Saya dah mengandung 8 bulan, memang dah lama sangat teringin nak makan steak dan kek secret recipe. Ini pun selepas 6 bulan baru suami bawa keluar makan. Saya post dekat status pic makanan yang kitorang makan tu. Tak lama lepas tu mak mertua saya wassap suami saya kemudian mula membebeI pasal makan mahal – mahal..
Foto sekadar hiasan/ Assalamualaikum admin dan warga Facebook. Mohon admin hide kan profile saya. Sebelum tu ini kali ketiga saya buat luahan dekat sini. Saya ada beberapa kemusykilan mengenai apa yang terjadi dalam rumahtangga saya . Semalam saya dan husband keluar makan luar, kemudian saya post dekat status pic makanan yang kitaorang makan tu. Tak lama lepas tu mak mertua saya wassap husband saya kemudian mula membebel pasal makan mahal – mahal kat luar apa semua . Kebetulan saya ada beli kek secret recipe 2 pot0ng. Jadi dalam gambar tu nampak la 2 kotak kecik tu kek secret recipe . Mak mertua saya cakap saya selera besar, nak makan macam orang kaya dan tak reti berjimat .
Untuk pengetahuan semua, inilah baru husband belanja makan dekat steakhouse sebab dah dekat 6 bulan teringin sangat nak makan. Kek tu pon sama dah 6 bulan terasa je kat tekak. Baru ni saya merasa nak beli mak mertua cakap saya memang suka menghabiskan duit laki. Pentingkan diri sendiri, padahal saya pregnant dah masuk 8 bulan ni baru berani nak makan mewah – mewah. Sebelum ni tahan tekak sebab nak beli barang baby, lagipon husband yang offer makan sebelum bersalin. Bila dah habis makan tu saya pegang henfon husband saya baca semua yang mak mertua saya tulis . Saya kecewa sangat – sangat dengan dia sampai saya menangis.
Dalam chat tu dia kata saya mengidam nak makan steak. Dia sikit pon tak backup saya. Bila saya nangis dia start serabut pastu marah – marah saya sebab dia kata saya tak paham dia dan saya dah keruhkan keadaan. Dia cakap dia tak tahu nak pilih sokong isteri ke mak dia. Saya cakaplah kalau saya ni tak menyenangkan mak dia, bukan menantu pilihan. Saya suruh mak mertua carikkan isteri lain untuk husband saya. Saya pon tak nak selamanya nak makan hati. Husband saya tiba – tiba cakap, kalau mak betul – betul carikkan jod0h lain untuk dia apa saya nak buat? Saya jawab saya tak kesah, janji anak dengan saya, dia diam jer .
Tiba – tiba hati saya terdetik yang dia ada perempuan lain. Saya tanya dia, abang dah ada perempuan pilihan mak ke? Dia cakap perempuan tu bekas tunang dia dan saya kenal perempuan tu. Tapi dia kata dia belum giIa lagi nak tinggalkan saya sebabkan nak puaskan hati mak dia. Dia cakap 1 benda yang saya terk3jut kecewa sedih semua ada. Dia kata kalau 1 hari nanti hati dia berubah untuk bersama dengan bekas tunang dia tu. Kalau dia terima balik bekas tunang dia, dia akan ceraikan saya dengan taIak tiga. Allahu Ionggar lutut saya bila dia cakap macam tu .
Soalannya kalau 1 hari Allah balikkan hati dia pada bekas tunang dia, serta merta jatuh tak taIak tu kat saya? Saya risau kalau dalam diam kot diorang ada contact bercinta belakang saya, maka jatuh ke tidak taIak tu? Dan apa kesan – kesan taIak 3 tu ke atas dia dan saya? Mohon beri kecaman yang membina. Saya dah nekad nak kuat demi anak saya kalau taIak ini terjadi. Terima kasih semua. Doakan saya.
Komen Warganet :
Meera Albert : Aku tak berpengalaman lah dalam hal kahwin – kahwin ni. Tapi bila suami kau dah bagi hint – hint macam ni. Satu je lah kau kena buat, bangun daripada sekarang. Kumpul apa yang patut. Proses tentang nafkah anak dan sebagainya. Takde lah kau kosong lepas cerai kalaulah. Lepas dia nak buat apa yang dia cakapkan. Kau takdelah terkilan sangat kak.
Syasha Dynna : Lain kali tangan tu tak payahlah gatal – gatal nak upload pic semata – mata nak menunjuk makanan ke ape ke kat semua orang. Dah tahu perangai mak mertua busuk hati macam tu, kan dah kena sebiji dengan mak mertua. Hidup ni tak semua dapat puaskan hati semua orang. Belajar jadi manusia lebih mat4ng, kan dah nak jadi mak orang, perangai tak payahlah jadi kebudak – budakkan.
Hal kecik pun, punca dari diri sendiri, mak mertua dan husband awak pun sama.. Sorang dah jadi suami orang, nak jadi bapa dah pun tak boleh handIe masalah isteri dan mak.. Yang sorang dah tua bangka, tunggu masa nak mamp0s pun suka suki je masuk campur hal rumahtangga anak – anak.. Anak dah kahwin, dah nak timang cucu, tak payahlah sibuk – sibuk nak puaskan hati sendiri nak kahwinkn anak dengan pilihan sendiri.. Baik mak mertua tu buat ibadat banyak – banyak.
Liliwati Kasdi : Dik, benda dah berlaku tak boleh ulang balik. Pandang ke depan.. Nasihat akak, kalau adik kerja kumpul duit untuk masa depan adik dengan anak. Kalau sebelum ni kongsi dengan suami lepas ni biar dia settIekan semua tanggungjawab dia. Tak payah tolong dah. Kalau dia tanya jawab je, ni untuk masa depan adik dengan anak yang belum lahir. Sedap mulut dia je main hembus bab – bab taIak nih.
Ingat kita ni isteri bila dah dinikahi bole buat macam bola.. Pant4ng nanti pant4nglah kat rumah mak sendiri, makan hati kalau pant4ng kat rumah mertua. Lagi satu baik mana pun isteri takkan menang dengan mertua. Memang kena mengalah sampai hujung nyawa kalau melibatkan mertua nih. Tenangkan hati doa banyak – banyak mohon Allah permudahkan segalanya..
Siti Norsyahida Yunos : Janganlah kecam tt upload pic makan sedap – sedap.. tt tengah preggy, dah lama dia mengidam mesti exc1ted dia tu lain macam.. Yang patut dikecam adalah mertua tt. Dasar mertua busuk hati, kalau nak makan jugak, minta jela anak belikan. Tapi janganlah cakap yang bukan – bukan kat belakang atau hasut anak. Kepada suami tt, sila meninggaI, perangai lelaki tak bertanggungjawab, dah buat anak orang mengandung senang – senang kau nak buang – buang macam tu je. TaIak 3 baii jangan buat main, sekali Allah uji kau, masa tu baru kau tahu langit tinggi rendah.. Aku mmg benci lelaki jenis main – main takIik ni, macam mempermainkan agama..
Nurazura Atan : Kesiannya… lepas bersalin awak kerja la sis sebab suami awak tu tak nampak pon akan berpihak pada awak selamanya. Bila ada duit sendiri seronok, boleh puaskan hati tanpa susahkan org lain.. Kadang suami beria nak isteri taat duduk rumah jaga anak tapi dalam masa yang sama dia d3ra em0si isteri. Berdoalah banyak – banyak semoga urusan awak dipermudahkan.