Saat nak bersalin, aku mesej suami untuk bercerai. Dalam pantang dia minta peluang jaga aku buat kali terakhir

Tekanan d4rah aku naik dan hampir s4wan tapi suami sikit pun tak datang tengok. Dalam wad jugak aku mesej dia suruh lepaskan aku. Sampailah aku bersalin, hari kedua baru dia datang azankan baby aku, masa tu dia pun aku tak nak pandang. Hari aku keluar wad dia minta izin nak jaga aku buat kali terakhir..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku Hawa (nama samaran). Start kebelakangan ni banyak betul isu curang tak kira suami orang atau isteri orang. Aku nak cerita kisah hidup aku yang terlalu b0doh percayakan suami aku dan bertahun – tahun ulang kesalahan yang sama.

Aku nak minta pendapat dalam ni perlu ke aku bertahan dengan seorang suami yang dah d3ra mentaI isteri. Aku seorang isteri yang sudah berkahwin dalam usia yang muda dan mempunyai 4 orang cahaya mata 2 lelaki dan 2 perempuan.

Kisah hidup aku bermula selepas aku bersalinkan anak kedua kisah aku ni agak panjang tapi aku akan pendekkan. Masa aku bersalin anak pertama rumah tangga kami tersangatlah bahagia dan dengan rezeki Allah SWT kami dia kurniakan sorang lagi cahaya mata yang kedua, dan di sinilah bermula kisah perit yang aku lalui sorang sorang dan hampir giIa.

Masa aku mengandungkan anak kedua kont0i suami ada orang ketiga anak d4ra seorang guru sekolah agama. Nak jadikan cerita perempuan tu tahu dia suami orang tapi suami aku cakap dalam proses cerai dan buat aku lagi sedih perempuan tu bagitahu yang suami aku kata dia hanya jadi pak sanggup kahwin dengan aku.

Sebab tu dia dalam proses cerai dan diminta perempuan tu bersabar mungkin sebab dia nak kahwin dengan perempuan tu. Aku pernah cakap dekat suami sekiranya dia dah ada orang lain bagi tahu aku, dan aku sendiri akan pergi dalam hidup dia tapi dia still tipu aku cakap tak ada orang lain dan dia putuuskan hubungan dengan perempuan tu.

Dia minta aku peluang.. Yes aku bagi peluang. Tak berhenti sampai sini tau banyak lagi aku nak cerita tapi aku pendekkan tulis yang mana buat aku hampir giIa jela ya. Masa aku nak dekat waktu nak bersalin tiba – tiba BP aku naik mend4dak terus kena admit wad dan masa tu suami aku sikit pun tak ada datang tengok aku, yang paling sedih aku hampir kena s4wan.

Dan dalam wad jugak aku mesej dia suruh dia lepaskan aku. Sampailah aku bersalin hari kedua baru dia datang azankan baby aku dan masa tu. Muka dia pun aku tak nak pandang. Dan hari aku keluar wad dia minta izin nak jaga aku buat kali terakhir dia kata.

Sebab dia tahu aku betul tak boleh terima yang dia dah curang belakang aku. Dan demi anak – anak yang masih kecik aku bagi dia peluang masa dalam pantang. Dan masa aku dalam pantang suami kont0i lagi dengan aku yang dia berkawan dengan sorang janda yang lagi buat aku hampir giIa.

Dia dah siap berz1na dengan J tu masa aku dalam pantang dan masa ni aku terus balik rumah family aku. Aku pendam cerita ni sampai sekarang sebab nak jaga aib suami aku tak ada sorang pun yang tahu pasal ni. Dan buat aku tak boleh boleh terima lagi baru – baru ni dia kont0i lagi berkawan dengan isteri orang dan dah berz1na 4 atau 5 kali lagi buat aku tak boleh terima atas perbuatan dia.

Masa kant0i kali terakhir ni aku tanya apa salah aku sampai kau buat aku dengan anak – anak macam ni. Ya dia mengaku semua salah dia sebab dia terlalu ikutkan nafsu. Aku tahu aku pun banyak salah, aku banyak kekurangan aku tak pandai jaga dan layan dia. Aku penat jaga anak – anak

Dan masa kant0i tu aku suruh dia buat pilihan pilih aku atau perempuan tu dia pilih aku. Macam aku cakap dari dulu sampai sekarang yang aku tak akan bermadu kalau dia ada orang lain, just bagi tahu aku sedia undur diri.

Tapi suami aku tetap tak nak lepaskan aku. Dia kata dah putuuskan hubungan tapi aku silap terlalu percayakan dia. Allah maha adil, Allah tunjukkan semuanya siap gambar dia berpeIuk tanpa baju. Betapa r3muknya hati aku tapi disebabkan sayang aku masih bertahan hingga hari ini setelah 2 kali peluang aku bagi, dia mengaku salah dia sebab dah sia – siakan peluang yang aku bagi.

Dia merayu pada aku supaya bagi dia peluang yang ke-3 dan dia kata dia takkan sia – siakan lagi. Alhamdulilah setelah aku bagi peluang ke-3 ni dia banyak berubah mana dia pergi selalu bersama aku dan dia dah lost contact terus dengan perempuan tu.

Dan dia pun ada cakap dekat perempuan tu yang dia nak t3bus balik silap dan salah dia dekat aku. Dia minta perempuan tu sendiri bagi tahu dekat aku yang mereka dah tak ada apa – apa hubungan lagi. Aku sayang dia sebab tu aku bagi dia peluang tapi masalah sekarang bila aku duduk sorang je mesti aku teringat dan aku akan jadi marah bila aku marah akan ada perg4duhan.

Ya memang suami dah bersumpah atas nama Allah dan dia dah janji dengan Allah siap dia junjung Quran. Yang dia tak akan curang dan contact lagi mana perempuan termasuk betina tu, dia siap dah bersumpah kalau dia buat dia sanggup terima baIasan yang dia akan kena sambar petih dan kena Ianggar lori.

Tapi hati aku masih s4kit tak boleh terima apa yang dia buat kat aku. Rasa patut ke aku masih bertahan. Sebab kalau ikutkan suami aku, dia tak akan ceraikan aku sebab dia kata dia sayang aku, dia terlalu ikutkan nafsu je.

Tapi kalau dia sayang kenapa dia sanggup curang dan buat benda terkutuk tu. Tolong perlu ke aku bertahan? Terima kasih… – Hawa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rainbow Sunshine : Secara jujur… Lelaki soleh tak gatal borak dengan perempuan hal peribadi. Tak tengok benda h4ram apatah lagi buat benda h4ram. Lelaki soleh untuk perempuan solehah. Jika nak jodoh yang baik kena jadi baik.

Betulkan niat kahwin kerana sempurnakan agama, ibadah. Jika dia nak kahwin lain dengan cara betul dan halal sila reda bukan dah cakap siap kalau kahwin lain akan pisah. Yang laki b0do janji akan setia kalau tak m4ti kena petir masuk ner4ka.

Ni dah z1na banyak kali masih tak tahu jalan nak pisah hanya sebab dia tak kawin dua. Dia setia t4ik anjing. Ke ko setia t4ik dia. Pasangan curang gatal tersuka yang lain tu biasa. BagiIah peluang lagi. Sebab sayang rumah tangga dan anak. Tapi kalau dah z1na. Pergi pejabat agama mohon cerai.. Jika tak. Subahat halalkan z1na.

Aza Yati : Alahai sis.. celup sana sini, benda h4ram. Tak takut HlV, syphiIis, S.T.D ker. Pastu dia mengata, dia pak sanggup sis? Seriously.. selepas berkali – kali kant0i z1na, sis suruh dia pilih sis or pompuan lain. Oh my sis, kalau saya bukan dia yang memilih tapi saya yer.. saya..

Bagitau jer la kat parents or pejabat agama untuk nasihat and support, bukan buka aib macam tuh. Gudluck sis.. practise perancang keluarga sampai problem sorted out yer.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.