Ada satu hari saya tengok anak murid saya macam selekeh sangat. Tak makan, tak terurus. Saya panggil beliau dan bertanya “tak rehat ke?”. Jawab beliau “tak cikgu, ayah saya tak kerja” simple. Saya tahu kesusahan beliau tapi tak terfikirlah sampai sedaif itu. Saya hulur RM10. Saya terus pergi bilik guru, tak sangka…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi menyiarkan confession saya. Dan terima kasih juga sekiranya anda membaca. Ketahuilah anda bahawa saya sangat mengharapkan anda mendalami maksud yang saya hendak sampaikan.
Sesungguhnya sekiranya ada unsur ri4k ketika anda membaca entry ini, ketahuilah anda bahawa saya tidak punya maksud sedemikian rupa. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Saya pernah membaca buku apa entah tajuknya tapi pasal hikmah – hikmah sedekah.
Mostly pasal orang berniaga. Nak untung? Sedekah. Nak jualan naik mencanak? Sedekah. Saya cuma mampu baca sebab saya tak berniaga. Saya nak share dengan semua ajaibnya sedekah. Semua ini berlaku kepada saya, seorang h4mba Allah yang h1na dan sering membuat d0sa.
Semoga pahala yang saya peroleh boleh cover d0sa – d0sa saya selama ini. Peristiwa pertama, saya seorang bekas murid sebuah sekolah menengah berasrama di Pahang. Masa zaman saya bersekolah (14 tahun lepas), duit syiling sangat penting macam nyawa lah.
Gigih belanja 20sen kat koperasi semata – mata nak dapatkan syiling 80 sen. Nak buat apa? Nak telefon mak ayah tanya bila nak datang, tolong bawak itu ini dan sebagainya. Ada satu hari saya ke kIinik sebab demam. Semasa menunggu van sekolah ambil saya selepas menerima rawatan, ada seorang makcik datang kepada saya. “Nak, tolong telefon anak makcik nak. Bagitau makcik dah siap. Boleh ambil dah. Makcik cari syiling tak jumpa”.
Masa tu syiling saya sangat kritikaI. Sangat – sangat. Ada tak sampai seringgit. Nak call mak ayah lagi. Tapi saya pergi kat telefon awam, call no anak makcik tu. Bagitau dah siap semua. Makcik tu tunggu agak jauh dari saya.
Tiba – tiba makcik tu datang. “Nah ambil semua duit ni. Tadi guna duit anak kan? Anak makcik dah datang. Terima kasih ye”. Allah. Allah. Allah. Dapat lah dua genggam syiling masa tu. Subhanallah. Terkedu kat situ jugak.
Peristiwa kedua, ketika saya sudah bekerja. Saya bekerja sebagai guru. Ada satu hari saya tengok anak murid saya macam selekeh sangat. Tak makan, tak terurus. Saya panggil beliau dan bertanya “tak rehat ke?”. Jawab beliau “tak cikgu, ayah saya tak kerja” simple.
Saya tahu kesusahan beliau tapi tak terfikirlah sampai sedaif itu. Saya hulur RM10. Saya cakap “ambil duit ni buat belanja sampai esok. Jangan tak datang pulak”. Lepas ucap terima kasih terus beliau pergi rehat. Saya pun naik bilik guru.
Tiba – tiba ada seorang cikgu jumpa saya “ni RM100 duit dari PIBG penghargaan sebab buat kelas sepanjang tahun lepas”. Dalam masa 10 minit, RM10 saya dah digantikan dengan RM100. Allah Maha Kaya. Peristiwa ketiga, saya seorang yang ingin punya anak awal.
Rezeki saya mengandungkan anak pertama kira – kira lima bulan selepas berkahwin. Sebenarnya tidak terlalu awal bagi sesetengah orang. Sebelum saya tahu saya mengandung, saya pergi ke sebuah rumah anak yatim yang betul – betul dhaif.
Masa tu tiada orang sebab semua orang pergi solat jumaat. Saya tinggalkan beberapa beg beras dan saya masukkan sedekah saya di dalam tabung di luar pejabat rumah anak yatim tersebut. Saya tinggalkan nota berbunyi “Sedekah untuk ana k- anak. Doakan saya juga dapat rezeki anak.”
Beberapa hari kemudian saya dapat tahu saya pregnant. Syukurnya Ya Allah. Saya harap nota tu tak terbang di bawa angin. Saya rasa cukuplah tiga peristiwa ini sebagai pendorong anda untuk bersedekah. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips : –
1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.
2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi d4rah daging dan beranak pinak dengan d4rah daging hasil derma anda.
4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul – betul memerIukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak – anak anda rasa.
5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang – kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.
6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”
7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa – apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.
8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.
9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.
10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.
Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.
Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian / barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan. – H4mba Allah yang mengharapkan pahala tidak putvs
Komen Warganet :
Jue Sakura : Saya memang percaya kuasa sedekah. Dah banyak berlaku kat saya. Alhamdulillah.. Ada 1 yang betul – betul Allah tunjuk. Saya nak pegi umrah dalam masa seminggu dua. Duit belum tukar. Barang ada yang cari lagi.
Duit memang tak cukup. Ngam – ngam. Satu hari, husband bagitau mak mertua saya takde duit. Tinggal berapa ringgit kat tangan. Husband tanya ada duit tak, sape tak sedeykan. Saya kate takpela, kita bagi duit sikit. Takpela tak tukar duit riyal tu.
Nanti adela rezeki nanti..tup – tup nak tau ape jadi esoknya? Tengahari lepas lunch, tengok atas meja ada satu sampul surat yang bertulis “untuk ringgankan sikit urusan umrah”. Rupanya bos bagi sampul tu. Tengok – tengok kat dalam Allah bagi 5X ganda dari yang saya keluarkan untuk mak. Menjerit masa tu happy. Bersyukur. Percaya pada rezeki Allah.
Farhah Simard : Saya pernah cakap kat my canadian husband pasal baIasan sedekah buat baik camni. Dia jawab cam what the heck kita harap baIasan. Tak boleh ke cam buat baik sebab ianya tanggungjawab kita sebagai manusia.. malu saya.
Khairul Ramadhan Azhar : Saya rasa tiada salahnya jika kita bersedekah dengan mengharapkan baIasan. Saya sentiasa mengharapkan baIasan apabila bersedekah. Saya akan tertunggu – tunggu, apa Allah nak bagi kepada saya.
Sebab apa? Agar saya sedar apa yang saya dapat adalah pemberian dari Allah. Bila saya diberi satu kebaikan, saya akan kata ‘ini hasil yang Allah bagi akibat bersedekah’. Agar saya tidak lalai dengan berfikir bahawa setiap apa yang saya dapat itu adalah hasil usaha saya sendiri.
Mengharapkan baIasan selepas bersedekah juga mengajar saya untuk bersangka baik kepada Allah dan memberi sedikit sebanyak kefahaman tentang ilmu makrifatullah. Saya jarang kecewa bila mengharapkan baIasan selepas bersedekah.
Saya ada kongsi salah satu pengalamanan saya tentang bagaimana saya dapat baIasan terus dari Allah selepas bersedekah di wall saya. Kalau saya tidak diberi baIasan di dunia sekalipun, saya yakin saya akan terima baIasan di akhir4t kelak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.