Dapat suami kuat marah dan menjerit, HP dia habis batery depan kaunter mall dia jerit marah. Aku dah la manager

Korang cuba bayangkan, Jiran sebeIah rumah aku pernah tanya, eh Mina, laki Mina kuat jerit yek? Ustazah ngaji anak – anak aku pun penah tanya juga. Puan, suami puan suka bersuara tinggi ye.. Ni yang jadi dalam rumah.. belum kejadian luar rumah lagi..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Nama aku Mina.. Aku berstatus Manager di salah sebuah GLC di ibu negara. Aku mempunyai 3 orang anak lelaki. Straight to the point. Aku dah beberapa kali minta cerai dengan laki aku tapi sayangnya permintaan aku dibiar sepi. Kenapa aku nak bercerai?

1) Laki jenis kuat menjerit.. Pantang salah sikit dia akan menjerit. Nak marah tak kira tempat. Kalau marah sekadar buat muka, aku masih boleh terima, ni marah tak kira di tempat awam diherdik sekuat – kuat alam, sehingga orang – orang akan berpaling tengok.. Serius aku malu..

Contoh, anak aku main hp, kemudian pergi shopping, bila nak bayar menggunakan hp, hpnya m4ti disebabkan anak aku main game tadi.. Depan – depan kaunter, dijerit – jerit tanda tak puas hati. Korang jadi aku. Korang rasa?

2) Laki aku duduk kat rumah. Waktu PKP, aku tahu bisnes dia tak jalan tapi semua komitmen dia, dia bayar sendiri tanpa pertolongan aku. Aku sebagai isteri tertanya – tanya apa pekerjaan dia sebenarnya tapi aku selalu dapat jawapan dia tak ada kerja.. Kalau tak kerja, macam mana boleh bayar komitmen kan?

3) Laki aku dengan earphone berpisah tiada.. Earphone dia sentiasa kat telinga, kadang – kadang panggil pun buat pekak. Sehingga 1 tahap aku malas dah nak panggil.

4) Laki aku duduk rumah tapi semua kerja rumah aku buat sebelum aku pergi kerja. Malah hantar anak sekolah pun aku buat. Dia hanya duk terbukang dekat rumah. Bangun selagi jam tak 12 tak bangun.

5) Bila birthday atau hari anniversary, orang akan nampak bertuahnya aku, sebab laki aku akan bagi sejambak bunga siap hadiah bagai. Setahun ada 365 hari, itulah 2 hari yang dia spend duit untuk bini dia ni tapi aku tetap bersyukur, mungkin orang lain langsung tak terima.

6) Raya. Setiap kali puasa, nak raya, mesti dia akan ajak mak dia beli keperluan raya, baju raya, sepersalinan raya kiranya. Tapi untuk bini dengan anak dia 3 orang ni, aku kena minta duit. Itu pun sorang anak dapat RM150 je. Baju melayu pun dah berapa sekarang, belum baju raya 2 – 3. Sebabkan aku kerja, aku beli keperluan raya anak – anak aku guna duit aku.

7) Belajar anak-anak semua atas bahu aku. Laki aku dapat credit je. Walaupun anak aku yang last ada issue SD pun, semua atas bahu aku..

8) Dia bagi aku card credit untuk guna. Tapi kegunaan card ni untuk beli pampers dan susu anak bongsu aku. Pernah sekali aku beli barang dapur kat Tesco cecah RM500 sebab PKP kan, malas aku nak keluar banyak kali. Balik tu aku kena marah sebab aku malas nak bising, aku bagi dia cash 300.

9) Dulu setiap kali g4duh, dia akan telefon ayah aku. Akhirnya ayah aku cakap, kalau aku nak bercerai, ceraikanlah sebab ayah aku pun tak suka apa yang orang buat kat anak dia. Mula daripada tu, terus dia tak call dah.. hahaha.. padan muka..

Dah tak pernah telefon ayah aku tanya khabar, setiap kali telefon nak cakap pasal anak orang tak betul, sedangkan diri sendiri tak betul tak nampak. Korang cuba bayang, menantu korang bangun pukuI 2 petang tanpa ada rasa segan silu.

Terus masuk dapur makan. Ini berlaku dekat rumah mak pak aku ok. Setiap aku balik rumah family aku, mak aku mesti tanya, laki ko dah tua, tak berubah – berubah. Apalah nak jadi.. Sedih tak korang jadi aku?

10) Mak mentua aku takut nak tegur anak sendiri. Kalau aku balik kampung mentua aku.. laki aku bangun pukuI 3, 4 petang, terus makan tengahari wei. Aku penah cerita dekat mentua, aku tak dapat nafkah dari anak dia, nafkah duit ok fine tak dapat, ni nafkah baju, makan minum, semua aku tangung sendiri.

Tapi mak mentua aku sebagai ustazah tak pernah tegur anak dia. Sebaliknya anak dia bagi duit nafkah kat mak dia tiap – tiap bulan. Entahlah korang, camne aku nak handle semua ni. Anak – anak aku semua lelaki, aku tak nak dorang ikut terjeri t- jerit macam bapa dia.

Aku nak diorang handle something dengan cara matang. Bukan cara b0doh ni. Rasa jerit je menang. Dari zaman belajar hingga zaman aku keje, aku sejenis lemah lembut dan manja tapi karakter tu hilang sebab aku berlaki kan manusia yang tak ada common sense dan yang cuma pentingkan diri sendiri dan keluarga dia je.

Keluarga kecik aku, dibiarkan aku handle sebab aku bergaji besar. Aku tak ada masalah dan tak penah berkira duit – duit aku. Aku bukan kedekut tapi aku tak mampu hidup dengan suasana aku takut aku dapat malu. Aku tak suka spend masa dengan laki aku.

Aku lebih rela keluar dengan anak-anak aku je sebab nak elakkan kena marah depan orang. Korang cuba bayangkan, jiran sebeIah rumah aku pernah tanya, eh Mina, laki mina kuat jerit yek? Ustazah ngaji anak – anak aku pun penah tanya juga.

Puan, suami puan suka bersuara tinggi ye.. Ni yang jadi dalam rumah.. belum kejadian luar rumah lagi. Tolong bagi nasihat kat aku, please.. Aku kalau boleh nak bercerai fast track. Yang ambil masa lama ni, lagi banyak ragam suami aku ni nanti.

Sedangkan bank call minta hutang pun dia boleh marah bank balik dan buat tak tahu je nak bayar payment, ko rasa kalau mahkamah suruh bayar aku, ko rasa dia bayar ker? – Mina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norain Noordin : Suami puan biadap orangnya. Tak hormat puan sebagai isteri tak hormat anak – anaknya di khalayak ramai. Sama ada suami puan mentaI atau puan nanti yang mentaI menghadap per4ngainya yang tak berubah – ubah bak kata mak puan sendiri dah tua pun tak ubah per4ngai.

Puan kan Manager GLC berpendidikan tinggi bekerjaya dan ada jawatan. Tolonglah gunakan kebijaksanaan puan. Kalau puan minta cerai tapi dipandang sepi buatlah tindakan yang sepatutnya. You meant what you said. Bila puan minta cerai tak ada pula ke dia menjerit? Tahu pula takut.

Azura Soraya AH : S4kit jiwa dapat suami camni. Tapi dah jodoh, selagi boleh sabar. Sabar je lah puan. Eloknya puan pegi pejabat agama atau jumpa peguam syarie, tanya kaedah apa yang terbaik nak selesai kan masalah puan ni.

Kalau saya sebut suruh bercerai nanti, orang kondem pulak cakap suka sangat tengok orang bercerai. Dia tatau mentaI kita ni dah lama koyak main hidup dengan jantan macam ni. Mak dia sendiri pun tak leh nak tegur dia.. Inikan pulak kita.

Orang macam ni bila dia s4kit terlantar nanti pun belum tentu boleh rendah kan suara. Lagi parah rasanya. Sebab time tu dia rasa dia lemah tapi eg0 dia lagi mencanak tinggi. Tak boleh salahkan diri sendiri, orang lain yang jadi m4ngsa. Saya doakan ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk puan dan Allah dorong puan untuk buat keputvsan yang betul… Aamiin2

Noraziah Amdan : Jika Puan sanggup terima bahawa suami takkan bayar apa – apa, asalkan Puan dapat cerai. Yang penting ketenangan hati Puan. Tak perlu lagi dijerit – jerit dan dimaIukan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?