Mak kahwinkan aku dengan lelaki kaya, mak terk3jut tengok barang kemas ‘kecil’ dari suami. Mak terus sound aku

Aku ikut je permintaan mak nak tengok aku berkahwin. Seminggu lepas kahwin mak terk3jut tengok cincin dan gelang pemberian suami. Mak kata walaupun dia tak mampu tapi dia sanggup berhabisan beri gelang dan cincin besar2 untuk menantu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku Faz.. Dah berkahwin, umur 35 tahun dan ada anak 3 orang. Aku tak nak menasihati sesiapa, kerana situasi kita masing – masing tak sama. Aku cuma nak kongsi kisah aku. Yang mana baik, boleh ambil. Yang mana buruk tu, tinggalkan.

Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana. Family aku tak mewah, tetapi dari segi makan dan pelajaran, mak dan arw4h ayah sedaya upaya berikan terbaik. Aku jenis tak minat untuk shopping dan bergaya, jenis simple. Cukup berpakaian kemas, selesa dan sedap mata memandang.

Aku tak pandang brand dan harga, bukan juga jenis make up, aku tak selesa ada benda kat muka. Aku juga bukan food hunting atau ikut trend. Bagi aku makanan yang cukup rasa tu dah sedap, tak semestinya makan di hotel atau kedai viral.

Peribadi dan sikap aku dah begitu. Aku mention sebab adik beradik aku ada yang jenis ikut trend. Jadi keadaan ekonomi keluarga aku tak menggambarkan sikap dan kecenderungan. Semua orang lain – lain. Aku berkahwin lepas habis belajar.

Aku kenal dengan suami melalui kawan aku yang rekemen. Aku tak kenal rapat pun suami sebelum ni sebab tak pernah jumpa. Aku cuma nak penuhi permintaan mak aku yang nak tengok aku berkahwin. Semuanya dimudahkan daripada perkenalan sampai perkahwinan.

Jadi kami pun berkhwin setelah beberapa bulan. Aku tak ada idea penuh suami aku ni macam mana orangnya. Aku cuma tau background pelajaran dan pekerjaan dia. Pasal family dia, aku tau sikit – sikit je, tentang berapa adik beradik dan pekerjaan masing – masing.

Mak aku orang paling happy bila aku kahwin, sebenarnya suami aku ni adalah salah seorang calon yang mak aku pernah kenalkan lama dulu. Masa tu, aku mungkin masih kanak – kanak riang, jadi tak ambik kisah apa mak cakap dan mak pun bukan kenal bakal suami aku ni, tapi adalah melalui kawan mak juga

Lepas beberapa hari kenduri rumah aku, mak aku tengok cincin dan gelang pemberian suami di tangan aku. Mak aku kemudian pesan, “mak cuma nasihat ni, mak bukan nak masuk campur hal rumahtangga kau. Tak kira apa, kau kena kerja Faz.

Kau mungkin tak nampak sekarang, tapi satu hari nanti, bila kau tengok anak kau teringin nak sesuatu, tengok kawan – kawan, tengok sepupu – sepupu dia, tapi kau tak mampu nak berikan anak kau. Masa tu kau tau kenapa mak pesan minta kerja ni.”

Kata mak lagi, “mak bukan orang kaya, tapi mak berikan pada menantu gelang besar – besar, cincin besar – besar yang terbaik untuk menantu. Mak boleh baca bila anak mak ni, belajar lebih daripada kakak, tapi orang beri macam ini pada anak mak (sambil tunjuk tangan aku).

Kakak dulu, mak tak minta apa – apa, sama macam kau Faz. Tapi abang ipar berikan sama macam mak beri pada menantu – menantu mak yang lain. Orang buat baik kat kita, kita buat baik lebih lagi daripada orang. Mak cuma pesan apa yang mak rasa. Yang lain terpulang kat kau Faz. Harap kau faham.”

Aku masa tu dengar je tak komen apa mak cakap. Selesai kenduri rumah aku, 2 minggu lepas tu kenduri beIah suami. Family suami orang berada. Kenduri beIah suami lagi grand daripada rumah aku. Aku pun tak sangka kenduri grand, ingat biasa – biasa.

Jangan salah sangka ye, suami aku tak buat loan kahwin. Semuanya suami guna duit simpanan suami sendiri. Yang grand tu kerana banyak sponsor. Sebaik habis majlis beIah suami, aku dan suami diminta berpindah ke bilik lain untuk tidur.

Aku terk3jut dan blur, bilik lain itu tidak disapu, penuh debu, macam tak ready. Aku tak selesa tapi aku diam tak beritahu suami. Rumah suami lebih mewah daripada rumah aku tapi aku tak pernah terfikir untuk tempatkan mempelai baru dalam bilik yang tak dibersihkan begini.

Apa lagi kalau saud4ra, kawan datang menumpang rumah mesti disiapkan bilik. Pelik bin ajaib. Lepas kahwin aku berhenti kerja jadi suri rumah. Tak ada income, tapi aku masih ada simpanan. Lepas kahwin aku pindah ke rumah sewa suami.

Hari pertama, aku masuk rumah tersebut, kosong. Walaupun aku bukan jenis pakai baju RM200 ke atas, aku ada expectation bila suami kata rumah sewa, sekurang – kurangnya dah cuci atau ada perabot basic. Kata suami dia dah sapu sebelum ni.

Hari pertama, dengan inai masih di jari, aku beli barang untuk cuci rumah bila tengok berdebu dan kotor. Aku cuci sampai ke malam. Pertama kali dalam seumur hidup aku tidur atas lantai berlengankan bantal, eh, berbantalkan lengan (selain pengalaman camping masa belajar).

Nasib baik ada hadiah kahwin toto yang aku bawa tapi aku masih s4kit badan keesokan harinya, mungkin tak biasa. Jadi suri rumah tanpa ada income rasanya lain berbanding dengan isteri yang bekerja dan ada duit sendiri.

Dah la aku bukan jenis pandai meminta kat orang lain, malu rasa nak minta suami. Aku pula tiada hutang langsung yang perlu diselesaikan dari sebelum aku kahwin. Walaupun aku tak ada income tapi aku ada simpanan, termasuk mas kahwin yang suami beri.

Suami pula cakap nak berniaga masa tu, dia perIukan modal, aku yang isteri solehah ni berikan modal menggunakan lebih separuh mas kahwin aku untuk suami. Aku cakap ni hutang tau abang, nanti abang kena bayar balik.

Beberapa tahun lepas tu suami boleh lupa hutang dia ni. Sabar je lah. Suami beli perabot basic sikit demi sikit hasil penjimatan bulanan. Aku makan ala kadar apa saja yang suami beli. Jika suami beli secupak, aku jimat. Jika suami beli segantang, aku tetap jimat.

Jadi baik dia beli secupak dari segantangkan. Makan kat rumah mak aku lagi mewah. Ikan goreng dapat seekor atau dua ekor untuk aku seorang. Sedapnye.. Rindu mak.. Aku duduk dengan suami, tak ada la sampai aku kebulur.

Vitamin pun suami belikan. Suami mula prihatin hal makan aku lepas aku cerita pasal mak dan arw4h ayah yang selalu tak berkira hal makan dengan anak – anak walaupun miskin dan tak ada duit dulu. Aku tak beli baju raya masa raya pertama sebagai isteri, suami tak ada bajet untuk baju raya.

Aku pakai apa yang ada masa hari raya. Sebab apa entah aku tak beli baju raya walaupun ada duit simpanan sendiri. Aku masa tu tak ada kereta, lesen ada tapi tak pernah bawa kereta, handphone pun tak ada internet. Suami pula tak suka pergi shopping complex dan dia busy kerja memanjang.

Masa ni mak pesan kat adik beradik aku untuk beri aku duit raya, mungkin nampak macam aku sengkek kot tak ada baju raya. Padahal dari kecil, baju raya aku paling kurang 2 pasang, tak kisah lah murah ke tak. Masa ni aku tau bila aku dapat duit raya walaupun dah jadi isteri orang, mak nak ingatkan aku.

Halusss cara mak kan.. Aku mula fikir apa mak pesan dulu tu, masa awal – awal aku kahwin. Suami aku tak nak aku bekerja, dia nak aku jadi suri rumah. Dia bagi contoh kawan-suri dia, semua isteri mereka suri rumah. besar pahala jaga rumahtangga dan anak – anak.

Erm, aku sebenarnya nak kerja tapi suami minta aku berhenti, jadi sebelum kahwin aku berhenti kerja. Isteri solehah kena ikut cakap suami. Salah seorang isteri kepada kawan – kawan suami yang suri rumah aku kenal, lepas beberapa tahun kahwin, kena cerai dengan masa tu anak tiga rapat – rapat.

Sedih bila ingat nasib kakak tu. Macam abang aku, dia bagi isteri dia RM1,000 tiap – tiap bulan. Kakak ipar aku suri rumah, jadi memang berbaloi berhenti kerja. Masa tu puas aku pujuk suami nak kerja. Lagi lah bila suami tau aku mengandung, siapa nak jaga anak, berapa nak bayar nursery nanti, banyak soalan dia.

Aku kena bagi 20 sebab kenapa perlu kerja kat suami. Bila dah berjaya pujuk dan bagi 20 sebab, ada syarat – syarat lain pula yang aku kena penuhi. Aku setuju, tapi aku pula ada masalah lain, siapa nak ambil aku kerja bila tau aku mengandung.

Macam – macam kerja aku minta tapi semua tak sesuai di mata suami. Masa aku dah sarat mengandung, rezeki aku dapat tawaran kerja kerajaan. Berat hati aku nak terima kerana aku perlu pindah dan duduk berjauhan dengan suami.

Walaupun payah kena berjauhan, aku yakin ada hikmahnya akan datang. Jadi aku terima tawaran tu. Aku pujuk suami. Masa kerja balik ni, aku dah ada duit sendiri, aku boleh beli keperluan bayi, tak lama lagi nak bersalin kan.

Syoknya, masa ni masih baru – baru trend online shopping. Zalora pun belum ada, kalau Zalora ada pun, aku bukan pernah singgah pun. Aku tak minat. Bagi aku baju kat zalora tak berpadanan dengan harga. Masa sebelum aku kerja dan ada gaji, aku pakai je lah baju yang ada.

Tapi kalau perut dah membesar, memang tercekik kat pinggang tu dan berbekas. Lepas kerja ada duit sendiri, aku beli baju RM30 walaupun gaji aku RM3,000, suami tak usik gaji aku, alhamdulillah. Aku urus sendiri duit aku dan suami urus sendiri duit gaji dia.

Lepas dah kerja, aku baru buat hutang beli kereta, jadi dah ada komitmen. Gaji aku untuk simpanan kecemasan dan hari tua, untuk simpanan dan keperluan anak – anak dan untuk bantu keluarga aku terutama adik – adik yang masih belajar.

Suami aku tak pernah tanya gaji aku atau minta. Dari awal kahwin aku kongsi  tanggungjawab nafkah dan konsep gaji isteri. Aku tak amalkan konsep separuh – separuh semua benda dalam rumahtangga dengan suami, kerana aku yakin ada sebab kenapa nafkah tu daripada suami, bukan isteri.

Lagi satu, aku tengok contoh saud4ra terdekat yang kongsi separuh – separuh ni ada masalah, aku rasa biarlah suami tunaikan, aku bantu apa yang kurang sahaja. Aku tak nak ada masalah kemudian suatu hari nanti. Suami pun tak push aku supaya bayarkan.

Tapi kita isteri tak akan sampai hati tengok suami susah payah seorang dirikan, separuh kelengkapan rumah aku sediakan. Aku anggap niat atas sedekah, sebab afdal sedekah pada ahli keluarga, bukan atas kewajipan aku.

Termasuk sediakan baju dan pakaian suami, yang aku sendiri pun tak pernah dapat dari dulu. Aku beli makanan, barang keperluan harian dalam rumah, aku juga beli rumah pertama untuk hari tua. Beberapa tahun kemudian, aku cuti tanpa gaji ikut suami ke luar negara.

Aku jadi suri rumah lagi sekali tanpa income, anak dah bertambah masa tu. Kena ik4t perut balik, makan dan pakai apa yang ada. Sepanjang kat luar negara, baju raya semua recycle tahun – tahun sebelumnya. Sekali lagi, aku dan anak – anak tak m4ti kebulur pun.

Lepas balik, aku sambung kerja dan ada duit sendiri balik, anak – anak dah sekolah rendah. Kelengkapan sekolah, bawak pergi jalan – jalan, makan – makan kat luar, semua apa anak – anak inginkan, aku dapat penuhi tanpa susahkan suami.

Alhamdulillah anak – anak tak putih mata. Apa kaitan yang mak aku pesan sebelum kahwin tu? Musim PKP hari tu, suami yang keluar beli barang – barang. Suami beli ikan kecil yang aku tak tau nama dan tak pernah jumpa serta tak pernah beli (bukan ikan selar kuning), ikan kecil 2 ekor ni kami kongsi 5 beranak.

Tengok anak – anak makan sampai jilat – jilat jari. Aku teringat ikan goreng kat rumah mak, sedapnye. Sekali makan, 2 ekor ikan besar untuk seorang, bukan 2 ekor ikan kecil bahagi 5. Tak bersyukur kah aku? Macam aku cakap, aku dan anak – anak tak kebulur lagi hingga hari ni.

Orang lain nak makan masa PKP hari tu pun susah. Dapat makan ni pun alhamdulillah. Suami belanja beri makan sebelum ni, aku juga top up, tapi suami jenis berhati – hati dan cermat. Walaupun duit belanja aku yang beri untuk beli lauk, tapi bila masak, suami limitkan dan kami kena berkongsi sedikit seorang.

Itu yang aku beri belanja, yang suami keluarkan belanja sama juga. Bukan sebab PKP pun, suami memang jenis cermat dari dulu lagi. Sikap cermat suami ni sampai aku kena fitnah dengan mertua dan ipar, katanya aku ni yang kedekut dalam memasak.

Padahal mereka tak tau aku cuma ikut apa suami cakap. Walaupun dalam hati member0ntak sebab keluarga aku jenis meraikan tetamu, akan masak dan beri makan tetamu. Aku tak sedap hati bila limit bagi tetamu makan.

Menangis aku masa kena fitnah tu. Aku ingat suami je bersikap cermat macam tu, family dia pun sama. Mertua aku sehabis boleh takkan keluarkan duit makanan. Aku sedar pun lepas beberapa tahun kahwin sebab terdengar perbualan mereka secara tak sengaja.

Mereka merancang supaya apa – apa event mereka tak keluarkan duit dan mereka ingat orang lain berfikiran macam mereka juga. Kadang – kadang sesama mereka pun masing – masing sorok. Aku rasa mungkin ada pengalaman yang membuatkan mereka bersikap begitu.

Anak aku pernah kena sindir bila ambil roti untuk dimakan, masa tu di rumah mertua. Aku terkedu juga, padahal aku jenis tak makan kalau orang tak pelawa. Kalau pelawa pun aku makan sikit. Tapi budak – budakkan kalau kenyang dah pun masih nak juga.

Aku rasa wajarlah aku ikut nasihat ibu untuk kerja. Kalau tak kerja dan tak ada duit, mungkin lagi teruk kena fitnah. Memang masa awal tahun perkahwinan, semuanya baik – baik. Tapi lama – lama kita tak tahu macam mana dan jadi apa.

Itu sahajaIah sikap suami aku yang aku dalam diam tak bersetuju. Banyak kalau aku nak list kebaikan suami, tapi aku tak nak cerita sangat sebab nanti dia ada peminat. Dengan bekerja dan bantu keluarga, hubungan suami isteri, hubungan anak – anak baik.

Tepatlah nasihat mak aku yang tak nak anak lelakinya kahwin selagi ekonomi sendiri pun terumbang – ambing. Dan tak bagi anak perempuan kahwin kalau calon suami tak ada kerja. Biar kahwin lambat, kerana badai dalam rumahtangga ni sukar dijangka kuat lemahnya.

Ekonomi rumahtangga ni sangat penting. Oh ya, hutang suami dulu tu dia dah ganti dengan beri aku kereta baru lepas tujuh tahun kahwin, alhamdulillah rezeki suami m4kin meluas. Aku tak pernah minta nafkah aku sepanjang 10 tahun aku kahwin tapi aku minta suami berikan duit bulan – bulan pada mak ayah dia.

Kalau suami beri duit nafkah, aku terima, kalau suami tak beri, aku tak pernah tanya. Rezeki aku juga luas, ada suami dan anak – anak yang baik, kesihatan yang baik, itu juga rezeki. Mungkin kerana sumbangan kecil yang tak pernah aku culas, iaitu beri mak aku duit dari zaman aku belajar, aku diberi ketenangan dan kebahagiaan walaupun ada masalah.

Mak aku pesan untuk aku kerja sebab mak kenal aku. Mak juga tak nak aku lalui apa dia pernah lalui. Mak ibu tunggal. Mak nak yang terbaik untuk aku. Mak tak nak aku kesusahan dan cucu – cucunya susah. Baik macam mana pun seorang suami, aku berpegang isteri kena ada sumber pendapatan sendiri. Ada duit sendiri. Walaupun suri rumah, carilah pendapatan, tak mesti kena kerja 8-5.

Orang tua kata bersedia sebelum hujan. If you fail to plan, you plan to fail. Semua orang ada pilihan. Buatlah pilihan yang bijak. Bersyukur apa yang ada, cari jalan keluar daripada masalah tanpa mengharap pada orang lain, dan sentiasa berdoa.. InsyaAllah, semoga semua baik – baik – Faz (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Seri Aidayati : Secara jujurnya saya tak mampu nak hidup dengan orang cermat begitu. Kalau makan pun bercatu apakah itu di katakan mampu. Prinsip saya mudah saya masak tak banyak mata tapi setiap mata anak –  anak saya puas menikm4tinya.

Fairuz Mawan : Gaji rm3000 mesti pegawai ijazahkan, pernah duk luar negarakan. Mesti berduit tapi perlu ke compare banyak kali rumah mak makan ikan sorang 2 ekor, dengan laki dan anak – anak share ikan 2 ekor.

Berduit tapi berkira bab makan kategori kedekut. Berjimat sebab takut takde duit suatu hari nanti sedangkan kita h4mba Allah yang maha kaya. Apa yang kita makan ritu memang Allah dah tetapkan sama ada jiran or kawan – kawan bagi. Itu nama nye rezeki.

Matteo Ryo : Parents saya selalu pesan, kalau tetamu datang sebelum tghari, anggap dorgan tak lunch lagi so masaklah nasi lebih. Kalau tetamu datang lepas jam satu, kalau boleh tahanlah dia jangan bagi balik, kita dinner sama – sama awal sikit dalam jam 6 ke.

Parents saya selalu pesan, jangan biar tetamu balik ‘tak cukup makan’. Pendek kata, dalam hal makanan jangan pernah berkira. Tak apa jimat duit, tak bergaya asalkan jangan ik4t perut.

Nur Athirah Ahmad : Nie bukan jimat. Haji bakhil dah namanya. Duit bukan boleh bawak m4ti pon. Makan bercatu. Pengsan. Benda lain takpe lagi. Bab makan nie. Lemah oiii. Selagi sis redha okla sis. Cuma bila orang mai rumah. Sis order je banyak – banyak. Atleast kita tutup aib kita dan suami. Semoga Allah buka la pintu hati suami sis tue jangan bakhil sangat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.