Aku tersalah panggil staff lelaki tua sebagai ‘abang’. Tak sangak dia syok sendiri. Hari-hari tunggu aku pvnch card

Ada seorang pakcik ni umur sebaya dengan mak aku tapi semua orang panggil dia ‘abang’. Aku pun naif panggil dia ‘abang’. Lepas beberapa bulan dia mesej aku nak berkenalan. Kat mana je aku pergi pakcik ni ada. Aku parking dekat belakang block, pasti nampak dia. Gerak geri aku diperhati…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Mia (bukan nama di kad pengenalan). Terima kasih admin kalau sudi siarkan kisah aku. Aku nak minta pendapat daripada korang semua ni. Alkisahnya begini, aku baru kerja dalam sektor ni nak masuk dua tahun lebih gitu.

Mula – mula aku masuk sini semua ok dan aku bersemangat nak bekerja. Nak dijadikan cerita, sewaktu mula masuk kerja, aku kena duduk di pejabat dulu untuk beberapa bulan. Biasa la aku kan budak baru masuk kerja mana nak tau environment tempat tu macam mana, jadi aku ikut flow je la dengan staf kat sini.

Dalam pejabat ni ade la beberapa orang staf. Dekat dalam pejabat ni yang tua veteran staf semua akan panggil nama gelaran abang / kakak. Jadi, aku pun panggil sorang pakcik ni dengan gelaran abang. Pakcik ni nak sebaya dengan mak aku.

Dah semua orang panggil dia abang aku yang budak nerd ni pun ikut jela panggil dia camtu walaupun geli jugak anak tekak aku nak bahasakan dia dengan gelaran tu. Masa tu m4ti – m4ti aku ingat pakcik ni dah kahwin beranak pinak sebab usia dah menjangkau 50-an sebab tu aku layan dia cam biasa sebab tak tahu.

Lagipun masa mula kerja aku takde la nak ambik tahu hal orang samada si polan ni bujang ke, duda ke, janda ke camtu. Dan dengan dia ni aku pun borak – borak kosong biasa gitu je la sebab dia kan dah tua jadi aku tak fikir apa – apa la.

Aku pun anggap dia cam bapak aku. Sepanjang duk kat pejabat ni, pakcik ni selalu la tegur aku. Jadi aku pun layankan jela. Rupanya baru aku dapat tahu yang dia ni sebenarnya masih bujang terlajak lagi. Bila aku tahu tu naik seram jugak la aku.

Dah la aku muda kat situ dan panggil dia dengan gelaran “abang”. Lelaki ni bila kita duk panggil gelaran ni walaupun dah tua dia auto akan perasan muda dan hensem. Yang peliknya, kalau dengan staf lelaki pandai pulak dia suruh panggil nama dia pakcik. Kau rasa?

Tapi dengan staf perempuan dia bahasakan diri dia abang. Tak ke pelik tu. Lepas tu beberapa bulan kemudian, aku kena masuk ke department aku, jadi aku dah jarang la masuk ke pejabat kecuali kalau ade hal penting.

Lepas tu, boleh pulak dia mesej aku cakap dia nak berkenalan dengan aku. Aku jadi beng0ng kejap, kan dah kenal selama ni kan, perkenalan ape pulak la pakcik ni nak. Aku dah rasa lain dengan dia ni. Ya Allah time tu aku dah rasa nak marah dan geram tak sangka rupanya selama ni dia simpan hati kat aku.

Menyesal aku layan borak dan panggil nama dia “abang” selama ni. Lepas tu aku dah tak panggil dah gelaran tu aku panggil Encik dah. Tak kuasa dah aku nak panggil dia dengan gelaran tu. Aku dah tr4uma sangat – sangat.

Lepas tu aku minta kawan aku reply, cakap kat pakcik ni aku dah berpunya dan aku anggap dia cam abang aku je. Tak kuasa aku wehh. Lepas daripada mesej tu aku dah start rasa tak selesa dengan dia. Aku terasa diri aku diperhatikan walau ke mana aku pergi sebab aku akan selalu terserempak dengan dia walaupun kau dah lalu jalan lain.

Dan aku dah tak tegur dia dan aku memang buat muka tak suka. Kalau aku kena duduk pejabat untuk buat kerja, dia akan pura – pura buat bizi jalan ke hulu ke hilir depan aku. Kau rasa tak betapa serabutnya aku kalau nak gi ke pejabat.

Kalau sebut pejabat auto mood aku akan berubah sebab aku tak suka jumpa dia. Aku perasan mata dia akan selalu duk curi – curi pandang. Hanya Allah yang tahu perasaan tak suka aku bila ke sana. Kalau aku duduk department aku, aku akan nampak dia meronda dekat kawasan department aku.

Dan kalau aku duduk seharian di pejabat, takde pulak dia nak keluar pergi meronda takde kerja ke tempat lain. By the way, skop tugas dia bukan meronda tapi memang kena duduk pejabat, tapi biasa la orang takde kerja dia akan buat-buat bizi camtu la.

Time nak punch card walaupun aku balik lambat atau awal mesti dia akan ade dekat situ. Aku dah try balik lambat nak tengok akan jumpa dia ke tak, ternyata memang dia akan ada. Tadi pun masa aku balik awal, ehh dia siap terpacak dah kat kawasan pvnch card tu cam tau – tau je aku nak pvnch card awal.

Camna pun mesti akan jumpa dia. Ibarat dia sengaja nak tunjuk diri dia depan aku. Sumpah serabut sungguh aku rasa, kalau boleh aku tak nak jumpa atau selisih dengan dia. Hal ini menggangu jiwa, em0si dan pandangan aku seharian kat tempat kerja.

Dah banyak kali sebenarnya, tapi tu lah aku tak tau nak buat camna. Waktu gini la aku rasa nak cepat – cepat kahwin biar takde ganguan dari orang yang aku tak suka tapi tu la aku ni single dan sudah mahu keluarkan album.

Aku rasa pakcik ni sesuatu jugak. Cam dia tahu je gerak geri aku ke mana saja. Sebab pasti dia akan muncul depan aku. Sekarang aku dah tak berani nak balik lambat sebab bila aku parking kereta dekat bahagian belakang department aku cam dia akan tahu.

Sebab dia akan pura – pura meronda ke bahagian belakang konon nak bagi kucing makan. Tapi time aku balik awal dan terjumpa dia kat pvnch card takde pulak dia nak gi ke belakang bangunan tu bagi kucing makanan. Tiba –  tiba masa aku balik lambat tu la dia akan ke sana.

Kakak aku pesan suruh aku balik awal dah lepas ni. Takut dia memerhati dari jauh dan aku kena berhati – hati. Orang ni mana kita nak tahu, dah la dia tu kena reject jadi kena faham – faham la takut dia tak boleh nak terima.

Jadi korang, kes ni boleh dik4tegorikan ganguan di tempat kerja ke atau aku yang bermasalah. Aku ni nak kerja tenang – tenang tapi bila kes camni ia sangat menggangu em0si dan tugas aku. Korang beri la pendapat camna aku nak hadap benda dan situasi camni.

Perlu ke aku report dekat bos aku? Kalau swasta camna dan kalau sektor kerajaan camna nak report? Sungguh aku serabut nak hadap manusia camni. Terima kasih korang sudi baca luahan aku dan boleh la bagi pendapat. Pendapat dan kata – kata anda sangat aku hargai. Sekian.. – Mia (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Nurliana Abd Aziz : Kalau saya jadi awak pun saya tak selesa. Lepas ni awak panggil je dia pakcik. Lelaki memang tak suka orang panggil dia gelaran yang menampakkan mereka tua. Macam tadi saya tengah makan nasi lemak kat kedai tepi jalan, ada pakcik tu umur dalam 50 lebih juga la main dengan baby dalam stroller umur dalam 4 bulan camtu la.

Dia bahasakan diri dia “abang” dekat baby tu. Padahal dah taraf atuk. Mak baby tu betulkan balik “eh abang apa. Pakcik la.” Saya nak gelak je. Awak panggil je dia tu pakcik. And jangan lupa balik awal. Lelaki kalau bujang dia masih akan rasa nak menggatal sebab nafsu.

Haritu saya ada sembang dengan sorang lelaki bujang umur dalam 35. Dia kata dia nak sangat kahwin tapi takde perempuan nak dia. Saya cakap la “best what hidup single. Takde orang kacau life u. Tak perlu fikir pasal anak bini. You boleh buat apa je yang u nak.”

Nak tau dia cakap apa? Dia cakap “Lelaki lain sikit. Lelaki ni dia ada per4ngai gatal dia sikit. Miang. Dia nak benda tu.” So I faham la. Tapi geli la dengar sebab now I tahu lelaki yang dah tua pun nak nikah sebab benda tu je.

You careful la sis. Walaupun dia dah tua, bujang, tapi dia lelaki. Nafsu dia memang yang tu je. Harap awak hati – hati. Kalau tak selesa sangat awak resign je. Jangan sembang la dengan dia. Macam nak st4lk awak je tu.

Cloud Mss : Unwritten office rule 101. Kalau tak kenal sesiapa, panggil cik atau encik aje. Aku heran kat ofis nak panggil berabang kakak bagai ni. Dulu aku kerja mnc senang aje. We call everybody by his / her first name sampai ke CEO pun. Tak kisah pangkat apa.

Sya Nysya : Saya paling benci orang ber”abang” dalam pejabat. Berpuluh tahun saya keja, tak penah sekali saya panggil rakan sekerja abang / pakcik. Ini pesan seorang bos lelaki di tempat saya intern iaitu di RISDA. Bos tu cakap muda ke tua ke asal lelaki panggil Encik.

PanggiIan itu memberi batas bahawa “hubungan kita adalah sekadar urusan kerja”. Pesan saya juga pada adik – adik anak – anak yang baru masuk keja. Tiap kali saya berurusan di pejabat kerajaan, nampak pegawai – pegawai muda panggil abang – abang, mau aje saya tegur.

Berhati – hati dengan orang yang dok stalk awak tu. Takut tak dapat cara baik dia guna cara halus. Sekarang ni boleh ler gunakan kawan baik lelaki / sepupu lelaki / adik atau abang untuk hantar dan ambil kerja. Seolah – olah awak dah ada yang punya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.