Pakcik pinjam duit sebab nak kahwin baru sampai ayah buat loan. Bila suruh bayar, pagar rumah tak bukak

Pakcik call ayah sambil marah dan sentap, dia kata nak jual rumah dia nak buat bayar HUTANG dekat ayah tapi ayah saya halang. Sekarang bila call pun tak sudi nak angkat, pergi rumah pun tak nak bukak pagar macam pengemis. Kami susah, nak makan takde duit sedangkan pakcik seronok berjalan tayang dekat FB..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sebab sudi kongsikan cerita saya. Sorry kalau cerita ni agak panjang. Tujuan saya menulis ni saya nak bercerita pasal pak saud4ra dan mak saud4ra saya, berkaitan HUTANG.

Saya ade terbaca kisah pasal bayar hutang anak yatim tu, cerita saya lebih kurang macam tu jugak. Cuma saya masih ade mak dan ayah, Alhamdulillah. Dalam tahun 2010 macam tu, salah seorang pak saud4ra saya ada pinjam duit kat ayah saya tapi saya tak tau berapa jumlah sebenarnya tapi memang makan ribu la.

Tujuan dia pinjam sebab nak kahwin baru, kali kedua (sekarang dah cerai). Saya tau ayah ada buat loan kat bank dalam 10 – 15k tapi saya tak pasti berapa ribu yang dia bagi dekat pak saud4ra saya tu. Orang nak kahwin pun paling sikit dalam 5k kot, saya tak tau (sebab saya tak kawin lagi).

Tapi masalahnya dah makan tahu, sampai sekarang dia tak bayar lagi walau sesen pun. Dalam tahun ni jugak pakcik saya tu ade mintak slip gaji dari ayah saya sebab dia nak buat loan dan minta ayah sebagai penjamin.

Sedangkan dia ada anak dan menantu (dari isteri pertama) yang kerja bank, takkan dia tak boleh minta tolong kat anak sendiri kot. HUTANG dia yang sebelum ni pun tak berbayar lagi. Saya tau niat ayah saya baik, nak tolong d4rah daging sendiri, tapi masalahnya bila waktu ayah saya nak mintak pertolongan dia ade je alasan, penat la, kerja la, macam – macam dia bagi alasan.

Padahal ayah saya minta tolong dari segi lain, bukannya minta tolong dari segi kewangan. Tahun lepas masa kami nak balik kampung beraya, pakcik ada datang jumpa ayah saya sebab nak kirim barang ke kampung. Dia boleh tanya ade tak duit untuk buat balik kampung.

Sepatutnya kalau tau diri tu dah berhutang tak payahlah nak tanya, bayar je lah terus. Pastu boleh pulak masa dekat kampung, dia cakap kat saya depan mak – mak saud4ra saya yang lain, katanya dia takde duit, nak pinjam duit kat saya (tak tau dengan niat nak bergurau ataupun nak menunjukkan dia tu tak de duit sedangkan sebaliknya).

Saya menyampah dengar macam tu, duit ayah saya pun tak berbayar dah nampak bayang nak pinjam duit saya plak. Padahal sebelum tu waktu bulan puasa, dia siap belikan mesin jahit kat kekasih baru, mesin tu kalau yang second paling murah pun dalam rm1000 – 1200 macam tu, yang tu boleh ade pulak duit.

Masa dia cakap macam tu saya diam je, cuma mak je yang cakap kat dia yang duit saya dah buat belanja balik kampung. Kisah satu lagi tentang mak saud4ra no 2, pun ade jugak pinjam duit kat ayah saya dalam rm1500 dua tiga tahun lepas kot, tapi mak saya kata dia baru bayar rm100.

Bila pergi rumah dia asyik kata takde duit, harapkan duit yang anak bagi sebab suami dia dah pencen dan dia hanya suri rumah. Anak dia ada kerja tetap dan siap ade buat bisnes sampingan lagi. Dalam dok kata takde duit tu boleh pulak beli kereta second berjenama luar negara yang beribu jugak la.

Tapi bab nak bayar HUTANG liat sungguh. Pernah mak saya luahkan perasaan kat mak saud4ra yang lain pasal pak saud4ra saya tu tak bayar HUTANG sampaikan kami takde duit nak makan. Saya tak tau mak saud4ra saya tu sampaikan cerita yang macam mana kat pak saud4ra saya tu, tup – tup pak saud4ra saya tu tepon ayah sambil marah dan sentap kata nak jual rumah dia nak buat bayar HUTANG dia kat ayah saya tapi ayah saya menghalang.

Sejak dari tu pak saud4ra saya tu m4kin tak ngam dengan mak saya. Mak saya penah cuba mintak kat mak saud4ra saya yang no.2 pasal duit tu, tapi boleh pulak dia terus sentap dan tak nak bertegur dengan mak saya, sampai sekarang mak saya tak sebut pasal HUTANG tu, takut.

Salah ke kalau kami nak duit tu sedangkan tu memang hak kami, adik beradik saya ramai dan masing – masing masih belajar lagi. Duit gaji ayah banyak yang dip0tong sebab bayar loan kat bank, dengan nak bayar duit rumah, bil – bil, makan minum lagi semua.

Yang pak dan mak saud4ra saya tu selalu pergi makan kat luar, pergi berjalan merata siap post kat fb bagai. Saya taktau la ape perasaan dorang tu sampaikan tak nak bayar HUTANG tu kat ayah saya, sedangkan waktu kitorang susah diorang tak nak tolong pun.

Bila call pun tak sudi nak angkat, pergi rumah pun tak nak bukak pagar macam pengemis. Tapi bila diorang susah, ayah saya la orang pertama yang dorang akan call, nak suruh tolong buat tu tolong buat ni la. Tu pun pak saud4ra saya tu masih cakap kami tak sudi nak tolong dia.

Nak je saya sound tapi saya ni bukan jenis orang yang reti tegur orang depan – depan macam tu tapi lagi dengan orang yang lagi tua. Pak saud4ra saya tu tahun ni dah dapat duit epf dia tapi langsung tak terdetik dalam hati untuk bayar duit tu kat ayah saya.

Mak selalu cakap, banyakkan berdoa supaya diorang lembut hati untuk bayar HUTANG tu. Kitorang bukannye senang sangat pun. Sedih bila dengar mak ngan ayah saya kadang – kadang  berg4duh pasal duit tak cukup, duit ade tapi pada orang lain yang taktau nak bayar HUTANG tu.

Pak saud4ra dan mak saud4ra masing – masing anak semua kerja gaji beribu takkan la nak bayar sebulan 50 ringgit pun tak mampu kot. Sebagai anak sepatutnya kita tau mak ayah kita berhutang dengan siapa dan siapa yang ade berhutang dengan mak ayah kita. Sebab tu masih sebahagian dari tanggungjawab kita sebagai anak. Sekian.– Kak Long

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?