Aku pegang nasihat mak aku, jangan biar diri dibuIi. Mak mertua aku silap orang la

Aku selalu dengar dia cakap anak aku b0doh tak macam anak orang lain. Tapi dia cuma akan cakap kalau aku tak ada. Padahal aku ada dekat tangga dia tak perasan. Bila aku munculkan diri, dia bersayang – sayang dengan anak aku. Ada sekali tu aku menjawab dan aku terk3jut tengok apa jadi lepas tu..

#Foto sekadar hiasan. Hi.. kebelakangan ni aku selalu baca dekat sini kisah mak mertua, mak kandung yang macam – macam hal memeningkan kepala. Untuk korang – korang yang tak aIami akan rasa cerita tu semua macam tak real kan?

Tapi hanya sebab kita dikelilingi oleh orang – orang yang baik, dan ada keluarga yang baik, tak bermakna tak ada mak yang macam tu dalam dunia ni. Ok.. aku pun nak cerita tentang aku. Aku harap cerita ni boleh jadi panduan dekat menantu – menantu yang memendam perasaan dekat luar sana.

Tapi boleh aplikasikan kalau situasi korang seperti aku ya.. Korang nilailah sendiri ikut situasi masing – masing. Mak mertua aku ni dah lama kem4tian suami sejak suami aku masih sekolah lagi. Jadi dia ni memang seorang wanita yang berdikari, garang dan sangat mementingkan pelajaran anak – anak.

Adik – beradik suami aku semua graduate oversea dan ada beberapa orang yang ada PHD hasil didikan mak mertua aku. Tapi dalam beberapa tahun lepas, mak mertua aku dah tak boleh duduk sendiri. Ada saja drama nak pitamlah, Ianggar kereta orang dan lain – lain.

Mula – mula dia duduk dengan anak perempuan dia (adik ipar aku). Tapi bila anak perempuan dia kerja dekat luar negara, kami bawa dia duduk dengan kami. Aku ada 4 anak kecil, bekerja dan suami ketika tu bekerja di negeri yang berlainan.

Kiranya aku suami isteri PJJ. Masalah mak mertua aku ni ialah, suami aku bukan anak pilihan dan kesayangan. Dia nak duduk dengan anak sulung tapi isteri anak sulung dia (biras aku) tak berapa suka sebab mak mertua aku selalu g4duh dengan mak dia (mak biras aku duduk sama dengan dia).

Bila duduk dengan aku, dengan suami aku kerja jauh, aku tak kisah pun. Bukan sebab tanggungjawab aku jaga dia, tapi sebab mengenangkan betapa baiknya suami aku dengan mak bapak aku, Maka aku rela mak mertua aku duduk sama walaupun suami aku tak ada.

Walaupun anak – anak dia yang lain ada saja berdekatan tapi sorang pun tak pernah offer nak mak dia orang duduk dengan dia orang. Mak mertua aku ni kan aku cakap wanita yang berdikari sebelum ni. Dia boleh bawa kereta sendiri, melancong sana sini.

Tapi sejak kejadian drama dia yang selalu pitam tu, anak – anak dia ambil kereta dan dia duduk rumah aku patah kaki la kiranya. Jadi dia selalu str3ss sebab dia cakap boring duduk rumah. Dia tak nak jaga cucu sebab dia kata dia dah puas jaga anak dia dulu.

Jadi, dia duduk rumah hanya dengan pembantu rumah. Anak – anak aku, memang mak aku jaga. Bila dia bosan, dia mula buat per4ngai. Aku kesian kadang – kadang suami aku balik hujung minggu tak sempat duduk lagi, dia dah tanya bila nak hantar dia ke rumah anak yang lain.

Masalahnya bukan kami tak nak hantar tapi anak dia yang tak nak dia ada. Dia cakap dengan suami aku macam tak suka sangat duduk rumah kita orang. Aku tau suami kecik hati tapi aku cakap lantaklah mak nak cakap apa u diam aje.

Bila suami aku tak ada, dia selalu cakap dekat aku berulang – ulang tempat isteri di sisi suami, patutnya aku sebagai isteri kena ikut suami aku yang kerja dekat negeri lain. Mula – mula aku diam je. Satu hari aku penat balik kerja jalan jammed, dia ulang ayat sama.

Aku naik angin, aku cakap dekat dia, “Bukan saya tak nak ikut, tapi anak mak yang tak boleh bawa sebab kerja dia dan dahla tak boleh bawa isteri, tinggalkan isteri dengan anak – anak kecik dengan mak dia lagi nak kena jaga”.

Aku dah cakap baru aku sedar apa aku cakap. Mak mertua aku diam saja lepas aku cakap camtu. Terk3jutnya, lepas tu dia langsung dah tak pernah cakap macam tu sampai sekarang. Sejak dari tu aku nampak per4ngai dia macam mana.

Dia akan buIi orang yang diam tak meIawan. Sekali aku Iawan cakap dia, pandai pula dia diam. Insiden kedua, mak mertua aku selalu g4duh dengan anak sulung aku masa tu umur dalam 5/6 tahun. Dia suka bandingkan anak aku dengan sepupu (cucu dia) iaitu anak – anak adik beradik suami aku.

Aku selalu dengar dia cakap anak aku b0doh tak macam anak orang lain. Tapi dia cuma akan cakap kalau aku tak ada. Padahal aku ada dekat tangga dia tak perasan. Bila aku munculkan diri, dia bersayang – sayang dengan anak aku.

Satu hari aku dengar dia cakap, rumah kita orang ni kecil tak macam rumah anak dia yang lain. Anak aku boleh tahan mulut, jawab kalau rumah ni kecil, opah dudukla rumah anak opah yang besar tu, jangan duduk sini. Dah mak mertua aku marah, dia cakap ini rumah anak dia, dia ada hak dekat rumah tu.

Aku dengar, aku cakap, “mak, rumah ni rumah saya, saya beli dengan loan saya, saya bayar bulan – bulan dengan duit gaji saya, bukan rumah anak mak ya”. Aku kena cakap macam tu sebab aku letih dengar dia asyiklah cakap kenapa pasang aircond kesian anak dia nak bayar rumah nak bayar bil mahal.

Suami aku sangat baik dan sangat manjakan anak memang rumah kami aircond 24 jam. Sejak dari aku cakap tu, dia dah tak pernah cakap itu rumah anak dia. Jadi, aku sem4kin faham bahawa dia adalah orang yang perlu diIawan kalau mulut dia dah tak reti jaga hati orang lain.

Nak duduk sama – sama, jaga hati sama – sama. Jangan ada rasa anak kau seorang yang hebat, kerja gaji banyak, dan isteri ni hanya habiskan duit suami. Habis, anak orang lain (menantu) ni tak hebat? Silap orang mak… banyakla lagi sebenarnya kata – kata yang keluar dari mulut mak mertua aku yang meny4kitkan hati.

Mana yang aku rasa tak meIampau, aku diam je. Kalau aku rasa dia ni dah meIampau, kena sedarkan, baru aku jawab. Biar dia tau orang lain ada mulut berbisa jugak. Tapi aku faham kenapa dia jadi macam tu. Dia bukan tak suka aku, tapi dia ibu yang ada pride yang tinggi sebab ana k- anak dia semua bijak pandai berjaya dekat kampung dulu.

Jadi dia ada sikit somb0ngla sebenarnya. Ini suami aku dan anak – anak dia sendiri cakap memang mak dia orang ada perasaan dan per4ngai macam tu. Dan bila dia kena duduk dengan aku, dia bosan sebab tak ada apa nak buat, tak boleh ke sana sini jadi dia cari pasal dengan siapa yang ada.

Bukan aku tak nak bawa dia berjalan, tapi aku pun kerja, bila hujung minggu, suami aku balik dah penat memang nak duduk rumah je. Anak kecil – kecil memang kami tak biasakan jalan dekat mall. Kesimpulan yang aku nak cakap ialah, kalau isteri – isteri di luar sana dibuIi oleh mak mertua, bangkit, jawab.

Jangan biar orang lain pijak kita macam kita tak ada langsung sumbangan dalam rumahtangga. Walaupun isteri surirumah, tetap ada sumbangan dalam rumahtangga, disebabkan isteri jadi surirumahlah, anak mak mertua kita boleh kerja dengan tenang tanpa fikir hal pengasuh dan sekolah anak.

Apatah lagi isteri yang terp4ksa keluar bekerja demi membantu suami. Kalau itu kau beli guna duit kau, kau cakap dengan mertua kau kalau dia bising. Jangan ingat anak dia saja yang ada duit, anak orang ni tak ada duit.

Dah kalau suami belikan untuk isteri memang patut pun sebab itu isteri dia. Aku berani sebab aku tau suami aku bukan anak emak. Malahan tak pernah sekali pun mak dia puji dia, apatah lagi nak cakap terima kasih untuk apa yang dia buat dekat mak dia.

Selalulah anak yang tak nak jaga tu dipuji puja depan suami aku. Tapi kalaulah suami aku anak emak sekalipun, aku tetap akan meIawan kalau aku rasa dia tak betul. Tapi aku pegang nasihat mak aku, jangan biar diri dibuIi oleh sesiapa pun.

Memang kita kena hormat dan taat pada mak ayah, tapi bukan taat yang membuta tuIi. Mak aku cakap, apa yang kita buat jadi contoh pada anak – anak. Kalau anak – anak kita tengok kita diam saja bila dibuIi, dia orang akan membesar membiarkan diri dibuIi.

Aku tak nak tunjuk contoh macam tu dekat anak aku atas alasan takut derh4ka. Aku nak tunjuk contoh, benda salah kena betulkan, kalau itu hak kau, pert4hankan, kalau orang h1na kau, bangun bangkit pert4hankan diri kau.

Jangan biar maru4h kau dipij4k – pij4k. Sekarang, mak mertua aku masih duduk dengan aku. Dah tua dan dah nyanyuk pun. Lagi merepek per4ngai dia sejak nyanyuk ni. Tu aku cerita lain kali sebagai panduan macam mana jaga orang nyanyuk.

Its not easy i tell you.. apatah lagi menjaga orang yang tak ada memori manis pun dengan aku semasa sihatnya dulu. Apapun, kita nilai situasi kita, persekitaran kita. Tak guna bertahan memendam rasa sebab kesannya pada anak – anak lebih teruk.

Aku doakan semua yang ada masalah dengan mertua, keluarga mertua, dipermudahkan urusan korang. Semoga pengakhiran yang baik untuk korang semua. Aku menantu baik tapi jangan cuba buIi aku – Anak Orang (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sya Nysya : Yup betul – betul, memang kena jawab dan bagi tau. Jangan jadi macam confessor yg lain, nak jaga hati memendam rasa sudahnya diri sendiri yang s4kit mental dan depr3ssion. Saya dulu memang tak cover – cover suami depan mak dia, dia takde duit saya cakap dia takde duit, dia guna duit saya.

Kalau saya bagi duit saya akan bagi tau xxx belum gaji, guna duit gaji saya dulu lah. Atau masa dok berbual – bual saya bercerita, aritu saya tengok sofa tu cantik, suami kata tak nak beli jadi saya beli guna simpanan saya. Apapun kena bagi tau. Pada mertua pada ipar jangan sembunyi kebaikan kita. Siapa lagi nak puji kita kalau bukan kita sendiri. Ladies, learn to bl0w ur own trumpet.

Ezd Airaniez : Bagus sangat confessions ni. Betullah, kita menantu bukan meIawan sebab menderh4ka. Tapi meIawan supaya elak dibuIi dan dipergunakan oleh orang lain. Saya sokong cara confessor. Tunjuk depan anak, apa yang salah perlu diperbetulkan, hak sendiri kena pert4hankan. Kita pun ada ibubapa. Kalau ibubapa kita tahu kita kena buIi mesti mereka pun sedih.

عزيزه اتن : Kesimpulannya kepada semua ibu – ibu mertua dan bakal – bakal ibu mertua. Jadilah ibu mertua yang memahami anak menantu. Zaman kita dengan zaman anak – anak kita berbeza. Kalau pada zaman dulu kita dibuIi oleh mertua, janganlah dend4m itu dibawa kepada menantu – menantu kita pula.

Pada saya cukuplah kenangan pahit itu dijadikan teladan. Cukuplah saya yang merasa. Kesian menantu, kesian juga ke kita. Yang kita s4kit hati sangat dengan menantu tu kenapa? Tak pasal – pasal kita yang str3ss. Patutnya kita orang tua ni yg jadi contoh kepada anak menantu.

Jadi Penasihat bukannya pemun4hsihat. Tidakkah kita rasa bahagia, bila lihat anak menantu kita bahagia? Hidup di dunia ni tak lama mana. Jangan tinggalkan kenangan buruk jika sampai masa kita pergi ke dunia abadi.

Cik Adiera : Aku setuju dengan confession ni. Kita sebagai menantu kadang – kadang kena menjawab juga. Mungkin akan ada orang kata jangan kurang ajar, diam je anggap itu ibu kita. Nope. Kita dibesarkan dengan orang yang berbeza dan mak mertua kita pun tak kenal kita pun.

Jadi kalau benda yang dia cakap tu salah wajar kita betulkan. Tolonglah jangan diam je alasan hormat. Kalau dah kena buIi dengan mak mentua, adik ipar, akak ipar dan biras pun kena diam ke? Mak ayah aku pun kalau salah aku betulkan.

Zaman dia dengan zaman aku berbeza. Jadi dah nama manusia banyak kesilapan. Bukan suruh kau tengking dia pun, cukup tegur bebaik. Kadang – kadang suami ni silap juga diam je isteri kena buIi dengan mak dia alasan takut emak kecik hati, habis bini takde hati ke? Kenalah seimbang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.