Bila aku masak, mak mertua akan buang lauk tu dan basuh semula untuk masak lauk lain

Aku sekarang ni duduk dengan keluarga mertua, bukan aku tak nak pindah tapi bapak mertua terasa kalau kami pindah. Bayangkan aku duduk dengan 7 orang ipar yang semua perempuan dan pemalas. Ipar aku ramai2 tu g4ntung plastik dalam bilik air selagi tak penuh PAD dalam plastik tu, selagi tu depa tak buang..

#Foto sekadar hiasan. Salam min.. aku ingin bercerita dan bertanya pendapat. Lepas kahwin, aku duduk sekali dengan keluarga mentua. Kakak dan adik ipar aku ada 7 orang dan semuanya perempuan. Total semua 11 orang serumah termasuk bapak mertua dan mak mertua. Ini antara krisis yang berlaku tinggal sebumbung dengan mereka.

1) Bapak mertua aku tak bagi suami pindah sebab suami sorang anak lelaki dan dia ada s4kit jantung. Aku faham orang tua bila s4kit memang dia nak bermanja dengan anak. Nak pindah duduk dekat – dekat pun bapak mertua macam terasa hati juga. Kalau dia nak m4ti, dia harap anak – anak ada sekali.

2) Setiap hari aku akan tolong mak mertua Iipat kain baju anak dia sebab aku kesian tengok dia Iipat sorang – sorang. Faham – faham jelah kan kak ipar 7 orang kot, berbakul – bakul kain baju depa. Jenis ipar – ipar aku memang depa tak akan Iipat kain baju sendiri. Mak mertua aku tak pernah tegur pun per4ngai depa tu. Sampaikan spendar depa yang berlubang tu pun aku lipatkan. Ipar aku semua umur lingkungan 16-30 tahun dah kot.

3) Mak mertua suka campur urusan aku laki bini. Kami laki bini selalu g4duh sebab aku tak selesa duduk situ. Mak mertua suka curi – curi dengar. Dia sound aku masa suami aku tak ade. Bila suami aku ada, baik sangat dia layan aku.

Time laki aku tak ade, bila aku lalu masa dia makan kt meja, sikit pun tak mengajak aku. Aku ni dah la segan nak bukak periuk nasi kalau orang tak mengajak. Kebuluran la aku sampai laki aku balik kerja. Aku g4duh dengan laki aku, mak mertua suruh kak ipar belikan tiket bas. Suruh aku balik duduk dengan mak ayah aku. Mentang – mentang aku ni menumpang. Suka – suka dia je nak halau aku.

4) Aku rasa macam tak ade privacy lansung sebab kak ipar suka masuk dalam bilik aku. Alasan depa sebab nak guna bilik air dalam bilik aku. Aku ingat lagi masa mula – mula aku masuk rumah tu. Bilik air kotor berlendir. Aku cuci klorox sental habis sampai berkilat.

Dah berkilat depa kemain lagi nak guna. Masa kotor dulu tak ade orang pun nak bersihkan. Depa masuk bilik aku bukan reti nak ketuk pintu. Main terjah je. Kalau aku kunci pintu depa ketuk kuat – kuat sampai lah aku bukak. Tak dak fikir orang tengah bermanja ke apa.

Semata – mata mintak bukak pintu sebab nak guna bilik air aku. Nak cerita pasal bilik air yang lain pulak. Ipar aku ramai – ramai tu g4ntung plastik dalam bilik air selagi tak penuh PAD dalam plastik tu, selagi tu depa tak buang.

Pernah sampai 2 bulan plastik PAD tu terg4ntung dalam bilik air tu. Walaupun Bertakung dar4h dalam plastik tu. Nak munt4h aku tengok. Kalau tetamu datang memang guna bilik air tu. Spendar br4 selalu ada dalam baldi, atas lantai bilik air

6) Mak mertua kata aku ni malas masak. Ni aku nak cerita. Time aku masak dia buang apa yang aku masak. Alasan dia macam – macam. Lauk tu masuk lalat lah. Tapi boleh pulak dia basuh lauk tu. Dia kutip satu persatu lepastu buat masak benda lain.

Aku masak nasi, dia aku ambil periuk lain, masak nasi lain. Jadi apa gunanya aku masak nasi kalau tak ade orang makan? Nasi sama je kot tak kira lah siapa pun yang masak. Bukannya nasi ni ada rasa lain – lain pun.

Kalau bapak mertua puji masakan aku sedap, dia macam tak puas hati je. Kadang aku putvs asa tak tahu lah nak masak ke tidak. Ada je tak kena. Dah tu aku masak untuk laki aku, Ipar aku kemain pelahap lagi makan sampai tak ingat orang belakang.

Jenis mak mertua aku ni kalau aku cuti memasak. Memang habis la dia hamun aku pemalas. Bila aku tolong masakkan untuk anak – anak perempuan dia yang 7 orang tu baru mak mertua puas hati. Dia pernah cakap dia tak akan makan sikit pun masakan air tangan aku.

7) Ipar – ipar aku ni semua kuat berkeIahi. Sampai bertumbvk, bertarik rambut. Setiap hari mesti kec0h rumah ni dengan per4ngai depa. Malu weh kat jiran – jiran. Depa bukan budak kecik lagi. Umur dah 16-30 tahun kot. Nak cerita bab duit.

Memang serabut bab duit kena sentiasa berjaga sebab ada pencuri dalam rumah tu. Salah sorang ipar aku ni jenis kuat mencuri. Duit meniaga aku hilang RM600. Sebenarnya dalam rumah tu duit sesiapa pun memang selalu hilang. Memang kerja ipar aku yang sorang ni. Dah kant0i pun dia tak akan mengaku.

8 ) Sengketa dengan mak mertua tak pernah berakhir. Dia mengadu dekat suami aku. Dia kata aku ni tunding – tunding jari atas muka dia. Ibarat kata aku ni kurang ajar lah dengan dia sampai tunjaI kepada dia. Sampai hati dia fitnah aku. Aku tak pernah buat pun macam tu. Kalau betul aku buat dia tak Iawan aku ke masa tu?

9) Segala perbelanjaan rumah suami aku dan sorang sahaja kakak ipar yang kena tanggung sebab kami je yang berkerja. Yang lain semua duduk rilek saje. ON TV KIPAS SAMPAI 24 JAM. Bil api melambung tinggi RM300 sebulan.

Berbekalkan gaji suami aku RM1500. Bayar kereta RM500, sewa rumah RM250. Selebihnya mak mertua aku akan uruskan gaji suami aku. Aku ni macam tak ade hak apa pun. Suami aku pernah la bertekak pasal belanja rumah ni tapi mak mertua cakap dah tanggungjawab anak lelaki.

Kesian laki aku tu, dah lah dia sorang je anak lelaki dalam rumah tu. Habis tu anak perempuan yang tak boleh bekerja dan saling membantu ke? Betul ke ajaran mak mertua aku tu? Aku dengan suami nak duduk rumah sewa sendiri tapi duit gaji total habis kat depa je. Tak ade simpanan langsung ni. Tolonglah guys, bagi nasihat siket. Saya rasa macam nak depr3ssion lah dengan mak mertua dan 7 orang ipar ni.

Komen Warganet :

Zainal Zu : Simpan 2 bulan gaji jangan bagi diorang. Gunakan duit tu untuk deposit rumah. Biar banyak rumah jangan banyak kepala serumah. Tanggungjawab suami sediakan nafkah dan tempat tinggal yang selesa untuk isteri..

Lainlah kalau hanya mak ayah die je yang tinggal dalam rumah tu, tak mengapa kalau nak tinggal sekali. Tapi kalau ramai sangat adik beradik serumah lebih baik berpindah. Cari rumah kecik – kecik pun tak apa. Makan apa yang ada asalkn tak depr3ssion macam ni. Jangan simpan duit tunai dalam rumah. Habis niaga dah siap beli barang, duit keuntungan terus bank in. Jangan biarkan kad atm bersepah.

Ganung Kite : Apa boleh buat kalau dah jadi isteri, nak tak nak kena patuh kepada suami selagi tidak menyalahi hukvm. Tapi wahai suami yang budiman sanggup ke awak biarkan isteri awak diperlakukan begitu.. Memang keadaan suami ada dua penjuru di telan m4ti mak diluah m4ti bapak.

Anak lelaki yang dah kawin nak tak nak Mak diutamakan tapi kalaulah begitu caranya layanan mertua pada menantu mohon sangat – sangat si anak ambil jalan pertengahan bincang elok – elok dan cari jalan terbaik untuk jernihkan keadaan.. Jika tak lebih baik lah awak pi dah buat sementara waktu untuk sedarkan mereka. InshaAllah moga – moga keluarga ini kembali ke jalan terbaik.

Roza Abdul Rahman : Mak Aiiii 7 orang perempuan pemalas. Kalau lelaki biawak hidup, yang betina – betina berlonggok ni nak panggil pemalas spesis apa nie. Ada yang umur 30 tahun dah.. Kematu tak reti tolong kerja rumah ke. Anak aku jantan – jantan umur 8 dengan 14 tahun reti jugak buat kerja rumah woii.. Taubat aku baca pengakuan kau, kalaulah dugaan ni jatuh kat aku, mahu aku saw4n b4bi dalam rumah tu..

Makudacun Ibra : Letak nota setiap tempat, sila buang pad dalam tong sampah. Sila basuh pinggan selepas makan, hanya suami isteri dibenarkan masuk bilik, orang lain sila guna tandas lain. Ajak je laki ko pindah, menyemak tinggal sekali ni. Keluarga beIah ko boleh bertandang. Tanggungjawab anak laki memang betul tapi bila dah berbini, dengan anak bini lebih utama. Dekat mak pak dia hulur je la tiap bulan..

Aletta Litts : Bincang dengan suami, sebelum berlaku kekurangajaran ko dengan keluarga dia baik kamu pindah. Pindah yang jauh sikit. Peranan anak tu semua sama, asalkan dia lahir dari rahim ibunya maka semua kena bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

Takkan mentang – mentang dia seorang lelaki jadi semua beban tu letak di bahu dia. Habis macam mana dengan ibu bapa yang semuanya anak perempuan. Takkan nak tinggal dekat rumah orang tua – tua bila dah tua nanti.

Bincang 4 mata dengan suami apa yang ko rasa dan apa yang ko pend4m. Rakam semua perbuatan mak mertua kau tu bagi tengok dekat suami kau. Boleh dapat tekanan mental kalau macam tu. Semua benda tak kena kalau suami ko tak nak pindah, ko pindah sorang – sorang, dia nak ikut atau tak terpulang.

Diella Anies : Arghhhh, pengot0r punya perempuan. Pindah la jawapan dia. Kalau suami tak nak dan tak ada usaha untuk selesaikan semua, melangkah keluar je la sis. Hidup hanya sekali, berusaha la kita untuk bahagiakan diri sendiri dan menambahkan keberkatan darinya. Kalau macam ni keadaannya, mana la nk bahagia dan berkat hidup. Fikirkanlah dalam – dalam sis.. Tu belum lagi dengan kehadiran si comel nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.