5 tahun saya berkahwin dengan suami, dia langsung tak pernah bertanggungjawab pada saya dan anak2. Lepas cerai kakak terus ambil saya dan anak untuk tinggal sekali. Bayangkan setiap bulan abang ipar beri saya 2k untuk belanja. Saya sekarang terfikir, kakak sanggup tak terima saya jadi madu. Saya hanya nak berkongsi..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum kepada admin dan semua pembaca ruangan ini. Saya seorang janda anak satu. Bercerai dengan suami setahun yang lalu setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga. Semuanya akibat per4ngai bekas suami yang panas baran, suka langgan perempuan dan tidak bertanggungjawab pada keluarga.
Setelah bercerai dengan bekas suami, saya membawa anak tinggal bersama keluarga kakak saya. Kakak saya seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak. Hubungan kami beradik memang sangat rapat sejak dari kecil lagi.
Semenjak berkahwin saya dan kakak masing – masing menjadi surirumah sepenuh masa walaupun kami masing – masing ada kelulusan universiti. Kisahnya setelah saya bercerai dengan bekas suami, kakak dan abang ipar telah mempelawa saya dan anak tinggal sekali dengan mereka memandangkan saya dan anak tidak ada tempat untuk tinggal.
Bekas suami pun tidak memberi sebarang nafkah kepada kami anak beranak. Untuk pengetahuan semua, abang ipar saya kerja sebagai jurutera di pelantar minyak dan memang jarang berada di rumah, balik rumah pun dalam sebulan atau 2 bulan sekali.
Jadi bila abang ipar takde dekat rumah, boleh lah saya temankan kakak dan anak – anaknya, ada la teman untuk berbual. Disebabkan pekerjaan abang ipar yang mempunyai pendapatan yang tinggi, dia mampu memberi kehidupan yang agak mewah kepada kakak saya dan anak – anaknya dengan menyediakan rumah dan kereta yang besar. Siap ada pembantu rumah sepenuh masa.
Seiingat saya, mereka tidak pernah kesempitan wang untuk berbelanja apa saja yang dikehendaki serta mampu melancong ke mana – mana negara yang diinginkan. Semenjak saya dan anak tinggal bersama kakak, segala kehidupan saya dan anak ditanggung oleh abang ipar, bukan saja makan dan tempat tinggal, malah saya telah diberi duit belanja sebanyak RM 2k setiap bulan oleh abang ipar saya.
Berbanding dengan 5 tahun tempoh perkahiwnan saya dengan bekas suami yang penuh dengan d3rita dan airmata, saya merasa sangat aman dan selesa dengan kehidupan sekarang. Masalah saya sekarang, saya terfikir sampai bilakah saya akan terus menjalankan kehidupan atas ehsan dari kakak dan abang ipar saya.
Tetapi dalam masa yang sama saya sayang untuk meninggaIkan kehidupan yang ada sekarang. Segala – galanya macam dah lengkap malah lebih dari apa yang saya dapat masa dengan bekas suami dulu. Sehinggalah saya mula berangan alangkah indahnya kalau abang ipar saya dapat memperisterikan saya dan kakak saya dapat menerima saya sebagai madu dia.
Tetapi semua ini hanyalah bisikan di dalam hati saya dan tak perlu saya luahkan pada siapa – siapa sebelum ini. Mungkin pertanyaan saya ini akan dik3cam. Tapi saya meluahkan perasaan saya di sini adalah untuk mendapat nasihat dan pendapat yang berguna bagi saya supaya saya tidak membuat benda yang salah dan harap jangan dik3cam kerana saya hanya manusia dan h4mba Allah yang lemah.
Soalan saya kepada semua pembaca semua, kalau anda di kedudukan kakak saya, ada tak yang sanggup menjadikan adik kesayangan sendiri sebagai madu? Saya tak pasti adakah perbuatan saya ini boleh dianggap merosakkan rumahtangga kakak saya tapi saya tak boleh berbohong dengan perasaan ini.
Sebenarnya saya sudah serik dan f0bia dengan lelaki disebabkan pend3ritaan yang telah saya alami selama 5 tahun bersama bekas suami, saya hanya ingin menumpang kasih dan membesarkan anak saya dalam keadaan yang baik, tiada langsung niat untuk mer4mpas abang ipar dari kakak.
Sekian sampai di sini sahaja luahan saya kali ini, terima kasih kepada yang sudi membaca kisah saya dan memberi kata – kata nasihat dan semangat kepada saya.
Komen Pembaca :
Hazlina Mohd Nor : Tolong sedar diri dik dan cari kerja. Duit yang dibagi 2k oleh abang ipar, kumpul dan boleh buat modal untuk cari rumah sewa sebab semuanya sekarang ditanggung. Anak nanti boleh ditinggalkan dengan kakak dan pembantu rumah sementara anda keluar rumah dan mencari pekerjaan.
Cari juga taska untuk anak jika dapat kerja kelak. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan kakak awak, kalau tahu apa yang ada dalam fikiran awak. Dah elok – elok ada tempat untuk menumpang dan mengadu, mau kena halau hingga jadi musvh.
Nor Azliza Abd Rahim : Awak orang yang berpelajaran, jadilah orang yang bermaru4h. Berdiri di atas kaki sendiri, jangan mgharapkan orang lain membantu. Bina kehidupan awak sendiri. Tolong, jangan cuba mengh4ncurkan rumahtangga kakak awak.
Mulakan khidupan baru, cari kerja. Jadilah manusia yang berakal dan bersyukur, jadi wanita bermaru4h! Jangan sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
Tena Tyna Jem : Sis kata, sis lulusan uni tapi kenapa tak kerja. Takkan sis nak mengharapkan kakak dan abang ipar bagi belanja. Itu namanya par4sit. Kalau sis sayang anak sis, lebih baik sis pergi cari kerja. Mana tahu, masa sis kerja nanti sis jumpa orang lain yang lebih kaya dan baik dari abang ipar sis tu.
Sementara sis kerja, anak sis boleh dihantar ke sekolah full time. 2k yang kakak dan abang ipar sis bagi tu, sis pergi lah sewa tempat lain, dapat bilik pun jadi. Sis ingat kakak sis nak ke bermadu. Tempatkan sis di kedudukan kakak sis, dan tanya soalan itu pada diri sis. Otak tu, biar berfikiran w4ras sis jangan nak ambil jalan mudah je. Belum terlambat untuk sis berundur dari rumah kakak sis tu.
Ruzi Ngateni : Tak pernah saya komen dalam mana – mana luahan, cuma nak ingatkan, kakak tt ni baik sangat sanggup tumpangkan adiknya dan anak buah dalam rumahnya. Ingat orang yang baik, j0doh pun dapat yang baik.
Itu keadilan Allah. Jangan jadi manusia yang tak tahu bersyukur sepatutnyanya jadi manusia yg membaIas budi bukan yang mengkhi4nati, nauzubilllah himizalikh. Jagalah hubungan adik beradik buanglah niat busuk tu. Jadi orang yang baik hati InSyaaAllah percayalah janji Allah akan dapat jodoh lagi baik.
Contohi kakak tt yang baik yang tak kisah suami tanggung adik iparnya siap di bagi duit belanja 2k. Semua niat lillahhitaala.. Jadilah manusia yang bersyukur InSyaaAllah Allah akan Mudah lancarkn urusan tt.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.