Seperti mana dia bersump4h Iaknat ke atas aku semasa aku tengah berpantang. Aku juga bersumpah TIDAK AKAN REDHA atas nafkah yang dia abaikan. Setiap SEN yang dia belanjakan untuk orang lain samada sedekah atau untuk keluarga dia, AKU TIDAK AKAN REDHA..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Hari ni aku rasa nak confess di sini. Lama aku pendam sendirian kisah ini. Meluahkan satu terapi buat kaum wanita. Harap dapat membantu mengurangkan keresahan yang dihadapi.
First, izinkan aku perkenalkan diri. Nama aku Siti Nur (bukan nama sebenar). Aku merupakan seorang guru di sebuah negeri di pantai timur. Dulu aku berkhidmat di borneo. Baru sahaja dipindahkan ke sini tahun lepas.
Kisahnya bermula, apabila aku dapat posting di borneo. Kalau ikutkan hati memang tak nak la posting jauh dari keluarga. Tapi masa tu dah setahun lebih aku ni graduan menganggur. Dapat panggiIan posting ni pun bersyukur sangat dah.
Owh ya. Masa aku posting tu aku masih lagi bujang. Tapi tahun tu yang da berumahtangga pon tetap dihantar ke sana juga. Maka bermula la kisah aku di borneo. Aku di tempatkan di sebuah daerah kecil. Mungkin ramai juga orang tak biasa dengar daerah ni termasuk la aku.. huhu.
Memang aku seronok posting di sana. Satu pengalaman baru bagi aku. Walaupun berbeza bangsa. Tapi majoriti masyarakat di sini beragama Islam. Selaku guru baharu dan bujang of course la di tempatkan di asrama. Selain berkhidmat sebagai guru sekolah, aku juga menjawat jawatan sebagai seorang warden.
Tugas yang majoriti guru – guru tak nak. At last, aku terhibur juga dengan gelagat anak – anak asrama aku. Setiap petang memang banyak masa dihabiskan dengan dorang. Petang kami beriadah bersama dan malamnya pula dorang akan temankan aku buat kerja – kerja di sekolah.
Yala, masa tu tak ada komitmen. Jadi boleh fokus kepada urusan kerja. Konflik bermula, apabila ibu aku cakap ada orang nak kenal. Pada mulanya aku tak setuju. Sebab aku belum bersedia. Jujurnya, aku tak berapa pandai masak.
Aku memang dari tingkatatn 1 tinggal di asrama. Jadi kalau bab masak memang aku fail. Lagi pula aku baru tahun kedua berkhidmat. Jadi banyak benda belum mampu untuk mendirikan rumah tangga. Tapi untuk tidak menghampakan ibu, aku terima juga la permintaan ibu supaya berkenalan dengan pemuda X terlebih dahulu.
Jadi pemuda X tersebut datang ke rumah. Dari segi paras rupa memang lulus sangat. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni berkulit gelap dan berjerawat. Rasa tak layak ja. Aku fikirkan dia akan reject aku lepas dia tengok.
Tak sangka pula dia setuju untuk berkenalan. Ibu dan pakcik aku memang setuju dengan pemuda X ni. Tapi aku betul – betul tak sedia masa tu. Dari segi usaha memang nampak dia nak berkenalan. Jadi kami berkenalan juga la melalui whatsapp.
Tapi tidak la setiap hari berchat. Akhirnya, kami bersetuju untuk berkahwin selepas beberapa bulan berkenalan. Kononnya nak bercinta selepas kahwin. Kami berkahwin masa cuti sekolah bulan 12. Masa tu cuti sebulan lebih (sebelum PKP).
Apa yang sedih, dalam tempoh sebulan tu suami aku tak pernah sekali pon sentuh aku. Jangan cakap nak buat hubungan suami isteri. PeIuk civm aku pon tak pernah. Hanya tidur sekatil ja. Kadang – kadang tidur berlingan air mata aku beb.
Dia lagi suka tengok handphone dari nak bermesra dengan isteri. Mungkin juga sebab aku ni tak cantik kot. Sebab tu dia tak ada selera tengok aku. Kalau tak ada hati kenapa nak ajak aku kawin. Ni kes ani4ya hidup orang.
Bila cuti sekolah dah habis, kembali la aku ke tempat bertugas di borneo. Kembali sebagai status isteri tetapi tetap ‘anak d4ra’. Dalam perjalanan aku kembali tak ada pon dia call aku tanya khabar. Bila aku sampai di asrama 6 kali aku call suami aku. Sekali pon dia tak angkat.
Biasanya, kalau kita tengak banyak miss call ni panggiIan penting. Kita akan call balik orang tu. Tambah – tambah aku ni dah sah jadi isteri dia. Aku whatsapp minta dia prihatin juga la keadaan isteri yang duduk jauh ni.
At least, call dan whatsapp tanya khabar ja. Sebagai tanda ambil berat kat isteri. Itu pon dia marah aku balik. Dia cakap dah jauh buat cara duk jauh. Dia aktif di group family, tapi tak ada pula dia whatsapp aku. Pernah juga, whatsapp aku dia tak baca. Tapi bersembang di group family bukan main lagi.
Lepas kahwin, tidur malam mesti berlinang air mata. Jadi pengantin baru selalu kena usik bab malam pertama. Tapi aku, boleh senyum dan angguk jelah apa yang dorang nak cakap. Dalam hati hanya tuhan ja yang tau aku belum pernah disentuh.
Aku mula jadi seorang yang murung sejak itu. Aku tidak lagi beriadah dengan pelajar – pelajar aku. Banyak masa dihabiskan berkurung dalam bilik. Dengan housemate aku pon dah mula renggang. Setiap hari aku tunggu whatsapp suami aku.
Tapi, kebanyakan hampa. Dia tak pernah mulakan untuk chat aku beberapa bulan selepas berkahwin. Masa nak mengurat dulu boleh plak mula chat. Da jadi isteri buat aku macam sampah. Kalau tegur suruh chat confirm akan berg4duh tu.
Ayat paling menghampakan dia cakap aku tinggalkan dia pergi kerja jauh. Padahal dia tahu latar belakang aku bekerja di borneo sebelum dia ambil aku jadi isteri dan kami tak pernah buat persetujuaan untuk aku berhenti kerja selepas berkahwin.
Hubungan kami suami isteri ni sangat dingin. Nak bergayut di fon tak ada la tu. Whatsapp pon sekadar da tanya makan atau belum. Nak chat sweet – sweet rindu jauh sama sekali. Boleh dik4takan sekali ja aku rasa bahagia sikit.
Masa tu kami pegi bercuti di sebuah negeri ni. Time tu la dia layan aku baik sikit. Walaupun pegi honeymoon tetap juga anak d4ra. Setahun juga kami tak pernah berhubungan intim. Aku macam hilang punca. Sebab aku ni bukan jenis suka meluah.
Hal ini melibatkan aib suami isteri. Takut juga aku bercerai sedangkan baru ja kawin. Jadi wanita status janda ni agak menakutkan. Aku lalui perkahwinan ni dengan derita dan air mata tahun pertama perkahwinan kami. Masa adik ipar (adik suami aku) melahirkan zuriat perasaan aku lagi sensitif.
Hari – hari rasa nak marah ja. Tipu la tak cemburu. Adik ipar aku berkahwin seminggu selepas kami berkahwin. Masa dia dah dapat anak, aku ni masih anak d4ra. Str3ssnya nak jawab soalan family. ‘Yang ni bila lagi nak dapat zuriat’.
Tapi jawapan mertua senang ja. Dorang ni duk jauh. Padahal anak dia belum pernah sentuh aku. Satu malam aku mula meng4muk, aku mula minta supaya buat hubungan macam betul – betul suami isteri. Maka terjadi lah juga malam tu. Selepas setahun lebih berkahwin.
Jujurnya, setahun aku tak pernah dinafkahkan ZAHIR dan BATIN. Kalau diikutkan, suami aku ni orang yang baik. Family man dan setiap malam juga dia ke masjid. Dengan aku ja nampak betul dia tak selesa. Aku cuba belajar untuk jadi isteri yang baik. Aku belajar masak.
Balik sekolah kadang – kadang aku masak. Tak lagi ambil makanan di dewan makan. Biasa nak cepat, aku ambil makanan dari situ ja. Aku belikan baju tidur yang s3ksi untuk pik4t suami aku. Tapi gitu la. Nak kata dia excited atau puji aku buat begitu tak ada juga.
Dia datang tempat aku sekali ja, masa tu adik ipar aku yang beriya nak melancong ke sana. Tahun berikutnya, aku nak sangat dia datang tempat aku. Aku nak dia tahu macam mana aku hidup di tempat orang. Jadi aku belanja tiket untuk dia datang ke borneo.
Selalunya aku akan balik ke semenanjung masa cuti sekolah. Nak tunggu dia kumpul duit semata – mata untuk jumpa aku memang must4hil la tu. Padahal dia pon penjawat awam walaupun gaji dia rendah dari aku. Pernah sekali ada cuti 5 hari aku tak ingat sempena apa.
Jadi aku ajak jumpa di KL. Nak balik negeri aku ni kena dua kali penerbangan. Masa tu tiket mahal, jadi aku ingat nak jumpa suami aku di KL. Boleh tumpang rumah family di sana. Kalau tak balik mana la aku berani duk asrama sorang – sorang. Seram beb.
Kawan – kawan aku yang lain semua balik. Aku pernah bermalam di rumah kawan aku yang berkeluarga. Kena marah juga kononya isu aur4t. Padahal aku bertudung juga kalau keluar dari bilik kawan aku tu. Masa aku ajak dia pergi KL, korang tau apa dia cakap.
Dia nak pergi hantar adik dia di Universiti. Masa tu adik dia buka sem baharu. Jadi tak dapat pergi jumpa aku. Sedih betul aku rasa. Aku ni isteri dia. Dah sebulan kami tak jumpa. Adik – adik dan mak dia memang duduk satu bumbung.
Tapi dia tetap pilih nak hantar adik dia dan bawa family adik dia pergi bercuti. Jadi tak ada satu hari pon dia datang jenguk aku. Bila dia cakap tak dapat datang, aku call mak aku minta dia datang KL. Syukurlah, kakak, adik – adik dan mak aku datang juga jumpa aku.
Suami aku memang takkan pilih aku punya. Antara hal keluarga dia dengan aku, confirm dia pilih keluarga dia. Tapi yala, aku ni perempuan yang baru dia kenal. Dua tahun lebih selepas mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan zuriat.
Kalau diikutkan pasangan PJJ ni cepat juga kami dapat anak. Ditambah setahun yang dia tak pernah sentuh aku. Masa berpantang di sini la kemuncak pertelingkahan kami. Tahun tu dia ambil anak buah dia untuk dijadikan anak angkat.
Anak buah dia ada exam besar pada tahun tu. Jadi banyak masa dihabiskan untuk anak buah dia berbanding aku dan anak aku. Setiap pagi kena keluar nak hantar anak buah kelas tambahan. Belum sempat pegang anak isteri dah keluar untuk urus anak buah dia.
Kalau hujung minggu, adik – adik dia pon boleh tolong hantar kalau setakat kelas tambahan. Dia dapat cuti 7 hari sebab isteri bersalin. Masa yang patut dia fokus untuk aku dan anak aku dulu. Tapi ada ja urusan dia nak ke mana – mana.
Selalunya dia akan balik rumah mak ayah dia. Rumah kami tak jauh mana pon. Jam 11 malam baru dia balik rumah mak aku. Lepas hantar anak buah ke kelas tambahan, katanya nak masa bersama keluarga pula. Aku ni bukan keluarga gamaknya.
Aku mula rasa tak adil. Aku da separuh m4ti lahirkan anak dia. Apa yang aku harapkan dia pedulikan aku dahulu berbanding yang lain. Makcik – makcik dia pon pernah puji dia sebelum ni. Dia cakap suami aku bagus dan pandai urus baby.
Akhirnya, anak buah dia juga yang dahuIukan berbanding kami. Dia cakap sebab dia ambil anak angkat la aku dapat mengandung. Kata – kata ini aku rasa sangat tak adil. Sedangkan aku pon berusaha pergi berurut untuk bagi dia zuriat.
Aku pon pernah beli produk untuk membantu cepat hamil. Masa makcik aku pergi umrah, aku minta dia doakan supaya cepat dapat zuriat. Bila makcik aku tahu aku mengandung. Makcik aku cakap, masa dia tawaf banyak kali dia doakan aku.
Jadi, kita sendiri pon tak akan tahu doa siapa yang makbul sehingga kami dikurniakan zuriat. Dalam pantang otak pun jadi berserabut. Suatu hari kami berg4duh besar. Sampai aku minta cerai. Dia sump4h aku diIaknat masa tengah pantang.
Banyak hari juga la kami tak bercakap lepas perg4duhan tu. Dia datang tengok anak sebeIah petang ja. Selepas balik kerja. Sebelum maghrib dah kena balik nak hantar anak buah ke kelas tambahan malam. Malam dia akan tidur di rumah mak ayah dia.
Jadi, mak dan adik aku la yang temankan aku sebeIah malam masa berpantang. Nak kata aku suruh dia macam – macam masa pantang tak ada pun. Pagi – pagi mak aku sendiri yang sediakan dan angkat air untuk aku mandi.
Malam pun dia boleh tidur dengan nyenyak sebab baby aku bukan jenis meragam tengah malam. Dia just bangun minum susu ja. Walaupun tengah pantang, aku tetap hidangkan makanan untuk dia. Walaupun mak aku yang masak.
Kalau dah 11 malam baru balik dan isteri tengah berpantang kena hidangkan makanan time tu, confirm la aku marah – marah juga. Katanya nak masa bersama keluarga. Jadi, aku ni bukan keluarga juga ke? Lepas habis pantang, kami berbaik juga la hakik4tnya hubungan m4kin dingin.
Pernah satu hari di rumah mertua, aku tengok ada 4 tin susu kesihatan. Mertua aku ajak aku minum, katanya suami aku yang beli. Daripada 4 tin tu, satu pun tiada dia sedekahkan untuk aku. Kalau ikutkan bab makan minum, isteri orang yang paling berhak dia bagi dulu berbanding dengan mak dia.
Aku pon menyusukan anak dia time tu. Bab nafkah lagi la. Satu sen pon tak pernah bagi. Katanya, isteri bekerja tak perlu nafkah. Gaji yang aku terima tu kira nafkah sebab suami dah izin isteri pergi bekerja. Aku nak bagi duit kat mak aku pon dia cakap tak boleh.
Kena minta izin dia dulu kalau nak bagi duit kat mak. Walaupun aku ni bukan orang alim, hukvm ini sebenarnya salah. Tapi aku malas nak berg4duh panjang kalau bab duit ni. Tambah – tambah lagi dia ni orang kenal dia sebab selalu pergi masjid.
Tiket pergi balik aku ke borneo tak pernah sekali pun aku minta dia belikan. Semua aku tanggung sendiri. Malah, masa aku teringin nak suruh dia datang melawat tempat aku, aku yang belanja dia tiket. Tempat adik – adik dia selalu dia pergi.
Masa adik dia PJJ, 2 @ 3 kali juga la dia pergi hantar adik dia ke tempat suami dia. Adik dia yang belajar di university di utara, setiap sem juga dia pergi ambil sebab banyak barang. Adik yang belajar satu negeri, setiap minggu dia ulang alik pergi hantar dan ambil.
Tapi aku isteri, sekali pun dia tak pernah ambil aku atau jenguk aku masa aku mengandung di Borneo. Pernah aku kena tegur dengan guru lelaki di sekolah sebab aku balik masa usia kandungan tak sampai tiga bulan. Katanya, ‘kalau laki ko yang mahu sepatutnya dia kena datang sini bukan ko yang balik’.
Doktor pon larang aku naik fight tapi kalau aku tak balik dia takkan datang jenguk aku punya. Mana dia nak k0rbankan duit ringgit dia untuk aku. Sedangkan nafkah pon tak pernah bagi walaupun satu sen. Beberapa bulan selepas itu, kami bercerai juga akhirnya.
Perceraian memang menyedihkan. Kalau diingatkan balik memang dari awal kahwin dia tak selesa dengan aku. Entah kenapa la dia boleh setuju nak kahwin dengan aku dulu. Aku sangkakan dengan hadiahkan zuriat dia akan bertambah kasih sayang dia kat aku. Tapi tidak sama sekali.
Tanggungjawab pada keluarga tetap jadi keutamaan. Isteri hanya lah isteri. Bukan keluarga Seperti mana dia bersump4h Iaknat ke atas aku semasa aku tengah berpantang. Aku juga bersump4h TIDAK AKAN REDHA atas nafkah yang dia abaikan.
Setiap SEN yang dia belanjakan untuk orang lain samada sedekah atau untuk keluarga dia, AKU TIDAK AKAN REDHA hingga ke akhir hayat aku. – Siti Nur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Faris Haikal : Aku sebagai lelaki yang baca kisah ni pun sedih.. sebolehnya, sebelum kahwin kenal dulu lah bakal pasangan.. serasi dengan orang lain, belum tentu lagi serasi dengan kita.
Siti Noorseha Pairit : Nak komen pasal kahwin dan pjj. Seeloknya kenal lama sikit kalau dah tahu memang akan pjj lepas kahwin. Sebabnya tak semua orang mampu pjj. Tt dari awal dah kata tak bersedia, lain kali tt perlu firm dengan pendirian tt.
Kalau belum bersedia, jangan turutkan kemahuan orang lain. Yang kawal hidup kita ni diri kita sendiri, bukan orang lain. Lelaki ni pun memang ada jenis yang sbelum dia dapat, beriya dia nak pik4t. Tapi bila dah dapat hati anak orang tu, dia buat tak tau.
Sebab tu penting untuk kenal lama sikit dengan orang lelaki ni. Banyak benda yang kita nak kena nilai dan pertimbangkan. Memangla orang kata selagi tak tidur sebantal, selagi tu kita tak tahu luar dalam orang tu. Tapi at least kalau perkenalan tu ada tempoh yang mencukupi, banyak jugak yang kita boleh tahu pasal orang tu.
Hopefully lepas ni kalau ada yang nak kenalkan tt dengan someone, fikir elok – elok, kenal dulu elok – elok, take time. Jangan tergopoh – gapah sebab orang suruh cepat ke apa. Yang nak kahwin tu tt, bukan orang lain. Lagi – lagi bila tt dah ada anak, nak cari ayah yang baik untuk anak tt pun bukan suatu hal yang mudah.
Last but not least, carilah kebahagiaan tt sendiri. Pastikan diri tt tak diambil kesempatan oleh orang lain. Sebelum nak bahagiakan orang lain, bahagiakan diri tt dulu. Semoga dipermudah urusan seterusnya.
Julia Ismail : Alhamdulillah.. mulakn hidup baru lepas ni. Masa mula bc sampai nak abis. Rasa geram sangat – sangat. Pelik punya per4ngai. Sama ada ex just nak cover watak sebenar dengan perkahwinan ataupun salah ikut amalan dakwah songsang.
Memang pengani4yaan sungguh pada isteri. Mujur dah bercerai. Akak doakn lepas ni awak dapat jodoh sebaik – baiknya. Harap ex tu pun jangan la kawen lagu sebab sah – sah tak jalankan tanggungjawab sebagai suami. Nafkah tak bagi.. duit isteri nak bagi keluarga sendiri pun kene mintak kebenaran dia.
Ehhhh… ajaran mana dia belajar ni. Sungguh kesabaran awak sangat – sangat tinggi. Moga Allah gandakn apa yang awak belanjakan sebelum ni dengan rezeki yang meIimpah ruah lepas ni. Aamiin yra.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.