Aku dah tak tahan sebab semua hutang suami aku yang kena bayar dari sebelum nikah lagi aku dan bayar. Dia juga tak nak anak sebab dia kata anak ni membebankan, dah hutang pun tak terbayar. Aku buat keputvsan untuk bercerai, keluarg mertua semua sokong dan setuju tapi keluarga aku, pandang aku pun tak nak. Tapi aku nekad juga dan telefon sendiri pejabat agama untuk tanya tentang proses untuk bercerai…
#Foto sekadar hiasan. Assalammualikum dan selamat sejahtera. aku cuma nak share pegalaman hidup aku mungkin boleh beri inspirasi atau semangat untuk sesiapa yang takut untuk bercerai. Aku pernah bercerai sebab bekas suami tak pernah beri nafkah zahir kat aku, nafkah batin pun sebulan sekali selama 2 tahun lebih. Dulu aku kerja gaji besar dari suami aku sebelum kawin lagi tapi kalau sampai hutang dia tah mana – mana dari sebelum nikah aku kena bayar mana tak s4kit hati.
Bayangkan hutang dia kat kawan – kawan, hutang dia kat bos tempat kerja, hutang dia dengan keluarga dia, semua cari aku.. Aku str3ss sampai aku bayar guna duit aku, janji nak bayar balik kat aku tapi sampai sekarang tak bayar. Sampai aku asing bilik tidur dengan dia untuk permulaan tapi satu pujukan dari dia pun tak ada. Yang aku tahu dia jaja cerita kat keluarga aku, kawan – kawan dia dan kawan – kawan aku yang aku ni isteri malas dan tak bertanggungjawab, ni semua aku tahu lepas cerai.
Mase tu dalam 4 bulan asing bilik aku nekad untuk cerai, dia tak puas hati dia mengadu kat kelurga aku cakap aku ikut kawan – kawan nakaI perempuan merok0k, minum ar4k, melepak dan lain – lain. Yes kawan – kawan aku ambik semua ni sebab kawan aku bukan muslim so apa masalah dia? Sampai keluarga aku buang aku, benci aku. Masa tu mungkin sebaik – baik perancang dengan dari Nya yang aku tiada anak. Sebab dia yang tak nak anak, bagi dia anak ni beban duit sendiri ujung bulan pun mintak kat aku macam mana nak ada anak.
Tapi aku cuba tawakal aku kata biar semua orang buang aku yang penting aku nak bahagia. Aku sendiri call pejabat agama tanya proses cerai macam mana sebab aku bukan nikah kat sini. Alhamdulillah semuanya mudah, kawan aku yang dia tuduh nakaI dan jahat tu bantu aku. Tapi dia orang tak pernah tanya dan tahu kenapa aku nak bercerai sebab aku bukan jenis mulut kep0h dan suka up status fb sedih – sedih ni. Dekat FB aku semua yang happy – happy je..
Aku call keluarga bekas suami aku, sepupu – sepupu dia, alhamdulillah semua setuju keputvsan aku dan sokong sepenuhnya tapi keluarga aku tengok aku pun tak nak. Tak apelah aku nekad apa nak jadi pun jadi la. Masa ni aku dah berhenti kerja yang gaji besar tu aku keja kerani ja gaji aku masa tu suku dari gaji lama aku. Bila aku kira memang tak cukup nak bayar sewa rumah dan kereta dan bil aku. Sedihnya tapi aku tak kisah sebab aku dah start cari penyewa bilik jadi catu aku dah cover sewa rumah dan aku nak serah kereta aku untuk disewakan.
Alhamdulillah semuanya mudah jadi aku teruskan proses cerai suka sama suka yang sebab aku dan bekas suami tiada sefahaman. Masa naik mahkamah aku ingat ramai – ramai, entah kenapa hari aku pergi tu penuh sangat, jadi aku masuk dalam bilik ja, bahagia proses lafas dalam 15 minit semua selesai. Mudah sangat aku rasa nak meIompat sampai siap selfie depan mahkamah mase tu. Aku up kat fb sambil senyum keluarga aku semua kecam aku kata tak malu bangga jadi janda tapi keluarga bekas suami aku semua ucap tahniah sebab 2 tahun lebih aku sengs4ra.
Bayangkan selama ni tak ada sehelai baju pun dia belikan kat aku alasan dia gaji aku mampu untuk beli semua yang aku nak. Cuma aku nak berikan nasihat teruskan untuk capai bahagia ikut arus. jangan kata aku tak ada anak boleh la.. Kawan – kawan aku ramai yang ada anak dan boleh hidup bahagia dengan anak – anak diorang tanpa suami yang culas dalam nafkah. Siap ada kawan aku selalu kena pukuI dengan suami tapi dia nak bahagia, dia bercerai jugak. Sekarang kami semua bahagia dengan pilihan yang keluarga aku benci..
Alhamdulillah lebih stahun aku menjanda hadir seorang lelaki bujang yang betul ikhlas nak nikah dengan aku padahal aku tak pernah terfikir nak bernikah dalam masa terdekat dan keluarga suami sangat – sangat menerima aku. Sekarang aku bahagia dengan suami dan mentua kerana aku tinggal di rumah mentua aku. Menanti zuriat pertama aku bersama suami. Bekas suami aku tu sampai sekarang dia a1b kan aku kat wall fb dia macam – macamlah isteri curang la isteri derh4ka lah dan keluarga aku ada jugak like dan sokong dia.
Aku tak kisah dan aku anggap dia cuma tin kosong yang b0d0h sebab lelaki yang bukak a1b isteri dan burukan isteri tidak layak menjadi suami.. Dia juga pernah burukan aku kat kawan – kawan kerja suami aku sebelum kita orang nikah tapi alhamdulillah suami aku sekarang tak pernah kisah apa dia kata dan sangat – sangat bertanggungjawab nafkah zahir dan batin tak pernah culas walaupon dia cuma kerja hantar barang naik lori.
Mungkin sebab dia menjaga mak dan abah dia dan dah biasa membeli barang dapur untuk keluarga dan aku tengok kelurga suami aku sekarang sangat pentingkn kasih sayang aku tak pernah dengar walau sepatah kata – kata h1naan atau kata – kata untuk mengumpat keluar dari mulut ibu mertua aku dan adik – adik ipar aku. Dulu aku dengan bekas suami memang aku baran aku m4ki dia segalanya tapi pelik dengan suami aku sikit kata tinggi suara pun tiada..
Betul lah dalam islam tekankan nafkah zahir dan batin penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Kepada suami di luar sana jika isteri kamu baran cuba fikir cukupkah nafkah yang diberikan. Isteri akan jadi kurang ajar jika suami culas dalam tanggungjawab. Aku sekarang sedang belajar dari keluarga mentua untuk jadi terbaik dalam segalanya, isteri yang baik, insyallah mama yang terbaik seperti ibu mertua aku didik anak – anak dia.
Walaupun gaji tak besar tapi berkat jaga orang tua, aku tak bekerja masih boleh makan apa yang aku suka, pakaian, alat solek, wangian, mandian dan semua suami aku sediakan. Maaf panjang sangat karangan ni ambil yang positive ye, saya doakan kepada semua isteri carilah kebahagiaan sendiri insyallah sebaik – baik perancangan adalah dari Nya cuma lambat atau cepat sahaja. Kepada bekas suami aku doakan ko cepat – cepat insaf dan bayarlah segala hutang – hutang yang ko janji nak bayar kat aku bukan susah nak cari aku, ko baik dengan kelurga aku tahu kat mana rumah aku.
Aku tak kan mintak tapi aku tak kan halalkan setiap sen yang dipersetujui oleh ko untuk bayar kepada aku nilainya. Aku bukan kej4m tapi ni bayaran yang perlu ko bayar atas fitnah dan a1b aku. Kepada kerluarga aku insyallah satu hari nanti terbuka la hati untuk terima aku balik.. Mak aku orang pertama yang percayakan aku lepas aku bercerai cukup buat aku bahagia.. Abang long aku sebagai wali aku setuju dengan tindakan aku sebab bagi dia setiap keputvsan adalah hak aku cuma kakak – kakak aku dan beberapa orang masih setia bergosip hal aku dengan bekas suami.
Komen Warganet :
Aine Yazlina Abd Yaziz : Tindakan wajar sis. Sis berani dan hebat. Tak semua perempuan lemah sis. Sis berani menegakkan kebenaran. Nafkah adalah hak isteri yg perlu ditunaikan. Suami perlu bertanggungjawab dan isteri juga jalankan tanggungjawab sebagai seorg isteri, barulah rumahtangga bahagia, inshaAllah.
ShAna Src : Alhamdulillah saya juga dalam proses, tapi suami cuba memujuk dan tak nak bercerai. Tapi saya cekalkan hati juga. Nafkah alhamdulillah tak pernah miss tapi batin ke laut sebab berjauhan dan rupanya ada betina lain. Sekarang hari – hari telefon sampai risau. Suami siap call jiran untuk bertanya khabar. Lelaki yang bergeIar suami cuma pada sehelai kertas.
Mokcik Bedah : Yess.. brav0… like my friend punya cerita. 15 tahun hidup mend3rita, kena pukuI, m4ki, keluarga mentua tak suka kawan aku sebabkan dia bukan kerja kerajaan. Kena h1na, kena buIi hingga 1 tahap kesabaran dah hilang, dia pergi tuntut fasakh. Sekarang dialah wanita yang paling gembira bahagia dengan 3 orang anak dia, bekas suami? Jadi giIa, giIa taIak. Tapi kawan saya memang tak toleh belakang sikit pun. Wanita hati kentaI, respek u oll..
Nabyha Muhammed : Sama la kita, sis. I pon selfie depan mahkamah tapi bagi kat teman – teman rapat jek la, pastu pegi beli ps4. Bekas suami sampai sekarang dok kutuk – kutuk I kat fb, ntah bila la nak move on. Pelik sesetengah lelaki zaman sekarang nih yer.
Anne Angel : Salam puan. Puan adalah seorang wanita yang sangat hebat. Puan tak peduli apa orang kata untuk cari kebahagiaan puan. Puan sangat hebat dan berani. Kipidap puan. Semoga isteri – isteri orabg yang ngadu kat fb ni jadikan kisah puan sebagai inspirasi. Kalau saya ada kat sana, saya nak selpie sekali ngan puan kat makamah tu sambil meIompat – lompat. Ex puan dah giIa taIak mer0yan tu. Kasih ajar sama dia, terbaik puan..
Erna Ahmad : Cari kebahagiaan sis sendiri berusaha bahagiakan hati sendiri adalah lebih baik dari sis asyik memikirkan nak jaga hati orang yang tak pernah jaga hati sis. Tahniah sis moga sentiasa berbahagia. Hidup hanya sementara di dunia ni jadi cubalah cari kebahagiaan.