Sampai rumah mak ayah, aku selak tudung dan tunjuk segala kesan yang ada. Menangis kakak tengok keadaan aku

Aku kahwin diam – diam sebab keluarga tak restu aku kahwin dengan suami orang. Bila keluarga aku dapat tahu, suami aku sekali lagi nak kahwin dengan isteri ketiga, kawan baik aku sendiri. Kepada madu – maduku, semoga tabah sentiasa. Sekarang suami aku masih galak cari isteri baru..

#Foto sekadar hiasan. Assamualaikum semua, panggil sahaja TIA. Aku merupakan seorang ibu tunggal, ada sorang anak. Apa yang nak aku sampaikan ini semoga jadi pengajaran buat semua adik – adik yang mencari jodoh.

Pernikahan sindikit itu memang wujud ye. Pernikahan ni ada di dalangi oleh imam masjid, yang ada tauliah daripada pejabat agama. Alasannya nak bantu orang elak maksi4t, jika nikah sah, alhamdulillah. Jika tidak sah, maka siapa yang menanggung d0sa di sini?

Aku adalah seorang m4ngsa yang sedar setelah 6 tahun bernikah.. sedih bukan bila rujuk peguam, ustaz – ustzah mahkamah bahawa pernikahan tidak sah. Nikah melebihi 2 marhalah tapi guna wali hakim dalam negeri yang sama adalah tidak sah.

Jika di Thailand dan tempat yang dibenarkan adalah sah. Aku ni alhamdulillah Allah pelihara lagi daripada perkahwinan ni sebab selepas 3 bulan berkahwin siam untuk dapatkan sijil nikah, jadi akad nikah kali ke-2 ni sah.

Sebenarnya perkahwinan aku ni tidak direstui oleh keluarga disebabkan bekas suami aku ni suami orang. Jadi aku simpan perkahwinan sorok ni selama setahun lebih. Tiada siapa yang tahu aku berkahwin kecuali seorang kawan baik aku, family beIah suami tahu.

Selepas family aku tahu, maka bermulah fasa keserabutan dalam kepala. Yela, family mana tak marah sebab aku dah contengkan arang muka mereka. Ayah pernah cakap jika boleh bayar rasa malu tu dia akan bayar. Aku pula rasa kerinduan pada keluarga amat tinggi sebab family aku sangat rapat.

Bila ada vacation day bersama tinggallah aku kontang kanting tanpa family. Dipendekkan cerita selepas tahu aku dah berkahwin maka majlis kahwin aku dilakukan, macam mula – mula kahwin la sebab ramai tak tahu aku sebenarnya dah kahwin.

Masa ni aku sangat gembira sebab family sikit – sikit dah boleh terima suami. Aku ingatkan panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tengahari, suami aku ingin berkahwin lagi. Kali ni dengan kawan baik aku sendiri yang aku anggap kakak.

Bagaikan nak giIa aku waktu tu, merayu agar suami berkahwin selepas masalah dengan keluarga aku setel tapi tidak didengari olehnya. Aku bagitahu pihak perempuan tapi hampeh, dia kata jodoh dia. Aku bagaikan orang giIa, menangis hari – hari akhirnya depr3ssion, putvs harapan untuk hidup.

Hubungan keluarga masih belum pulih, suami dengan keputvsannya. Aku tinggalkan keluarga aku demi suami tapi ini baIasan suami. Akhirnya aku ingin hembuskan nafas terakhir sebab dah rasa tiada sebab untuk hidup.

Masa tu azan isyak yang menyedarkan lamunanku untuk m4ti, family segera ambil aku dari rumah, bawa keluar. Dah suami aku selamat berkahwin kali ke 3. Satu soalan family aku tanya, “adakah aku ingin terus bersama suamiku.” Jawapan aku “ya.”

Mereka cakap terserah, jika itu keputvsan aku, mereka turuti. Hiduplah aku bersama suami aku kembali, 1 tahun ke 1 tahun, sem4kin lama sem4kin nampak keadilan yang tidak tertegak. Nafkah bertahun – tahun tidak bagi.

Aku masih setia di sisi. Sampai 1 tahap masa tu ramadhan, 29 – 30 hari ramadhan hanya 1 kali sahaja dia berbuka puasa dengan aku. Masa tu aku cakap dalam hati mungkin ini ramadhan terakhir kami. Sabar sahaja walaupun aku sedih, aku mula persiapkan diri, mula cari tentang penceraian, mula ambik khidmat nasihat daripada peguam syarie.

Aku start berdoa, “ya Allah jika suami aku adalah yang terbaik untukku maka panjangkanlah jodoh kami, bukakan hati family aku untuk menerimanya dan jika sebaliknya angkatkan rasa kasih sayang antara kami.” Itulah doa aku.

Permulaan aku nampak jodoh kami ni panjang sebab aku mengandung. Selama 4 tahun aku ikhtiar untuk dapat baby, baru mengandung. Aku jugak nampak hubungan suami dan adik beradik m4kin pulih tapi itu hanya permulaan.

Apabila usia kandungan aku 8 minggu aku mengalami pend4rahan, aku ingin ke hospitaI tapi suami hanya senyap membisu. Aku wasap bagitahu perut aku s4kit kemudian aku bagitahu dah keluar d4rah dia tidak membaIas 1 pun wasap aku. Aku call dia tapi dia letak.

Aku ambik keputvsan untuk call ambulance sendiri, aku dibawa ke hospitaI. Sepanjang di hospitaI 1 kali pun dia tidak pernah bertanya khabar aku dan anak sihat ke tidak. Seminggu aku di hospitaI, begitulah keadaanya, aku sendiri mengurus diri aku.

Kali ke 2 aku dimasukkan ke hospitaI pada usia kandungan aku hampir 4 bulan akibat pend4rahan lagi, aku di kec3masan wasap suami bagitahu kedaaan aku. Tapi call pun tidak apatah lagi nak wasap. Ketika itu dia sedang bersuka ria berbbq di tepi pantai bersama keluarganya, mungkin aku bukan sesiapa untuknya.

Pada masa perut aku kian membesar, aku sangat dahagakan perhatian dah kasih sayang. Aku mula kerap kembali ke rumah family aku walaupun suami tidak suka dan tidak izinkan. Sewaktu dia tiada di rumah selama 2 minggu aku tinggal dengan keluarga aku, kebetulan aku ada appoinment hospitaI.

Senang keluarga aku untuk hantar aku. Selepas appoinment aku memang nak balik rumah tapi aku demam, menggigil. Jadi, aku putvskan untuk duduk di rumah keluarga aku. Kalau aku balik rumah sewa Aku hanya seorang diri.

Maka di situlah bermulanya pep3rangan aku dan suami dalam diam dan m4kin parah. Bila aku balik ke rumah, suami takde jadi aku takde kend3raan untuk ke kIinik. Dia boleh suruh aku jalan kaki kerana dia pergi ke pekan bersama isterinya.

Perasaan aku m4kin hari m4kin tawar, aku mula member0ntak. Apabila dia tiada, aku mula nak balik duduk dengan family. Dia mula marah sebab tidak izinkan. Aku dah tidak tahan duduk seorang diri di rumah, hari – hari aku menangis.

Aku tidak mahu jadi seperti dulu lagi, depr3ssion. Aku mahu keluar dari di kongkong. Keadaan m4kin ketara bila bulan ramadhan tiba, ramadhan terakhir aku bergelar seorang isteri. Kami bert3ngkar apabila aku menjawab apa yang dia cakap.

Aku diperlakukan seperti binatang sampai kepala benj0l b3ngkak. Segala tangan dan kaki naik dekat badan aku yang tengah mengandung. Aku ambik keputvsan terbesar dalam hidup, keluarnya aku dari rumah ini bermaksud keluarlah aku dari hidupnya.

Waktu tu kandung aku 8 bulan, aku bawa beg laptop dan aku keluar melarikan diri. Aku pergi kIinik untuk check keadaan aku dan baby. Doktor nasihat aku membuat laporan polis dan check up di hospitaI. Doktor juga nasihatkan aku agar kembali kepada keluarga.

Akhirnya aku kembali ke rumah family aku. Diorang bertanya, “ni balik lama tak?” Aku bagitahu yang aku akan kembali ke keluarga aku. Aku angkat tudung, aku tunjukkan kesan lebam kena pukuI. Menangis kakak aku melihat keadaan aku.

Maafkan aku kerana telah buat ramai yang bersedih. Alhamdulillah, sekarang aku m4kin bahagia bersama anak aku. Hari dia ceraikan aku di hadapan hakim tanpa kehadiran aku sebab aku tidak tahu dia mahu lafazkan taIak untuk aku.

Hari kejadian tu baru mahkamah call, aku tidak dapat hadir sebab tiada pengasuh anak. Waktu tu anak baru berusia 2 bulan. Untuk bekas suami aku dan keluarganya, aku sikit pun tidak putvskan hubungan mereka dengan anak tapi mereka yang blocked aku.

Kalau mereka nak cari anak ni silakan. Nombor mereka pun sudah aku delete dalam memori handphone hari taIak di lafazkan. Aku juga tidak terniat untuk sekat rezeki suami sebab dia dig4ntung kerja selepas aku buat report tempat dia kerja.

Aku buat report pun setelah dia mengvgut aku untuk ambik anak dan nak fail nusyuz ke atas aku. Aku buat report untuk bagi pengajaran kepada dia agar dia tidak buat orang lain seperti aku lagi dan aku juga tahu dia sedang mencari calon – calon isteri lagi.

Kepada madu – madu harap tabah sentiasa, taat biarlah bertempat. Kepada perempuan di sana jangan jadi seperti aku. Biarkan lambat berkahwin asalkan pilihan tepat. – Tia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nazira Mylisa : Kepada yang masih bujang dan membaca confession ini ambillah iktibar. Tidak bahagia mana pun bila kita membina perkahwinan dengan mervntuhkan kebahagiaan orang lain dan tiada keberkatan perkahwinan bila kita Iukakan hati ibu bapa.

Alhamdulillah puan ini masih ada mak, ayah dan adik beradik yang boleh terima kembali walaupun habis r3muk hati mereka puan buat. Semoga puan ditemukan kebahagiaan yang sebenar.

Shamimi Sharan : Mengemis kasih dan perhatian dari suami sendiri. Wahai isteri – isteri, moga Allah kurniakan kekuatan mentaI untuk t3mpuhi hari – hari yang sukar. Hapuskan airmata dan bina semangat baru dalam mencari kebahagian yang diinginkan.

Nur Atiqah : Perempuan, muda 20 – 25 tu, hati – hatilah kawan dengan laki tambah – tambah usia tinggi, yang nak pasang 2/3 ni.. ada yang clean.. tapi ramai jugak yang mengamal menuntut ilmu pelik – pelik. Aku ni terpaling skeptical lah bab – bab h4ntu sih1r ni tapi tulah.. benda tu memang ada dan wujud. Tumpang simpati kat ko.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.