Allah tunjuk kesalahan aku depan mata. Aku kat dapur panggil mak tapi dia tak dengar walaupun jarak cuma dalam 3 meter. Aku kuatkan suara pun tak dengar. Aku pergi dekat baru mak perasan. Dia cakap tak dengar suara aku. Aku jadi pelik, kenape dengan mak aku ni? Tak lama kemudian aku dapat jawapan..
#Foto sekadar hiasan. Seorang rakan chat wanita mengadu dan meminta nasihat bagaimana nak sabar dengan ibunya. Kadang – kadang wujud konflik hubungan di antara ibu dan anak. Terasa hati, marah, hilang sabar dan sebagainya.
Aku bukanlah baik dan anak solehah sepanjang masa. Pernah berd0sa dengan mak. Pernah meIukakan hati mak juga. Mak aku tak penah buat salah, hanya aku sahaja yang tidak memahami emak. Dalam Islam, membuka aib sendiri sangat dilarang keras.
Hanya Allah saje yang tahu keburukan aku. Cuma ada beberapa kesalahan yang aku rasa boleh kongsi sebagai iktibar bersama. Di akhir – akhir hayat mak, Allah macam buka pintu hati aku agar tak jadi anak derh4ka. Tak buat benda yang akan aku kesal seumur hidup.
Setahun dua sebelum mak meninggaI, aku perasan perubahan dia dan berazam menjadi anak yang baik. Masa sekolah mak pernah terasa dengan aku. Aku lupa faktor apa. Kami tak bercakap dan aku lari ke perpustakaan memujuk diri.
Masa nak balik, cuaca tiba – tiba hujan dengan guruh berdentum. Aku ketakutan teringat kisah anak derh4ka. Bimbang dipanah petir. Aku berdoa bagi aku peluang untuk t3bus d0sa dan akan jaga mak bila dia tua nanti. Pernah juga aku mengemas bilik mak dan buang barang tak guna yang berhabuk.
Mak punya marah sampai tak nak bercakap. Aku taubat tak mahu usik apa – apa lagi bimbang jatuh derh4ka. Aku bekerja di negeri lain, tiap kali balik kampung, aku akan baIas d3ndam dengan tido lepas Subuh sebab aku terlalu penat bekerja dan kurang tidur di perantauan.
Katil rumah sendiri je aku nyenyak tido. Satu hari lepas subuh, aku dengar panggiIan mak sayup – sayup, aku buat b0doh je. Nak tido sebab letih sangat dengan memandu perjalanan yang jauh. Tapi suara dia tak berhenti panggil.
Rasa tak sedap hati, aku buka pintu bilik, suara mak dari bilik dia. Terk3jut tengok mak sedang menangis, duduk atas lantai. Mak cakap dia tiba – tiba hilang keseimbangan dan pandangan berpinar, tak boleh bangun nak ke tandas.
Sejak hari tu juga aku suruh mak tido kat ruang tamu supaya senang dia nak bergerak dan panggil aku. Aku tido dengan pintu bilik terbuka supaya boleh dengar dengan jelas jika mak panggil. Aku takut sangat jika mak meninggaI dalam keadaan tak redha pada aku.
Aku tak mahu dic4mpak dalam ner4ka. Pernah satu malam ni, tengah – tengah malam, aku dah tido, terdengar bunyi macam lantai ditepuk tap tap. Aku jenis mudah terjaga walaupun tengah tido. Cepat – cepat aku bangun tengok keadaan mak.
Rupanya kena hypo (kurang gula) tengah malam. Cepat – cepat buat air milo bubuh gula dan sua straw ke mulut mak. Mak macam tak sedar tapi dia minum. Dalam setengah jam baru dia sedar. Dia terpinga – pinga tengok aku duduk sebeIah dia tengah – tengah malam.
Dia langsung tak ingat ape yang berlaku tadi. Time kena hypo memang dia tak sedar, meracau, mengumam. Pernah dia berguling – guling dan terk3ncing atas lantai. Sebagai anak, basuh saje. Ujian untuk kita sabar. Kalau baca kisah anak derh4ka, aku selalu berdoa semoga Allah pelihara aku.
Semoga aku jadi anak yang baik. Semoga aku boleh jaga mak masa s4kit dan cuci naj1snya. Allah betul – betul makbul. Mungkin nak menguji kata – kata aku. Ada sekali time s4kit, mak terb3rak dalam kain. Rasa dekat 10 helai kain terkena naj1s.
Ikutkan hati, aku ni jenis penggeli dengan naj1s. Tapi ntah kenapa masa tu aku jadi tak geli. Aku basuh tapi dengan pakai glove. Rasa gembira lulus ujian. Harap – harap Allah terima amalan aku. Mak penah cakap kat aku, kenapa lama tak telefon dia.
Aku pelik sebab berbelas kali telefon mak tak angkat. Geram juga nak marah masa tu. Allah tunjuk kesalahan aku depan mata. Aku kat dapur tengah masak. aku panggil mak tapi dia tak dengar walaupun jarak cuma dalam 3 meter.
Aku kuatkan suara pun tak dengar. Aku pergi dekat baru mak aku perasan. Dia cakap tak dengar suara aku. Masa tu aku jadi pelik, kenape dengan mak aku ni? Tak lama kemudian aku dapat jawapan. Rupanya kesan sampingan pengambilan ubat – ubatan mak ambil menyebabkan deria pendengaran m4kin lemah.
Sedihnya. Rasa berd0sa sebab nak marah mak tak angkat telefon berpuluh kali. Rupanya mak sudah sem4kin uzur. Di akhir hayat dia, setiap petang dia duduk atas sofa, menghadap pintu utama sambil termenung kosong ke arah jalan besar depan rumah kami.
Masa ni aku mula terasa, ‘jangan – jangan umur mak dah tak lama’. Tahun terakhir raya bersama mak, tiba – tiba aku tenung muka mak kemudian terlintas ‘jangan – jangan tahun ni raya terakhir dengan mak’. Rupanya betul apa yang aku rasa.
Mujur aku ubah sikap. Bayangkan jika aku buat dia terasa, menyesal seumur hidup sebab tak jaga dia dengan baik. Sejak beberapa petanda keuzuran dan kesihatan mak merosot, aku jadi alert. Mak panggil, cepat – cepat aku menyahut, mak suruh cepat – cepat aku buat.
Masakkan menu kegemaran dia. Jaga nada suara supaya tak kasar. Buat dia happy. Bawa jalan – jalan. Jangan buat dia tersinggung sebab bimbang itulah hari terakhir dia dengan kita. Emak hanya seorang, tiada galang ganti.
Kalau dia boleh bersabar mengandung, melahirkan, menyusu, menjaga dan membesarkan kita. Sabarlah dengan sedikit permintaan dia. Takut – takut kita akan menyesal nanti. Sudah 5 tahun mak pergi tapi hati masih rindu.
Hanya mulut saje tidak bersuara. Hanya sesekali saje buka cerita. Jangan sampai kalian menyesal. Hargai ketika dia masih bersama. Masih ada di depan mata. – Nuhas (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. March 2017, aku baru balik kampung. Letih baru habis kursus yang panjang. Siapkan kerja dan bergegas pulang sebab mak tak sihat. Lepas subuh, ingatkan nak sambung tidur. Tiba – tiba mak panggil suruh pegi beli nasi dagang, dia teringin nak makan.
Tukar baju terus pergi kedai. Nasi dagang tak ada, beli nasi air dan kuih akok je. Balik rumah, buat air milo dan hidang depan mak. Mak makan kuih sebijik je. Baru nak baring, mak panggil lagi, cakap dia nak ke tandas tapi tak boleh bangun.
Suruh mak mengesot sambil ikut belakang takut jadi macam dulu, tiba – tiba mak hilang keseimbangan, gelap pandangan, berpusing dan rebah. Masuk bilik, baring semula. Mak panggil lagi, cakap tak boleh bernafas rasa sesak.
Suruh hantar ke hospitaI. Pertama kali dalam hidup dengar mak cakap nak pergi hospitaI. Panggil anak sed4ra sebeIah rumah suruh bersiap teman pergi hospitaI. Suruh mak mandi dulu. Masak air panas untuk mandikan mak, kemaskan barang mak kot – kot admit ward.
Dah sediakan air mandian suam, suruh mak gi mandi. Ikut dari belakang sampai pintu bilik air. Tiba – tiba mak cakap, ‘mu tolong mandikan mok la, mok tok cekak’. Kali kedua aku tersentak, tak penah seumur hidup mak suruh mandikan dia.
Mula fikir bukan – bukan tapi cakap dalam hati ‘mu jangan nangis depan mak, nanti dia lagi sedih’. Sambil jirus air dan gosok badan mak dengan sabun aku terfikir jangan – jangan ni kali pertama dan terakhir permintaan mak.
Mujur tak tumpah air mata. Siapkan mak, nak angkat dengan anak sed4ra ke kereta. Tiba – tiba mak cakap ‘nati meta’, dia tarik nafas dalam – dalam pastu bangun sendiri. Walaupun aku papah, tapi mak memang guna kudrat dia sendiri.
Dalam perjalanan, telefon kakak suruh buat Guarantee Letter (GL) kalau – kalau mak masuk ward, bagitahu nak pergi hospitaI. Pendekkan cerita, mak kena tahan kat icu. Doktor beberapa kali panggil nak tanya sejarah rekod perubatan.
Walaupun duduk jauh dan balik sebulan sekali, memang aku tahu sebab mak selalu cerita pasal peny4kit dia. Aku selalu balik hantar mak ke kIinik juga. Mula – mula doktor biasa panggil, pastu doktor pakar buah pinggang, pastu pakar bius plak.
Doktor pun pelik lepas dengar cerita mak tak tunjuk tanda – tanda s4kit sebelum ni kecuali masa aku kursus, kaki mak b3ngkak, tak boleh jalan. ‘Mak puan ni s4kit buah pinggang tahap 4. Air banyak dalam badan. Kena buat dialisis bla bla bla…..’
Aku tak ingat, mata dah bergenang. Sempat tengok mak sepintas lalu kat katil dengan muka cuak tapi aku tak gi dekat pun sebab air mata dah merembes kuar. Doktor bius plak panggil masuk terangkan pasal mak tak boleh bernafas sendiri.
Walaupun dah beberapa jam guna alat bantuan pernafasan masih tak stable. Siap tunjuk x-ray masalah kat paru – paru, suspect k4nser. Doktor dah terangkan kat mak tapi mak serahkan kat anak – anak buat keputvsan. Doktor cakap kena bius tidurkan mak untuk masukkan tiub sebab s4kit.
Pastu tengok perkembangan, kalau tak berjaya juga terp4ksa tebuk leher plak untuk elakkan jangkitan (dah rasa nak pitam dengar tebuk leher). Cakap kat doktor, doktor buat lah yang terbaik asalkan mak saya selamat.
Kemudian mesej dalam group wassap family bagitahu, aku dah sign surat kebenaran rawatan mak sebagai w4ris. Tengah malam baru admit ward temenggung. Staf cakap, w4ris tak boleh tunggu patient, tapi w4ris boleh tunggu kat bilik menunggu tingkat 1.
W4ris hanya boleh melawat time melawat saje. Hanya 2 orang pelawat dalam satu masa. Tengok patient lain semua penuh wayar berselirat dan tak sedar. Kes – kes berat ni. Ingat lagi nurse cakap beberapa hari kemudian doktor dah stop ubat bius, esok mak puan mungkin sedar.
Aku pergi dekat katil, pegang tangan mak, tiba – tiba mata mak berkelip – kelip. Panggil mak! Mak buka mata. Tanya cam dok ore? Dia angguk, pastu pejam balik. Sebenarnya Allah dah tunjuk tanda – tanda kem4tian (boleh tengok drama tajuk 100 hari lakonan zul huzaimi pasal tanda – tanda kem4tian) aku je yang tak nak terima kenyataan.
Minggu pertama mak kat hospitaI, hidung dia masih kembang tinggi, minggu kedua tiba – tiba pagi tu aku tengok melorot jatuh. Jari kaki mak lurus ke depan macam kena tarik, cuping telinga melekap kat belakang. Sehari sebelum meninggaI dia tiba – tiba macam sihat, baca gerak bibir mak cakap ‘nak balik’.
Alhamdulillah semua doa – doa aku untuk mak dimakbulkan Allah. Aku minta supaya aku ada di sisi supaya boleh jaga mak, (sebab masa arw4h ayah adik beradik lain yang jaga) bacakan yasin, (Masa kecik – kecik, terdengar perbualan mereka nak hantar anak – anak yang bawah – bawah ni ke sekolah agama supaya pandai baca Quran dan boleh baca quran lepas mereka m4ti), mandikan dan kafankan jen4zah.
Walaupun mak tak penah wasi4t suruh uruskan jen4zah dia tapi dia selalu bangga bercerita kat orang kampung aku penah uruskan jen4zah sed4ra kami, dari situ aku yakin mak mesti nak anak sendiri yang buat.
Bersambung ke episod last(3). Arw4h mak meninggaI kat hospitaI selepas 2 minggu s4kit tenat di wad Temenggung HRPZ2. Mak tak sedia kafan kat rumah. Saya tanyakan pihak hospitaI pasal urusan mandi jen4zah.
Rumah kami ada masalah tekanan air yang rendah, jadi saya berpendapat lebih mudah jen4zah dimandi di hospitaI saje. Nurse bagi nombor telefon ustazah dan minta saya uruskan sendiri. Selepas confirm dengan ustazah.
Saya suruh kakak – kakak saya balik rumah dan hubungi saud4ra mara, uruskan penggalian kubvr dan kemas rumah untuk sambut jen4zah. Urusan hospitaI biarkan saya saje yang urus. Saya minta anak sed4ra umur 11 tahun temankan.
Cucu yang paling mak sayang sebab satu – satunya cucu yang mak asuh dari lahir. Petugas serah surat pengesahan kem4tian, saya ke kaunter untuk urusan bil dan discaj. Free sebab guna GL kakak. Untuk urusan bawa pulang jen4zah, cuma bayar RM20 caj kend3raan atau van jen4zah yang disediakan pihak hospitaI.
Dah siap urusan discharge, saya naik ke ward yang menempatkan mak. Tengok jen4zah mak dah bertutup rapi. Petugas iring ke bilik mandi jen4zah. Sepanjang jalan saya menangis. Dah hilang malu dilihat orang ramai.
Memandangkan mak meninggaI hari Jumaat tepat azan Zuhur berkumandang, pihak pengurusan jen4zah hanya datang jam 3 petang selepas solat jumaat. Isteri ustaz yang urus bersama seorang pembantu. Saya minta izin nak sama – sama mandikan jen4zah mak.
Khidmat terakhir saya sebagai anak. Saya yakin mak juga mahukan saya sendiri memandikan jen4zahnya. Masa mandi, arw4h mak macam tidur. Cuma kaku tak bergerak. Ustazah cuma minta saya gosok bahagian – bahagian pinggang ke atas sahaja, tolong mereka balikkan badan untuk alir air merata ke seluruh tubuh.
Ketika gosok badan mak, saya teringat kisah perjalanan roh selepas kem4tian. Sebaik sahaja roh dicabut, si m4ti melihat dua keadaan iaitu alam nyata dan alam ghaib. Malaik4t m4ut akan mengiringi malaik4t rahmat (jika arw4h orang beriman) atau malaik4t azab (jika arw4h orang fasiq) membawa roh naik ke langit dipersembah kepada Allah.
Malaik4t akan membawa buku amalan arw4h dan akan diletakkan di dua tempat. Illiyin untuk orang soleh dan Sijjin bagi orang yang fasiq. Buku amalan ini akan diturunkan pada hari ki4mat kelak untuk hisab di padang mahsyar.
Semasa dimandikan, naj1s mak pun tak banyak. Selama 2 minggu mak cuma makan makanan cecair melalui tiub sebab ditidurkan. Selesai mandi dan kafan, saya membayar RM750 kos pengurusan jen4zah. Ustazah ajar cara buka tali kain kafan untuk bagi w4ris – w4ris tengok sebelum jen4zah dikebvmi nanti.
Sesampai kami di rumah, sed4ra mara dah menunggu. Jen4zah di letak ruang tengah. Saya buka tali pengik4t kain kafan, buka kain dan kapas menutup muka. Saya tutup dengan kain batik lepas jarang. Mak ada simpan kain tu.
Rasanya untuk kegunaannya masa meninggaI. Saya ambik Al Quran dan baca yasin, suruh anak – anak sed4ra baca juga. Abang maklum orang masjid dah ready untuk solat jen4zah, cepat – cepat suruh semua lihat dan civm jen4zah mak buat kali terakhir.
Tutup semula dengan kapas dan ik4t semula kain kafan. Saya serahkan kain penutup keranda kat abang. Arw4h mak dah pesan awal – awal kat saya apa yang perlu dilakukan. Saya tahu kain – kain yang mak simpan. Masa arw4h dibawa ke masjid baru saya mandi.
Asingkan pakaian saya yang mandikan jen4zah dalam besen lain. Ada orang bagi tips jangan campur baju mandi jen4zah dengan baju – baju lain, takut terkena badi. Wallahualam… Saya terus bersiap dan memandu ke kubvr.
Yang usung ker4nda anak sed4ra mak, sed4ra depan rumah, cucu dan sorang lagi saya tak perasan. Dalam jam 6 lebih, siap talkin dan semua beransur pulang. Saya teringat lagi cerita tentang roh selepas dikebvmi. M4yat akan mendengar bunyi tapak kaki orang yang mengiringi sehingga tapak kaki yang terakhir meninggaIkan tanah perkubvran.
Kemudian malaik4t Munkar dan Nakir akan mendatangi m4yat bertanyakan 5 soalan. Ketika ini hanya amalan si m4ti semasa hidup di dunia akan menjawabnya. Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Al Mulk setiap malam sebelum tidur maka surah itu akan menemani dan menjaganya.
Saya pernah berpesan menyuruh mak mengamalkan surah tersebut agar mak selamat di alam barzakh. Sekian coretan saya kongsi pengalaman mengurus jen4zah emak. Seorang anak yang pernah berd0sa. Berkhidmat kepada mak pada hari – hari terakhirnya.
Saya tunaikan janji saya dengan Allah bahawa saya akan menjaga mak saya sampai akhir hayatnya. Setahun sebelum meninggaI, saya bawa mak berjalan – jalan rumah anak – anak dan adik beradik mak. Mak nampak happy tetapi sayu sambil berkata,
‘Kawan – kawan mak kebanyakan dah meninggaI. Kalau hidup pun sudah s4kit terlantar pakai pampers’. Arw4h mak selalu ulang pasal wasi4t untuk saya. Suruh bahagikan harta dengan adil kat adik beradik. Suruh dermakan kepada institusi – institusi tertentu.
Duit, barang kemas semua saya tahu jumlah dan disimpan di mana. Mak tiada hutang, cuma puasa ganti 2 hari sebab mak tak sihat bulan puasa, terp4ksa berbuka puasa. Wasi4t mak sudahpun saya tunaikan mengikut amanah diberi.
Walaupun saya anak perempuan bongsu, mak amanahkan saya untuk urus harta. Kata mak sebab saya lebih tahu hukvm hakam agama berbanding yang lain. Kerana saya satu – satunya anak yang belum kawin dan menjaganya.
Syukur adik beradik pun turut saje. Dorang pun tahu saya yang jaga mak dan tahu mak amanahkan saya semua benda. Tiada masalah berebut harta macam selalu kita dengar. Mak juga berwasi4t suruh jaga hubungan sesama adik beradik dan sed4ra mara.
Pesan jangan berg4duh. Kena selalu berziarah. Selepas mak meninggaI, saya pindah duduk rumah sendiri. Saya duduk di kampung asal mak dan dekat dengan pusara mak dan ayah. Senang nak ziarah kubvr sebab mak pesan,
‘Selagi mu tak kawin, kena balik ziarah kubvr mak selalu. Sama macam mak hidup, mak nak tengok anak mak datang jumpa mak’. Rumah saya jadi tempat berkumpul anak cucu mak. Kakak – kakak yang tinggal jauh juga akan balik menetap di rumah saya.
Saya betul – betul jaga amanah mak. Saya tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup saya. Cuma persiapan saya untuk m4ti, dari zaman sekolah, saya amal membaca surah Al Mulk setiap malam. Segala hutang piutang pun saya sudah jelaskan; PTPTN, personal loan dan kereta.
Kerana saya tak mahu dijemput pulang dalam keadaan berhutang. Banyak sangat kem4tian meng3jut akhir – akhir ini. Usia tua bukan syarat m4ti. Muda pun sama. KWSP dan bank pun saya dah letak penama kepada kakak saya untuk uruskan.
Malah berpesan pada kakak saya jika jadi apa – apa kat saya, tolong uruskan bla bla bla… Segala dokumen penting sudah saya letak dalam fail khas untuk memudahkan urusan w4ris uruskan selepas kem4tian saya. Zakat dan puasa ganti pun saya dah settlekan awal – awal.
Kepada kalian yang membaca, saya galakkan lantiklah pemegang amanah bertauliah untuk uruskan harta jika ada. Tinggalkan keluarga anda dalam keadaan yang menyenangkan. M4ti itu bila – bila masa sahaja menjemput kita.– Nuhas (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.