Lepas 2 tahun bercerai, tiba-tiba bekas suami terpacak depan rumah. Rupanya dia bukan bapa kandung anaknya

Di mahkamah, aku dih1na keluarga mentua kerana tak dapat bagi suami zuriat. Aku harap sangat suami pert4hankan aku, namun tidak. Masih terlekat di telinga aku, kakaknya berkata kepada bekas suami, “buat apa kamu bela anak – anak orang,” sambil menjeling aku.

#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum.. ni fake acc tapi kisah yang aku nak kongsikan ini adalah cerita benar. Ianya adalah tentang aku sendiri. Aku seorang ibu tunggal, mempunyai anak 3 orang. Dua kali aku menjadi janda.

Satu gelaran yang menakutkan. Kalau sekali jadi janda pun dah orang pandang serong, apalagi kalau dah 2 kali jadi janda kan. Aku ceritaan sedikit tentang latar belakang keluarga aku. Bapa aku nelayan, aku mempunyai 10 orang adik beradik dan aku adalah anak yang ke-5.

Selepas sekolah, aku terus dikahwinkan dengan kawan bapa. Aku ikut sahaja. Semoga perkahwinan ini meringankan beban keluarga aku. Namun jodoh kami tak panjang, aku berpisah di kala anak – anak masih kecil. 3 orang anak, beranak rapat – rapat.

5 tahun kahwin, aku ditinggalkan. Mungkin juga salah aku, dilahirkan tanpa rupa paras yang cantik. tidak putih gebu, pakaian aku selekeh dengan anak – anak yang masih kecil. Tak mampu ‘layan’ suami baik – baik. Aku redha.

Kalau dia rindukan anak – anak, dia boleh datang bila – bila masa je, aku tidak ke mana – mana. Tapi sedih sangat, dia tak pernah datang, kesian pada anak – anak. Bapa aku yang sara aku dan anak – anak. Umur aku 25 tahun, sekali lagi aku hendak dinikahkan, kali ini dengan kenalan nenek.

Dia tua 10 tahun dari aku. Aku turutkan juga. Ya Allah.. sangatlah aku bersyukur, aku dapat rasakan kasih sayang seorang suami. Anak – anak aku menganggap dia sebagai bapa. Dia sangat penyayang. Hari – hari aku merasakan aku isteri yang paling bertuah dipertemu dengannya.

Dia berhati muda, ada geng motor besar, jiwanya muda. Aku sedaya upaya jaga dia sebaik mungkin. Makan pakainya aku pastikan rapi kemas. Aku tak pernah halang aktiviti – aktiviti yang disertai, HP dia pun aku tak pandai nak buka.

Berbeza dengan dia, hari – hari mesti call aku. Walaupun balik kerja, jumpa juga. Cemburu tinggi jugalah dia. Bahagianya rasa. Satu hari, aku minta izin suami untuk bekerja memandangkan anak – anak m4kin membesar. Aku malu jika selalu minta wang darinya untuk keperluan anak – anak aku.

Dia memberi keizinan. Alhamdulillah, aku dapat kerja. Aku sangat bersyukur walaupun kerja peringkat bawahan di sektor kerajaan. Aku mula mengumpul wang, mampu membeli kereta sendiri, terpakai, malah aku dapat membeli sebuah rumah kos rendah, dengan nama aku sendiri.

Alhamdulillah.. Aku tak mahu mengharap pada kewangan dan harta benda suami. Hasil perkahwinan kedua, kami tak dikurniakan cahayamata. Anak – anak aku (perkahwinan terdahulu) juga bahagia dengan ayah tiri mereka.

Anak – anak aku selalu mendapat keputuusan cemerlang. Aku bersyukur sebab aku tak pandai. Tak pandai ajar anak kerja sekolah. Alhamdulillah, anak – anak terang hati dalam pelajaran. Walaupun ayah tiri, anak – anak aku kenal dia sebagai ayah tak ubah seperti ayah kandung. Terdidik dengan baik. Tanggungjawab terlaksana dengan sepenuhnya. Aku amat bersyukur dengan nikmat ini.

Hal rumahtangga aku jaga, mengemas, masak memasak memang dah diajar oleh mak sejak kecil lagi. Tak pernah dia merungut tentang apa – apa. Tak pernah aku tinggikan suara, begitu juga dia. Memang sejak berlakunya perpisahan yang pertama, aku ingin menjadi isteri yang lebih baik menjaga ‘syurga’ku.

Suami aku mendapat arahan bertukar ke Lembah Klang. Aku masih di Pantai Timur. Aku juga pohon untuk bertukar ke sana. Aku sangka panas hingga ke petang. aku dapat perkhabaran suami aku mempunyai insan lain tapi aku tak percaya.

Dia masih menghubungi aku seperti biasa. Satu hari dia berterus terang, telah berkahwin di Seberang. Oh ya, wanita itu juga ibu tunggal anak 2. Tua 7 tahun dari aku dan telahpun mengandung. Aku tak dapat terima. Aku tekad berpisah.

Aku batalkan permohonan tukar tempat kerja. Aku tak mampu berkongsi kasih. Aku terima kelemahan aku tak dapat beri zuriat padanya. Ketika di mahkamah, aku dih1na keluarga mentua kerana tak dapat memberinya zuriat.

Ketika itu aku sangat mengharapkan dia berkata sesuatu, namun tidak. Masih terlekat di telinga aku, kakaknya berkata kepada bekas suami, “buat apa kamu bela anak – anak orang,” sambil menjeling aku. Aku tengok isteri baru suami aku pun nangis.

Putih orangnya walaupun tua dari aku, kecik molek badannya. Patutlah. Aku kulit gelap je. Di sisi aku ada seorang sahabat baik aku, dia yang tenangkan aku, bagi aku semangat walaupun aku tak kuat. Aku hanya menangis. Aku mengucapkan terima kasih kepada bekas suami di atas kebaikan yang diberi kepada keluarga aku selama ini, beri kasih sayang kepada aku dan anak – anak.

Bekas suami nampak tak sedih pun. Istana dibina 8 tahun musn4h juga. Allah Maha Baik. Dalam tempoh 2 tahun, aku betul – betul redha dengan ketentuanNya, kurus jugalah mak4n hati. Satu ketika, aku mempunyai tugasan luar bersama rakan, aku memandu kereta, kereta aku rosak.

Tayar pecah, kena towing. Duit tak cukup. Kebetulan masa tu, ade 3 buah kereta konvoi, satu kereta berhenti, dua kereta lagi berundur. Mereka datang membantu. Kebetulan kawan aku pun tak cukup duit, tapi dia yang bercakap dengan orang yang membantu tu. Aku buntu.

Selalunya kalau ada masalah dengan kereta mesti bekas suami aku yang akan selesaikan. Fikiran aku terawang – awang. Aku bukanlah jenis orang yang suka menyusahkan orang lain. Malu. Lelaki tu cakap, ade duit nanti bagiIah.

Dia bertukar no telefon dengan kawan aku dan kawan aku bagi no telefon aku kat lelaki tu. Dia ada mesej aku. Aku minta maaf lambat bayar. Genap hari gaji, aku nak bagi duit tapi dia tak nak. Dia cakap suruh suami bagi pun takpa.

Aku cakap aku takda suami. Dia suruh simpan je duit tu. Bermulalah detik perkenalan kami. Dia adalah duda kerana isterinya meninggaI. Anak besar – besar, dah kerja. Umur 12 tahun tua dari aku. Aku tak bagitahu tentang kisah aku dan bekas suami, cuma cakap takde jodoh.

Aku nampak dia betul – betul ikhlas ambil berat hal aku dan nak jadikan isteri. Yang bagusnya dia sangat menjaga solat. Selalu mengingatkan aku hal akhir4t. Walaupun jarang – jarang call, tapi dia bersungguh. Aku minta dia jumpa keluarga, ibu ayah.

Rupanya dia ketua jabatan salah satu sektor pendidikan. Bila dapat tahu banyak kali aku fikir nak terima ke tak sebab taraf aku rendah sangat. Tak layak. Tak sekufu, aku takut hal lama berulang kembali. Dipendekkan cerita, keluarga kami setuju.

Dia banyak nasihatkan anak – anak tentang pelajaran. Dia ambil berat tentang ibu bapa aku. Masa dia s4kit, dia minta aku masak yang dia nak makan dan hantar kat wad. Aku segan sebab takde ik4tan tapi sebab dia baik, aku hantar jugak.

Aku bawa anak sekali. Dia sungguh – sungguh nak kahwin dengan aku. Persiapan dia buat dah. Dua bulan lepas tu, bekas suami aku terpacak depan rumah aku, menangis nak rujuk. Terk3jut aku. Dia cerita, dia ingatkan anak bersama isteri dia tu anak kandung dia, rupanya anak isteri dia dengan lelaki lain.

Dia dah siap tukar nama rumah atas nama anak tu. Dia menyesal. Baru – baru ini anak itu s4kit, s4kit berkaitan d4rah. D4rah bekas suami tak sepadan dengan anak, tapi sepadan dengan ibu. Doktor bagitahu ada sesuatu yang tak kena.

Dia tak sangka isterinya itu pergunakan dia. Aku tolak dengan baik tetapi tegas. Aku tak akan khi4nati janji pada bakal imam aku nanti. Aku cakap dah ada pilihan lain. Aku suruh dia jaga isteri dan anak baik – baik, didik baik – baik.

Dia terk3jut sebab dia tak sangka aku temui pengganti dan nak jumpa bakal suami aku. Dia menangis, tak pernah aku lihat dia menangis begitu. Sedangkan waktu kami bercerai dia sikit pun tak nangis, takde rasa sedih atau sayang.

Aku tak izin dia jumpa bakal suami aku bimbang meIukai hati bakal suami aku. Dia pulang dengan kecewa. Ya. Hati aku dah tertutup buatnya. Maaf ayat aku tunggang langgang. Terima kasih sudi baca. Buat bekas suami, redhalah.

Mungkin ada hikmahnya perkahwinanmu itu di kemudiannya. Buat isteri bekas suami aku, jika benar cerita yang disampaikan itu, bertaubatlah kamu. Mohonlah ampun sungguh – sungguh dari Allah dan suamimu.

Buat pembaca semua, maafkan aku jika tak faham cerita yang aku sampaikan. Lepas raya aku akan kahwin. Aku dah buat dah ujian HlV. Pintaku, doakan keputusan yang aku pilih kali ni tepat dipermudahkan urusan aku dan keluarga supaya berjaya dunia akhir4t. Aku doakan kebaikan juga berbalik pada kalian. Aamin. Wassalam.

Komen Warganet :

Shekin Aurora : Semoga urusan tt dipermudahkn dan sentiasa bahagia di samping orang yang tersayang. Sabar tu indah, jalan cerita yang sangat menyentuh hati. Seorang wanita yang tabah mengharungi liku – liku kehidupan. Perancangan Allah tu adalah yang terbaik untuk tt.

Aishah Ktmpizza : Menarik kisah hidup dia.. Panjang tapi masih menanti ada sambungan selepas ini. Pasti insan ni manusia yang hebat. sebab ujian dia juga hebat, akur dengan jodoh yang diatur keluarga.. Inshallah moga insan ketiga yang hadir ni adalah yang terbaik dari kalangan yang baik – baik.

Waziha Wahid : Sedihnya kisah ni, tapi sis seorang yang hebat, hebat sangat, semoga perkahwinan ketiga ni bahagia hingga ke akhir hayat. Saya bayangkan kalau kisah ni dibuat drama mesti saya nangis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?