Beli ayam saya akan p0tong 18. Tapi anak 5 orang saya hanya bagi makan telur setiap hari. Saya bagi suami lauk ayam

Sekarang saya sedang mengandung anak yang ke-6 dan selalu lapar. Saya teringin nak makan roti gardenia dengan kaya tapi saya pendam sebab fikir duit tu boleh benda lain. Tapi bila suami balik kerja, dia boleh beli takoyaki rm10, goreng pisang dengan keropok lekor. Katanya dah lama dia teringin.

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Tolong hide profile saya ye. Saya seorang isteri, mempunyai anak 5 orang dan saya dan suami sudah 7 tahun berumahtangga. Sekarang saya sedang mengandung anak yang ke-6 dan kandungan berusia 5 bulan.

Saya terp4ksa berhenti kerja sebab m4buk teruk. Urusan rumah semua saya yang buat. Hari – hari kalau ada bahan dekat dapur memang saya akan masak. Sekarang duduk rumah sewa tapi ayah saya yang tolong bayarkan. Bil – bil yang lain pun ayah saya yang tolong bayar. Suami tak berapa nak ada duit.

Ayah saya bantu sungguh – sungguh. Tapi takkan sampai duit makan pun ayah saya nak kene bagi. Contoh suami saya dapat duit 200. Seratus dia bagi saya. Katanya suruh saya simpan, seratus lagi untuk saya buat belanja.

Saya punya berjimat cermat tapi suami, dalam sehari dia boleh habiskan duit beli jajan roti dalam 20 – 30 ringgit. Dan apa yang dibeli tu takkan smpai sehari pun bertahan. Tu belum lagi makanan anak – anak kami. Banyak kali saya cakap 20 – 30 ringgit tu boleh beli barang dapur, baru ingat nak beli serai, halia, ayam sikit sebab barang dapur dah habis tapi dia habiskan dekat benda – benda macam tu.

Belum lagi flavor pod vape dia tu. Seminggu dua habis dalam RM30. Saya menangis bercakap dengan dia semalam. Saya mengandung 5 bulan, seluar mengandung pun tak mampu beli sebab tak ada duit. Pakai seluar lama letak getah sayur yang penting boleh pakai.

Saya teringin nak makan roti gardenia dengan kaya pun saya tak beli sebabnya saya fikir rm5 tu boleh beli barang yang lagi penting dari roti. Saya mengidam nak makan aiskrim BR pun saya tak ajak dia pergi makan sebab kalau makan duit tu boleh buat beli ayam masak seminggu.

Dah la barang baby pun saya yang beli. Untuk simpanan saya bersalin dan barang anak pun satu sen dia tak sediakan lagi. Saya masak lauk pun ayam 5 ketul setiap kali masak. 2 ketul tu saya bagi dia bawa bekal, saya takut dia lapar, penat bekerja.

Pagi – pagi saya akan makan separuh dari seketul, tengahari saya makan balance yang saya makan pagi tadi. Anak – anak pula makan telur sahaja. Bila dia balik petang makan lauk yang berbaki 2 ketul lagi ayam makan berdua. Dan anak – anak lain makan telur lagi.

Untuk pengetahuan semua setiap kali beli ayam saya p0tong 18 sebab nak jimat tapi maIangnya bila dia balik kerja, dia bawa balik takoyaki rm10, goreng pisang dengan keropok lekor. Katanya dah lama dia teringin. Habis kat situ je RM15.

Setiap kali dia nak pergi kerja saya check wallet dia ada ke duit nanti nak isi minyak lagi semua. Dengan duit yang ayah saya bagi dan duit yang dia bagi tu saya letak RM15 hari – hari dalam wallet dia. Banyak kali saya suruh jimat tapi itu juga dia buat.

Saya kat rumah tak cukup makan untuk saya dan anak dalam perut. Mana lagi anak – anak kami 5 orang. Semua anak – anak saya masih kecil, yang sulung baru berumur 7 tahun. Dalam umur macam ni memang tengah fasa makan banyak.

Saya fikir kalau saya makan lebih, waktu malam kami tak akan dapat makan. Dengan nak simpan duit untuk beli barang baby dan duit bersalin lagi. Setiap kali dia cuti dia bagi saya rehat tak payah masak tapi saya kene makan pagi ikut masa.

Tengahari pun kena makan sebab saya akan s4kit perut, munt4h kalau tak makan. Jadi kalau saya tak masak, nak beli roti je dah 2 – 3 ringgit. Jadi saya tak beli roti. Saya harap dia tolong bangun belikan nasi lemak lebih kenyang, tapi tak.

Pagi ni saya k3jut dia, dia marah. Dia tanya apanya. Saya diam je, dia sambung tidur. Saya hanya makan nasi lebihan semalam dengan ayam peha dah tinggal tuIang. Isinya sikit sangat. Saya panaskan lauk, saya makan jam 9.

PukuI 12 saya lapar sangat sampai rasa nak munt4h. Sekali lagi saya k3jut suami, dia marah, dia cakap nak rehat. Saya tidur balik tahan lapar sebab dah smpai nak munt4h. Dia bangun pukuI 2, dia tak k3jut saya. Dia makan roti jajan yang dia beli dan makan bagi habis semua.

Saya bangun saya cakap pukuI 2 masih tak makan tenghari, saya tak boleh hidup macam ni. Lepas tu saya dimarahnya balik. Dia kata saya dah makan nasi kan, nak makan apa lagi. Saya terus capai tudung keluar dari rumah cari makan sorang – sorang dengan perut lapar sangat dengan nak munt4h.

Saya sedih sangat – sangat, dengan barang dapur habis. Kalau tak saya dah masak. Serai tak ada, ayam tak ada, halia habis, kicap pun dah habis, telur pun tak ada. Sedih sangat kenapalah saya hidup macam ni. Dah la duit yang dia bagi pun balik saya akan topap duit minyak dia pergi kerja. Banyak kali saya nasihat pun macam ni juga.

Komen Warganet :

Fatimah Zahar : Inilah masalah orang perempuan, dah tahu suami jenis tak berduit, abaikan tanggungjawab nak lagi beranak banyak – banyak. Setiap kali bersalin akan pergi KK kan, ambiklah perancang kak oii.. Kalau laki tak bagi ambik je diam – diam. Tahu tak awak ni dah aniaaya anak – anak. Jangan fikir awak je lapar tak makan, sedih pedih. Habis anak – anak tu lagi kesian tak dapat makan yang sempurna.

Alia Joe : Maaf kata, sepatutnya jangan tambah anak. Lepas ni tolong ik4t peranakan terus ye. Kesian kan anak membesar tak cukup makan. Yang salahnya puan sepatutnya jangan bagi suami duit poket dan miyak supaya dia berusaha untuk cari duit tambahan. Sampai bila nak hidup macam ni. Balik rumah ayah, duit sewa rumah tu boleh buat belanja untuk anak – anak. Kalau suami tak nak ikut biarkan dia.

Helen Nezael : Ko yang bersangka laki ko takde duit. Dia ada je tu. Rahsia.. takkan dia makan je apa dia suka. Tak payah la topup – topup dia. Satu lagi dia rasa ko ok. Tak susah.. sebab ko tak rungut. Dia buat tak kisah lah. Lepas ni jangan nak beranak je. Pi cari kerja.. besarkan anak.. Bahagiakan diri dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?