Alahan teruk masa mengandung, baru keluar bilik dengar mak mertua cakap sesuatu. Terkejut terus masuk bilik nangis

Mak ayah saya sayangkan suami saya macam anak sendiri tapi mereka anggap saya ni? Macam sampah je, mereka ni kononnya ahli syurga. Jemaah tabligh, orang – orang w4rak la kan. Raya tahun ni pun saya tak jenguk mereka. Dorang nangis minta maaf..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Hai, minta jasa baik tolong hide profile saya ye admin. Minta share di page fb ya. Saya cuma nak meluahkan apa yang selama ni terpendam dalam hati saya. Saya pernah rujuk kepada pakar psiki4tri dan mereka sahkan saya mengalami post-traum4tic str3ss dis0rder dan anx1ety dis0rder.

Saya dibesarkan oleh ibu bapa angkat. Ibu kandung saya masih ada manakala arw4h bapa saya dah lama meninggaI akibat kemaIangan. Dari kecil sampai saya dah kahwin memang saya duduk dengan ibu bapa angkat saya.

Saya sudah berkahwin hampir 3 tahun, dan dikurniakan seorang cahaya mata. Sebelum saya berkahwin, saya memang dah berkawan dengan suami saya selama 1 tahun. Alhamdulillah. Macam – macam dugaan kami lalui sampailah sekarang kami masih bersama.

Suami saya seorang yang baik, penyayang, soft spoken. tapi, yang bermasalahnya adalah sebeIah mertua saya dan ipar duai saya. Dari awal saya berkenalan dengan suami, sampai kami dah ada anak seorang ni, ada saja tak kena di mata mereka.

Dulu masa saya nak bernikah, saya menggunakan wali hakim atas sebab ibu dan arw4h bapa kandung saya tak ada sijil nikah yang sah. Keluarga mertua saya tak henti – henti persoalkan. Kenapa pakai wali hakim sedangkan saya ada adik beradik lelaki dan pakcik saud4ra?

Saya hanya mampu berdiam. Dah majlis agama arahkan nikah guna wali hakim, kami ikut saja. Yang penting sah perkahwinan tu dari segi syarak. Suami saya memang bertekad sangat nak kahwin dengan saya, dia tak pedulikan pun apa yang ibu bapa dia cakap pasal saya, h1na keluarga saya.

Saya bersyukur, suami  seorang yang sangat penyabar, semua kekurangan saya dia boleh terima. Dulu masa sebelum kami bertunang, saya kerap follow up dengan psiki4tri tentang peny4kit saya. Suami saya ni la yang setia bawak saya untuk jumpa doktor, nak saya sihat.

Tapi bila keluarga suami saya tahu saya mengalami peny4kit berkaitan dengan mentaI iIIness, mereka terus claim saya ni giIa, saya ni tak w4ras. Mereka w4rning suami saya, “kenapa kau nak kahwin dengan dia sedangkan kau tahu dia tu giIa?! Punya ramai lagi perempuan lagi baik dekat luar sana!”

Saya dengar perbualan antara suami saya dengan ibunya. Luluh hati saya. Tak cukup dengan tu, banyak lagi yang keluar mengh1ris hati saya. Sepanjang kami berkahwin, si mertua ni semua hal rumahtangga kami dia nak masuk campur.

Siap tanya, “kau dengan bini kau okay ke? Takda g4duh – g4duh ke?” Sampaikan saya terfikir motif apa nak tanya pasal g4duh atau tak tu? Tiba masa saya mengandung, anak pertamakan. Saya nak tanyalah kan, siapa la yang tak excited.

Saya happy sungguh, saya dulu kerap pergi check up perkembangan baby, saya pergi scan baby apa semua. Nak tahu apa mertua saya cakap pada saya dan suami? “Engkorang tak payah nak happy sangat, tak payah nak berharap sangat. Belum tentu pun tu. Membazir je duit asyik pergi scan. Benda sama jugak. Nanti sampai waktunya keluar la baby tu.”

Tengok? Betapa t0xicnya per4ngai mereka satu keluarga. Dalam bertahun – tahun saya kahwin dengan suami, memang saya jarang sangat balik sana sebab kalau balik sana pun, balik rumah je mesti menangis, mesti s4kit hati, mesti rasa kecewa.

Awal – awal saya mengandung, itulah kali pertama dalam perkawinan saya dan suami, kami tidur rumah mertua saya. Kononnya nak jaga hati la kan, tak nak tunjuk sangat kita ni tak selesa dengan dorang. Tapi lain jadinya..

Saya alahan teruk masa awal – awal dulu, sampaikan nak bangun tak larat. Saya baru nak keluar dari pintu bilik. Saya lewat bangun masa tu, saya dengar dari pintu je mertua saya mengata dengan anak perempuan kesayangannya, “macam tu ke jadi isteri? Bangun lewat. Mengada, manja sangat. Dulunya kita pun mengandung tapi tak ada pulak mengada – ngada macam tu.”

Saya terus tak jadi keluar. Saya menangis dalam bilik sorang – sorang, suami pergi kerja dah masa tu. Itu memang kali pertama dan terakhir la saya tidur sana. Masuk trimester ke-2, alahan saya dah tak ada, masa tu PKPK PKPB, saya gigihkan diri pergi kerja, saya bawak motor sendiri.

Kerja pun tak berat, cuma jaga dobi. Sampai trimester ke-3, saya dah sarat, tapi saya tetap jugak kerja sebab dah dekat nak raya, saya buat part time. Waktu puasa tu memang saya kerja, ulang alik Klang – Shah Alam hari – hari.

Saya dah tak larat nak dilabel manja. Suami saya ikutkan tak bagi saya kerja sebab saya dah sarat, tapi saya cakap takpe, saya okay. Ada masa tu memang suami la yang hantar dan ambil balik kerja part time tu. Bila baby dah lahir, masa saya berpantang di rumah saya, si mertua call anak lelakinya (suami saya), kebetulan masa tu anak saya nak susu tapi saya baru je balik dari hospitaI, susu baru keluar sikit – sikit, mungkin jugak sebab saya str3ss kan.

Dia cakap macam ni, “kenapa anaknya tu nangis – nangis, pujuk la. Tak reti nak jaga anak ke? Takkan pujuk pun tak reti,”saya dengar sendiri tau. Tak cukup dengan tu dia kata lagi, “mak angkatnya tu reti ke nak jaga anaknya berpantang tu? Ye la kan.. macam mana nak jaga orang pantang, dia sendiri tak pernah mengandung.”

Saya macam, wehh apa kau cakap ni. Cuba bayangkan kalau mak angkat saya dengar benda tu? Apa perasaan dia pulak? Sepanjang saya berpantang tu saya dah macam mer0yan pun ada, hampir tiap hari saya menangis.

Suami saya jadi m4ngsa saya lepaskan semua marah saya. Bila anak saya semakin membesar, saya dah mula kerja macam biasa. Saya mampu beli itu ini untuk anak saya gunakan duit saya sendiri. Waktu anak saya umur 4 – 5 bulan, dah tertulis sampai situ je rezeki saya untuk susukan anak saya, lepas dah berusaha macam – macam tetap tak boleh.

Saya bagi anak saya susu paling murah, dutchbaby ke dupro macam tu, anak saya tak rasi. Anak saya munt4h – munt4h, sembelit dan cirit – birit. Sebagai seorang ibu bapa, siapa je tak risau kan anaknya macam tu? Sampailah ada sed4ra saya cadangkan cuba anmumlac, harga dia memang agak mahal sikit tapi alhamdulillah anak saya minum susu tu dari umur dia 4 – 5 bulan, sampai la sekarang dah 1 tahun lebih. Membesar dengan sihat.

Selalu sangat dah saya dan suami kena mengata dengan keluarga dia, “halah diri sendiri susah, sibuk nak kasi anak susu mahal”, “diri sendiri pun tak cukup makan, bagi je la susu murah.” S4kitkan jadi saya ni? Saya rasa bukan saya seorang je rasa benda ni, mungkin ramai lagi, cuma beza situasi je.

Dari dulu sampai sekarang tak pernah la mereka tu nak jaga hati saya apatah lagi nak terima saya jadi keluarga mereka. Mak ayah saya sayangkan suami saya macam anak sendiri tapi mereka anggap saya ni? Macam sampah je,  mereka ni kononnya ahli syurga. Jemaah tabligh, orang – orang w4rak la kan.

Mereka ni bukan orang senang pun, orang susah tapi per4ngai dan berlagaknya nauzubillah. Yang perempuan berpurdah, yang lelaki kunun berkopiah. Saya ni bukan manusia suka mengungkit tapi kalau dah bertahun – tahun asyik benda sama berlaku, asyik mengata, asyik semua benda saya buat tu ini tak betul, siapa je tahan diani4ya dih1na macam ni?

Mereka tak sedar, masa mereka susah, dari sebelum kahwin lagi, muka ni yang datang membantu. Si ketua keluarga tak habis – habis keluar tabligh sampai abai tanggungjawab dengan keluarga. Anak bini kat rumah tak makan tak fikir pun.

Sampai ada satu ketika mereka kena halau dengan tuan rumah sewa, kemudian tak cukup duit deposit nak pindah rumah baru. Muka siapa yang tolong kalau bukan muka saya ni la muka orang yang dipanjang keji ni. Rm600 – rm800 masa pkp tu jumlah yang besar ye bagi orang bersederhana macam saya ni.

Saya sanggup buat apa saja demi mereka, saya duit tak pernah berkira sikit pun. Nak itu nak ini saya layankan. Tapi apa yang saya dapat? Saya ni dipij4k – pij4k. Malah dimaki – maki lagi dengan ipar duai. Saya bukan minta mereka baIas balik apa yang saya dah buat selama ni.

Saya cuma minta untuk terima saya dengan ikhlas, bukan atas sebab terp4ksa. Saya rasa terani4ya sangat – sangat. Dapat suami elok dah, tapi dapat mertua dapat ipar duai dari ner4ka. Maaf agak kasar tapi itulah faktanya..

Sekarang memang saya dah bertekad tak nak balik sana, raya tahun ni pun saya tak jenguk mereka. Saya dah tawar hati, hari ni minta maaf esok buat lagi dan lagi. Sampaikan saya anggap, dorang menangis tu berlakon je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?