu menjadi seorang anak yang terbaik tapi saya tak harap mak tinggal sorang – sorang tanpa teman. Saya cuma nak ada orang yang akan tengok – tengokkan mak. Marilah duduk dengan saya, jadi kawan dengan mak – mak saya. Kalau mak sudi, pm saya.
Song Onim Circle : Kes acik sama macam mak sed4ra saya. Dia beIa anak jantan dari keluar perut sampai besar panjang. Sampai ke Jepun sambung pelajaran, semua dia tanggung demi nak tengok anak kesayangan dia berjaya. Tapi bila dah berjaya, lupa pada mak yang banyak berjasa.. Mak sed4ra saya Iumpuh sekejap akibat str0ke pun dia tak jenguk sebab dah kembali bersama keluarga kandung..
Mak sed4ra saya dulu pernah suarakan nak namakan harta pada si anak angkat. Bila dah tengok perangai dia, kami semua nasihatkan mak sed4ra wakafkan harta dia ke jalan Allah. Sekurangnya pahala tu akan berjalan selagi digunakan. Manfaatnya untuk membantu mak sed4ra saya di sana jugak nanti… Kita yang hidup memang boleh sedekahkan doa dan apa yang patut tapi kita tak tahu sampai bila je kita mampu teringat dekat dia. Buat acik, berhentilah berharap dan dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan ibadah, insyaallah, ada baIasan yang baik untuk acik nanti…