Keluarga tunang minta hantaran 25k sebab dia ustazah, masa hari nikah tiba-tiba tunang tak muncul

Bapa aku aturkan perkahwinan aku dengan anak pakcik aku, kiranya kami ni sepupu la. 2 tahun setengah aku kumpul duit 25k. Bila sampai hari akad nikah, ketika duduk menunggu juru nikah, aku nampak adik tunang berbisik pada makcik aku dengan muka serius. Aku hampir pitam bila dapat tahu…

#Foto sekadar hiasan. Terima Kasih admin kerana sudi kongsikan luahan hati saya. Nama saya Ryu (bukan nama sebenar) umur 29 tahun ini. Saya nak berkongsi sedikit kisah hidup saya. Saya masih bujang dan pernah bertunang sebelum ini, sekarang saya bekerja sebagai polis diraja Malaysia.

Alhamdulillah, saya kini memiliki ekonomi yang agak stabil sedikit, ada rumah sendiri (saya sewakan untuk tambahkan sedikit pendapatan), ada kereta dan ada motor. Saya tahu kekayaan tidak boleh diukur dengan barang – barang material, akan tetapi kini ramai orang yang berpandangan semua itu adalah lambang kebahagiaan.

Mungkin anda bertanya, ekonomi sudah stabil kenapa tak kahwin? Atau lupakan jak la kisah lama, perempuan bukan seekor berlambak lagi di luar sana. Hahaha, rasa geli pula bila di tanya soal kahwin ni. Bukan aku tak nak kahwin tapi serik da diperlakukan macam orang tiada perasaan ini.

Sebab itu buat masa sekarang aku memilih untuk menjadi bujang. Tipulah kalau aku tidak suka kahwin, lagi – lagi dengan orang yang dicintaikan. Kenapa aku serik cari pasangan dan memilih untuk menjadi bujang buat sementara waktu.

Ceritanya macam begini, aku masih mempunyai ibu bapa yang sudah tua untuk dijaga, kami adik beradik ada 7 orang, 3 orang perempuan dah kahwin ikut laki mereka. Jadi buat sementara waktu aku nak fokus berbakti kepada orang tua aku sementara mereka masih ada.

Sebab lainnya kerana kerana sudah serik dipermainkan perasaan oleh orang yang tidak menghargai. Aku bertunang sebelum ini atas pilihan keluarga. Yup pasti para pembaca budiman sudah dapat meneka dengan siapa aku bertunang sebelum ini kan.

Pilihan keluarga sudah semestinya orang terdekat. Ya dengan sepupu beIah bapa aku. Aku bertunang dengan sepupu sekali. Maksudnya bapa aku sebagai anak sulung, pilih anak kepada adik beradik bapa aku juga. Sepupu sekali.

Setelah meminta persetujuan dari aku, yang ketika itu baru setahun dua aku bekerja sebagai kakitangan polis dan setelah berbincangkan dengan keluarga dari pihak perempuan dan mereka pun bersetuju. Maka termeterailah janji antara dua keluarga untuk mempersatukan dua hati menjadi satu melalui ik4tan pernikahan yang sah.

Pihak keluarga perempuan meminta hantaran sebanyak 25k selama setahun setengah, namun aku tidak mampu mengumpul wang 25k secepat itu disebabkan terdapat komitmen lain. Sehingga terp4ksa meminta tunda serta tarikh baru untuk bernikah.

Dipendekkan cerita genaplah dua tahun lebih kami bertunang, wang 25k pun da dapat aku sediakan, bahkan aku sengaja lebihkan sampai 30k untuk menampung jika berlaku sebarang kemungkinan. Mama akulah orang yang paling gembira ketika itu.

Maklumlah anak sulung mereka nak berkahwin sudah. Ops sebelum terlupa nak bagitau, budaya kat tempat aku ini memang suka meminta hantaran ikut kelulusan perempuan, lagi – lagi jika sudah bekerjaya hmmm jangan haraplah nak dapat 5 – 10k tu.

Pada pandangan aku, boleh tahan cantik juga tunang aku ni. Dia sudah ada kerjaya sendiri sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah agama di daerah kelahiran aku. Mungkin sebab itulah makcik, pakcik (ibu bapa dia) aku minta hantaran 20k.

Well sudah ada kerjaya sendiri, Ustazah lagi tu. Pendek kata saham akhir4t sudah sem4kin jelas untuk dimiliki. Entahlah kenapa masa itu aku berfikir yang tudung labuh sebagai lambang kealiman dan kewarakan seseorang.

Ishhh b0dohnya aku masa tu kalau di fikirkan balik. Sem4kin dekat hari pernikahan sem4kin berdebar – debar rasanya, tidak sabar da nak kahwin. Dapat bini alim ustazah. Aku juga tidak berhenti berdoa semoga majlis kami dipermudahkan.

Masa tu aku sering mengoogle dan belajar dari tok guru youtube cara terbaik melafaz akad supaya tidak tersasul. Sekali tu aku terbuka juga adegan yang melucukan semsa akad nikah. Excited punya pasal. Pada hari pernikahan,

Semua persiapan telah 100% full dilaksanakan, tinggal ijab kabul sahaja lagi. Ketika duduk menunggu juru nikah, juru kamera juga telah bersedia. Kawan – kawan satu tempat kerja datang memeriahkan, sanak saud4ra dari jauh mahupun dekat datang bertandang memakai wangi – wangian semerbak untuk bersama meraikan hari bersejarah kami.

Aku perasan adik perempuan dia berbisik sesuatu kepada mak bapa tunang aku (pada ketika itu). Seolah – olah terdapat sesuatu masalah besar mereka hadapi. Namun aku lupakan sejenak untuk bergembira dihari pernikahan aku.

Aku dapat melihat wajah kegusaran dari pihak pengantin perempuan, namun aku masih berbaik sangka. Juru nikah telah tiba, akan tetapi pengantin perempuan tidak kunjung tiba. Masa itu aku mula panik, aku berfikir kenapa bakal bini aku tidak keluar dari rumah di hari pernikahan kami ini (kami bernikah di masjid kebetulan masjid lebih kurang 500 meter dari rumah pengantin perempuan).

Aku berbisik bertanya kepada orang di tepi aku kenapa pengantin perempuan belum tiba, dia kata pengantin perempuan hilang dari rumah (menurut lahjah daerah kelahiran aku). Aku rasa nak pitam bila mendengar bisikan orang tadi.

Aku bingkas dan bertanya berkenaan masalah yang dihadapi, aku cuba kuatkan hati aku menerima berita itu, aku harapkan berita itu tidaklah benar sama sekali. MaIangnya berita itu benar, pengantin perempuan lari mengikuti kereta proton dengan seorang lelaki yang aku tidak kenali.

Ya siapa tidak kecewa diperlakukan demikian, tipulah kalau aku mampu tersenyum ketika itu, dengan harapan mak bapa aku yang nakkan anak sulung mereka berkahwin. Lepas itu sanak saud4ra datang dari tempat jauh, rakan sekerja lagi, wang hantaran 25k yang aku usahakan kumpul untuk menghalalkan dia, persiapan yang telah dia buat oleh keluarga perempuan menggunakan wang 25k.

Tipu la kalau aku mampu hadapi semua itu, mengalir juga air mata aku dibuatnya. Cuma itu cerita 6 tahun yang lalu. Kenapa aku tulis semula, sebab pada tarikh 4/10/2015 kita hampir bernikah. Bukan aku tak nak move on.

Aku da move on pun sebenarnya. Tapi macam manalah caranya aku nak lupakan kenangan terbesar dalam hidup aku dih4ncurkan oleh seorang perempuan yang aku sayangi, cintai dan kasihi. Lagi – lagi perempuan itu merupakan sepupu aku dan lari masa majlis pernikahan dengan lelaki lain yang aku tidak kenali (sekarang ni kenal sudah).

Aku menangis? Sudah tentu aku menangis, aku ingatkan aku seorang jak menangis, mak aku juga menangis, adik perempuan aku juga menangis pada ketika itu. Masalah ini tidak berakhir di sini. Apabila bapa aku menuntut ganti rugi RM25k yang sudah mereka belanjakan untuk pernikahan itu.

Sehingga kini hanya 5k sahaja mereka dapat selesaikan. Bukannya aku nak berkira, lagi pula dengan keluarga sendiri. Akan tetapi s4kit di hati aku tu tidak terbaIas jika RM25k mereka tidak dipulangkan semula. Aku seringkali berbincang dengan bapa aku untuk berbaik dengan pakcik aku (adik beradik bapa aku)

Kerana semenjak dari peristiwa tu, keluarga kami dengan keluarga ex-tunang aku (sekarang da jadi bini orang) tidak pernah bertegur. Tak tahu pula jika pernah mereka bertegur ketika ketiadaan aku di kampung tu. Kadang – kadang aku terfikir, jika dia sudah ada orang lain kenapa bersetuju bertunang dengan aku?

Kenapa awalnya seperti bersetuju bernikah sehingga persiapan telah 100% siap baru lari dengan lelaki lain. Tidak terasa bersalahkah buat orang begitu. Aku masih bujang hingga kini. Kalau ex-tunang balik kampung yang ketika itu aku di situ, ternampaklah mereka bertiga dengan anak yang aku kira 3 – 4 tahun umurnya.

Comel juga anak buah aku ni hahaha. Aku pernah bertanya kepada sepupu sepapat aku, suami kepada ex-tunang aku tak ada kerja, kerja jadi kereta sapu jak. Aku tak nak fikir lebih – lebih da. Aku memohon jak kepada Allah semoga dikurniakan seorang wanita yang baik dan solehah, daripada aku tetap membujang nanti ex-tunang aku fikir aku tak laku pula.

Tak ada la, hahaha. Aku doakan jak mereka bahagia, sebelum terlupa doakan aku moga bahagia pula ya hehe. Ikhlas dari encik Abam polis. – Ryu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aia Ariffin : Semoga tt dipermudahkan urusan mencari j0doh. Paham jaaa. Zaman lani susah nak jumpa partner yang betul – betul terbaik untuk kita. Saya pun masih dalam proses mencari. Semoga sama – sama jumpa j0doh yang soleh / solehah, yang menyayangi kita kerana Allah taala.

Rasyidah Ibrahim : Mungkin dari awal dia memang taknak kahwin pun dengan Ryu. Dia menolak tapi mak ayah taknak terima lelaki yang dia cintai tu. Yela, sebab takde masa depan. Tak berkenan di mata. Lain la Ryu kan polis ada gaji ada mcaam – macam benefits.

Tapi dek kerana cinta last – last dia tekad lari. Sekarang bahagia ke idok dia kena hadap la laki dia tu. Untuk Mr Ryu, insyaAllah ada j0doh untuk anda. Bila? Taktau. Sebab saya bukan ahli nujum. Semoga Iuka hati anda dapat diubati.

Puan Manggis Comel :Ryu tak kira la sed4ra dekat ke jauh tapi ko patut failkan kes kat mahkamah tuntut keseluruhan wang termasuk saman malu dan keced3raan em0si. Tak kira la laki dia kerja ke tak. Dah sedap j0li sakan siap kahwin lain. Mampu tak mampu belakang kira. Yang penting failkan kes dapatkan balik duit sebagai pengajaran. Biar diorang sendiri rasa malu atas perbuatan tu.

Fitri Mdzin : 30k tu dah macam hutang PTPTN weh. TT kumpul dalam masa 2.5 tahun setengah. Maknanya 1k sebulan. Macam nak giIa kumpul duit. Tergamaknya buat macam tu.. mungkin keluarga sana letak nilai banyak tu sebenarnya hint penolakan tapi TT dan keluarga tak faham? Nak tolak direct tak tergamak sebab keluarga.

Nur Asiyah Mohd Nordin : Entah kenapa hati ini menangis membaca cerita sebegini. Ya Allah. RM 25k is not a small of amount. Nak kumpul macam orang giIa kot. If dia ada pilihan hati sendiri, whyy whyy n whyy dia perlu buat mcm ni? Aku pempuan, aku sendiri rasa nak m4ki hamun pempuan tu. Ya Allah. Tergamaknyaa! Terkilan hanya 5k yang dipulangkan. Lebih terkilan bila hari pernikahan dia lari! Allahu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.