Masa aku minum air bekal dari rumah, pelajar lelaki gelak2. Rupanya mereka campur air rendaman stokin

Aku dapat tahu dari kawan kelas perempuan aku, diorang tuang air rendaman stokin diorang dalam botol air aku. Diorang kumpul semua stoking diorang dalam gayung, letak air paip, dan hasil rendaman tu bagi aku minum. Aku  mengadu dekat cikgu, tapi jawapan cikgu buat aku kecewa. Cikgu salahkan aku..

#Foto sekadar hiasan. Dari tajuk, aku nak nak bercerita kisah aku yang dulunya teruk menjadi ‘bahan’ kutukan di sekolah dan sekarang aku menjadi diri aku yang baru. Nama aku Yana dan aku berumur awal 20-an. Aku dari sekolah rendah lagi, saiz badan aku memang kategori obess sampai tahap mak aku kaw – kaw cut aku punya pengambilan gula dan jajan.

Tapi biasalah, dah namanya budak, kau tahan macam mana pun, memang aku akan tetap kejar, cari segala macam coklat, jajan sampai dapat. Aku makan, aku gembira! Masa aku sekolah rendah, tak ada la ketara sangat badan aku ni gedempol, tapi bila dah masuk alam remaja, dah baligh, BAMM, saiz aku mend4dak naik.

Bermula dari aku darjah 6, kemudian naik ke tingkatan 1, masa ni lah aku punya segala macam lemak, jerawat datang sampai tahap aku menjadi sangat buruk, aku sendiri mengaku benda ni. Dan reaksi kawan sekeliling lebih sinis terutama dari kawan – kawan lelaki.

Aku mula mendapat gelaran “anak gajah”. Nampak macam tade apa kan dengan ejekan tu tapi anak gajah ni lah yang buat aku tr4uma 3 tahun aku kat sekolah menengah. Lebih manis, aku dibuIi sangat – sangat teruk hanya sebab aku ni gemuk, hitam dan berjerawat batu penuh kat muka.

Ya, semua kenangan manis tu aku pernah rasa dari sesimple, surat cinta palsu ke physical har4ssment, aku dit4mpar oleh budak lelaki. Ada sekali, aku minum air sunquick aku bawak dari rumah, tengah syok aku minum, budak – budak lelaki sekelas aku tiba – tiba gelak besar.

Aku pelik gak kenapa, rupanya aku dapat tahu dari kawan kelas perempuan aku, diorang tuang air rendaman stoking diorang dalam botol air aku. Boleh tak korang bayangkan, diorang kumpul semua stoking diorang dalam gayung, letak air paip, dan hasil rendaman tu bagi aku minum. Ko rasa? Memang ibIis per4ngai dorang tu.

Belum lagi aku cerita masa buku tulis aku masuk jamban lelaki, beg aku kena tuang sampah, atas meja aku kena tulis ayat – ayat ‘indah’ dan sebagainya. Tak larat aku nak tulis semua. Dan aku pernah mengadu, banyak kali dekat cikgu kelas aku.

Tau apa dia jawab? ‘Alah budak laki memang nakal. Yang awak pergi layan buat apa?’ Itu je. Untuk pengetahuan pembaca, aku takde ayah, bukan sebab dia dah meninggaI, entah ke mana dia hilang. Aku cuma ada mak yang sibuk kerja nurse kerajaan, nak tampung aku dengan 2 lagi adik aku.

Mana lah aku sampai hati nak bagitahu mak aku masalah aku kat sekolah. Jadi selama 3 tahun tu, aku terima semua tu dengan air mata yang dah tak malu tumpah depan orang. Aku tak ada kawan rapat, mungkin sebab aku dulu pun sangat pendiam.

Jadi semua tu aku telan sorang – sorang. Sampailah cerita Manjalara keluar kat TV3. Masa tu aku form 3. Pada waktu tu aku jatuh hati sangat – sangat dengan drama tu. Mungkin sebab watak Manja tu gemuk, sama macam aku.

Boleh la aku relate kan diri aku dengan watak manja dalam tu. Her0in kan. Aku tak pernah miss cerita tu. Setiap kali Manja kat dalam tv tu ditimpa masalah, aku siap jerit depan TV, ‘JANGAN MENGALAH MANJA’. Ya, sampai tahap tu aku punya 0bses dengan watak Manja.

Ok, bila cerita dah popular, dah tentulah cerita tu jadi popular kat budak sekolah juga. Dan aku pun terkena tempiasnya, aku diberi nickname baru, iaitu ‘manja hitam’. Tapi aku sebenarnya tak kisah pun. Manja tu baik, tak kenal erti kalah dan ada putera idaman yang sayangkan dia.

Jadi, bila diorang panggil aku Manja, aku lagi la suka. Walaupun ada tambahan perkataan ‘hitam’ tu. Tapi nickname tu tahan sekejap je la. Bila Manja tukar jadi Lara, diorang pun stop la panggil aku manja, fasal manja tu jadi kurus. Aku tetap gemuk.

Dari Lara pulak, aku betul – betul terkesima. Aku macam dapat satu inspirasi yang sangat – sangat mendalam. Lara ni ditonjolkon sebagai cantik, ada karisma dan kalau nak sesuatu dia akan dapatkan. Aku memang jatuh hati sangat – sangat, jadi aku tekad nak jadi macam tu.

Diam – diam, aku mula pasang azam nak kurus. Aku sebelum ni memang pernah daiet jogging tapi tak bertahan. Cuma bila aku tengok watak Lara ni, aku sump4h kat diri aku, tak nak mengalah. Kali ni, aku buat secara perlahan – lahan.

Aku mula dengan kerap berjalan dan aku cut segala macam sugar dari daiet aku. Sayur pun aku dah mula makan. Sebab aku ada baca, cara nak kurus paling berjaya adalah bermula dari pemakanan. Ko pakai la segala macam mak nenek beauty product pun, tapi yang penting adalah apa ko makan. You are what you eat.

Aku masih gemuk masa aku dapat pindah sekolah sains waktu tingkatan 4, tapi kat situ aku dan perlahan – lahan berubah luar dan dalam. Alhamdulillah, kat sekolah baru tu Allah bagi aku kawan – kawan yang baik, persekitaran yang positif.

Dan aku pun mula berjinak dengan bola jaring. Bila dah masuk tingkatan 5, berat aku dulu yang lebih 120kg dah turun ke 90kg. Aku memang syukur sangat. Dan aku tak pernah berhenti sebab aku masih belum tahap ‘Lara’ lagi, sampai lah akhirnya.

Lepas aku habis belajar dekat matrikulasi, ada reunion sekolah lama aku. Korang nak tahu, aku dah dapat jadi ‘Lara’ yang kurus. Aku akhirnya dapat berat ideal aku, 60 kg. Bila dah kurus ni autom4tik orang akan kata cantik kan.

Orang yang buIi aku dulu memang ternganga. Termasuk la kepala IbIis yang rajin buIi aku, Paan. Siap tak malu mintak nombor aku. Jadi sebagai penutup bicara, aku macam harap sangat – sangat TV3 tayang balik Manjalara daripada tayang drama murahan pukuI 7 tu.

Seriously, Manjalara ubah hidup aku, bagi aku inspirasi sangat – sangat. And to those yang nak lose weight out there, jangan pernah give up, okay? – adik manja

Komen Warganet :

Syaza Mustafa : Eeeeeii MeIampau ye budak – budak lelaki tu bagi air rendaman stokin. Kalau jadi apa – apa dekat anak orang buat ani4ya je. Adik manja, nanti dah kahwin, ada anak, cakap dekat anak,  kalau ada apa – apa kes buIi dekat sekolah bagitahu je dekat ibubapa.

Jangan risau ibubapa penat ke apa, sekurang – kurangnya kalau jadi apa – apa ibubapa tahu. Tambah lagi sekarang ni lebih ekstrim cara budak – budak sekolah buIi. Apa – apa pun tahniah adik manja. Kepada Paan, semoga gemuk dan jumpa pasangan gemuk jugak.

Lyla Fadzlan : Yang penting memang bersungguh nak turunkan berat dan kena istiqamah. Perjalanan untuk turun berat badan ni panjang masanya. Bukan sekejap. Nak gemuk pun bukan sekejap. Takdenya makan hari ni esok gemuk. Tahniah berjaya bendung hawa nafsu. Semoga berjaya kekalkan dan dipermudahkan urusan

Nur Ndzaha : Saya pun sama teruk kena ejek dengan kawan – kawan sekolah dulu. Dorang ingat orang badan besar ni takde perasaan ke. Lagipun saya selalu gelak – gelak je bila kena ejek, nak hilangkan rasa sedih. Cuma untung sikit saya ni cerah, biarlah orang kata gemuk pun bagi saya cantik je saya ni. Haha. Tapi sekarang saya dah kuruslah, untuk kesihatan bukan untuk cantik semata.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.